"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Ogos 16, 2013

Singapura Maju Kerana Malaysia?

0 comments
Saya begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013.
Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent (bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya.
Asyik-asyik salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati. Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlah kepada Malaysia.
Sejak dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadi isu hak istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia. Pada beliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju seperti Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak. Apa yang berlaku di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia.
Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.
Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama-nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.
Lagi soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur.
Itupun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu telah dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura?
Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.
Bakat-bakat Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidak diberikan tempat?
Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim) yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana.
Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.
Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama).
Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.
Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?
Jika Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai talent tersebut.
Kita mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara. Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.
Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?
Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir usia ini.
Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.
Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.
Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.
Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew.
Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah berterima kasih kepada kita?
Apa sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.
Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan. – utusan.com.my, 16 Ogos, 2013.
* Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah penganalisis sosio politik.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
sumber:http://my.news.yahoo.com/singapura-maju-kerana-malaysia-dr-mohd-ridhuan-tee-011214254.html
(Singapura maju kerana Malaysia - Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah)
Read full post »

Selasa, Julai 09, 2013

Nur Muhammad - Selembar Kisah Sepanjang Ramadhan

3 comments
"Sekadar menghampirkan faham yang dekat, bukan pada hakikatnya," begitulah halusnya kata-kata ulama terdahulu yang selalu berlapik bila menyampaikan perkara yang seni, maka beginilah kisahnya yang telah dipetik:

Suatu hari Sayidina Ali, karamallahu wajhahu, misan dan menantu Nabi Suci SAW bertanya,
"Wahai (Nabi) Muhammad, kedua orang tuaku akan menjadi jaminanku, mohon katakan padaku apa yang diciptakan Allah Ta’ala sebelum semua makhluk ciptaan?"
Beliau menjawab : "Sesungguhnya, sebelum Rabbmu menciptakan lainnya, Dia menciptakan dari Nur-Nya nur Nabimu."
Di Hadist yang lain, yang diiiwayatkan dari Abdurrazaq ra yang diterimanya dari Jabir ra, bahwa Jabir pernah bertanya kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah, beritahukanlah kepadaku, apakah yang mula-mula sekali Allah jadikan?".
Rasulullah saw menjawab : "Sesungguhnya Allah ciptakan sebelum adanya sesuatu adalah nur Nabimu dari Nur-Nya."
Nur Muhammad itu sudah ada sebelum adanya segala sesuatu di alam ini. Nur Muhammad dianugerahi tujuh lautan : Laut Ilmu, Laut Latif, Laut Pikir, Laut Sabar, Laut Akal, Laut Rahman, dan Laut Cahaya.
Dia kemudian membagi Nur ini menjadi empat bagian Dari bagian pertama Dia menciptakan Pena. dari bagian kedua lawhal-mahfudz, dari bagian ketiga ‘Arsy”.
Kini telah diketahui bahwa ketika Allah menciptakan lawhal-mahfudz dan Pena. Pada pena itu terdapat seratus simpul, jarak antara kedua simpul adalah sejauh dua tahun perjalanan. Allah kemudian memerintahkan Pena untuk menulis, dan Pena bertanya, "Ya Allah, apa yang harus saya tulis?"
Allah berfirman, “Tulislah : La ilaha illallah,Muhammadan Rasulullah”.
Atas itu Pena berseru, "Oh, betapa sebuah nama yang indah, agung Muhammad itu bahwa dia disebut bersama Asma Mu yang Suci, ya Allah".
Allah kemudian berfirman, "Wahai Pena, jagalah kelakuanmu! Nama ini adalah nama Kekasih-Ku, dari Nurnya Aku menciptakan ‘Arsy dan Pena dan lawhal-mahfudz; kamu, juga diciptakan dari Nurnya. Jika bukan karena dia, Aku tidak akan menciptakan apapun”.
Ketika Allah SWT telah mengatakan kalimat tersebut, Pena itu terbelah dua karena takutnya kepada Allah, dan tempat dari mana kata-katanya tadi keluar menjadi tertutup/terhalang, sehingga sampai dengan hari ini ujungnya tetap terbelah dua dan tersumbat, sehingga dia tidak menulis, sebagai tanda dari rahasia Ilahiah yang agung.
Kemudian Allah memerintahkan Pena untuk menulis "Apa yang harus saya tulis, Ya Allah?" bertanya Pena. Kemudian Rabb al Alamin berkata,"Tulislah semua yang akan terjadi sampai Hari Pengadilan!”.
Berkata Pena, "Ya Allah, apa yang harus saya mulai?". Berfirman Allah, "Kamu harus memulai dengan kata-kata ini: Bismillah al-Rahman al-Rahim."
Dengan rasa hormat dan takut yang sempurna, kemudian Pena bersiap untuk menulis kata-kata itu pada Kitab (lawh al-mahfudz), dan dia menyelesaikan tulisan itu dalam 700 tahun.
Ketika Pena telah menulis kata-kata itu, Allah SWT berfirman "Telah memakan 700 tahun untuk kamu menulis tiga Nama-Ku; Nama Keagungan-Ku, Kasih Sayang-Ku dan Empati-Ku. Tiga kata-kata yang penuh barakah ini saya buat sebagai sebuah hadiah bagi ummat Kekasih-Ku Muhammad. Dengan Keagungan-Ku, Aku berjanji bahwa bilamana abdi manapun dari ummat ini menyebutkan kata Bismillah dengan niat yang murni, Aku akan menulis 700 tahun pahala yang tak terhitung untuk abdi tadi, dan 700 tahun dosa akan Aku hapuskan.”
“Sekarang (selanjutnya), bagaian ke-empat dari Nur itu Aku bagi lagi menjadi empat bagian: Dari bagian pertama Aku ciptakan Malaikat Penyangga Singgasana (hamalat al-’Arsy); Dari bagian kedua Aku telah ciptakan Kursi, majelis Ilahiah (Langit atas yang menyangga Singgasana Ilahiah, ‘Arsy); Dari bagian ketiga Aku ciptakan seluruh malaikat (makhluk) langit lainnya.”
“kemudian bagian keempat Aku bagi lagi menjadi empat bagian: dari bagian pertama Aku membuat semua langit, dari bagian Kedua Aku membuat bumi-bumi, dari bagian ketiga Aku membuat jinn dan api.”
“Bagian keempat Aku bagi lagi menjadi empat bagian : dari bagian pertama Aku membuat cahaya yang menyoroti muka kaum beriman; dari bagian kedua Aku membuat cahaya di dalam jantung mereka, merendamnya dengan ilmu ilahiah; dari bagian ketiga cahaya bagi lidah mereka yang adalah cahaya Tawhid (Hu Allahu Ahad), dan dari bagian keempat Aku membuat berbagai cahaya dari ruh Muhammad SAW”.
Ruh yang cantik ini diciptakan 360.000 tahun sebelum penciptaan dunia ini, dan itu dibentuk sangat (paling) cantik dan dibuat dari bahan yang tak terbandingkan. Kepalanya dibuat dari petunjuk, lehernya dibuat dari kerendahan hati. Matanya dari kesederhanaan dan kejujuran, dahinya dari kedekatan (kepada Allah). Mulutnya dari kesabaran, lidahnya dari kesungguhan, pipinya dari cinta dan kehati-hatian, perutnya dari tirakat terhadap makanan dan hal-hal keduniaan, kaki dan lututnya dari mengikuti jalan lurus dan jantungnya yang mulia dipenuhi dengan rahman.
Ruh yang penuh kemuliaan ini diajari dengan rahmat dan dilengkapi dengan adab semua kekuatan yang indah. Kepadanya diberikan risalahnya dan kualitas kenabiannya dipasang. Kemudian Mahkota Kedekatan Ilahiah dipasangkan pada kepalanya yang penuh barokah, masyhur dan tinggi di atas semua lainnya, didekorasi dengan Ridha Ilahiah dan diberi nama Habibullah (Kekasih Allah) yang murni dan suci.
Kemudian Allah SWT menciptakan sebuah pohon yang dinamakan Syajaratul Yaqin. Tangkainya berjumlah empat. Kemudian diletakanlah Nur Muhammad pada pohon tersebut. Namun, kehadiran Nur Muhammad, itu membuat pohon bergetar hebat hingga berubah menjadi permata putih. Sedangkan Nur Muhammad memuji bertasbih ke hadirat Allah Ta’ala 70.000 tahun lamanya. Pada permata tersebut, Nur Muhammad mencoba bercermin. Wajahnya begitu indah dilihat. Bentuknya seperti burung merak, dan pakaiannya demikian indah. Dihiasi dengan berbagai perhiasan. Kemudian ia bersujud lima kali.
Allah SWT melihatnya, membuat Nur tersebut merasa malu dan takut. Lalu keluar keringat dari kepalanya. Dari keringat tersebut Allah SWT menciptakan nyawa malaikat. Dari keringat wajahnya, diciptakanlah nyawa ‘Arsy, matahari, bulan, bintang, dan apa-apa yang ada di langit. Keringat dadanya menjadi bahan untuk menciptakan nyawa para rasul, nabi, wali, ulama, dan orang orang shaleh. 
Adapun keringat yang muncul dari keningnya, diciptakanlah nyawa orang-orang mukmin dari umat Nabi Muhammad saw. Dari keringat kedua telinganya, diciptakan oleh Allah SWT nyawa orang-orang Yahudi, Nasrani, dan orang-orang kafir, dan sesat. Sedangkan keringat kakinya di antaranya menjadi isi bumi.
Pada waktu selanjutnya Allah SWT menciptakan lentera akik yang merah yang cahayanya menembus ke dalam dan keluar. Lalu Nur Muhammad dimasukkan ke dalam lentera tersebut. Berada di dalamnya dalam posisi berdiri. Sementara nyawa-nyawa yang sudah tercipta berada di luar. Seluruhnya membaca "Subhanallaahi wal hamdulillaahi wa laa ilaaha illallaahu wallahu akbar". 1.000 tahun lamanya nyawa-nyawa itu diperintahkan Allah SWT untuk melihat ke diri Nur Muhammad.
Nyawa yang berhasil melihat kepala Nur Muhammad, maka ia akan ditakdirkan menjadi pemimpin/penguasa. Siapa yang melihat ubun-ubunnya, itulah mereka yang akan menjadi guru/pendidik yang jujur. Siapa yang melihat matanya, ia akan menjadi hafidz (penghapal Al Quran).
Mereka yang memandang telinganya akan menjadi mereka yang menerima peringatan dan nasehat. Adapun yang bisa melihat hidungngya, mereka itu akan menjadi ahli bicara atau dokter. Sedangkan mereka nyawa-nyawa yang berhasil melihat bibir Nur Muhammad, ia akan ditakdirkan menjadi seorang menteri. Nyawa yang melihat bagian giginya maka wajahnya kelak akan cantik rupawan, ia yang bisa melihat lidahnya, akan jadilah utusan/duta raja-raja. Apabila yang dilihat lehernya, ditakdirkanlah menjadi orang berdagang dan usahawan. Apabila tengkuk yang bisa dilihatnya, akan jadilah seorang tentara. 
Mereka yang berhasil melihat kedua lengan tangannya, maka akan jadi perwira. Jika sikut kanannya yang dilihat, Allah SWT akan menjadikan dirinya berkehidupan dalam dunia tekstil, sedangkan kalau sikut Kirinya, ia akan menjadi orang yang pernah membunuh. Serta, jika dadanya yang berhasil dilihat, maka ia akan menjadi ulama yang disegani. Bila bagian belakang, ia akan ditakdirkan menjadi para ahli sosial kemasyarakatan. Dan jika hanya bayangannya yang berhasil dilihat, maka ia akan menjadi orang yang berkecimpung dalam bidang seni.
Barang siapa melihat tenggorokannya yang penuh barokah akan menjadi khatib dan mu’adzin (yang mengumandangkan adzan). Barang siapa memandang janggutnya akan menjadi pejuang di jalan Allah. Barang siapa memandang lengan atasnya akan menjadi seorang pemanah atau pengemudi kapal laut. Siapa yang melihat tangan kananya akan menjadi seorang pemimpin, dan siapa yang melihat tangan kirinya akan menjadi seorang pembagi (yang menguasai timbangan dan mengukur suatu kebutuhan hidup).
Siapa yang melihat telapak tangannya menjadi seorang yang gemar memberi; siapa yang melihat belakang tangannya akan menjadi kolektor. Siapa yang melihat bagian dalam dari tangan kanannya menjadi seorang pelukis; siapa yang melihat ujung jari tangan kanannya akan menjadi seorang calligrapher, dan siapa yang melihat ujung jari tangan kirinya akan menjadi seorang pandai besi. Siapa yang melihat dadanya yang penuh barokah akan menjadi seorang terpelajar meninggalkan keduniaan (ascetic) dan berilmu.
Siapa yang melihat punggungnya akan menjadi seorang yang rendah hati dan patuh pada hukum syari’at. Siapa yang melihat sisi badannya yang penuh barokah akan menjadi seorang pejuang. Siapa yang melihat perutnya akan menjadi orang yang puas, dan siapa yang melihat lutut kanannya akan menjadi mereka yang melaksanakan ruku dan sujud. Siapa yang melihat kakinya yang penuh barokah akan menjadi seorang pemburu, dan siapa yang melihat telapak kakinya menjadi mereka yang suka bepergian. Siapa yang melihat bayangannya akan mejadi penyanyi dan pemain saz (lute).
Semua yang memandang tetapi tidak melihat apa-apa akan menjadi kaum takberiman, pemuja api dan pemuja patung. Mereka yang tidak memandang sama sekali akan menjadi mereka yang akan menyatakan bahwa dirinya adalah tuhan, seperti Namrudz, Firaun, dan sejenisnya.
Kini semua ruh itu diatur dalam empat baris. Di baris pertama berdiri ruh para nabi dan rasul, a.s, di baris kedua ditempatkan ruh para orang suci, para sahabat, di baris ketiga berdiri ruh kaum beriman, laki – laki dan perempuan. Di baris ke empat berdiri ruh kaum tak beriman.
Semua ruh ini tetap berada dalam dunia ruh di hadhirat Allah SWT sampai waktu mereka tiba untuk dikirim ke dunia fisik. Tidak seorang pun tahu kecuali Allah SWT yang tahu berapa selang waktu dari waktu diciptakannya ruh penuh barokah Nabi Muhammad sampai diturunkannya dia dari dunia ruh ke bentuk fisiknya itu.
Diceritakan bahwa Nabi Suci Muhammad SAW bertanya kepada malaikat Jibril , "Berapa lama sejak engkau diciptakan?" Malaikat itu menjawab, "Ya Rasulullah, saya tidak tahu jumlah tahunnya, yang saya tahu bahwa setiap 70.000 tahun seberkas cahaya gilang gemilang menyorot keluar dari belakang kubah Singgasana Ilahiah: sejak waktu saya diciptakan cahaya ini muncul 12.000 kali."
"Apakah engkau tahu apakah cahaya itu?" bertanya Nabi Muhammad SAW
"Tidak, saya tidak tahu," berkata malaikat itu.
"Itu adalah Nur ruhku dalam dunia ruh, jawab Nabi Suci SAW”.
Pertimbangkan kemudian, berapa besar jumlah itu, jika 70.000 dikalikan 12.000 !
catatan :
Beberapa kalangan dalam ummat Islam mempersoalkan konsep Nur Muhammad (Cahaya Muhammad atau Ruh Muhammad) sebagai suatu konsep yang tidak memiliki dasar dalam ‘aqidah Islam. Padahal, berdasarkan data-data yang kuat, konsep Nur Muhammad adalah suatu konsep ‘aqidah Ahlussunnah wal Jama’ah yang diterima dan diakui oleh ijma’ (konsensus) ulama ilmu kalam dan ulama’ tasawwuf dalam kurun waktu yang panjang, sebagai suatu konsep yang memiliki sumber dalilnya dari Qur’an dan Hadits Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam. Konsep ‘aqidah Nur Muhammad salallahu ‘alayhi wasallam menyatakan antara lain bahwa cahaya atau ruh dari Nabi Besar Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam adalah makhluk pertama yang diciptakan sang Khaliq, Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang kemudian darinya, Dia Subhanahu wa Ta’ala menciptakan makhluk-makhluk lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala  menyebut Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam sebagai Nuur (cahaya), atau sebagai "Siraajan Muniiran" (makna literal: Lampu yang Bercahaya).
sumber:http://semestahidayah.wordpress.com/2010/11/22/kisah-penciptaan-nur-muhammad/
Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah


Tarikh Keputusan: 
 22 Jan, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 
Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :
Keputusan: 
i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan.
ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung.
iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah
iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/nur-muhammad-menurut-ulama-ahlus-sunnah-wal-jamaah-0

Read full post »

Rabu, Jun 26, 2013

Hulago Khan Monggol Syiah?

0 comments
Adalah tidak adil jika kita melihat sejarah dari satu sudut sahaja. Lebih-lebih lagi sejarah yang melibatkan kejatuhan sebuah empayar Islam contohnya.

Maka dahulunya telah kami paparkan bahawa Monggol itu adalah Islam dan kami sertakan sekali matawangnya dengan kalimah Allah dari sumber Pakistan, sebagai bukti lunaknya Monggol.

Kami pasti para pembaca amat marah dengan kami mungkin "sampai sumpahan berapi tahap dewa blackbelt kaler biru" dengan hal itu kerana rata-rata ahli sejarah Islam mengatakan Monggol kejam dan bengis tidak berperikemanusian.

Tidak mengapa, untuk berlaku adil, kali ini kami datang dengan kanta pembesar untuk melihat siapa sebenarnya Monggol yang dikatakan Islam itu dan siapa pula dalang disebaliknya.  

Sungguh dramatik kisah sejarah realiti kali ini.

Fikir dengan kritis:


Pertama: Pengkhianatan yang dilakukan oleh Abu Lu’luah Al-Majusi dengan membunuh Khalifah Umar bin Khattab radhiyallahu anhu. Kaum Syiah menjulukinya dengan “Baba Syuja'uddin”(sang pembela agama yang gagah berani). Kuburannya di Iran dikunjungi dan dihormati oleh kaum Syiah. Bahkan para ulama syiah berdoa, “Ya Allah kumpulkan kami di akherat kelak bersama Abu Lu’lulah”. 

Dr. Akram Dhiya’ Al Umari mengkisahkan,“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab, umat Islam berhasil menaklukan Persia, Romawi, Bulan Sabit Subur (Fortile Caesent) (Mesopotamia, Suriah-Palestina) dan Mesir. Umat Islam juga berhasil menjadikan Kufah, Bashrah dan Fusthat sebagai pusat kota. Demikianlah, Islam terus berekspansi sampai akhirnya Khalifah Umar dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah Al-Majusi, budak dari Mughirah bin Syu’bah, ketika beliau sedang mengimami shalat Shubuh pada malam Rabu bulan Dzulhijjah tahun ke-23 hijriyah. Khalifah meninggal setelah memerintah selama 10 tahun 6 bulan radhiyallahu 'anhu.”

Kedua: Pengkhianatan Abdullah bin Saba’. Ia adalah orang yang pertama kali mendirikan Syiah. Para ulama Syiah, sebagaimana dikatakan oleh mantan tokoh Syiah Sayyid Husen Al Musawi dalam bukunya Lillah tsumma Lit Tarikh, mengakui bahwa Abdullah bin Saba’ adalah pendiri syiah. Pengakuan ini ada dalam lebih dari 20 buku referensi Syiah.

Abdullah bin Saba’ adalah Yahudi yang berpura-pura masuk Islam dan menebarkan fitnah di kalangan masyarakat awam agar memberontak kepada Khalifah Utsman bin Affan radhiyallahu anhu pada tahun ke-34 Hijriah. Satu tahun kemudian, yaitu pada tahun ke-35 Hijriah, ribuan orang dengan alasan melaksanakan haji, datang ke Madinah dan mengepung rumah Utsman bin Affan radhiyallahu anhu selama 40 hari dan melarang shalat di masjid. Sampai akhirnya mereka membunuh Khalifah Utsman radhiyallahu anhu.

Ketiga: Pengkhianatan pengikut Syiah dengan membunuh Ali bin Abi Thalib, Hasan dan Husain radhiyallahu anhuma. Ketika Hasan dan Husain akan pergi ke Khufah, Muhammad bin Ali bin Abi Thalib menasehatinya agar tidak pergi ke Kufah dengan berkata, “Saudaraku, engkau telah mengetahui bahwa penduduk Kufah mengkhianati Ayahmu (Ali) dan Saudaramu (Hasan). Saya takut keadaanmu akan seperti keadaan orang-orang yang telah berlalu (pergi ke Kufah).” (Al-Luhuf, Ibnu Thawus hlm 39, dan Asyura, Al-Ihsa, hlm. 110).

Dalam kitab Man Qatala Husain (Siapa Pembunuh Husain) karangan Abdullah bin Abdul Aziz dipaparkan secara rinci siapa yang sebenarnya membunuh Sayyidina Husain radhiyallahu anhu. Bahwa, ternyata pembunuhnya adalah orang Syiah sendiri yaitu Sanan bin Anas An-Nakhai dan Syammar bin Dzil Jusyan yang dipimpin oleh Ubaidillah bin Ziyad.

Dalam kitab Taarikh Abil Fida’ Al Musamma Al-Mukhtashar fi Akhbaril Basyar Juz 1 hlm. 265 jelas sekali kronologis terbunuhnya Imam Husain oleh kaum Syiah sendiri yang dipimpin oleh Ubaidillah bin Ziyad yang sebelumnya merupakan tentara di pasukan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhu (148 H – 193 H/786 M – 842 M).

Keempat: Pengkhianatan Ali bin Yaqtin pada masa Harun Al-Rasyid yang telah merobohkan penjara yang dihuni oleh 500 narapidana kemudian dia mengirim surat kepada Imam Al-Kadzim (Imam Syiah) menanyakan hal itu dan dijawab, "Bila kamu bertanya sebelum peristiwa itu terjadi maka darah mereka tidak masalah (tidak berdosa), tetapi karena kamu bertanya setelah terjadi maka kamu harus bayar kaffarah setiap yang terbunuh dengan seekor kambing jantan." (Hakikatus Syiah, hlm. 55).

Yah, kaffarah seekor kambing untuk nyawa seorang muslim bukan karena menghargai nyawanya, tapi karena Ali bin Yaqtin membunuh mereka sebelum meminta izin kepada Imam mereka.

Kelima: Dinasti Fathimiyah di Mesir sejak tahun 301 H – 567 H adalah pemerintahan Syiah yang memaksakan ajaran Syiah kepada penduduk Ahlus Sunah dengan berbagai cara. Dan yang lebih pahit dari itu bekerja sama dan mengundang tentara Salib dari Eropa masuk ke Mesir untuk membantai umat Islam Ahlus Sunnah yang berada di bawah kekuasaan Dinasti Saljuk yang sunni.

Dari sinilah awal munculnya nama salah satu tokoh mujahid besar dalam Islam, Shalahuddin al-Ayyubi—rahimahullah. Tokoh mujahid yang telah membebaskan bumi al-Quds dari kekuasaan pasukan Salib. Beliau adalah seorang panglima perang yang gigih menghadapi konspirasi orang-orang Syiah Fathimiyah dan tentara-tentara Salib dari Eropah.

Syiah saat ini berkoar-koar untuk membebaskan tanah al-Quds (Palestina) dari tangan penjajah Israel. Dan mengaku paling depan dalam membela Palestina. Namun sejarah membuktikan, Syiah justru bahu membahu dengan tentara-tentara Salibis dalam menghadapi Shalahuddin al-Ayyubi.

Keenam: Pengkhianatan Syiah al-Qaramithah.
Pada tahun 294 H, mereka menghadang jamaah haji ketika mereka pulang dari Makkah setelah menunaikan manasik haji. Mereka menemui kafilah pertama yang lewat, lalu menyerang mereka dengan hebat. Ketika al-Qaramithah melihat kuatnya perlawanan mereka, mereka pun bertanya, "Apakah wakil sultan bersama kalian?" Mereka menjawab, "Tidak ada satu pun yang bersama kami." Mereka lalu berkata, "Kami tidak menginginkan kalian. Tenanglah dan pergilah kalian." Namun ketika mereka mulai berbalik untuk pergi, ternyata al-Qaramithah menyerang balik dan membunuh mereka semua.

Mereka mengintai setiap kafilah haji, kafilah demi kafilah diancam dengan menghunuskan pedang, lalu membunuh mereka semua. Lalu dikumpulkan mayat korban yang terbunuh, hingga seperti sebuah gundukan tanah. Mereka mengirimkan orang yang mengamankan para jamaah haji yang melarikan diri di belakangnya, kemudian ketika mereka kembali, mereka pun dibunuh seluruhnya. Para wanita al-Qaramithah lalu sengaja mengitari para korban guna menawarkan air minum, namun siapa saja yang mengajak mereka berbicara (ketahuan masih hidup), maka para wanita itu akan membunuhnya.

Dikatakan bahwa jumlah korban yang terbunuh dalam peristiwa ini mencapai dua puluh ribuan. Dalam peristiwa itu mereka menggali sumur-sumur lalu mengotori airnya dengan bangkai, debu dan batu. Jumlah uang yang mereka rampas dari para jamaah haji mencapai ribuan dinar. (Lihat al-Kamil fi at-Tarikh karya Ibnul Atsir, 6/432-433).

Ibnu Katsir—rahimahullah—juga menyebutkan dalam al-Bidayah wa an-Nihayah sejarah pengkhianatan-pengkhianatan Syiah al-Qaramithah. Di antaranya, beliau menyebutkan, "Pada tahun 317 H, orang-orang al-Qaramithah pergi ke Makkah pada hari Tarwiyah. Mereka memerangi para jamaah haji di perbatasan kota Makkah dan perkampungannya; di Masjid al-Haram dan di dalam Ka'bah. Mereka benar-benar telah membunuh banyak orang.

Pemimpin mereka, Abu Thahir—semoga Allah melaknatnya—duduk di depan pintu Ka'bah dan para laki-laki memagari di sekitarnya, sementara pedang-pedang beraksi membantai jamaah Masjdil Haram, di bulan haram, di hari Tarwiyah, hari yang paling mulia. Para jamaah haji melarikan diri dari mereka. Mereka bergelantungan pada tirai-tirai Ka'bah. Sayang, hal itu tak berguna sama sekali. Bahkan Syiah terus mengejar dan membunuh, meski mereka bergelantungan padanya.

Ketika Abu Thahir al-Qirmithi telah menyelesaikan perbuatannya dan melakukan apa yang telah dia lakukan terhadap para jamaah haji, ia lalu memerintahkan anak buahnya untuk menutup sumur zam-zam dengan dengan melemparkan korban yang meninggal ke dalamnya, dan juga menghancurkan kubahnya. Dia juga memerintahkan untuk mencopot pintu Ka'bah dan melepaskan kain penutupnya, lalu merobeknya dan membagi-bagikannya kepada para sahabat-sahabatnya.

Kemudian dia memerintahkan salah seorang anak buahnya untuk mencabut Hajar Aswad. Lalu seorang laki-laki mendatangi-nya, dan kemudian ia memukulnya dengan barang berat yang ada di tangannya. Dia berkata, "Di manakah burung Ababil? Dan di manakah batu yang berasal dari tanah yang terbakar itu (seraya menantang)?" Kemudian dengan garang dia mencabut Hajar Aswad. Mereka membawanya pergi bersama mereka ke negaranya. Hajar Aswad tetap ada bersama mereka selama 22 tahun. Lalu mereka mengembalikannya pada tahun 339 H. (Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah karya Imam Ibnu Katsir, 11/160—161. Al-Kamil fi al-Tarikh, 7/53—54).

Tujuh : Pengkhianatan Menteri al-Alqami dengan Masuknya Orang-orang Tartar ke Baghdad

Ibnu Katsir, penulis Tafsir Ibnu Katsir menceritakan beberapa peristiwa yang terjadi tahun 642 H. Di antaranya beliau mengisahkan tentang seorang menteri beraliran Syiah pada masa pemerintahan Khalifah al-Mu’tashim Billah, yaitu al-Alqami, “Dia bukanlah menteri yang dapat dipercaya. Kinerjanya pun tak dapat diharapkan. Dialah yang telah membantu kehancuran kaum Muslimin dalam persoalan Holako Khan (pemimpin Tartar).” (al-Bidayah wa an-Nihayah, 13/164).

Holako Khan datang bersama dua ratus ribu pasukannya. Mereka mengepung Baghdad dari Barat dan Timur. Mereka membunuh siapa saja yang dapat mereka bunuh. Laki-laki, perempuan, wanita, anak-anak, orang tua dan para pemuda. Di antara ulama Ahlussunnah yang mereka bunuh pada saat itu adalah Syaikh Ibnul Jauzi—rahimahullah—beserta ketiga anaknya.

Ibnu Katsir—rahimahullah—berkata, “Orang-orang berbeda pendapat mengenai jumlah kaum muslimin yang tewas di Baghdad dalam peristiwa ini. Ada yang mengatakan delapan ratus ribu, ada yang mengatakan satu juta delapan ratus ribu, dan ada yang mengatakan jumlahnya mencapai dua jutaan jiwa.” (al-Bidayah wa an-Nihayah, 13/202).

“Korban-korban tewas yang berada di jalanan, seakan-akan seperti gundukan tanah yang bertumpuk-tumpuk. Ketika hujan turun, mayat-mayat mereka dengan cepat berubah. Bangkai-bangkai itu pun mengeluarkan bau busuk menyengat ke seluruh penjuru kota. Udara tercemar menimbulkan wabah penyakit di mana-mana sehingga menyebar dan beterbangan di udara sampai ke negeri Syam. Banyak orang meninggal akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Semua orang menderita akibat kenaikan harga, wabah penyakit, kematian, pembunuhan, dan penyakit tha’un.” (al-Bidayah wa an-Nihayah, 13/203).

Tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi pada tahun 655 H, Ibnu Katsir berkata, “Pada saat itu, di Baghdad terjadi fitnah yang hebat antara Ahlussunnah dan Syiah. Di mana al-Kurkh dan rumah-rumah orang Syiah ditaklukkan, termasuk rumah kerabat menteri Ibnu al-Alqami. Inilah yang menjadi salah satu penyebab paling kuat sehingga ia meminta bantuan kepada orang-orang Tatar.” (al-Bidayah wa an-Nihayah, 13/196).

Bisa jadi, ini salah satu motifnya, tapi motif utama orang jahat ini berkhianat adalah dari akidah Syiah yang diyakininya.

Delapan :Pengkhianatan Syiah ketika Orang-orang Tartar Masuk ke Syam.

Di antara yang menunjukkan pengkhianatan orang-orang Syiah di sana adalah bahwa Holako Khan ketika telah selesai menghancurkan Damaskus dan Syam serta membunuh banyak kaum muslimin, dia menyerahkan kekuasaan kehakiman (al-Qadha’) kepada orang Syiah, al-Qadhi Kamaluddin Umar bin Badr atas seluruh kota Syam, al-Maushil, Mardin, dan al-Akrad.

Sembilan : Pengkhianatan Nashiruddin ath-Thusi
Nashiruddin ath-Thusi hidup sezaman dengan menteri Ibnu al-Alqami. Dia adalah seorang Syiah Rafidhah yang jahat dan bengis sepertinya.

Orang-orang Syiah memuji pengkhianatan yang telah diperbuat oleh ath-Thusi dan mereka menyayanginya, dan menganggap pengkhianatan itu sebagai kemenangan yang nyata bagi Islam, contohnya, ulama mereka Muhammad Baqir al-Musawi dalam kitab Raudhat al-Jannat ketika menulis tentang ath-Thusi (1/300-301), mengatakan, “Dia adalah seorang peneliti, pembicara, orang yang bijaksana, yang baik dan mulia…. Di antara salah satu ceritanya yang terkenal adalah cerita di mana dia diminta untuk menjadi menteri seorang sultan yang sederhana dalam mengawasi Iran, Hulako Khan bin Tauli Jengis Khan, salah seorang pemimpin besar Tartar dan pegunungan Mongolia. Dan kedatangannya bersama rombongan sultan dengan penuh kesiapan ke Dar as-Salam Baghdad, untuk membimbing orang-orang, memperbaiki negara, memutus mata rantai penindasan dan kerusakan, memadamkan lingkaran kezaliman dan kekacauan dengan menghancurkan lingkaran kekuasaan Bani Abbas dan melakukan pembunuhan massal terhadap para pengikut mereka yang zalim, sehingga darah mereka yang kotor mengalir bagai air sungai, kemudian mengalir ke sungai Dajlah dan sebagian lagi ke neraka Jahannam, lembah kebinasaan dan tempat orang-orang yang celaka dan jahat.” (Haqiqat asy-Syiah, hal. 54).

Mahasuci Allah, Hulako Khan seorang berhati bengis dan kejam ia puji dengan gelar seorang sultan yang sederhana? Pengkhianatan yang menelan korban ratusan ribu nyawa kaum muslimin ia katakan sebagai membimbing orang-orang, memperbaiki negara?!

Benar apa yang dikatakan Allah Azza wa Jalla tentang perumpamaan orang-orang yang berkhianat dan membuat kerusakan, yaitu (artinya), “Dan bila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi,” mereka menjawab, "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." “Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.” (QS. Al-Baqarah: 11-12).

Imam kebanggaan Syiah, Khomeini juga telah memuji Nashiruddin ath-Thusi dan memberkati pengkhianatannya, dan menganggapnya sebagai kemenangan yang nyata bagi umat Islam. Dia mengatakan dalam kitabnya al-Hukumah al-Islamiyah, “Apabila situasi taqiyah mengharuskan salah seorang dari kita untuk masuk ke dalam barisan para penguasa, maka hal itu harus ditolak, walaupun penolakan itu berakibat dia harus dibunuh, kecuali masuknya ia secara formal membawa kemenangan yang nyata bagi Islam dan kaum muslimin, seperti masuknya Ali bin Yaqtin dan Nashiruddin ath-Thusi—rahimahumallah.” (al-Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, halaman 142, cet. Keempat).

Sepuluh : Pengkhianatan Syiah dan Upaya Mereka Membunuh Shalahuddin al-Ayyubi

Orang-orang Syiah belum lupa bahwa Shalahuddin al-Ayyubi adalah orang yang telah melenyapkan Daulah Fathimiyah yang berhaluan Syiah di Mesir, dan mengembalikan kekuasaan bagi Ahlussunnah waljamaah. Karena itulah mereka berulangkali berusaha membunuhnya untuk mendirikan daulah Fathimiyah yang baru. Dan dalam semua konspirasi ini, mereka meminta bantuan kepada orang-orang asing melalui korespondensi kepada mereka.

Maka datanglah bantuan armada tentara asing. Setelah berlabuh di dermaga, mereka menurunkan seribu lima ratus kaveleri dari kapal-kapal perang mereka. Jumlah mereka ada tiga puluh ribu prajurit, yaitu para penunggang kuda dan pejalan kaki. Jumlah kapal yang mengangkut peralatan perang dan blokade adalah enam kapal, dan yang mengangkut perbekalan dan personil adalah empat puluh kapal perang. Jumlah mereka kira-kira lima puluh ribu pejalan kaki.

Mereka lalu menyerang kaum muslimin dan membunuh banyak sekali dari mereka. Sultan Shalahuddin al-Ayyubi sedang berada di Faqus dan mendapat berita pada hari ketiga setelah orang-orang asing berlabuh. Beliau segera menyiapkan pasukan dan berhasil mengusir pasukan asing tersebut. (Lihat as-Suluk li Ma’rifati ad-Duwal al-Muluk, 1/55-56).

Tahukah Anda, berapa banyaknya jumlah pengkhianatan orang-orang Syiah? Orang-orang Syiah terus merongrong pemerintahan Shalahuddin al-Ayyubi, sekiranya Allah ‘Azza wa Jalla tidak memberikan nikmat-Nya kepada Shalahuddin dan para pasukannya, tentulah akan semakin banyak pengorbanan jiwa dan darah yang mengalir.

Pengkhianatan ini bukan hanya sekadar usaha untuk membunuh Shalahuddin al-Ayyubi yang telah melenyapkan daulah Syiah di Mesir, tapi dampak dari itu semua adalah semakin berbahayanya orang-orang asing di negeri Syam. Ketika Shalahuddin hendak mendatangi mereka untuk melindungi Syam dari orang-orang asing, salah satu penghalang utamanya adalah pengkhianatan orang-orang Syiah kepadanya dalam kekuasaannya di Mesir (baca al-Bidayah wa an-Nihayah karya Ibnu Katsir, 12/287-288).

Inilah di antara contoh pengkhianatan Syiah dan usaha mereka dalam pembunuhan terhadap raja penolong Ahlussunnah, Shalahuddin al-Ayyubi—rahimahullah. Mereka merencanakan tipu daya, dan Allah menggagalkan tipu daya mereka. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

sumber: https://www.facebook.com/StatusNasehatUntukSaudaraku/posts/438348036260310
Read full post »

Rabu, Jun 19, 2013

Sengketa Siam vs Siam - Melayu tidak perlu terbabit.

0 comments
Persengketaan keluarga yang tak sudah. Siam vs Siam. Itulah kesimpulan yang dapat dipelajari apabila meneliti sejarah keturunan yang dikatakan berasal dari Merong Mahawangsa yang datang ke Alam Melayu satu ketika dahulu.

Satu pihak tidak mahu mengaku menjadi Melayu dan masih berpegang pada cerita bangsa Siam keturunan China-Monggol-India manakala sebelah pihak lagi telah pun menjadi sebahagian daripada umat Melayu Islam. 

Perlu diingat peribumi asal Alam Melayu ini telah lama wujud, malah lebih awal dari bangsa China, mahupun India mahupun lain-lain tempat didunia. Cerita anak cucu cicit Nabi Noh a.s yang ada di Gunung Jerai seperti yang diceritakan oleh SNK tidak kami  lupakan, malah membuktikan Melayu sudah ada disini seawal zaman Nabi Noh a.s lagi. 

Dan telah kami jelaskan dahulu makna Malayu itu antara lainnya bermaksud Manusia Lama Yang Ujud. Itu juga bukan omong kosong kerana kajian DNA membuktikannya. Melayu bukan pendatang dari Selatan China seperti tohmahan barat dan profesor kiasu dari Singapura.

Sejarah persengketaan keluarga Siam yang berlaku mengakibat bunuh membunuh, caci mencaci, tuntutan harta dan sebagainya itu harus diselesaikan sendiri oleh pihak yang bertelingkah. Sungguhpun begitu banyak bukti dan penemuan baru telah menyedarkan kami tentang sejarah yang telah diselindungkan. Maka itu adalah kelebihan SNK yang tidak dapat kami nafikan. Manuskrip UUK yang membuktikan kedatangan Islam lebih awal dari yang disangkakan adalah salah satu darinya.

Kami juga melihat definisi Islam dari sudut iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh kerana itu pada pendapat kami Empayar Islam yang dikatakan oleh Jabatan Warisan Negara itu ada sedikit tersasar yang mana sepatutnya dikekalkan nama Sejarah Negara Kedah - ini supaya tidak melibatkan orang lain yang tidak bersangkut-paut dan supaya nama Islam tidak buruk akibat sengketa keluarga. 

Jika satu pihak dituduh terbabit dengan Ayuthaya Buddha satu pihak lagi pula terbabit ada dengan Ayuthaya Syiah. Menurut penilaian kami, mudharat dan manafaat, Peperangan Islam Sunni vs Syiah ini semenjak zaman Khulafa Ar Rashdin Saidina Ali r.a pula sebenarnya lebih dahsyat dan tidak kunjung henti dan mengakibatkan jutaan-ribu korban jika hendak dibandingkan cerita perang Siam vs Thai. Jadi mana yang lebih bahaya? - 2 kali lima.

Justeru sebagai orang Melayu kami amat berharap supaya Umat Melayu keseluruhannya mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan daripada apa yang sedang berlaku. Maka bersatulah demi Agama dan Bangsa mu.

Solawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kami bertindak sebagai pengkaji sejarah bebas yang tidak terikat atau perlu minta izin dengan mana-mana mahkluk bagi mendatangkan pendapat mahupun pandangan kami yang juga bersifat peribadi. Dan pembaca pula tidak perlu bersetuju dengan apa yang kami tuliskan. Maka fikir dengan kritis, bukan taklik buta pada penceritaan.

Bak pesan Almarhum Dato Onn " Melayu Jangan Sembah Selain Tuhan - The Malays Should Never Sembah to Anyone Except to God."

Maka itulah yang wajib dilakukan oleh Umat Melayu hari ini dan perlu muhasabah diri. Peringatan ini juga ditujukan kepada diri kami sendiri. Berusahalah untuk menjiwai dan menjadi sebenar-benar Melayu yang hanya Me-layu kepada Tuhan Rabbul Jalil dan bukan kepada Mahkluk yang kena jadi. Sembah dan hormat adalah dua perkara yang berbeza.

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah, terkasar bahasa dalam menyampaikan kisah ini dan tidak berniat untuk memanjangkan sengketa. Kami juga berterima kasih atas segala kerjasama pihak-pihak yang berkaitan semasa kami menjalankan usaha mengkaji kisah ini.

Kami juga telah pun memaafkan, jika pun ada, tidak pernah ambil pusing dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kami oleh pihak-pihak yang tidak diberi pengetahuan -- hanya Sa-Nya, DIA sahaja Yang Maha Tahu.

Bersyukurkah kerana mendapat nikmat menjadi seorang Melayu yang dilahirkan sebagai seorang Islam. Maka pedalamkan lagi ilmunya supaya tidak menjadi sia-sia.

InsyaAllah bersambung dilain masa dengan kisah yang lain.

Sejarah itu hidup.

Dengan itu kami sudahkan kisah Siam.

Lucut sengketa.

Wassalam.

THE MALAY PRESS



Read full post »

Selasa, Jun 18, 2013

Apa yang dimaksud dengan aliran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah itu?

0 comments
Syiah bukan daripada Islam.

Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah adalah salah satu aliran Syiah dari sekian banyak aliran-aliran Syiah yang satu sama lain berebut menamakan aliran Syiahnya sebagai madzhab Ahlul Bait. Dan penganutnya mengklaim hanya dirinya saja atau golongannya yang mengikuti dan mencintai Ahlul Bait. Aliran Syiah inilah yang dianut atau diikuti oleh mayoritas (65 %) rakyat IRAN.



Sejenis Firaun juga Bashar Al Assad ni...

Begitu pula sebagai aliran Syiah yang diikuti oleh orang-orang di Indonesia yang gandrung kepada Khumaini dan Syiahnya. 
Apabila dibanding dengan aliran-aliran Syiah yang lain, maka aliran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah ini merupakan aliran Syiah yang paling sesat (GHULAH) dan paling berbahaya bagi agama, bangsa dan negara pada saat ini.


Dengan menggunakan strategi yang licik yang mereka namakan TAGIYAH (berdusta) yang berakibat dapat menghalalkan segala cara, aliran ini dikembangkan.
 Akibatnya banyak orang-orang yang beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah tertipu dan termakan oleh propaganda mereka, sehingga keluar dari agama nenek moyangnya (Islam) dan masuk Syiah.
 Karena didasari oleh Ashobiyah atau kefanatikan yang mendalam, maka aliran ini cepat menjalar dan berkembang, terutama dikalangan awam Alawiyyin (keturunan nabi Muhammad) dan Muhibbin (pecinta mereka).

Sehingga bagaikan penyakit kanker yang ganas sedang berkembang didalam tubuh yang sehat, yang ratusan tahun dikenal beraqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Sebenarnya bagi orang-orang yang berpendidikan agama, wabah ini tidak sampai menggoyahkan iman mereka, tapi bagi orang-orang yang kurang pengetahuan Islamnya, mudah sekali terjangkit penyakit ini.


Dalam situasi yang memprihatinkan ini, bangkitlah orang-orang yang merasa terpanggil untuk melawan dan memerangi aliran tersebut. Berbagai cara telah mereka tempuh, ada yang dengan jalan berceramah, ada yang dengan menulis, bahkan ada yang dengan jalan berdiskusi dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang positif dari masyarakat dan dari pemerintah.


Berbeda dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang penuh dengan saling hormat menghormati dan penuh dengan cinta mencintai serta penuh dengan maaf memaafkan karena berdasarkan Al Ahlaqul Karimah dan Al Afwa Indal Magdiroh (pemberian maaf disaat ia dapat membalas) serta Husnudhdhon (baik sangka), maka ajaran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah ini penuh dengan caci maki dan penuh dengan fitnahan-fitnahan serta penuh dengan laknat-melaknat, karena dilandasi dengan Suudhdhon (buruk sangka) dan dendam kesumat serta kefanatikan yang tidak berdasar.


Dapat kita lihat bagaimana mereka tanpa sopan berani dan terang-terangan mencaci maki para sahabat, memfitnah istri-istri Rasulullah SAW, khususnya Siti Aisyah, bahkan Rasulullah sendiri tidak luput dari tuduhan mereka.
Ajaran-ajaran Syiah yang meresahkan dan membangkitkan amarah umat Islam ini, membuat para ulama di seluruh dunia sepakat untuk memberikan penerangan kepada masyarakat.

Ratusan judul kitab diterbitkan, berjuta kitab dicetak dengan maksud agar masyarakat mengetahui kesesatan Syiah dan waspada terhadap gerakan Syiah. Dalam menulis kitab-kitab tersebut para ulama kita itu mengambil sumber dan sandaran dari kitab-kitab Syiah (kitab-kitab rujukan Syiah), sehingga sukar sekali bagi orang-orang Syiah untuk menyanggahnya. 


Selanjutnya dengan banyaknya beredar kitab-kitab yang memuat dan memaparkan kesesatan ajaran Syiah, maka banyak orang-orang yang dahulunya terpengaruh kepada Syiah, menjadi sadar dan kembali kepada aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Hal ini tentu tidak lepas hidayah dan inayah serta taufiq dari Allah SWT. Terkecuali orang-orang yang memang bernasib buruk, yaitu orang-orang yang sudah ditakdirkan oleh Allah sebagai orang Syagi (celaka dan sengsara). 
Semoga kita dan keluarga kita digolongkan sebagai orang-orang yang Suada’ atau orang-orang yang beruntung yang diselamatkan oleh Allah dari aliran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah yang sesat dan menyesatkan.

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger