"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Jun 19, 2013

Sengketa Siam vs Siam - Melayu tidak perlu terbabit.

Persengketaan keluarga yang tak sudah. Siam vs Siam. Itulah kesimpulan yang dapat dipelajari apabila meneliti sejarah keturunan yang dikatakan berasal dari Merong Mahawangsa yang datang ke Alam Melayu satu ketika dahulu.

Satu pihak tidak mahu mengaku menjadi Melayu dan masih berpegang pada cerita bangsa Siam keturunan China-Monggol-India manakala sebelah pihak lagi telah pun menjadi sebahagian daripada umat Melayu Islam. 

Perlu diingat peribumi asal Alam Melayu ini telah lama wujud, malah lebih awal dari bangsa China, mahupun India mahupun lain-lain tempat didunia. Cerita anak cucu cicit Nabi Noh a.s yang ada di Gunung Jerai seperti yang diceritakan oleh SNK tidak kami  lupakan, malah membuktikan Melayu sudah ada disini seawal zaman Nabi Noh a.s lagi. 

Dan telah kami jelaskan dahulu makna Malayu itu antara lainnya bermaksud Manusia Lama Yang Ujud. Itu juga bukan omong kosong kerana kajian DNA membuktikannya. Melayu bukan pendatang dari Selatan China seperti tohmahan barat dan profesor kiasu dari Singapura.

Sejarah persengketaan keluarga Siam yang berlaku mengakibat bunuh membunuh, caci mencaci, tuntutan harta dan sebagainya itu harus diselesaikan sendiri oleh pihak yang bertelingkah. Sungguhpun begitu banyak bukti dan penemuan baru telah menyedarkan kami tentang sejarah yang telah diselindungkan. Maka itu adalah kelebihan SNK yang tidak dapat kami nafikan. Manuskrip UUK yang membuktikan kedatangan Islam lebih awal dari yang disangkakan adalah salah satu darinya.

Kami juga melihat definisi Islam dari sudut iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh kerana itu pada pendapat kami Empayar Islam yang dikatakan oleh Jabatan Warisan Negara itu ada sedikit tersasar yang mana sepatutnya dikekalkan nama Sejarah Negara Kedah - ini supaya tidak melibatkan orang lain yang tidak bersangkut-paut dan supaya nama Islam tidak buruk akibat sengketa keluarga. 

Jika satu pihak dituduh terbabit dengan Ayuthaya Buddha satu pihak lagi pula terbabit ada dengan Ayuthaya Syiah. Menurut penilaian kami, mudharat dan manafaat, Peperangan Islam Sunni vs Syiah ini semenjak zaman Khulafa Ar Rashdin Saidina Ali r.a pula sebenarnya lebih dahsyat dan tidak kunjung henti dan mengakibatkan jutaan-ribu korban jika hendak dibandingkan cerita perang Siam vs Thai. Jadi mana yang lebih bahaya? - 2 kali lima.

Justeru sebagai orang Melayu kami amat berharap supaya Umat Melayu keseluruhannya mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan daripada apa yang sedang berlaku. Maka bersatulah demi Agama dan Bangsa mu.

Solawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kami bertindak sebagai pengkaji sejarah bebas yang tidak terikat atau perlu minta izin dengan mana-mana mahkluk bagi mendatangkan pendapat mahupun pandangan kami yang juga bersifat peribadi. Dan pembaca pula tidak perlu bersetuju dengan apa yang kami tuliskan. Maka fikir dengan kritis, bukan taklik buta pada penceritaan.

Bak pesan Almarhum Dato Onn " Melayu Jangan Sembah Selain Tuhan - The Malays Should Never Sembah to Anyone Except to God."

Maka itulah yang wajib dilakukan oleh Umat Melayu hari ini dan perlu muhasabah diri. Peringatan ini juga ditujukan kepada diri kami sendiri. Berusahalah untuk menjiwai dan menjadi sebenar-benar Melayu yang hanya Me-layu kepada Tuhan Rabbul Jalil dan bukan kepada Mahkluk yang kena jadi. Sembah dan hormat adalah dua perkara yang berbeza.

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah, terkasar bahasa dalam menyampaikan kisah ini dan tidak berniat untuk memanjangkan sengketa. Kami juga berterima kasih atas segala kerjasama pihak-pihak yang berkaitan semasa kami menjalankan usaha mengkaji kisah ini.

Kami juga telah pun memaafkan, jika pun ada, tidak pernah ambil pusing dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kami oleh pihak-pihak yang tidak diberi pengetahuan -- hanya Sa-Nya, DIA sahaja Yang Maha Tahu.

Bersyukurkah kerana mendapat nikmat menjadi seorang Melayu yang dilahirkan sebagai seorang Islam. Maka pedalamkan lagi ilmunya supaya tidak menjadi sia-sia.

InsyaAllah bersambung dilain masa dengan kisah yang lain.

Sejarah itu hidup.

Dengan itu kami sudahkan kisah Siam.

Lucut sengketa.

Wassalam.

THE MALAY PRESS



0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger