"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Jun 04, 2013

Terima Kasih Pak Anwar Ibrahim Pt2

BENUA MELAYU YANG DIHILANGKAN.

Kita tinggalkan hal politik. Biarlah orang politik buat kerja mereka. Dengan undi kita, maka yang menang itu dapatlah mereka rezeki bagi makan anak bini. Kalau tidak berpolitik nanti maka kena cas makan gaji buta pula, satu hal lagi nak naik mahkamah kes makan gaji buta -- sungguhpun begitu rezeki itu kafir ke Islam tetap lah Allah taala yang bagi itulah iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Yang baik itu tetap dari Allah taala dan yang khilaf serta kesilapan itu tetaplah atas desakan nafsu beserta dengan setan-setan yang sangat komited dalam tugas mereka yang dibahasakan dengan kelemahan manusia yang tarapapa. Begitulah cerita kitab Tok Alim zaman dahulu.

Baik kita kembali ke sejarah realiti. Setelah panjang lebar memperkatakan tentang kewujudan Empayar Islam Benua Siam Kedah, disini penulis ingin mengarahkan pandangan pembaca ke satu sudut sejarah Melayu yang dilupakan, iaitu sejarah kerajaan Champa. 

Kerajaan Champa ini tidak disebut secara khusus sebagai sebuah kerajaan Melayu. Sungguhpun begitu melalui kajian yang telah dilakukan maka telah dikenal pasti bahawa bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa Malayo-Polenesia. Bahasa ini adalah satu cabang bahasa yang merumpunkan Melayu di Alam Melayu.

Maka oleh itu dapatlah kita katakan bahawa kerajaan Champa sebelum Islam dahulu adalah sebuah kerajaan Melayu. Kerajaan Melayu bercawat berkemban yang exotic. Orang Asli pun berkemban juga maka tiada lah unsur pelik disitu.

Keras-lembut, jantan ke betina penulis pun tak tahu nak kata.
Tapi Posing menarik gaya Champa purbakala -- tinggalan Cham Tower
Gaya Tangan macam lawak 3 Abdul.
 Berdiri lutut "gaya orang Pulau Manis," kata orang Pekan.


Dengan meletakkan asas bahasa menunjukkan bangsa, maka kita lihat pula dengan lebih dekat bangsa yang menggunakan bahasa Melayu dan sanskerit ini dari perspektif yang lebih dekat, iaitu dari sudut binaan dan kepakaran.

Orang Champa zaman dahulu terkenal dengan kehebatan seni bina, sehinggakan ke hari ini pakar-pakar seluruh dunia tidak dapat memastikan apakah rahsia yang digunakan oleh mereka untuk membina banggunan batu bata bertingkat yang tegap utuh tanpa plaster simen. Masih berdiri sehinga ke hari ini. 

Contoh tinggalan Kerajaan Champa Purbakala

Orang Champa juga terkenal dengan kehandalan sebagai pelaut jika mahu dikatakan kisah orang laut maka orang Champa ini lah contoh yang baik untuk dijadikan teladan.

Mereka juga terlibat secara langsung dengan perdagangan yang merentas laluan sutera samada darat ataupun laut melalui China sehingga ke Arab Parsi dan Eropah.

Mereka jugalah yang membina Angkor Bayon di Kemboja, yang mana sejarah itu cuba dinafikan oleh orang Khmer. Peperangan diantara Khmer dan orang Cham pernah berlaku dan ini membuktikan bahawa orang Cham pernah menggerakkan tentera mereka nun jauh sehingga ke dalam hutan Siem Riep tempat Prasat Angkor dibina.



Ciri Binaan di Benua Melayu-Polenesia adalah sama. 
Mana perginya hak Melayu di Malaysia? 

Setelah sekian lama memerintah Pantai Timur Benua Melayu akhirnya mereka tewas juga ditangan orang Dai Viet yang datang dari arah utara.

Beza-nya orang Dai Viet tidak dapat membina banggunan secanggih orang Cham. Jikapun ada ia berbeza dari sudut arkitektur dan pendekatan cara bina.

Untungnya orang Melayu hari ini kerana dapat menjadikan binaan-binaan kerajaan Melayu Champa purbakala sebagai contoh untuk membuktikan kepandaian orang Melayu dahulu kala. Orang Perancis dan Viet Nam walaupun agak kejam tapi tidaklah sampai meletupkan binaan-binaan bersejarah disana. Orang Inggeris walaupun baik tetapi haram satu hapah peninggalan sejarah Melayu di Malaysia tidak dibenarkan wujud. Hendak mencari tunggul pun kerana korek bermeter-meter dalamnya. -- itulah bezanya antara penjajah-penjajah tersebut. Entah apa yang ditakuti oleh British dengan peninggalan sejarah Melayu di Semenanjung ini kita pun tidak lah sampai akal untuk memberitakannya secara pasti.


Wilayah Malayo Cham meluas dari kawasan pergunungan Laos sehingga ke Pulau Hainan sebelum di jajah Dai Viet juga disebut Cochinchina. Kawasan pergunungan Laos ini sebenarnya paling banyak di bom oleh Amirika (karpet bombing) jika dibandingkan dengan Viet Nam. Rupanya dikawasan pergunungan inilah terdapat "satu suku kaum" yang menyimpan rahsia kerajaan Malayo-Cham bersembunyi.

Dewasa ini orang Malayo-Cham duduk bertebaran dimerata dunia menjadi pelarian dan seterusnya menjadi warganegara. Negara yang mulanya tiada kepada ada dan kembali tiada. Ramai diantara mereka lari tinggal di Amerika, Eropah dan juga Malaysia.

Untungnya mereka, jika pun mereka ingin menuntut kembali negara mereka maka ada juga tunggul sejarah untuk membuktikan perkara itu. Apa yang mereka mampu lakukan adalah bersatu dan menyebarkan sejarah realiti nagara Cham melalui pendidikan dan kempen awareness yang lebih mantap -- dengan harapan tidak ditangkap.

Begitulah sebahagian cerita Alam Melayu yang mungkin tidak dapat dicapai difikir oleh orang Melayu Malaysia era moden kerana terpisah dek ideologi politik, fahaman agama yang sempit dan tidak mahu berbangga menjadi Melayu -- kerana beranggapan berfahaman Melayu itu adalah satu kesalahan asabiah. Mungkin mereka lupa atau tidak tahu langsung atau tidak mahu menghayati bab sejarah realiti Umat Melayu dan Islam Nusantara yang telah digodam penjajah -- terima kasih Munsyi Abdullah dan konco-konconya pengampu sejarah hikayat Parameswara Melaka 1404 masehi yang tak de punca.

Menara Po Rome adalah menara Champa yang dibina pada abad ke 17 dan yang terbesar serta terakhir yang dibina oleh pembesar kerajaan Champa. Menurut sumber yang lain, Po Rome ini adalah seorang Raja yang beragama Islam. Maka tidak mustahil binaan yang serupa reka bentuknya di Ayuthia adalah juga milik kerajaan Islam yang mana teknik pembuatan dan bahannya adalah sama. Unsur hindu-buddha yang dimasukkan kemudian ataupun segala berhala colok sembahan hanya mendatangkan persepsi negatif terhadap binaan Melayu ini. Manakala Po Chan @ Sultan Muzaffar Syah 3 adalah Raja Islam Champa yang terakhir memerintah di bumi Cham sebelum berundur pulang ke Semenanjung Tanah Melayu - Kedah pada tahun 18++.

Ada juga yang sanggup menghilangkan nama Melayu demi ideologi politik yang sempit -- perkara ini juga amat ditentang oleh Allahyarham Dato Onn sewaktu dahulu. Walaubagaimanpun ikut pengajian masing-masinglah, tapi Melayu itu besar bukan kecil anak seperti yang disangkakan, bak kata Almarhum Syeikh Ahmad Fatani wilayah Melayu berada diantara India dan China, Indo China -- itulah realitinya nama Benua Melayu yang tidak terungkap oleh orang Melayu kerana sikap inferiority complex ditambah dengan sejarah yang telah dihilangkan.

Kalau hendak diikutkan Siam itu ada pelbagai versi, tetapi perkataan "siam" itu sendiri ada maksudnya yang tepat dan adalah salah satu kata yang dapat diambil daripada perbendaharaan bahasa Melayo-Polenesia versi Champa bermaksud "baik". Atas sebab itu kita berani kata diantara India ---- China itu sebenarnya adalah tempat bernama Benua Melayu, benua yang baik.

Peta terkini menunjukkan tinggalan Cham Tower bersamping Laut Timur

Melayu bukan pendatang seperti yang di gembar-gemburkan oleh orang para pengikut Sun Yat Sen yang telah beranak pinak di Strait Settlement termasuklah yang berada di Singapura.

Oleh kerana itu kerajaan Melayu Malaysia yang dikatakan minoriti (tinggal seciput ini) sepatutnya membuka mata seluas-luasnya, menilai kembali sejarah Melayu dari perpekstif merentas global tiada sempadan untuk kembali meletakkan sejarah Melayu pada tempat yang selayaknya. Banyak tenaga, wang ringgit dan masa telah dihabiskan oleh pejuang-pejuang sejarah Melayu untuk memastikan sejarah realiti bangsanya kembali ke tempat yang selayaknya.  Sudahlah tinggal seciput tetapi masih mengamalkan sikap pengecut. Jangan dikhianati orang Melayu lagi.

Sekali lagi terima kasih Pak Anwar Ibrahim kerana berjaya menyedarkan segelintir orang Melayu tentang perihal bangsanya demi kelangsungan sebuah warisan yang sudah hampir dipupuskan.

Realiti bukan Persepsi bak kata Perdana Menteri.

Wassalam.

The Malay Press.





0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger