Ahli-ahli kelab juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah di Kota Melaka. Program ini secara keseluruhannya telah mendedahkan generasi-generasi baru yang rata-ratanya di awal 20an dengan pengalaman-pengalaman beharga yang mungkin akan mematangkan mereka lebih awal dari usianya. Semoga pengalaman itu membantu mereka dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup ini di masa hadapan. InsyaAllah.
Agama
KINI
Majoriti masyarakat disini masih lagi menjadikan menoreh getah sebagai pekerjaan rutin mereka. Projek tanaman getah juga diusahakan oleh Felcra. Penduduk juga membela ternakan seperti ayam dan itik. Kebanyakan penduduk di kampung ini berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan kerana peluang pekerjaan di kampung ini sukar didapati. Kebanyakan penduduknya berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun, bagi yang telah bersara, mereka telah membuat rumah sendiri di kampung ini. Dengan itu, projek-projek membina rumah baru semakin banyak dan padat.
SEDIKIT MENGENAI NANING
Asal usul nama
Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang Naning (binatang penyengat yang bisa) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh.
Naning jatuh ke tangan penjajah
Perang Naning
Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan. Setelah itu Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833.
Kawasan Naning
Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian daripada negeri Melaka. Naning dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut:-
Dalam Daerah Alor Gajah
Ramuan China Besar, Ramuan Cina Kecil, Sungai Baru Ulu, Masjid Tanah, Sungai Siput, Berisu, Ayer Paabas, Lendu, Sungai Buloh, Melekek, Taboh Naning, Pegoh, Kelemak, Pulau Sebang, Tanjung Rimau, Padang Sebang,
Gadek, Melaka Pindah, Rembia, Sungai Petai, Kemmunig, Tebong, Empang Batu.
Dalam Daerah Jasin
Batang Melaka, Jus, Nyalas.
Sekian dahulu buat masa ini.
Dalam perjalanan pulang pula, konvoi telah memilih untuk mengikuti jalan lama untuk mengelak tol sebelum memasuki lebuh raya Pedas-Linggi menuju ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ini, konvoi terpaksa pula melalui jalan-lama dengan melintasi kampung-kampung lama seperti Berisu dan sebagainya. Penulis sendiri tidak fasih dengan jalan lama ini, hanya mengikut sahaja perjalanan konvoi yang juga berpandukan GPS. Penulis hanya tersentak apabila konvoi melalui sebuah kampung, iaitu Ramuan China Besar.
Ini adalah sebuah kampung lama di pedalaman Melaka. Sejarahnya tidak diketahui orang, namanya juga tidak sebesar nama Masjid Tanah mahupun Lubok China, tetapi penulis sewaktu kecil sudah beberapa kali terjatuh di bawah pokok manggis, rambai dan rambutan di halaman sebuah rumah di sini - rumah Uwan. Itu yang membuatkan penulis terkenang-terkenang. Uwan sempat menghantar penulis keluar negara sebelum kembali ke rahmatullah sewaktu penulis masih di sana.
Mengenangkan perkara itu, penulis terpanggil untuk membuat sedikit carian mengenai kampung ini di dalam internet sebelum kajian selanjutnya menyusul. Bagi penulis tiada bergunalah diri ini jika sejarah kampung orang giat dikaji, tetapi tidak kampung sendiri. Mungkin sudah sampai masanya sejarah, adat dan budaya Kampung Ramuan China ini diangkat di mata masyarakat.
Maka berikut adalah capaian terkini mengenai kampung Ramuan China Besar yang boleh dikongsikan buat para pembaca sekalian. Ia dipinjam dari sebuah blog seorang penduduk tempatan kampung Ramuan China yang punya jiwa pejuang dan sejarah yang nampaknya berminat untuk mempertahankan dan menaikkan sejarah kampungnya itu.
Sejarah Ramuan China Besar
Pengenalan
Ramuan China Besar merupakan sebuah kampung yang aman damai pada zaman dahulunya. Kampung ini terdiri daripada kalangan orang melayu.Walaupun namanya kampung Ramuan China Besar, tetapi kampung ini tidak mempunyai ramai orang cina.
Agama
Penduduk kampung ini juga dahulu juga beragama islam. Buktinya ialah pembinaan masjid pada kurun ke-18 yang dinamakan masjid Ramuan China Besar. Masjid ini dibina dalam lingkungan 1926-1928 dan asalnya berada di bukit chempedak berdekatan dengan projek PLKN. Masjid itu kini dipindahkan dan menggunakan kayu-kayan yang sama. 4 tiang di masjid itu merupakan tiang asal masjid lama. Masjid itu dibina secara bergotong-royong oleh penduduk sekitar. Modal pembinaan masjid juga disumbangkan oleh penduduk sekitar.
KINI
Agama penduduk di sini majoritinya agama Islam. Masjid yang didirikan dahulu di sini tidak berubah dan cuma telah menambah sayap masjid. Kerajaan negeri melaka telah mewartakan masjid tersebut sebagai bangunan bersejarah. Maka dengan itu, masjid ini tidak boleh dirobohkan mahupun diubah suai. Namun, disebabkan oleh penduduk-penduduk di sekitarnya telah ramai, maka ramai penduduk telah membangkang hasrat ini. Pihak masjid pula telah membeli tanah di belakang masjid itu dan telah membuka jaringan WiFi untuk penduduk. Namun, pembinaan masjid tidak pun dilaksanakan lagi kerana duit masjid habis kerana membeli tanah tersebut. Penduduk mula bermesyuarat hendak membuka satu lagi masjid di hilir iaitu masjid paya lebar kerana wujudnya KPTM. Orang ramai bersetuju tetapi sampai sekarang belum ada maklum balas mengenai maklumat berkenaan.
Adat
Adat yang dipegang oleh masyarakat kampung di Ramuan China Besar ialah adat pepatih. Sesuai dengan keadaan tempatnya yang tidak jauh dari Negeri Sembilan yang sememangnya mengamalkan adat pepatih sejak turun-temurun. Buktinya juga ialah kampung ini terdiri daripada kawasan jajahan Naning yang merupakan sebuah kawasan adat pepatih. Kawasan Naning ini telah pun dibuka oleh sekumpulan orang Naning yang telah berpindah dari negeri Sembilan untuk membuka petempatan baru di Melaka. Sesuai dengan tempatnya yang strategik, kerajaan British membuka pejabat daerah di Alor Gajah.
KINI
Adat yang di pegang oleh masyrakat Ramuan China Besar kini ialah adat pepatih dan temenggung. Disebabkan kerajaan negeri telahpun menempatkan dato’ sidang iaitu wakil adat (temenggung), maka institusi adat pepatih di kampung ini tercemar. Anak-anak muda kini tidak lagi mengikut adat pepatih. Dipercayai, adat pepatih ini lupus sejak lingkungan 30-40 tahun dahulu. [Boleh jadi benar perkara ini sedang berlaku kerana penulis sendiri tidak fasih dan sudah jauh dengan adat kampung ini]

Kemudahan sosial
Pada zaman dahulu, rumah di kampung ini amat sedikit dan jarak antara rumah amatlah jauh. Sistem pengangkutan utama masyarakat di sini dahulunya cuma basikal. Sistem jalan dahulu cuma tanah merah dan lebarnya hanyalah lebih kurang 3 meter. Sistem pengairan disini amat bagus kerana kebanyakan penduduk dahulu membina rumah setinggi 2 meter. Cuma ada sebatang sungai sahaja yang mengairi tanaman penduduk disini iaitu Sungai Ramuan China Besar. Orang kampung menggelarnya bondar yang bermaksud sungai kecil. Sungai ini mengalir dari hulu ke hilir. Di sebabkan pekan ini berada di hulu sungai Ramuan China Besar, jadi penduduk menggelar nama pekan ini sebagai Pekan Hulu.
Jalan Besar di Paya Lebar
Jalan besar di paya lebar itu akan dinaik taraf. Jalan ini akan dipanggilScenic Road. Scenic Road bermaksud jalan jauh yang menghubungkan Bandar Melaka sehingga ke tampin dan ke daerah Jasin. Laluannya ialah Bandar Melaka, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Kuala Linggi, Paya Lebar, Berisu, Tampin, dan seterunya ke daerah Jasin. Penulis menggangap jalan ini bertujuan untuk kegunaan pelancong yang ingin melihat keindahan flora dan fauna di Melaka kerana jalan-jalan ini selalunya melalui ladang-ladang dan pantai.
Pekerjaan
Kebanyakan penduduk di sini dahulunya menorah getah. Dari dahulu sehingga kini, ramai penduduknya menorah getah. Terdapat juga penduduk yang mengusahakan tanama sampingan seperti durian, binjai, rambutan, mangga dan lain-lain. Selain itu, ada kalangan penduduk menjadi nelayan dengan menangkap ikan di sungai. Penduduk kampung disini secara tradisinya membela lembu bagi tujuan untuk menjual dan sebagai persiapan untuk kenduri. Tetapi pada masa kini tradisi ini dimusnahkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah kerana lembu-lembu ini ditangkap kerana pembelanya tidak mempunyai permit membela lembu dan membiarkan lembu-lembu ini bebas sekitar kampung [patutlah penulis melihat sudah tiada lagi lembu di kiri-kanan jalan di sini - jika tidak sudah tentu jenuh untuk mengelak "booby trap" lembu yang bersepah di tengah jalan]. Sejak penanaman kelapa sawit diperkenalkan di Malaysia, penduduk mula beralih untuk menanam kelapa sawit kerana harganya lebih mahal dan banyak pengeksport dari dalam negara memerlukannya.
KINI
Majoriti masyarakat disini masih lagi menjadikan menoreh getah sebagai pekerjaan rutin mereka. Projek tanaman getah juga diusahakan oleh Felcra. Penduduk juga membela ternakan seperti ayam dan itik. Kebanyakan penduduk di kampung ini berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan kerana peluang pekerjaan di kampung ini sukar didapati. Kebanyakan penduduknya berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun, bagi yang telah bersara, mereka telah membuat rumah sendiri di kampung ini. Dengan itu, projek-projek membina rumah baru semakin banyak dan padat.
Sejarah Nama Ramuan China Besar
Versi 1
Nama Ramuan China Besar ini ada ceritanya. Kru pagi ERA FM iaitu Din Beramboi dan Aznil juga menobatkan Ramuan China Besar merupakan nama kampung yang paling unik. Ceritanya bermula apabila seorang saudagar cina dari China telah mendapati 2 ekor gajahnya bernama Ramu telah hilang dari kandangnya. Orang ramai telah mencari gajah itu di pelusuk Melaka dan telah menjumpainya di kampung ini. Dan setelah itu, kampung ini telah diberi nama Ramuan China Besar kerana gajah itu bernama Ramu, pemiliknya seorang China dan gajah itu yang besar. Ramuan china kecil juga mendapat nama semasa sejarah yang sama tetapi gajahnya yang kecil. Oleh sebab kawasan itu meliputi kawasan yang amat besar, maka, daerah itu dinamakan Alor Gajah menggantikan nama Naning.
Versi 2
Ada pula ynag mengatakan sejarah nama Ramuan China Besar ni datangnya dari seorang tuakng perubatan China yang membuat ramuan ubat dalam perik yang besar. Badannya sungguh la besar. Perkara ini di kaitkan dengan sejarah Ramuan China Kechil yang mengatakan perkerjaan mereka yang sama dan badannya yang kurus dan kecil.
Namun begitu, kita tidak dapat mengetahui sejarah ini benar ataupun tidak memandangkan cerita ini mempunyai banyak versi. Catatan mengenai sejarah-sejarah dahulu kala di Ramuan China Besar juga tidak dicatat. Oleh itu kita tidak boleh menganggap cerita ini benar. Asal usul penduduk di sini juga tidak dapat diketahui.
Pendidikan
Pendidikan di tempat ini bermula sekitar akhir kurun ke-18. Penulis sempat menggunakan bangunan lama, dua tingkat, beratapkan daun pelepah dan berdindingkan kayu. Disebabkan bangunannya yang kian uzur, bumbungnya yang telah bocor kerana diperbuat dari daun, maka kerajaan telah merobohkannya pada tahun 1999. Sebagai balasan, kerajaan telah membina satu blok bangunan dua tingkat, sebuah surau dan sebuah bangunan ICT untuk menempatkan komputer.
petikan: http://ramuanchinabesar.blogspot.com/2009/06/sejarah-ramuan-china-besar.html
petikan: http://ramuanchinabesar.blogspot.com/2009/06/sejarah-ramuan-china-besar.html
end quote.
"Kesedaran" itu bermula di sini...
...terjaga bersih.
MASJID AL MUHTADI RAMUAN CHINA BESAR
MASJID AL MUHTADI RAMUAN CHINA BESAR
Latar Belakang
Masjid Ramuan China Besar dibina sekitar tahun 1928 dan tapak asalnya ialah di kawasan Bukit Cempedak. Ianya didirikan oleh penduduk asal kampung Ramuan China Besar. Bahan binaanya menggunakan kayu lama. Kayu-kayu yang digunakan untuk membina masjid telah diibawa dari hutan yang berhampiran secara bergotong-royong. Pada tahun 1950 bangunan masjig ini telah diubahsuai dan dipindahkan ke tapak sekarang di kampung Ramuan China Besar. Perpindahan masjid telah diketuai oleh Allahyarham En. Yusof seorang anak tempatan. Menurut cerita orang-orang tua, empat batang tiang masjid yang terdapat di dalam masjid telah didirikan secara beramai-ramai dengan menggunakan tali kerana tiang tersebut tingginya 20 kaki dan besar 10 inci kali sepuluh inci setiap batang.
SEDIKIT MENGENAI NANING
Asal usul nama
Nama Naning dikatakan diambil bersempena satu sarang Naning (binatang penyengat yang bisa) bercorak kuning terus yang ditemui di atas pulau tiga buah sejanjar yang dikenali sebagai Pulau Galang Tiga Sejanjar yang terletak di sebuah paya di Taboh.
Naning jatuh ke tangan penjajah
Perang Naning
Naning telah jatuh ke tangan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada bulan Jun 1832 apabila Taboh telah ditawan dan pasukan di bawah pimpinan Undang Naning ke-9, Dato' Abdul Said bin Omar @ Dol Said telah berundur setelah berlaku beberapa pertempuran dengan pihak Inggeris selama lebih kurang 2 bulan. Setelah itu Naning pun dimasukkan di bawah pentadbiran wilayah Melaka pada tahun 1833.
Kawasan pertempuran yang juga
meliputi kawasan sekitarnya dalam bulatan biru.
Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian daripada negeri Melaka. Naning dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut:-
Dalam Daerah Alor Gajah
Ramuan China Besar, Ramuan Cina Kecil, Sungai Baru Ulu, Masjid Tanah, Sungai Siput, Berisu, Ayer Paabas, Lendu, Sungai Buloh, Melekek, Taboh Naning, Pegoh, Kelemak, Pulau Sebang, Tanjung Rimau, Padang Sebang,
Gadek, Melaka Pindah, Rembia, Sungai Petai, Kemmunig, Tebong, Empang Batu.
Dalam Daerah Jasin
Batang Melaka, Jus, Nyalas.
Sekian dahulu buat masa ini.
JIWA MERDEKA!
* Lebah tualang, lebah madu gergasi atau naning (nama saintifiknya Apis dorsata) (bahasa Inggeris: giant honey bee), ialah lebah madu yang berkoloni sepanjang Asia Tenggara sehinggalah selatan India. Ia mendapat nama lebah tualang bersempena dengan sarang atau haifnya yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang. Ia menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.
Sumber:

http://masjid.melaka.gov.my/index.php?1001=profile&1002=131
http://icelemontea-hairie.blogspot.com/2010/10/kajian-landskap-budaya-1-kampung-ramuan.html
http://tingkatanduasejarah.blogspot.com/2012/09/dol-said-pahlawan-naning.html
http://tingkatanduasejarah.blogspot.com/2012/09/dol-said-pahlawan-naning.html
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.