"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Julai 21, 2011

Mokhtar Hussin @ Jendral Tat Sin

General Tia Sin Tat Phya Tak - Tat Sin or Mokhtar (Tat) Hussin (Sin) - orang Kedah panggil Mokhtar tu Tat.

Kisah yang ditulis ini diambil daripada catatan seorang traveller bangsa Inggeris M Mouhot yang mati pada jam 7, 10 November tahun 1861. 

Apa yang dicatat ini adalah mengenai pemerintah pertama selepas selepas kejatuhan Ayuthia ke tangan Burma.

"The first king established at Bangkok was an extraordinary man, of Chinese origin, named Pin Tat. He was called by the Chinese Tia Sin Tat, or Tuat. He was born at a village called Bantak, in Northern Siam, in lat. 16 deg. North. The date of his birth was in March, 1734. At the capture of the Ayuthia he was 33 years old. Previous to that time he had obtained the office of second governor of his township, Tak and he next obtained the office governor of his own township, under the dignified title of Phya Tak, which name he bears to the present day."

Dalam kisah ini, kita akan dapat satu kefahaman bahawa dalam tahun-tahun sebelum kejatuhan Ayuthia itu telah terdapat satu plot dan pengkhianatan oleh seorang bangsa China bernama Tia Sin Tat Phya Tak (Tat Sin) daripada utara Siam. Yang mana beliau telah pun membuat pakatan secara senyap dengan membuat perjanjian dengan musuh-musuh Siam sehinggakan beliau tidak membantu Siam dalam mengekang kemasukan Burma ke Ayuthia. 

"During the reign of the last King of Ayuthia, he was promoted to the office and dignity of governor of the city Kam-Cheng-philet, which was from times of antiquity was called the capital of the western province of Northern Siam. He obtained this office by bribing the high minister of the king, Chaufa Ekadwat Anurak Moutri; and being a brave warrior, he was called to Ayuthia on the arrival of the Burman troops, as a member of the council. 

But when sent to resist the Burman troops, who were harrasing the eastern side of the city, perceiving that the Ayuthian government was unable to resist the enemy, he with his followers fled to Chautaburi (Chautabun), a town on the eastern shore of the Gulf of Siam. There he united with many brave men, who were robbers and pirates, and subsisted by robbing the villages and merchant vessels...He soon formed a treaty of peace with the headman of Bangplasoi, a district on the north, and with Kambuja and Annam (or Cochin China) on the south east."

Beliau juga telah menjadikan Chakri dari puak Sukhotai yang juga dari utara Siam sebagai jendral yang kemudian membunuhnya lalu menjadi Raja Pertama Thai daripada Dynasti Sukhotai.

"One of his generals, Chakri, commanding in Cambodia, took advantage of these circumstances to concert a plot against the King, who was taken prisoner at Bangkok and assasinated in the 1782. Chakri ascended the throne, and, dying soon afterwards, was succeeded by his son."

Jadi memang terdapat satu zaman 'buffer' sebelum kenaikan Dynasti Chakri salah seorang daripada jendral angkatan tentera Tatsin, yang kemudian merampas kuasa dengan membunuhnya dengan alasan gila.

"...Phya Jak [Tat Sin] reign did not end happily: in latter part of his life he fell into state of morbid melancholy, treated his subject cruelty and lost his popularity."

Tersebut juga dalam tahun 1771, Phya Jak (Tatsin) ini menyerang Lagor sebuah kerajaan Melayu Siam kerana tidak mengiktirafnya sebagai Raja Siam Ayuthia. Inilah barangkali catatan pertama serangan Siam kafir ke atas wilayah Melayu Lagor yang menjadi mimpi ngeri orang Melayu hari ini. 

"and the year following he sent an expedition into the Malay Peninsular to take possesion of Lagor, whose governor, formerly a vassal of the king, had assumed sovereignity, and proclaimed Phya Jak a usurper. The governor, being worsted in several engagements, took refuge with the chief of Patawi, a town in the peninsula, by whom he was surrended to the followers of Phya Jak."

Dalam serangan ke atas Lagor itu, dikatakan bahawa segala harta benda dan keluarga kerabat Lagor dibawa balik ke Bangkok. Manakala Sultan Lagor pula dikatakan berundur ke Patawi yang mana kemudiannya orang-orang Patawi bekerjasama pula dengan Siam kafir ini tadi dengan menyerahkan Sultan itu kepada puak Siam kafir iaitu King Jendral Tatsin.

Adakah Patawi yang dikatakan sebuah bandar di Semenanjung ini merujuk kepada Patani? Jika tidak, atas alasan apa pula segelintir orang Patawi ini sanggup bersekongkol dengan Siam kafir berkhianat ke atas saudara Islam mereka sendiri? (pernyataan dan soalan ini diutarakan dengan alasan dan mengambil kira bahawa seluruh semenanjung adalah wilayah Islam). Siapakah orang-orang Patawi yang dimaksudkan itu?

Maka disitulah punca Siam Kafir ini mendapat nama, kerana menjalankan peperangan di wilayah Islam Siam Lagor, yang dengan kejam, menjalankan serangan demi serangan ke utara Semenanjung Tanah Melayu; membunuh, merompak, menyamun, merogol, melanun, membunuh bayi dalam kandungan; dengan membelah perut ibu mengandung, menyeret tawanan perang sampai ke Bangkok lalu dipancung. Maka disitu jugalah yang menjadikan nama Siam itu jahat sebagaimana yang telah kita semua sedia maklum - SIAM PERUT HIJAU. 

"There he united with many brave men, who were robbers and pirates, and subsisted by robbing the villages and merchant vessels...treated his subject cruelty and lost his popularity."

Dan menurut catatan itu lagi, setelah kejatuhan Ayuthia, rajanya yang terakhir berundur dari Ayuhtia dalam keadaan cedera parah dan mati. Mayat beliau dijumpai lalu ditanam. Ini adalah kepercayaan mereka dan seterusnya berbohong kerana mungkin mereka tidak tahu bahawa Raja Siam Terakhir Dinasti Ayuthia ke 33 Maha Damaiyaza Boromoraja Ekataat telah berundur sehingga ke Kedah.

"The king badly wounded, escaped with his flying subjects, but soon died alone of his wound and his sorrows. He was subsequently discovered and buried."

Ada sumber yang mengatakan bahawa, sebelum Raja Ayuthia yang terakhir ini mati, dia dijumpai oleh sekumpulan 'travellers' lalu dibawa berjumpa seorang pemerintah dari Pegu bernama Phya Nai Kong yang berjanji bahawa beliau (raja ayuthia terakhir) itu akan kembali menjadi Raja Siam Ayuthia.

Maka dengan adanya dua sumber ini menunjukkan pihak Thai tidak tahu bagaimana keadaan dan kesudahannya Raja Siam Dinasti Ayuthia itu tadi kerana baginda telah pun bersembunyi di Kota Meng Kuang.

"One account relates that the last king mentioned above, when he fled from the city wounded, was apprehend by a party of travellers and brought into the presence of Phya Nai Kong in a state of great exhaustion and illness; that he was kindly received and respecfully treated, as though he was still the sovereign; and that Phya Nai Kong promised to confirm him again as ruler of Siam, but his strength failed and he died a few days after his apprehension."

Phya Nai Kong ini pula telah dibunuh oleh Tat Sin

"As much by stratagem as by force or by arms, he gained possession of the northern districts; but, not deeming himself secure enough from hostile attacts in that part of the country, he decided on falling back towards the south, and established himself at Bangkok, having surprised and put to death Phra Nai Kong, the Burman governor of that place, and seized on a quantity of money, provisions and ammunition."

Pada tahun 1768 setahun selepas kejatuhan Ayuthia pada 1767, Tat Sin bersama-sama pihak Sukhotai (kerana Tat Sin juga telah diakui sebagai Raja pertama kepada Sukhotai- to concert a plot against the King) telah pun menguasai hampir keseluruhan Selatan Siam dan wilayah timur pantai Teluk Siam.

"Thus by the end of 1768, he found himself sovereign of all the southern part of Siam and the eastern provinces on the shores of the Gulf."

Such is the short historical sketch given by the late King of Siam, up to this date, and which we must complete from other sources -- M Mouhot

(M Mouhot mengambil cerita ini daripada mendiang Raja Dynasti Sukhotai dan menyarankan pula pembaca mencari lagi jawapannya daripada sumber yang lain, mengapa?)


Massacre dalam zaman pemerintahan dinasti Chakri.

Berikut pula adalah kisah pembunuhan beramai-ramai (massacre) dalam era Dynasti Chakri Sukhotai

"The king died in 1809, and his son and successor, fearing or feigning to dread, conspiracies against him, put to death one hundred and seventeen Siamese nobles, among whom were several generals who fought by his father's side agaisnt the Burmans. This atrocious massacre, and the murder of a cousin much beloved by the people, alienated their affections from him. In other respects he ruled with wisdom and moderation: keeping in check the turbulent Malays..."


Dengan ini secara serba sedikit tahulah kita bahawa penentangan wilayah Lagor terhadap kerajaan Siam Kafir Tat Sin ini pastinya bersebab. Gelaran 'usurper' telah digunakan oleh Raja Lagor kepada Tat Sin ini. 

Mengapa pula Raja Lagor dan Phya Nai Kong dari Pegu itu masih berjanji taat setia dengan Raja Siam yang terakhir? 

Dimana pula perginya 33 makam raja-raja Ayuthia dahulu? 

Adakah benar Raja Siam yang terakhir itu terbunuh? 

Mengapa ada serangan di Kota Mengkuang tempat Syarif Syah bersembunyi? 

Mengapa ada perang Musuh Bisik 1821?

Mengapa sempadan Ser Genting Kra itu dinamakan wilayah Melayu?

Mengapa ramai orang Islam Melayu di Ayuthia yang tidak mahu dipanggil Melayu tetapi Thai Muslim?

Soalan terakhir yang penting untuk dikaji dan dicari jawapannya, DARIPADA MANA ASAL RAJA LAGOR NI?

Harap tuan dan puan dapat memikirkan sedalam-dalamnya segala petikan dari catatan diatas.


Wassalam.

Herman Abdullah
Cambodia 
30.05.2011


*Maka sesuailah dengan kata-kata yang pernah diutarakan oleh seorang waris panglima dari Kedah (sehingga menimbulkan persoalan besar dalam diri saya sendiri); iaitu kata daripada temuramah dengan Tuan Haji Ishak bin Itam, Guru Utama dan Presiden PSSCM, yang menegaskan suatu ketika dahulu bahawa "Merong Mahawangsa itu Raja Siam."


12 comments:

  1. Another great piece of analysis Tuan. Ini yang aku suka blog ni.

    Mengapa pula Raja Lagor dan Phya Nai Kong dari Pegu itu masih berjanji taat setia dengan Raja Siam yang terakhir? SEBAB RAJA SIAM DI AYUTHIA ITU RAJA BESAR ATAU MAHARAJA DAN LAGOR ATAU LIGOR DI BAWAH JAJAHAN TAKLUK.

    Dimana pula perginya 33 makam raja-raja Ayuthia dahulu? DI LAIN2 TEMPAT KAT NUSANTARA SEBAB RAJA-RAJA ITU AMBIL GILIRAN BERTUGAS DI AYUTHIA.

    Mengapa ada serangan di Kota Mengkuang tempat Syarif Syah bersembunyi? SETELAH PIHAK THAI TAHU RAJA AYUTHIA MASIH HIDUP. SEBELUM ITU DIA KENA TIPU INGATKAN RAJA SIAM SUDAH MATI DI LAGOR. MUNGKIN BATANG PISANG SAJA DITANAM DI LAGOR TU.MAT KILAU PUN PAKAI TAKTIK SAMA TIPU INGGERIS.

    Mengapa ramai orang Islam Melayu di Ayuthia yang tidak mahu dipanggil Melayu tetapi Thai Muslim? WARTAWAN MALAYSIA SUDAH BANYAK KALI BUAT RENCANA TENTANG THAI MUSLIM DI AYUTHIA NI.OLEH KERANA MINORITI MEREKA CUBA MENGELAK DIKAITKAN DGN MUSLIM SELATAN THAI ATAU MELAYU MALAYSIA TAK MAHU DITINDAS THAKSIN ZAMAN MODEN.SATU LAGI SEBAB KEDUDUKAN GEOGRAFI MEREKA DI ATAS SEGENTING KHRA, SEMPADAN SEMENANJUNG MELAYU.

    Soalan terakhir yang penting untuk dikaji dan dicari jawapannya, DARIPADA MANA ASAL RAJA LAGOR NI?
    OLEH KERANA ADA NAI DALAM NAMANYA, BELIAU KETURUNAN MERONG MAHAWANGSA JUGA, ADA KAITAN KELUARGA DENGAN RAJA SIAM. INI SATU LAGI SEBAB BELIAU MASIH SETIA.

    Aku juga Siam, tapi dulu tak mengaku sebab orang selalu sebut Siam Perut Hijau itu jahat dan makan segala-galanya. Fahamlah kita sekarang mengapa orang-orang Patani dan Kelantan sangat anti kepada Siam Kafir, angkara Thaksin yang dulu.

    BalasPadam
  2. Salam Mi.

    Antara isu yang nak diketengahkan ini adalah Lagor itu kawasan Melayu.

    Ini the late king of Siam (Thai) sendiri yang mengaku.

    Sejarah kita hari ni kata LAGOR TU KAWASAN SIAM KAPIR...Depa dok kata RAJA LAGOR TU KAPIR...BUNUH ORANG ISLAM...

    Tu la point sebenarnya. Sejarah KEDAH HARI NI DAH SILAP...

    Raja Lagor tak bagi gadai pulau pinang pada British, tapi si Raja Abdullah pengkhianat agama dan negara tu pi gadai jugak..lepas tu NGAKU JADI MELAYU...orang Melayu pun angkat la RAJA ABDULLAH dan keturunan serta juak-juaknya Sultan Ahmad Tajudin, Sultan Muhammad Jiwa ni seme jadi pejuang bangsa ...padahal depa ni khianat.

    tu je.

    BalasPadam
  3. Mi, kalau ko baca balik sejarah kedah, depa xkan sebut nama raja-raja siam ni...depa sebut raja senggora, raja lagor. kalau sebut nama sah bunyi Islam Melayu.

    Lakasamana Kedah dapat pangkat daripada Bangkok kerana bersahabat baik dengan Siam Bangkok memadamkan terus penguasaan dan sejarah Siam Islam dari muka bumi.

    Laksamana Kedah SAT pernah berutus surat dengan Atwinwun kepala Burma untuk membenarkan Burma menduduki Phuket yang dibawah jajahan Siam Islam.

    SAT Kedah pernah berusaha mendapatkan bantuan Burma untuk melegakan tekanan Siam Islam ke atas Kedah.

    "Burma terusir dari Phuket dalam bulan Mac 1810 tetapi Atwinwun datang kembali dengan angkatan yang lebih besar dalam bulan Jun. Seribu orang ditugaskan mengambil semula Pulau Phuket (Salang) dan enam ribu orang diarah berangkat ke Kedah mengusirkan Siam yang mengancam Sultan Ahmad Tajuddin."


    Cao Phaya - Sultan Ahmad Tajuddin tu la pangkat yang SIAM bagi kat SAT, kira pangkat tinggi la tu. TU SIAM MANA YANG BAGI PLAK TU? KATA TEKANAN? SIAM KAPIR KE SIAM ISLAM?

    Macamana Kedah boleh kata Bangkok menekan Kedah melalui Legor kalau tengok pangkat bukan main besar Thai bagi SAT tu?

    Macamana SAT Kedah boleh kata Legor berkawan rapat dengan Bangkok sedangkan abih kerabat Siam Islam dibunuh oleh Siam Kapir dari Bangkok sebab SAT yang buka pintu?

    Ni apa punya sejarah depa sudah tipu ni? Ada masyukk ka??

    BalasPadam
  4. Chao Phaya atau Chao Phya itu maknanya Tuan Raja, besar gelaran tu.

    Sejarah Kedah aliran main stream masih ikut takuk lama. Tapi baru-baru ini Dato Wan Samsudin ketua Persatuan Sejarah Kedah dipetik mengatakan Marhum Kota Naga Sultan Rijaludin pernah membuat perjanjian dengan Portugis di Melaka. Jadi nama Sultan ini tak ada pun dalam senarai sultan Kedah Tarikh AlSalasilah karangan ketua kerani SAH.Ada tanda-tanda perubahan sikap persatuan ini.

    Satu lagi kenapa Patani menyerahkan Raja Lagor kepada Siam Kafir. Ini mungkin ada kena mengena dengan sengketa lama antara Siam Ayuthia vs Patani.

    BalasPadam
  5. "Burma terusir dari Phuket dalam bulan Mac 1810 tetapi Atwinwun datang kembali dengan angkatan yang lebih besar dalam bulan Jun. Seribu orang ditugaskan mengambil semula Pulau Phuket (Salang) dan enam ribu orang diarah berangkat ke Kedah mengusirkan Siam yang mengancam Sultan Ahmad Tajuddin."

    1810 tu cuma 11 tahun sebelum Tahun Musuh Bisik 1821. Itu maknanya sudah ada tanda-tanda perbalahan antara Siam Islam dengan SAT.

    Satu lagi tentera Thai dari Burma itu turut disertai askar-askar upahan etnik Burma yang gelap-gelap kulitnya.Dalam filem Bang Rajan pun ada digambarkan keadaan ini. Dalam masyarakat Siam Buddha di Kedah hari ini, memang ada di antara mereka yang gelap hampir menyerupai kaum India Tamil.Mereka datang semasa perang dulu zaman pergolakan 1821-1876 dan menetap terus lepas Sultan Long Jaafar dibunuh.

    BalasPadam
  6. Hantar bunga Emas ke Burma pulak dah.

    Panglima perang Burma, Atwinwun, menduduki Phuket dalam bulan Januari 1810. Awal-awal lagi beliau menulis sepucuk surat kepada Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah supaya melepaskan belenggu dari Siam dan menghantarkan "Bunga Emas" dan Bunga Perak Kepada Ava (Burma). Pada masa ini orang-orang Burma dikenali oleh orang-orang Kedah sebagai "Awak" - orang Ava.

    Makna benar betullah Undang-undang Kedah yang mengatakan SAT ngan SMJ ni hantar bunga emas ke Siam, tapi pada masa yang sama tak puas hati, nak menyembah burma pulak...


    Lagi pasal SAT.
    Pengarang syair dipercayai ialah jurutulis kepada Dato' Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1804-1843) dan dikenali sebagai "Syair Sultan Maulana". Sultan Ahmad Tajuddin sendiri adalah seorang pengarang syair yang berkebolehan. Satu dari karya Baginda ialah "Syair Duka Nestapa : dikarangnya semasa dalam buangan di Melaka dan Kedah diperintah oleh Siam (1821-1842)".

    Konfom dia kena buang ke Melaka - aku rasa bukan setakat tulis syair, dia ni tulis macam2 la. Munsyi Abdullah dan British pun ada kat Melaka itu jam.

    Lagi pasal Phuket.
    Walaupun Kedah tidak lagi memerintah Pulau Salang tetapi orang-orang Melayu Kedah yang menduduki beratus-ratus pulau di kawasan ini dan di dataran Ranong, Murgi, Takuapa hingga ke Phuket, Terang dan Terutau, Langkawi Langu, Pangnga dan Setol tidak diganggu oleh Siam dari menjalankan kerja mengumpul hasil-hasil ini. Jika Pulau Salang jatuh ke tangan Burma, bijih timah akan diangkut ke Burma dan mungkin hasil-hasil laut juga akan diambil oleh orang-orang awak.

    Memang la Siam x kacau orang Melayu sebab Siam tu Melayu la. Tapi Siam x bagi Phuket ni jatuh ke tangan Burma, sebab apa? Sebab Siam Islam jaga kawasan ni dari dulu lagi, cuma SAT ni yang khianat berutus surat ke Burma...punya jahat tuuu..

    Sebab?
    Gayung bersambut, kata bersahut : Sultan Ahmad Tajuddin menjawab surat Atwinwun menyatakan suka dan gembiranya kerana Burma berjaya menduduki Pulau Salang. Malangnya Kedah tak dapat melakukan apa-apa kerana satu angkatan Siam yang besar berada di sempadan melihat gelagat antara lima ribu dengan enam ribu orang barangkali dapat mengusirkan angkatan Siam dan mungkin Kedah akan dapat menghantar ufti "Bunga Emas dan Bunga Perak" ke Burma pula.

    Siapa yang ambik balik pulau Salang?
    Angkatan Siam diketuai oleh anak Raja Legor (Gabenor Nakhorn Sri Tammarat) berjaya mengusir Burma dari Phuket dalam bulan September tahun itu.


    Kalau baca balik sejarah ni, penuh dengan hasad dengki dendam kesumat dalam sanubari penulis dan juga SAT Kedah ni sebab kena buang ke Melaka...bukan kena buang tapikena hambat, lari dok bawah ketiak Inggeris.

    BalasPadam
  7. Raja Lagor?

    Adakah ia bermaksud Empayar Islam Petani?

    BalasPadam
  8. Terima kasih HHALEM.

    Patani ada rekod menyerang Ayuthia. Pemberontakan itu pernah berlaku. Perang adik beradik ni standard.

    Raja Lagor tu Raja Siam (Melayu) yang duduk didalam Empayar Islam Benua Siam Kedah - hari ni wilayah ini dinamakan Nakhon Sitamarat.

    Perlu dingat, wilayah Nakhon Sitamarat dan wilayah kejiranannya seperti wilayah Ranong -Sergenting Kra itu dinamakan sempadan Semenanjung Tanah Melayu sebab:

    1. Orang Thai menggelar Siam Islam itu Melayu sebab depa nak amik nama Siam untuk kegunaan mereka. Yang buat batu sempadan tu Perancis-Inggeris, tapi sempadan tu dulu lama dah ada, masa perjanjian Siam - Thailand. Dulu depa ada tanam sebaris pokok Rhu, Thai berjanji tidak akan menyerang Siam di bawah garis sergenting kra. Tapi depa serang jugak tahun 1821 dengan bantuan Kedah SAT.

    2. Dalam sejarah mainstream Kedah, kita dikelirukan dengan bahasa dan gelaran. Contohnya, Sultan Ahmad Tajuddin menggelar orang Melayu dari Lagor itu dengan panggilan Siam dan macam tak de nama, hanya disebut Raja Ligor, Raja Senggora, Raja Setui, Raja Ranong dan sbgnya. Tapi jika disebut nama, maka timbullah nama2 Islam dan Arab menunjukkan Melayu. Itu perkara pertama yang telah dikenal pasti. Sejarah mainstream Kedah menutup bukti nama.

    3. Sejarah mainstream Kedah dan Kelantan menunjukkan mereka menghantar Bunga Emas ke Siam. Dan dalam UUK ada disebut SAT dan SMJ menghantar Bunga Emas ke Benua Siam. Dan Siam itu sebenarnya adalah saudara mereka sendiri - iaitu sebagai contoh SMJ (Sultan Muhamad Jiwa) adalah menantu kepada Syarif Syah, Raja Besar Empayar Islam Benua Siam Kedah. (dikelantan saya tidak pasti siapa yang menghantar Bunga Emas ke Siam dan tahun berapa). Dan bukti hantar Bunga Emas ke Siam ini disokong sendiri oleh sejarah mainstream Kedah, cuma kita yang dikelirukan dengan karangan2 yang menjuruskan kita untuk menganggap bahawa Siam itu adalah Siam Bangkok (iaitu Thai Kafir). Sebenarnya tdak begitu. Siam itu adalah saudara Kedah sendiri.

    Dan Kedah Sultan Ahmad Tajuddin mereka cipta sejarah At Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang membuktikan kewujudan Kedah pada tahun 1136 masehi (buku sejarah itu pula ditulis pada tahun 1923 zaman Sultan Abdul Hamid menantu Chulalongkorn Raja Thai), tapi Siam membuktikan kewujudan mereka pada tahun 220 hijrah malah lebih awal daripada itu berlandaskan UUK.

    Oleh kerana itu apabila sejarah diambil berdasarkan ASNK maka kita berhadapan dengan kekeliruan, ditambah pula dengan silibus pelajaran Inggeris, sejarah Moshe Avdallah, Sejarah Melayu Bukit Zion, Sejarah Hang Tuah Bukit Zion, maka kita ni jadi terjajah selama 500 tahun...padahal tidak begitu.

    Salam.

    BalasPadam
  9. Salaam Herman, Salmi dan peminat sejarah realiti semua,

    Boleh tak aku katakan peristiwa Mat Sabu REVISIT sejarah Bukit Kepong membuka sedikit ruang untuk kita semua melawat kembali sejarah yang digerhanakan demi menutupkan pekong tembelang penjajah serta taliperutnya?

    Pepatah Melayu ada berkata, musang berbulu ayam, musuh dalam selimut, api dalam sekam merujuk kepada INTERNAL yang menjadi penderhaka kepada kebenaran/HAQ.

    Insya-Allah jika mereka semua dibukakan mata untuk memerdekaakan sejarah garapan penjajah yang disambungkan oleh lidah boneka pencacai penjajah yang ramai.

    BalasPadam
  10. Salaam Herman, Salmi dan peminat sejarah realiti semua,

    Boleh tak aku katakan peristiwa Mat Sabu REVISIT sejarah Bukit Kepong membuka sedikit ruang untuk kita semua melawat kembali sejarah yang digerhanakan demi menutupkan pekong tembelang penjajah serta taliperutnya?

    Pepatah Melayu ada berkata, musang berbulu ayam, musuh dalam selimut, api dalam sekam merujuk kepada INTERNAL yang menjadi penderhaka kepada kebenaran/HAQ.

    Insya-Allah jika mereka semua dibukakan mata untuk memerdekaakan sejarah garapan penjajah yang disambungkan oleh lidah boneka pencacai penjajah yang ramai.

    BalasPadam
  11. Mat Sabu secara spontan telah mencetuskan haru biru dalam pemikiran sejarawan pro-kerajaan, seorang professor Cina seorang lagi kling.

    Kalau kita tidak dijajah: mengapa rayakan hari kemerdekaan, mengapa Mat Kilau, Tok Janggut, Dato'Maharajalela dan ramai lagi perlu memberontak, mengapa Inggeris ambil hasil bumi kita dan pelbagai persoalan lagi.

    Semuanya harus kembali kepada sejarah realiti...tanpa prasangka politik dan pemikiran sempit.

    BalasPadam
  12. Terima kasih di atas maklumat berkenaan Siam Perut Hijau. Bapak saya selalu cerita pasal nenek saya yang berasal dari keluarga di raja siam tapi lari ke Tanah melayu semasa Perang Siam Perut Hijau. Sekarang barulah faham dah tahu cerita disebaliknya :-)

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger