"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, Mei 21, 2011

Siapakah Po Chan Raja 'Melayu' Champa yang terakhir itu?

Sejarah Melayu Champa

Kisah Sejarah Melayu tentang Pau Gama yang pergi ke Majapahit dan berkahwin dengan Raden Gaalah Ajang dan kemudian memperolehi seorang anak bernama Jatnaka dapat dikesan sejarahnya. Tokoh Pau Gama itu ialah Jaya Simhavarman III (1288 - 1307) yang telah berkhawin dengan puteri Raja Javadvipa bernama Tapasi

Raja Jaya Simhavarman III berkahwin pula dengan puteri Dai Viet (Vietnam). Perkahwinan politik dengan puteri Dai Viet ini mengorbankan dua wilayah Champa di utara Col des Nuages. Sesudah beliau meninggal, baginda diganti oleh seorang anaknya yang bernama Harijitatmaja yang meneruskan penentangan terhadap penguasaan Dai Viet ke atas wilayah pusaka-nya. Baginda akhirnya ditangkap dan meninggal pada 1313 dalam kurungan sangkar emas.

Harijitatmaja diganti oleh saudaranya yang dikenali dengan sebutan Che Nang atau Che Man atau Cei Anak. Che Nang meneruskan perjuangan menentang Dai Viet. Tokoh inilah agaknya yang disebut dalam Sejarah Melayu sebagai Jatnaka. Tokoh lain yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah dua orang pelarian Champa yang bernama Syah Indera Berman dan Syah Pau Ling (Liang). Sejarahnya dapat juga dikesan iaitu terjadi pada zaman pemerintahan Ban La Tra Toan (1460 - 1471).

Ban La Tra Toan memerintah di ibu kota Sri Vini (Sri Raja Than Ton). Setelah Kota Vijaya jatuh. Raja Champa pun mati terbunuh. Dengan kejatuhan ibu kota Vijaya ini ramai pelarian politik Cham yang menuju ke daerah Melayu yang selamat, antara lain ke Melaka. Yang termasuk dalam pelarian itu ialah dua orang putera raja Champa, iaitu Indravarman dan Pau Liang di atas. Gambaran Sejarah Melayu tentang Champa terdapat dalam Al-Kisah ke-29 yang menceritakan seorang Nakhoda Champa yang bernama Sayyid Ahmad bersahabat dengan Hang Tuah pergi ke Inderapura (Pahang) untuk melarikan Tun Teja Ke Melaka. 

Kekuatan Champa berdasarkan fakta jelas lebih besar daripada perahu Pahang hingga dapat menolong pahlawan Melaka itu melarikan Tun Teja. Kehadiran tokoh Nakhoda Champa di Melaka dan di Pahang dapat dihubungkan pula dengan wujudnya pedagang Champa di Banten seperti yang diceritakan oleh Sejarah Melayu dalam Al-Kisah ke-34 menceritakan perkahwinan seorang puteri keturunan Champa dengan anak seorang pembesar Melaka.

Peperangan Champa dengan orang Vietnam (Dai Viet) dapat kita ikuti dalam beberapa naskah Melayu Tradisi seperti Hikayat Hang Tuah. Bab ke-23 hikayat itu menceritakan peristiwa Negeri Indrapura diserang oleh ikan todak Negeri Indrapura sebenarnya dapat dirujuk kepada Indrapura yang wujud di Champa pada separuh kedua abad ke-8 dan Indrapura inilah tapak pertama bangsa Melayu Champa mengalami kesukaran dalam hubungan dengan tetangganya Dai Viet. Serangan orang Dai Viet terus-menerus hingga Indrapura jatuh ke tangan mereka pada tahun 1000. Ikan todak itu hanya sebagai simbol serangan-serangan laut bertubi-tubi daripada Dai Viet.

Disebabkan perkembangan penduduk yang bertambah di Delta Sungai Merah, Vietnam telah melakukan perluasan politik ke arah Selatan. Akibat peperangan yang terus-menerus dengan Vietnam, Orang Cham sedikit demi sedikit kehilangan wilayah utaranya yang ditakluk lalu diduduki oleh tentera Vietnam. Oleh sebab itu, antara abad ke11 dan ke-17, wilayah yang didiami bangsa Cham makin sempit kerana dirampas daripada sebelah utara, Oleh yang demikian jumlah penduduk Cham semakin berkurangan dan tempat tingalnya berpindah ke arah selatan, terutama setelah perebutan kota Vijaya pada tahun 1471, yang akibatnya antara lain mendesak Orang Cham ke selatan ke puncak Cu Mong.

Meskipun kekalahan kota Vijaya merupakan pukulan yang sangat hebat kepada Orang Cham, namun begitu mereka bertahan sedapatanya dan mendirikan kembali negeri-negeri di daerah-daerah yang masih dapat dikuasai. Ketahanan Orang Cham semakin pulih dan pada 1594, seorang raja Champa berjaya mengirimkan tentera bantuan kepada Sultan Johor untuk memerangi orang Portugis. Ramai Orang Cham, yang tidak bersedia hidup dalam negeri yang tertekan dan kian hari kian tunduk kepada kekuasaan Orang Vietnam, telah melarikan diri; kadang-kadang dengan pemimpinya ke Kemboja dengan melintasi hutan-hutan dan tanah tidak bertuan yang terletak disebelah barat Panduranga.

Namun begitu orang Cham yang masih tinggal di negerinya tetap dalam keadaan tidak berubah sehingga tahun 1834. Dalam tahun itu Kaisar Minh Menh telah menghapuskan segala gambaran tentang wujudnya sebuah negara Champa yang merdeka dan menjadikan Panduranga sebagai Wilayah Vietnam. Tetapi mulai tahun 1834 - 1835 orang Cham di '' Vietnam '' kan secara paksa. Mereka diperintah berpakaian Vietnam, bertutur bahasa Vietnam, menggunakan nama Vietnam dan merayakan upacara-upacara Vietnam biar apapun agama mereka. Seterusnya mereka dipaksa mematuhi peraturan-peraturan ketat yang ditetapkan oleh Minh Menh yang ingin melihat mereka lenyap sebagai bangsa asing.

Meskipun demikian, oleh sebab begitu sisa-sisa golongan Champa itu, mereka berusaha dengan sedaya-upaya untuk mempertahankan sekurang-kuragnya lembaga Kerajaannya, Lambang Kebangsaanya yang terakhir. Pada tahun 1822, kerana tertekan oleh situasi yang benar-benar mengecewakan, Raja Champa sendiri, Po Cong Chan, turut keluar mengasingkan diri ke Kemboja, mengikut kebanyakan rakyatnya yang sudah menetap di sana.

Sources : Digest '' MUTIARA MALAYSIA '' 1 PP7609/9/93 Dis. (1993)

Sebuah artikel lama yang dipetik daripada Mutiara Malaysia 1993 - internet masa ni pun belum berapa nak ada lagi (mosaic web browser), windows/286/386 kira terer la walaupun baru ver.3.1, apple pulak macintosh classic kotak tu jenih budget.

Tapi nama Po Chan ni dah ada dan cerita Melayu Champa tetap keluar. Ini menunjukkan walaupun namanya Po Chan macam China, tetapi dia ni merujuk kepada orang Melayu lagi Islam. Jadi siapakah Po Chan yang dimaksudkan? Apa pula nama Islamnya? Ada kepentingan SIAM jugak ke penulis ni?


Berikut adalah fakta dan tulisan lain yang menguatkan kisah penjajahan Dai Viet ke atas bangsa Cham:

Gelaran Koya berasal dari perkataan Nguyen, membawa maksud yang sama.
“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng (Buddha), the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur’an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.

*http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html (web ni dah takde dah dibuang!)


Sementara tu pembaca perlu ingat Hikayat Hang Tuah Poton Tiara Asmaradana dan Sejarah Me-Layu yang di rujuk tu dah diputau alam kan oleh Raffles dan konconya si Budak Munsyi penulis injil Bahasa Melayu yang tersohor di Malaya dan yang kemudian diangkat dijulang sebagai BAPA PERSURATAN MELAYU MODEN oleh Inggeris dan disokong oleh segelintir orang Melayu yang bebal agama (bawak bertaubatlah bang!). Raffles juga pernah terlibat menyerang Jawa dan turut terlibat memutaukan juga sejarah orang di sana.

contoh sejarah putau alam :
"Gambaran Sejarah Melayu tentang Champa terdapat dalam Al-Kisah ke-29 yang menceritakan seorang Nakhoda Champa yang bernama Sayyid Ahmad bersahabat dengan Hang Tuah pergi ke Inderapura (Pahang) untuk melarikan Tun Teja Ke Melaka." << gambaran palsu dan jelek betapa seorang Sayyid bersekongkol dengan Hang Tuah guna ilmu pengasih bawak lari tunangan orang? Ada masuk akai ke? Gila ke apa Hang Tuah ngan Sayyid Ahmad tu? Apa hukum bawak lari tunangan orang? 

Dan kena juga ingat bila sebut MELAKA maka bukannya MELAKA BANDOR HILIR tu, MELAKA tu maksudnya SEMENANJUNG ni. HULU MELAKA KAT LANGKAWI NUU...INDERAPURA BUKANNYA ADA KAT PAHANG (sahaja?), TAPI IA ADALAH SEBUAH NAMA TEMPAT KAT CHAMPA (Vietnam), kedudukan nya sama seperti Pahang iaitu terletak di Pantai Timur.  Dan ngikut kisahnya disitulah kawasan yang kiaskan Todak melanggar (Dai Viet menyerang), bukannya di Singapore.



Kisah batang pisang tu kelentong wayang Melayu Jalan Ampas je, sentimen membodoh-bodohkan 'Raja Melayu', tapi tak boleh lawan filem be RUK Setiawangsa - lagi dahsyat kelentong. Orang Melayu yang dah kena kelentong pakat sokong angkat melangit citer tu...padan muka korang jugakla.

Syah Indera Berman (Indravarman spelling camni nampak sikit bunyi sanskrit hindu buddha betul tak?) tu pulak bukankah nama seakan-akan Berahman Indera di Kedah yang dibina zaman Muhiyuddin Mansur Syah dengan pertolongan Raja China Manchu? (Berahman Indera tu pun masih ada lagi tercongok kat Kedah, Hindu Buddha punya gak ke?)

Abdul Rahman kalau ke Pahang jadi Deraman, Berahman?

Cuba fahami rintihan dan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis artikel berkenaan yang terletak pada 2 paragraphs yang terakhir.



0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger