"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Mei 28, 2008

Rahsia Perutusan Merdeka & Malayanisation.

0 comments

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Sumber: Filem Negara Malaysia.

Teks Perutusan (tanpa edit):
"Dalam perjanjian ini terkandong berbagai2 perkara yang berkenaan dengan perhubongan antara negeri Melayu dengan kerejaan British pada masa kehadapan. Dan perjanjian ini barangkali akan diterima oleh sekelian rakyat jelata dalam negeri kita,kerana perjanjian ini telah membuka satu tanda yang baru untuk kita mencapai kemerdekaan tanah melayu. Maka kemerdekaan itu telah pun ditetap akan dijadikan pada 31hb Ogos tahun 57 sekiranya Allah SWT izinkan.

Berkenaan dengan perkara ini, saya telah teringat kepada satu kejadian pada tahun 1786 apabila datuk nenek saya telah pun 'sign' satu perjanjian antara Sultan Kedah dengan kerajaan British.

Maka dalam perjanjian itu, ditolak Pulau Pinang kepada kerajaan British. Maka daripada mulanya daripada itu lain-lain negeri yang maha mulia Sultan pun 'sign' perjanjian jugak menolakkan tanah melayu kepada British.

Maka dengan takdir Allah SWT, saya telah mula turun tandatangan yang mengambilkan balik bukan sahaja Pulau Pinang bahkan negeri2 yang Melayu yang lain kepada tangan kita sendiri. Bagi pihak orang-orang kita, masing2 mahulah sadar diatas tanggungan masing2 kerena hendak mencapai kemerdekaan senang lagi daripada hendak mengekalkan kemerdekaan apabila telah dicapai.

Dengan itu saya pulangkan sekarang segala2 pujian kepada Allah SWT. Kepada tuan2 saya harap berkerjalah bersama saya dengan saya dan dengan pertolongan yang tuan2 bagi dapatlah kita mempelihara negeri kita yang kita kasihi itu supaya aman sentosa selama2nya.

Merdeka! "

[Persoalan:
1. "...tahun 1786 apabila datuk nenek saya telah pun 'sign' satu perjanjian antara Sultan Kedah dengan kerajaan British...ditolak Pulau Pinang kepada kerajaan British.

2. "...Maka daripada mulanya daripada itu lain-lain negeri yang maha mulia Sultan pun 'sign' perjanjian jugak menolakkan tanah melayu kepada British"

Untuk memahami dengan lebih jelas perspektif berikutnya, para pembaca perlu mengkaji dan menjawab 2 persoalan 'root causes' ini:

1.Mengapa datok nenek TAR menolak Pulau Pinang kepada British?
2.Menapa sultan2 negeri lain juga mengambil tindakan yang sama iaitu menolak negeri2 melayu kepada British?]

----------------------------------------------------------------------------------
Nota Penulis:

British Menukar Identiti Penduduk Semenanjung - Proses Malayanisation.
Dari perspektif penulis, penolakkan negeri2 melayu kepada British oleh Raja2 daerah menyebabkan Inggeris berkuasa membuat apa sahaja yang disukainya bagi memudahkan pentadbiran. Agenda pertama mereka ialah proses Malayanisation penduduk koloninya. Malaynisation bermaksud - me'Melayu' kan seluruh tanah semenanjung ini dengan nama baru iaitu Malaya, dan me'Melayu'kan seluruh penduduk Malaya yang berbilang etnik dibawah satu rumpun iaitu Melayu. Walaupun asalnya raja-raja 'melayu' ini mengamalkan adat istiadat dari Siam Islam (refer UUK). (Contohnya datok nenek TAR adalah raja daerah Siam Islam dan ibunya Thai, bukannya Melayu - tetapi menjadi PM Tanah Melayu?)

British terpaksa berbuat begitu untuk menafikan dan menyempadankan tanah jajahannya dengan tanah jajahan Thailand yang sudahpun menjajah Kedah pada tahun 1876-1881. Perlu diingat, Thailand sebenarnya ingin menuntut seluruh semenanjung ini kerana dulu ianya dibawah kerajaan Islam Siam, mereka beranggapan kalau dulu seluruh raja daerah menyerah pada Siam sekarang mereka kena juga menyerah(bunga mas) kepada Raja Thailand. Mereka lupa yang Siam itu Islam dan Thai itu kafir.

Proses itu penulis istilahkan dengan nama 'Thaisation'. Iaitu apabilapihak Sukho Thai menukar semua sejarah berkenaan Siam Islam kepada Thai - termasuklah bahasa, adat, budaya dan agama - sehinggakan Siam ditukar nama sebagai Thailand@ Tanah Thai. Jadi Inggeris pun terpaksa menukar nama semenanjung ini kepada Malay Land @ Tanah Melayu (Malaya)! Jika tidak semenanjung ini juga dikenali sebagai Thailand seperti yang terjadi di Yala, Naratiwat, Pattani dan sebagainya.

(Lihat Peta - Hijau itu adalah warna Ketuanan Kerajaan Islam
Siam Kedah yang asal dan yang sudah mempunyai Undang2 sendiri sebelum dirobek Thai & British : Sumber Peta Wikipedia 03/06/08)

Ketuanan sebenar yang dikhianati.
Sebelum itu pada tahun 1876, melalui pakatan Thai+British dan raja daerah Kuala Muda (Paduka Seri Sultan Abdul Hamid - datok nenek TAR) maka dapatlah dibunuh Sultan Long Jaafar Mudazam Syah iaitu Maharaja Kerajaan Islam Siam Kedah (kalau menurut pangkat hari baginda adalah DYMM Yang Dipertuan Agong). Baginda ialah Penguasa Muslim yang mutlak terhadap negeri2 di semenanjung ini. Terbunuhnya baginda maka terlerailah ikatan seluruh raja-raja daerah yang sebelum ini bernaung dibawah kerajaan Islam Siam Kedah.

Seperti kata TAR diatas, raja-raja daerah yang asalnya wakil Siam Islam inilah yang menolakkan daerah2 jajahan Siam Islam (sebelum ditukar negeri melayu) kepada British (kalau diikutkan ini tindakan yang tidak bertanggungjawab) lalu dengan itu dapatlah mereka naik pangkat dan pengiktirafan menjadi sultan-sultan negeri seperti yang ada pada hari ini. (dengan maaf). Contoh paling nyata ialah Perjanjian Pangkor 1874 oleh Raja Abdullah. Boleh jadi juga apa yang dikatakan sibudak munshi berkenaan kebodohan pemerintah melayu itu ada kebenaran, ada juga relevannya.

Dalam pada itu,sesiapa yang berpihak kepada penyokong2 Sultan Long Jaafar dianggap pemberontak dan akan segera dibunuh Thai dan British. Begitu juga dengan yang menuntut hak - tidak akan diberi muka, penggal sahaja hukumnya. Maka dengan itu, perang demi perang berlaku,ramailah umat Islam disini syahid mempertahankan agamanya (bukan bangsanya).

Oleh yang demikian, janganlah dinafi kisah peperangan dan perjuangan umat Islam disini dengan mengatakan merdeka kita tidak berdarah. Sebenarnya kalau diikutkan, titisan darah pejuang2 agama dan kemerdekaan banyak mengalir ditubuh generasi muda hari ini cuma ia di lunakkan oleh British dengan kata manis dan boleh jadi dirosakkan oleh perang saikologi yang halus. Bangsa kita adalah bangsa pejuang yang bermaruah cuma dikhianati pengkhianat2 agama! Kalau tidak percaya pergilah bertanya orang2 lama dikampung2 sementara mereka masih ada...tak rugi!

Maka penghujungnya, lenyaplah sudah satu ketemadunan Islam yang berlandaskan hukum dan syariat agama Islam dari titisan Rasullullah ke Saad bin Waqas seterusnya ke Merong Mahawangsa - bukti tertegaknya Ketuanan Kerajaan Islam itu ada pada Manuskrip Undang-Undang Kedah (Mariyam Salim, 2005). Ada siapa yang berani pertikai?

Sejarah yang diubah.
Bak kata pepatah Inggeris 'History is written by the victor', maka siapa yang menang perang dialah yang berhak mengubah dan boleh menulis sejarah sendiri - faham2 sendirilah akan hal ini! Dari tarikh inilah, maka diangkat sejarah raja daerah menjadi sejarah sultan negeri, lalu dipadam sejarah Empayar Kerajaan Islam Siam Kedah dan diganti dengan cerita Hang Tuah dan empayar Melaka seperti yang diajar kepada kita disekolah hari ini. (Tetapi walaupun bagaimana sejarah diubah, Allah SWT tetap yang sama, sesungguhnya Dia Maha Adil dan Saksama - pejuang2 agama tetap akan mendapat pembelaanNya suatu hari kelak)

Silibus2 sekolah Inggeris itu datangnya dari wazir dan missionari2 eropah. Sebab itu kebanyakkan sejarah yang kita belajar mengambil tahun 1400 sebagai pemula, hindu pula. Walaupun ada cerita Tun Perak menentang Siam, tetapi tidak diberitahu pula bahawa Tun Perak itu mewakili raja daerah untuk menentang Maharaja Islam Siam yang berhak ke atas tanah jajahannya (itu lah logik yang dinafikan selama ini). Jika diberitahu Siam itu Islam banyak pula soal jawabnya nanti. Itu sebab kisah sejarah sekolah banyak yang tergantung! Ini diakui sendiri oleh Prof. Khoo Kay Kim - pakar sejarah Malaysia.

Konsep Bangsa Melayu hasil produk Malayanisation.
Selama hampir 200 tahun semenjak 1795 - 1815 -1849 sehingga 1946, proses Malayanisation terus dijalankan tanpa banyak kekangan. British mengambil alih sistem persekolahan (R.O Windsted- suspek Orientalis agen illuminati), menukar mindset penduduk, mereka-reka dan memutar belit sejarah, memberi identiti baru kepada penduduk koloninya - IC (Kad Pengenalan), menjalankan propaganda,memberi pendidikan Inggeris kepada pemimpin dan anak2 raja, menyelenggara semua buku rujukan akademik, menghadkan kuasa raja-raja daerah hanya kepada agama islam dan adat istiadat sahaja (sepatutnya sebagai Sultan dan ketua agama mereka ini sepatutnya melancarkan perang sabil, bukan duduk goyang kaki makan gaji), dan yang paling menyedihkan sekali adalah kejadian kebakaran kapal Fame yang membawa ilmu dan manuskrip Islam yang tiada ternilai. Kejadian ini pada pandangan penulis adalah disengajakan!

Malayanisation berjaya memutuskan ikatan sejarah generasi hari ini dengan sejarah kecemerlangan yang lampau, semangat kebangsaan mengganti semangat keAgamaan. Maka generasi baru yang telah di Malayanisedkan secara beransur menerima apa sahaja gelaran yang diberikan - seperti tulisan siBudak Munshi! Sebab itu amat susah mencari asal melayu kerana sejarah asalnya dipesongkan sejauh-jauhnya, yang tinggal hanya bahasa, itu pun nak diganti bahasa Inggeris oleh pemimpin 'melayu' sendiri...

Seterusnya lahirlah generasi Melayu hari ini - yang berkiblatkan England. Pastinya dengan 'English-educated generation/leader ' ini kepentingan2 Inggeris akan terjaga, contohnya Carcosa Seri Negara yang diberi pada Inggeris oleh TAR sehingga menyebabkan Tan Sri Syed Jaafar Albar keluar UMNO sebanyak 3 kali! Dan kali ketiganya adalah apabila TAR menurun tandatangan menyerah Singapura kepada Cina (perangai siapa?). (Carcosa di ambil semula pada zaman Tun Mahathir menjadi PM. Tun juga yang mengubah kiblat dari England ke Jepun)

Konsep Malayanisation (walaupun dalam perlaksanaan yang berbeza, terpaksa diteruskan juga oleh Dato Onn) ini jugalah yang cuba dipraktikkan oleh Dato Onn apabila ingin membuka keahlian kepada bangsa lain ke dalam UMNO - United Malaya National Organisation. Ahli2 UMNO menentang hebat termasuk juga kaum lain. Jika konsep itu diterima kemungkinan kita merdeka dalam suasana lain yang lebih terjamin, lebih senang proses asimilasi itu berlaku dan mungkin tiadalah semangat perkauman yang tebal seperti hari ini. Hari ini timbul pula konsep baru iaitu Bangsa Malaysia. Apa asasnya jika tidak kembali kepada konsep Malayanisation juga akhirnya. Wal-hasal balik hasil.

Petikan ucapan Dato Onn di Majlis Mesyuarat Agung Setengah Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 : (Dato Onn ini seorang yang suka berkias)


Misalnya ialah sekiranya dalam satu kampung itu diadakan sebatang jalan raya dan disambungkan kepada kampung yang lain serta disambungkan lagi sehingga keluar ke jalan raya maka tak dapat tidak jalan yang seumpama itu tidak boleh dihadkan penggunaannya kepada orang Melayu sahaja melainkan hendaklah dilapangkan dan dibukakan kepada penggunaan siapa juga yang melalui kampung itu. Demikianlah juga sekiranya diadakan ikhtiar mengadakan air minum yang bersih di dalam kampung- kampung itu maka barang mustahil hendak diletakkan suatu pelekat pada paip umpamanya, air ini hendaklah diambil untuk orang Melayu sahaja. Begitulah kepada pekerjaan yang akan dijalankan itu, iaitu meliputi kepada dan bagi penggunaan penduduk-penduduk di dalam kampung-kampung itu.Tetapi faedahnya tentulah akan lebih menumpah kepada orang Melayu sebabnya mereka itulah yang ramai duduk didalam kampung-kampung itu.

Saya membayangkan pada pagi ini, saya sebutkan lagi 'saya membayangkan' saya ulangi sekali lagi saya membayangkan kerana saya bimbang percakapan saya ini akan dikelirukan apabila keluar daripadamajlis ini. Saya membayangkan iaitu dengan kuasa yang ada kepada saya sebagai Yang Dipertua UMNO menurut Fasal 13 (2) didalam Undang-undang Tubuh UMNO ini...

...iaitu supaya dibukakan pintu UMNO kepada lain-lain orang yang bukannya daripada bangsa Melayu dan kemudian dipinda namanya itu daripada 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' dijadikanUnited Malaya. Saya ulangi sekali lagi United Malaya bukannya Malayan. Saya ulangkan bukannya Malayan Organisation. Maka adalah dicadangkan sekiranya mendapat persetujuan supaya ditukar sebutan kepada United Malays National Organization dan dijadikan United Malaya National Organisation.


Akhir kata.
Akhirul kalam, walau apa pun pandangan penulis mengenai sejarah kemerdekaan ini, ia bukan untuk menjawab 2 persoalan diatas (pembaca perlu mencarinya sendiri). Dalam hal ini penulis mengambil angle dan viewpoint yang berlainan sedikit dan menafsir semula istilah2 yang telah pun digunapakai dulu seperti Malayanisation dalam konteks yang berbeza juga.

Penulis juga telah pun menghubungkaitkan segala cerita2 yang ter gantung daripada mula British memerintah dan perancangan mereka dalam Malayanisation, seterusnya memadamkan sejarah kerajaan Islam, mengubah sejarah dan menyerapkan fahaman kebangsaan sehingga terhasilnya konsep Bangsa Melayu yang berkiblatkan England, dan hari ini dicabar pula ketuanannya oleh bangsa lain. Harapan penulis supaya susunan dan fakta ini menjadi satu jalan cerita yang logik termasuk dek akal generasi hari ini.

Bagi penulis 'penolakkan raja2 melayu terhadap negeri2 melayu kepada Inggeris' dengan mudah adalah alasan yang memang tidak boleh diterima. Kejadian itu direka semacam tiada tentangan dari penduduk semenanjung - tiada istilah izin dalam paksa disini. Mesti ada cerita yang cuba disembunyikan, dan hal itulah yang cuba penulis rungkaikan. Diharap para pembaca mendapat manafaat dari video diatas dan hasil tulisan ini.

Terkemudian, keputusan kes Pulau Batu Puteh menguatkan lagi anggapan penulis mengenai perangai raja-raja daerah yang memang tidak ambil peduli kedaulatan wilayahnya - ia juga selari dengan kata2 TAR diatas dan sangat relevan dengan cerita sibudak munshi dalam kes The Malay Dilemmanya. Harus, 'the Malay Rulers' yang dimaksudkan dalam cerita sibudak munshi itu ditujukan khas kepada raja-raja daerah di Melaka ketika itu.

Sampai disini sahaja, mudah-mudahan para pembaca mula mengerti apa sebenarnya yang berlaku suatu waktu dahulu... Supaya kita celik sejarah dan tidak mudah terpedaya - tenari2 dengan rentak lagu, retorik ahli politik kebangsaan yang juga cari makan. Penulis bukan anti-kebangsaan - ini perlu ditegaskan.

Sekian. Terima Kasih.
updated 29.04.08
updated 21.05.09

Rujukan:
Filem Negara Malaysia
Mariyam Salim, 2005, Undang-undang Kedah, 2005, DBP, Kuala Lumpur
Mohamed Abid, 2003, The Reflection of Pre-Independence Malaya, Pelandok publication, Kuala Lumpur
SejarahNagarakedah.blogspot.com
Read full post »

Sabtu, Mei 24, 2008

Munshi Abdullah dan The First Malay Dilemma.

0 comments

[Malay Dilemma yang terbit pada tahun 1970 itu bukanlah yang pertama. Sebenarnya sebelum itu sudah pun ada kisah Malay Dilemma ini - penulisnya si budak munsyi, juga penterjemah bibble Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang pertama. Apa kata si budak munshi ini mengenai Melayu. Kita lihat sedikit biography si budak ini dan sedutan dari karangannya mengenai Melayu yang kononnya yang dia kenali...persoalan pertama mamat ni Melayu ke?]

updated: 25.05.08

Sedikit latar belakang.

Munshi Abdullah a.k.a Abdullah bin Abdul Kadir (b. 1797, Kampong Pali, Malacca - d. October 1854, Jeddah, Saudi Arabia), son of Sheikh Abdul Kadir d. 1820 Malacca). He wrote the critically acclaimed "Hikayat Abdullah" which in Malay means the "Story of Abdullah". He was the first local to give a written account of everyday life in Malaya, published in 1849. For his early literary contributions, he was given the name, "The Father of Modern Malay Literature."

Family
Father : Sheikh Abdul-Kadir (d. 1820)
Mother : a Malacca-born half-Indian, Selama (
d. 1826). She was the second wife of Abdul Kadir and they were married in 1785.
Siblings : Abdullah's first four elder brothers all died in infancy. Abdullah was the fifth son, but the first to have survived.

Children : Abdullah had four children from his marriage in 1815 to an unnamed woman (d. 17 May 1840). Towards the end of 1836 his favorite and only daughter died at the age of eight.

[Nota Penulis: Antara ciri2 yang menunjukkan ada sejarah yang tersembunyi adalah apabila watak atau kisah yang boleh menggugat itu dipadamkan dengan cara diatas - 'unnamed woman'. Bagaimana seorang yang mendapat gelaran Bapa Persuratan Melayu Moden tidak memberi nama isterinya sendiri,dan bagaimana dia boleh menulis sebuah hikayat sedangkan sejarah diri sendiri mahu disembunyikan?]

Stamford Raffles

In December 1810, Sir Stamford Raffles arrived in Malacca and hired young Abdullah as interpreter to communicate with the native rulers in their language. Abdullah, the youngest employee, was one of the scribes and copyists preserving Malay literature and manuscripts, in the office. In his later book, "Hikayat Abdulah", Abdullah's diary accounts are the only eye-witness records of preparations for the British "1811 Java Invasion" expedition. Raffles had suggested taking him along but his mother refused to part with her only child. They were to meet nine years later in Singapore. He had a very high regard for Sir Stamford Raffles.

Missionary connection
In 1815, Reverend William Milne (
b. 1785 - d. 27May 1822 Malacca), a 'London Missionary Society' missionary arrived and started free Bible classes for local children which Abdullah attended, just to learn English. Rev. Milne soon discovered Abdullah's proficiency in Malay, and made him his teacher. Other Western missionaries followed, and Abdullah was kept busy teaching them Malay and translating the Gospels. Another missionary who arrived in September 1815, was a German, Rev. Claudius Henry Thomsen who became Abdullah's lifelong friend. He and Thomsen translated parts of the bible into Malay, and produced lots of other printed material. On 11 November 1818, Abdullah witnessed the foundation-stone laying of the Anglo-Chinese College building by the ex-Resident of Malacca, Major William Farquhar (later Resident of Singapore 1819-1823). Rev. Thomsen left for Singapore on 11 May 1822.

Singapore
Sometime after June 1819, Abdullah came to Singapore to make a living as an interpreter. He taught Malay to Indian soldiers, British and American missionaries, and on occasion, was private secretary to Raffles. Some of the leading merchants like Edward Boustead and the Armstrong Brothers learnt Malay from Abdullah.

In the late 1830s he met assisted Rev. Benjamin Peach Keasberry in his school and Mission Press, and helped Rev. Keasberry to print a large number of books. Abdullah was engaged to assist him in polishing his Malay linguistic skills, and under Keasberry's guidance and encouragement, wrote his own life story. In 1840, he began writing the "Hikayat Abdullah" and continued writing his memoirs until September 1846.


------------------------------------------------------------

Munshi Abdullah's Malay Dilemma.

When I had finished the first volume of this book, for some little time I gave myself up to thought because I felt that the period of my lifetime had witnessed so many wonderful changes and new things which our grand-parents had never seen. Such events provided me with much food for meditation.

I viewed with particular disfavour the lives led by the Malays and the circumstances of those with whom I had been acquainted. I had observed their conduct, behaviour and habits from my youth up to, the present time and had found that, as time went on, so far from becoming more intelligent they became more and more stupid. 

I considered the matter carefully in my mind and came to the conclusion that there were several reasons for this state of affairs, but that the main one was the inhumanity and the repressive tyranny of the Malay rulers, especially towards their own subjects. The point had been reached at which their hearts had become like soil which no longer receives its nourishment, and wherein therefore nothing at all can grow. Industry, intelligence and learning cannot flourish among them and they are simply like trees in the jungle falling which ever way the wind blows. I noticed that they were always railed by men of other races, small fry whose only value is to provide food for the big fry. 

...Another factor is the inability of the Malay rulers to look after their children when young. They allow them to do anything they like, give in to their every wish, and pay no attention to instructing them in the humanities, in modesty or a sense of shame, or in the elements of culture and courteous behaviour. All they do is to find small girls as playmates for their children when they are young and as their mistresses when they are older

They give then a keris, and the people of the country stand wholesome respect and awe of the rulers' children, not daring to refuse them anything. Fathers compete with their children in gambling and cock-fighting, giving them money if they require it. If the father smokes opium so does his child, and the older the child grows the more scandalous does his behaviour become. 

...Many are the places and lands which have been destroyed by the depredations of the young scions of the ruling house, whose rapacious hands can no longer be tolerated by the people. Other races, the English, the Indians, the Arabs or the Chinese, do not conduct themselves or behave in the manner I have described. Only the Malays. Among all these other races the ruler's children are expected to be well educated and very intelligent. 

...I am indeed amazed. If our rulers themselves are ignorant and uneducated how can they rule their people and administer their countries? And if they are wicked how can they expect to make their people good? If the Malay rulers do not keep their own children under control but allow them to prey upon the common people, how can they themselves exercise their authority over the people?  [Lagi]

[Nota Penulis: Tulisan diatas penuh dengan penghinaan dan prejudis yang melampau terhadap bangsa yang diberi nama melayu (khusus buat melayu - bukan etnik arab, china, boyan, acheh, banjar, bugis, siam dan lain2. Hanya untuk the Malays- melayu)

Baik, jika dilihat semula dari tahun kelahiran si budak munshi ni 1797 - masa itu konsep Malay Race telah pun disentuh oleh Johann Friedrich Blumenbach pada 1795 (1752-1840). Kedatangan si Stamford Raffles pada tahun 1810 ke semenanjung Melaka adalah untuk mengembangkan British Empire. Disinilah sibudak munshi itu berjaya mendapat kerja - penterjemah.  Budak ini opportunis dan amat menyanjungi si Raffle. 

Dalam tahun2 berikutnya si Raffle mencetuskan idea besar atau konsep 'the Malay Race - bangsa berasaskan bahasa. Sibudak munshi semasa itu telah pun bekerja sebagai agen penyambung lidah propaganda raffle - dia adalah setiausaha peribadi Raffle.

Satu kemuyskilan penulis, dalam pada Raffle sibuk2 membikin istilah melayu, sempat pula si budak munshi ini menulis kisah dilema melayu - mana si budak munshi ni dapat istilah bangsa melayu itu sedangkan Raffle baru sahaja memberi idea.."Raffles formed a vision of Malays as a language-based 'nation', in line with the views of the English Romantic movement at the time, and in 1809 sent a literary essay on the topic to the Asiatic Society".

Kata Raffle:

"I cannot but consider the Malayu nation as one people, speaking one language, though spread over so wide a space, preserving their character and customs, in all the maritime states lying between Sulu Seas and the Southern Oceans." - Stamford Raffles, 'On the Malayu Nation', Asiatic Researches, 12 (1816): 103

Jadi kata2 sibudak munshi:

"I had observed their conduct, behaviour and habits from my youth up to, the present time and had found that, as time went on, so far from becoming more intelligent they became more and more stupid" 

Datang dari mana pulak ? Siapa yang dia 'observed' selama ini? Melayu ke? Bangsa Melayu belum ada masa tu...konsep bangsa melayu ni mula dipertegaskan pada zaman stamford raffle je. (Sibudak munshi lahir : 1797, jumpa Raffel 1810 - masa umur dia 13 tahun, konsep melayu raffle 1816, masa tu sibudak munshi 19 tahun- jadi melayu mana yang dia 'observe' masa tu? atau dia mengada-ngadakan cerita ? kalau kita ambik 1809 sebagi tarikh essay raffle, lagi la sibudak ni belum jumpa si raffle lagi) 

Kalau begitu tidak salah jika penulis katakan disamping menjadi penipu, si budak munshi ini juga adalah barua stamford raffle dalam menulis dan mencanang istilah melayu itu ke merata2 tempat. Sehinggakan dia diberi gelaran 'Bapa Persuratan Melayu Moden' pengiktirafan oleh British. Suka betul bila tuan dia bagi pangkat! 

(Lagi persoalan: sebelum ini tak kan tiada sorang pun disemenanjung ini yang pandai menulis dan membaca? Sila refer balik kisah para Ulama Nusantara - sudah banyak kitab2 yang bagus2 kandungannya sudah ditulis sebelum tarikh sibudak munshi ini pandai membaca. Dan tulisan mereka menjadi rujukan umat2 Islam disini. Kenapa tidak di angkat mereka ini sebagai Pelopor Penulisan Melayu Moden? Mudah sahaja - kerana tulisan2 para ulama itu mendekatkan umat2 disini dengan Islam - Bristish anti Islam!

Kita mesti ingat, tulisan Jawi adalah berasaskan tulisan Arab - Al-Quran. Jika kita kata orang2 semenanjung ini buta huruf, maka kita menafikan kebolehan mereka membaca Al-Quran! Secara tidak langsung memutuskan pertalian umat2 disini dengan hukum2 dan pengetahuan bersumber Al-Quran dan Sunnah Rasul S.A.W.)

Si budak munshi ini lah juga melalui karangan2nya seperti di atas membayangkan dan mengkaitkan bangsa melayu ciptaan Raffle dengan berbagai perangai negatif dan tidak masuk akal. Penulisannya memberi kesan mendalam kepada perkembangan minda bangsa melayu yang baru lahir itu. Ok, cuba kita kata anak kita bodoh, baghal, lembab, pemalas, kaki judi, kaki betina, kaki tidur...lama2 memang dia akan jadi begitulah. 

Masalahnya mahu ke sibudak munshi ini mengaku melayu? Masa dia lahir dulu dia bangsa apa? Bangsa Melayu belum wujud lagi...nampak? Tiada satu pun yang membuktikan si budak munshi ni berbangsa melayu. Dia pun tak mahu digelar melayu gamaknya - sebab melayu itu bahasa!

Jika kita 'refer' balik pada manuskrip Undang-Undang Kedah 220 Hijrah, apa yang dapat kita pastikan, syariat Islam telah pun berjalan dibawah jajahan takluk Kedah. Jadi jikalau Undang2 Kedah itu berbahasa Melayu maka boleh kita andaikan sipengamal dan pemerintahnya (Sultan dan Raja Daerah) juga adalah Melayu, asasnya syariat Islam dan sunnah Rasul S.A.W, susun atur masyarakatnya sudah ada, ketamadunannya maju. Oleh itu apa beza Melayu Kedah dengan Melayu Melaka tempat sibudak munshi ini mengarok?

(update 120608: secara makronya, didalam tahun2 yang sama (1843) Marhum Melaka atau Ahmad Tajudin sedang berlindung di Melaka kerana takut dikerjakan Syed Alang Panglima Bukit Gantang kerana membocor rahsia Kota Meang Kuang kepada Thai 1821. Jadi kena sangatla 3 abdul ni stampot rafel+sibudak munshi + marhum melaka - bekumpul setempat di Melaka pada waktu dan tujuan yang sama - memutar belit sejarah!)

Jadi dimana kita hendak letakkan cerita The Malay Dilemma dan tafsir melayu yang dikatakan oleh sibudak munshi ini? Siapa sebenarnya yang dia maksudkan? Oleh itu, adakah masih kita ingin letakkan Melayu itu sebagai rumpun semua bangsa di nusantara ini, dengan meletakkan etnik2 lain seperti boyan, acheh, bugis, jawa, siam, arab, kerinci, minang dibawah tafsir melayu? Lepas itu diinjak2 maruahnya oleh dengan tuduhan2 tidak berasas. Adilkah itu? Kalau rumpun bahasa mungkin boleh diterima, tetapi semestinya bukan rumpun bangsa. 

Orang2 politik kita sering mengambil kisah budak munshi ini sebagai modal politik mereka - "mari kita buktikan bahawa melayu itu bangsa berdaulat, bukan bangsa pemalas seperti yang dichop oleh penjajah Inggeris...bersatulah melayu".  Bila kita kata begitu maka kita sebenarnya mengiyakan cerita sibudak munshi ini dan bersetuju dengan konsep bangsa melayu ciptaan si raffle!

Sebenarnya tiada apa yang hendak dibuktikan. Ikatan sebenarnya bukanlah bangsa melayu itu, ikatan sebenarnya adalah agama kita. Agama yang telah meletakkan asas ketamadunan bangsa dan peradaban mulia. Tanpa ikatan rumpun melayu atau konsep ketuanan melayu kita sebenarnya lebih bebas dan boleh lebih maju daripada apa yang kita ada sekarang. Sejarah itu dihapuskan dan kisahnya dinafikan oleh British dan sekutunya.

Kita hari ini resah apabila konsep ketuanan yang dicipta oleh Inggeris itu dicabar - ketahuilah konsep itu baru sahaja diadakan oleh British (Lord Reid) semasa mula hendak merdeka, dan konsep itu adalah sangat lemah dan palsu. Kita hari ini 'dituankan' oleh British dinegara ini hanya dengan konsep. Selagi kita menerima ketuanan bersifat konsep itu, selagi itulah kita akan sentiasa rasa 'insecure' dinegara sendiri.

Secara adat dan praktikalnya, 'tuan yang sebenar-benar tuan tidak perlu takut dengan hambanya'...dia boleh perbuat apa sahaja dikawasannya, nak cium cempedak-nangka, nak gali lubang, tanam pisang,  tidak perlu minta 'permission' dari sesiapa, ini cium keris (yang tidak tahu mana asalnya) pun nak minta maaf, ketuanan jenis apa itu?? 

(Sebenar pejuang tidak akan berundur langkah - berpantang maut sebelum ajal - malah mengundur tidak sekali. Ini baru kena sergah dah melutut minta ampun, harap keris je panjang, pejuang bangsa apa ini? Sia-sia Tok Janggut syahid tergantung! Bagi malu seluruh orang silat di Malaya-Nusantara ini! Kalau ada yang tidak malu, penulis tidak tahu nak cakap apa lagi...mesti pengampu besar lah tu. Baik buang sahaja keris dari logo tu...dulu masa nak buh keris masa nak buat 'sang saka', beria-ia sangat mengundi...sekarang apa dah jadi?)

Oleh itu para pembaca sekalian...jika masih mahu kekalkan identiti dan ketuanan melayu, seperti yang telah di baghal-baghalkan oleh penjajah Inggeris dan barua mereka, maka sudilah menerima dan menelan apa sahaja kata2 sibudak munshi dan stamford raffle seterusnya disambung pula oleh Frank Swettenham, simulut manis. Kerana konsep bangsa Melayu ini dicipta tujuannya memang untuk diperlekehkan. 

Jika ditanya, bangsa melayu sejati itu asalnya mana? Daerahnya mana? Maka percayalah tiada seorang pun yang boleh menjawab dengan tegas...jika ada penulis ingin sekali berjumpa dan merakam sejarahnya! (sila lihat melayuonline.com kalau tidak percaya - awasi cerita dongeng rakyat!)

Maka dengan itu, bermuafakatlah wahai pemimpin2 dan cerdik pandai 'melayu' sekalian, pertahankanlah konsep Bangsa Melayu itu, pertahankanlah juga idea stamford raffle dan baruanya si budak munshi! Selagi konsep melayu itu ditegakkan selagi itulah  Melayu dalam Dilemma, sampai bila-bila. 

Selamat maju jaya.]

Sumber: Singapore Infopedia - Singapore National Library (accessed 23.05.08)

The Malays : Sabrizain (accessed 23.05.08)

Abdullah Abdul Kadir, Munshi. (1969). The Hikayat Abdullah: The autobiography of Abdullah Abdul Kadir, 1797-1854 (pp. 1, 5-26, 31-40, 48-56, 73-75, 103-111, 121, 309). Singapore: Oxford University Press. 

(Call no.: R SING 959.51032 ABD) 

Buckley, C. B. (1984). An anecdotal history of old times in Singapore: 1819-1867 (pp. 28-29, 321, 354, 557). Singapore: Oxford University Press.
(Call no.: RSING 959.57 BUC)

Read full post »

Jumaat, Mei 23, 2008

Pulau Batu Puteh Terlepas ke Singapura.

2 comments
THE HAGUE, Belanda 23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1980 adalah milik Singapura.

Namun ICJ memutuskan Pulau Middle Rocks diberi kedaulatan dan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

Dalam keputusan majoriti 12-4, penghakiman bertulis yang dibacakan Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh, pada pendapat para hakim keputusan itu dicapai berdasarkan fakta sejarah, perundangan antarabangsa serta kesan-kesan pertindihan berkaitan tuntutan tersebut.

Awn Shawkat mula membacakan penghakiman tersebut tepat pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dua jam kemudian.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, ‘’Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.

Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. - Utusan

Read full post »

Khamis, Mei 22, 2008

UMNO Bukan Parti Politik

0 comments
[Komen penulis: Teringin sekali penulis untuk percaya kisah dibawah. Kalau dahulu mungkin ye. Mengikut teks sejarah Inggeris sekolah rendah dan menengah, apa yang dikatakan itu nampak cantik jalan ceritanya dan ada relevannya. Cuma sejarah itu tergantung pada pangkalnya...tiada pemutus!

Telah distereotaipkan, disetiap dipenghujung kisah politik seperti berikutnya akan berakhir dengan kelemahan orang Islam semenanjung! Seperti kerbau dicucuk hidung kita dimestikan percaya Melayu itu patuh pada Sultan dan Raja. Patuh kepada parti politik dan sebagainya. Paling ketara kisah Hang Tuah! Ya Tuanku, Menjunjung titah Tuanku...tidak boleh menderhaka biarpun raja itu zalim. Benarkah begitu? 

Terjebak dengan Konsep Bangsa Melayu dan Ketuanan Melayu.
Hang Tuah adalah hero Melayu kerana membunuh sahabat kerana mempertahankan Raja...ceritanya penuh tahyul-khurafat, bergantung pada keris untuk jadi kuat. Ini adalah konflik pemikiran yang ditinggalkan Inggeris (ada sedikit unsur2 mithos King Arthur dan Excalibur)...belakang, Melayu dok bertelingkah Hang Tuah betulkah Hang Jebat yang betul? Sampai sekarang tak sudah...yang penting jangan menderhaka...hikayat ini melembamkan otak melayu dari orang kampung sehingga ke peringkat Phd universiti! 

Bukan sedikit kaki2 nombor dan tok bomoh menurun menjadi Hang Tuah...dalam satu malam ada beribu Hang Tuah turun memberi no ekor dan penawar! Bayangkan.

Inilah acu pemikiran yang dimahukan oleh British setelah berambus meninggalkan Malaya. Tiada langsung kisah yang Melayu itu patuh pada para syariat Agamanya, Ulama, Nabinya dan suruhan Tuhannya! Melayu hari ini terkongkong dalam litupan paradigma yang berasaskan khayalan-fantasi puak Orientalis dan penjajah Inggeris.

Merdeka dengan tanpa penumpahan darah kononnya! Kita pun termakan...kenyang berdengkur dibuai hak keistimewaan dan ketuanan. 

Umpama tuan rumah tinggal sebumbung dengan penyewa..."ini jamban hak istimewa saya, ini peti-ais hak istimewa saya...saya tuan rumah ..awak mesti hormat saya...tapi awak boleh bukak kedai depan rumah...saya tuan rumah cuma boleh meniaga kecik2 tepi kedai awak".

Itulah konsep ketuanan bangsa hadiah dari British. Mula2 oklah, lama2 porak peranda. Sampai bila konsep ketuanan bangsa ini akan dipertahankan. Nak harap Raja?  Tak percaya tengok sahaja depan mata konsep WPI - Johor...ada siapa yang berani bantah?

Hari ini penulis memilih untuk menapis beberapa bahagian yang perlu, sementara teks Undang-Undang Kedah (yang berlandaskan syariat Islam disesuai dengan adat orang kita) ada ditangan beberapa fakta perlu diperbetulkan. Sejarah ketamadunan bangsa dan semangat juang pejuang agama dan tanahair jangan sesekali dipadamkan !

UMNO Bukan Parti Politik adalah tajuk untuk slot blog ini. Tajuk sebenar artikel yang penulis ambil dari Harakah adalah seperti dibawah (belum edit)

Dalam konteks Malaysia hari ini, Melayu itu adalah melayu seperti yang diistilahkan oleh Stamford Raffles.]

-------------------------------------------------------------------------
Berbanding PKMM, Umno parti tanpa wawasan jauh
Maulana Purnama
Thu | May 22, 08 | 5:30:03 pm MYT

� Tanggal 11 Mei ulang tahun Umno ke-62. Umno ditubuhkan ketika orang Melayu menentang Malayan Union. Pengasasnya, Dato' Onn Jaafar menegaskan Britain tidak berhak menubuhkan Malayan Union yang hendak dijadikan tanah jajahan kerana negeri-negeri Melayu  sembilan semuanya bukan tanah jajahan tetapi hanyalah naungan. Orang Melayu  diajak bangkit menentang Malayan Union.

� Sememangnya Britain tidak punyai hak. Ini kerana hak ke atas negeri-negeri Melayu - Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Kedah - masih berada di bawah kedaulatan Raja-Raja Melayu.

� Britain hanya menjadi penaung dan bukannya penjajah. Tetapi penaung dengan izin Raja-Raja Melayu. Tentunya izin dalam paksa.  Sementara itu Raja-Raja Melayu, seperti mana yang dipaparkan dalam Sejarah Melayu , atau nama sebenarnya Sulatus Salatin menjadi raja kerana perjanjiannya dengan rakyat, yang diwakili Bendahara. Raja hanya ada kerana ada rakyat.

� Raja dianggap tuan, sebab itu dipanggil tuanku. Sementara rakyat adalah hamba. Tetapi konsep tuan dan hamba dalam kerajaan Melayu bukanlah seperti sistem perhambaan di Barat. Rakyat bukan milik raja. Tetapi kedaulatan raja adalah kerana amanah yang diberikan hambanya iaitu rakyat.

� Dalam bahasa seharian, maka disebut tuan hamba untuk menunjukkan saudara dan hamba untuk menunjukkan saya. Saya berasal daripada perkataan sahaya. Justeru raja dan rakyat dalam konsep kerajaan Melayu bersifat demokratik. Raja adil disembah, raja zalim disanggah adalah jelas dinyatakan Tun Seri Lanang dalam Sulatus Salatin. Maknanya rakyat dalam kerajaan Melayu mencari seseorang untuk dijadikan raja bagi memerintah secara adil.

� Tentunya dalam sejarah moden ini, hanya ada 10 Raja Melayu. Sembilan di Malaysia dan satu di Brunei. Apa yang ada adalah Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Ketuanan Raja-Raja Melayu dalam konteks kontrak sosial dengan rakyatnya. Istilah dulu disebut hamba, tetapi ia tidak bermaksud hamba seperti difahami zaman moden. Rakyatnya boleh menyanggah raja jika zalim, dan keseluruhan Sulatus Salatin mengisahkan peri pemerintahan Raja-Raja Melayu, ada yang adil dan ada yang zalim. Kehidupan Hang Tuah dan Hang Jebat menggambarkan keadilan dan kezaliman dalam sejarah Melayu.

� Maka rakyat kepada kerajaan Melayu adalah orang Melayu. Di sini konsep Melayu sebagai rakyat kepada Raja-Raja Melayu. Justeru asas kepada kedaulatan dan ketuanan Melayu dan Raja-Raja Melayu adalah kedaulatan dan ketuanan rakyat. Perkara ini pernah diungkapkan Dr Burhanuddin Al-Helmi bagi memecahkan masalah kerakyatan penduduk Tanah Melayu yang bukan keturunan orang Melayu. Beliau menggagaskan kewarganegaraan Melayu sebagai rakyat Raja-Raja Melayu bagi Tanah Melayu yang merdeka.

� Inilah juga polisi umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti pertama orang Melayu yang ditubuhkan pada 1945. Ia disebut kembali Dr Burhanuddin ketika beliau menjadi Yang Dipertua PAS kemudiannya. Jadi apabila Britain hendak menjadikan negeri-negeri Melayu ini dicantumkan dengan empat wilayah negeri-negeri Selatan, yang sudah pun menjadi tanah jajahannya, iaitu Pulau Pinang, Seberang Perai, Dinding dan Melaka untuk menjadi Malayan Union, mereka berjaya mendapat keputusan raja-raja Melayu melalui ugutan bahawa jika ditentang, penjajah itu akan menjatuhkan mereka atas alasan bekerjasama dengan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

� Semasa Perang Dunia Kedua, negeri-negeri Melayu yang tinggal hanyalah lima iaitu Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Ini kerana Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan oleh Jepun kepada Siam.

� Walaupun Jepun menjajah Tanah Melayu, mereka tidak menghapuskan institusi raja. Ini kerana Raja-Raja Melayu tidak menentang mereka. Tetapi atas alasan ini pula, Britain mencabar kedudukan mereka jika Raja-Raja Melayu tidak mahu melepaskan kedaulatannya kepada Malayan Union. Tidak ada jalan lain, maka Raja-raja Melayu menandatanganinya.

� Dan inilah yang dicabar Dato' Onn yang menyatakan Raja-Raja Melayu tidak berhak melepaskan kedaulatannya tanpa izin rakyatnya, iaitu orang Melayu di negeri masing-masing. Maka untuk itu, dianjurkan Kongres Melayu bagi menggembleng semua pertubuhan Melayu.

� Ikut serta adalah PKMM, parti Melayu terbesar ketika itu, menjadi salah satu peserta. Pada mulanya PKMM menyokong gagasan Malayan Union kerana melihat kebaikan percantuman negeri-negeri untuk menjadi besar dan bersatu di samping mengembalikan Pulau Pinang, Seberang Perai dan Melaka ke tangan negeri-negeri Melayu. Lagipun pemahamannya ketika itu Malayan Union akan ditadbir secara moden dan mewujudkan sebuah negara merdeka, bersatu dan berdaya maju, tidak seperti Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berpecah-pecah dan lemah.

� Tetapi apabila didapati tujuan British untuk menjadikan Malayan Union tanah jajahan yang tetap, barulah PKMM turut serta dengan panggilan Onn bagi menyertai Umno. Mulanya Umno hanya pertubuhan perpaduan persatuan Melayu bagi membincangkan isu-isu Melayu secara bebas dan tidak berparti. Lagipun yang menjadi parti politik hanyalah PKMM. Slogan utama Umno adalah Hidup Melayu dan penentangannya adalah terhadap Malayan Union. Tetapi Umno tidak mempunyai wawasan jauh. Sebaliknya PKMM mempunyai wawasan supaya usaha dibuat bagi mencapai kemerdekaan di samping melihat cara menubuhkan suatu negeri yang lebih besar bersama Indonesia. PKMM memperjuangkan Melayu Raya dan Nusantara.

� Tetapi persatuan Melayu yang lain tidak bersetuju dan ini membawa kepada PKMM keluar daripada Umno. Cadangannya supaya bendera Umno berwarna merah putih sama dengan Indonesia turut ditolak. Ini kerana Umno mahukan bendera merah putih, Sang Saka dengan warna kuning melambangkan keris. Kini bendera itu bernama Sang Saka Bangsa.

� Ketika PKMM mahukan merdeka, Umno yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 hanya mahukan kedaulatan Raja-Raja Melayu dikekalkan di bawah naungan kerajaan British.

� Setelah keluar, PKMM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (Putera) menggabungkan parti Islam pertama negara ini iaitu Hizbul Muslimin, Barisan Tani Se-Malaya (Batas), Majlis Tertinggi Agama (Mata), Angkatan Pemuda Insaf (Api) dan beberapa pertubuhan Melayu yang tegas mahukan kemerdekaan Tanah Melayu.

� Putera bekerjasama dengan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui dokumen bernama Perlembagaan Rakyat. Bendera mereka adalah merah putih dengan 12 bintang putih di sudut bagi menggambarkan Tanah Melayu termasuk Singapura. Britain menolak tuntutan merdeka ini dan memihak gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang dicadangkan Umno.

� Gabungan Putera-AMCJA lebih kuat daripada Umno tetapi British bimbang kepentingannya akan terjejas jika kumpulan kiri itu berkuasa di Tanah Melayu. Maka Umno sendiri dilihat mesti memperjuangkan kemerdekaan bagi mengelakkan negara ini jatuh ke tangan kuasa-kuasa antipenjajah.

� British mengingatkan Onn bahawa kemerdekaan hanya akan diberi jika orang Melayu memberi kerjasama dengan bukan orang Melayu. Ini kerana banyak orang bukan Melayu adalah warganegara British terutama di Melaka dan Pulau Pinang. Maka Onn mencadangkan supaya Umno dibuka keahlian kepada orang bukan Melayu.

� Maknanya, Umno tidak ditubuhkan sebagai institusi kekal untuk orang Melayu. Ia hanya organisasi politik biasa bagi mencapai tujuan tertentu. Ahli-ahli Umno tidak dapat menerima cadangan Onn dan beliau keluar parti dengan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Sementara Biro Agama Umno yang memihak kepada Onn turut keluar parti itu. Biro ini kemudian menjadi PAS pada 1951.

� Tetapi Umno akur dengan kehendak British dan akhirnya bekerjasama dengan MCA untuk menubuhkan Perikatan. Pada pilihan raya 1955, semua pemimpin PKMM telah ditahan oleh British (ketika darurat diisytiharkan pada 1948 - peng.). Perisytiharan darurat telah melumpuhkan PKMM. Maka British hanya mahukan rakyat Tanah Melayu ini memilih antara Perikatan dengan IMP. Antara kedua sahabat penjajah ini, rakyat memilih Perikatan. Maka negara ini diserahkan oleh penjajah kepada Umno.

� Bagaimanapun, pada pilihan raya lepas merdeka (1959), jelas orang Melayu tidak monolitik dengan menyokong Umno semata-mata. Orang Melayu menyatakan yang mereka mempunyai pilihan alternatif, maka pada pilihan raya pertama Tanah Melayu merdeka, Kelantan dan Terengganu memilih PAS dan menolak Umno.

� Onn yang memimpin Parti Negara, untuk menggantikan IMP adalah juga sekutu PAS. Juga dengan Parti Rakyat. Turut merasmikan penubuhan Parti Rakyat adalah Dr Burhanuddin, yang memilih PAS sebagai wadah perjuangan Tanah Melayu merdeka.- tajdid

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger