LAMBANG BUNGA TERATAI MENURUT ABDULLAH NAKULA DALAM FALSAFAH MELAYU. (Abdullah bin Muhamed dilahirkan di kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan)
Menurut Nakula Zat Allah mempunyai dua kelompok yang penting iaitu sifat-sifat yang berikut:
- Sifat ‘Jamal' dalam bahasa Arab bererti sifat-sifat 'Keindahan' dalam bahasa Melayu yang sama dengan ‘Vishnu’ dalam bahasa Sanskrit.
- Sifat ‘Jalal' dalam bahasa Arab bererti sifat-sifat 'Kehebatan' dalam bahasa Melayu yang sama dengan ‘Shiva’ dalam bahasa Sanskrit.
[Bahasa Sanskrit itu adalah sejenis bahasa tinggi yang digunakan di Alam Melayu purbakala, ribuan tahun yang lampau. Ia seharusnya tidak dikaitkan dengan agama atau fahaman yang tidak berpaksikan tauhid dengan sewenang-wenangnya-TMP]
LAMBANG BUNGA TERATAI.
Dalam mentafsirkan lambang, bentuk dan sesuatu motif, Nakula telah mentafsirkan sebagai mempunyai suatu makna yang tersirat mengikut falsafah Melayu.
Bunga teratai adalah mempunyai makna yang tersirat. Terdapat dua jenis lambang iaitu:
1. Lambang Kejadian Alam dalam tingkat Ketuhanan.
Bagi tingkat ketuhanan tangkai adalah adalah lambang Zat Allah yang kuat berpegang kepada sekuntum bunga. Zat Allah yang dimaksudkan ialah Zat Allah yang berada pada “Tingkat al-Ahadiyah”. Bila terjadi perdampaan di antara dua sifat Jamal dan Jalal maka lahirlah seketul “kudup” bunga teratai. Ketika ini tangkai itu menjadi ghaib dan wujudnya bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan “Hakikat Muhammadiyah” yang mula-mula lahir dalam alam hakikat, sebelum lahirnya hakikat-hakikat segala sesuatu. Sebagaimana pada diri Hakikat Muhammadiyah terhimpun hakikat-hakikat segala sesuatu, begitu juga pada kudup yang kuncup itu terhimpun segala kelopak, stamen, rahim bunga, stigma dan lain-lain.
Selepas segala kelopak berkembang, segala stamen terbuka dan segala-galanya wujud beberapa banyak, menjadi sekuntum bunga yang berkembang. Bunga yang berkembang dari hakikat-hakikat segala sesuatu yang terkeluar dari diri Hakikat Muhammadiyah.
2. Lambang Kejadian Alam dalam Tingkat Kealaman.
Bagi lambang kejadian alam dalam tingkat kealaman, menurut Nakula zat Tuhan kepada tangkai adalah sifat alam kejadian, apabila berlakunya kejadian maka lahirlah kudup bunga teratai. Ketika itu tangkai akan ghaib dan wujud bersama kudup.
Kudup adalah melambangkan manusia atau alam kecil yang mula kelahiran sebelum lahirnya alam besar. Bagi Tingkat Kealaman ini kudup bunga adalah sebagi lambang ‘NurMuhammad’. Sementara sekuntum bunga teratai yang berkembang adalah sebagai lambang alam besar. Setiap kelopak bunga itu adalah melambangkan tiap-tiap peribadi makhluk.
Nakula juga dalam falsafahnya menyatakan bahawa bunga teratai adalah lambang kejadian alam dan lambang bentuknya adalah suatu amalan tradisi yang lama dalam masyarakat Melayu.
Penggunaan motif atau bunga teratai adalah sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bunga teratai digunakan dalam upacara tradisi dan mempunyai banyak makna-makna rahsia tertentu yang tersirat pada kuntumnya.
sumber: http://tempahankeris.blogspot.com/2013/03/lambang-bunga-teratai-menurut-abdullah.html
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.