Hari-hari belek suratkhabar, ceritanya sama, orang politik tak da modal-dok pusing kisah yang sama, kes jenayah tetap ada, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, puting beliung semakin menjadi-jadi...tiada tanda berkurangan mahupun nak reda. Harimau Malaya menang dalam duka...terima aja...kerja tetap kena jalan seperti biasa.
Sungguhpun begitu, dalam banyak-banyak kisah yang sama itu penulis terbaca satu artikel, menarik sekali kisah, petikan dan tauladan ceritanya. Walaupun objektifnya nak kata jangan dok ikut IS tapi jika dikaji pada petikan kisah dan pengalaman Ahmad bin Arqam Al-Balkhi itu pada hal yang sebenar boleh jadi sangatlah dalam maksud dan pengertiannya. Antara maksudnya usahlah terburu mengikut nafsu, kerana ia tidak akan mendorong kepada kebaikan...maka berperanglah dengan nafsu...perang tak sudah.
Maka pengajaran itu bukan setakat pada orang yang ingin mengikut IS tapi mengena pada semua orang, hatta pada para ulama', cerdik pandai, orang bodoh, saintis, tukang-cuci, orang politik dan orang-orang yang mengikutnya sekali...
TMP
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.