1 + 1 = 2
2 - 1 = 1
Makanan masuk ke perut melalui apa? Mulut.
Berfikir menggunakan apa? Akal.
Baik, segala yang tertulis diatas ini telah pun diregister oleh akal yang waras sebagai perkara yang logik, boleh diterima fitrah ini oleh hukum akal dipandu oleh ilmu dan pengetahuan. Melainkan akal yang liar, yang boleh mendatangkan apa sahaja tanpa mengikut hukum dan batasan.
Apakah contoh jawapan yang datang dari akal yang liar?
1 + 1 = 3
2 - 1 = 3
Makanan masuk ke perut melalui apa? Kepala lutut.
Berfikir menggunakan apa? Kepala anu.
Akal yang liar ini sangat sukar diubati, sungguh pun mahu dicuba melalui sains dan teknologi tetap tidak ada ubat. Kerana cubaan menggunakan sains dan teknologi untuk menjadikan akal berfikir melalui kepala anu dan menyuapkan nasi ke kepala lutut adalah juga datang dari akal yang liar tanpa ilmu pengetahuan.
Bahasa sopannya adalah jahiliah atau bodoh ataupun tidak tahu. Sains dan teknologi pun tidak boleh menerima jawapan 1 + 1 = 3.
Atau boleh juga dicuba dengan mengadakan kajian sains dan teknologi oleh seluruh pakar sains sedunia mengenai cara yang terbaik untuk mengubah jawapan itu kepada 3.
Ataupun diubah nama bilangan 1 itu kepada nama kosong. Contohnya bilangan 1 disebut kosong. Tetapi daripada segi bilangan tetap ada satu. Jika perkara ini terjadi maka tunggang terbaliklah dunia ini, yang mempunyai wang berbillion dalam bank sudah tentu akan menerima balanya. Yang menjual untung, yang membelinya rugi - beli 1 dapat kosong. Sebagai contoh, berapa billion telah dihabiskan oleh seluruh dunia semata-mata untuk menghadapi millenium bug ataupun isu Y2K satu masa dahulu?
Seperti menjual note kertas daun pisang yang tiada bersandarkan pada nilai yang ada makna. Ataupun membeli hartanah dengan note permainan Saidena.
Dengan akal yang liar, perkara ini boleh dilakukan jika pakar sains sedunia bersatu dan sepakat untuk mengubah jawapan kepada itu kepada 3. Buat certificate dan bagi anugerah nobel. Jawapan akal liar yang seperti ini sudah tentu menipu fitrah diri sendiri.
Satu barang 1 + satu barang 1 = 2 barang, itu bukan teori. Suap makanan ke mulut itu bukan teori tapi semulajadi fitrah manusia.
Ada manusia diberi akal dan digunakan sebaik-baiknya dengan pedoman agama. Ada manusia diberi juga akal tapi dengan akal itu jugalah mereka disesatkan.
Adakah akal itu boleh diusaha oleh manusia untuk mendapatkannya? Tidak boleh. Sebab jika boleh, maka tiadalah istilah orang gila, hilang akal dan tidak waras.
Tanpa ilmu pengetahuan dan pedoman agama, kita sebenarnya terikut berada dalam sistem pemikiran akal liar tanpa kita sedari.
Oleh kerana itu akal yang liar itu perlu dijinakkan.
1 + 0 = ?
Jangan tertipu dek akal liar.
~MOHAB
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.