"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Mei 01, 2012

Bodohnya Raja Singapura...

...apabila dengan akal yang dangkal mengarahkan segala rakyat jelata dan panglima menahan betis demi mempertahankan pantai daripada serangan todak. Bodohnya menteri pada ketika itu yang hanya mengiyakan sahaja arahan Raja Singapura tanpa bantahan. Bukan itu sahaja bahkan ramai juga panglima-panglima kaki ampu yang bersetuju menghantar "tentera tahan betis" untuk menentang todak. Akibatnya, ramailah rakyat jelata yang terkorban sia-sia tanpa matlamat yang jelas. 

Hendak dinasihatkan Raja Singapura yang bodoh itu alamat menempah maut juga adanya. 

Baiklah Hang Pa semua diam sudahlah.

Cerita Singapura di Langgar Todak sebenarnya berlaku di Champa dan todak itu sebenarnya tentera-tentera Viet Nam yang menyerang dari arah laut pada ketika itu. Mesej yang cuba disampaikan adalah secara berkias supaya tidak bertindak terburu-buru dalam strategi menentang musuh, kerana segala pegerakan sedang dibaca oleh musuh-musuh yang sedang meneliti strategi dan IQ pemimpin yang memerintah sebuah negara dalam menghadapi krisis dalaman mahupun luaran.


update 24/06/2012 selepas dua bulan berselang....

ARKIB UTUSAN: 24/06/2012

BISIK-BISIK : Ohhh Singapura
Tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram Bersih menarik perhatian rakyat Malaysia.


Kerajaan Malaysia secara rasminya melahirkan rasa tidak senang atas perbuatan tersebut, yang dianggap serius.


Awang teruja kerana sudah lama tiada tindakan seumpama itu. Ia adalah cerminan ketegasan Malaysia dalam menjaga kepentingan dan kedaulatan negara daripada sebarang campur tangan luar.


Awang harap, ia mesej yang sangat jelas kepada Singapura agar lebih menjaga sensitiviti negara ini. Kalau republik itu tidak mahu Malaysia mencampuri politik negara mereka, janganlah mengundang provokasi negara jiran.


Bukan rahsia lagi diplomat Singapura aktif dalam melakukan gerakan untuk menyokong pembangkang di Malaysia. Hubungan PAP, parti pemerintahan republik itu dengan DAP terutama di Pulau Pinang semakin akrab. Kedua-dua parti berasal dari parti yang sama dan pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kini menikmati sokongan yang istimewa dalam banyak bentuk daripada PAP Singapura. Keghairahan republik itu untuk membantu pembangkang bagaikan tidak dapat dibendung lagi sehingga menyerlah dalam aktiviti seperti perhimpunan haram.


Alasan bahawa kehadiran ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan tersebut adalah atas kapasiti peribadi, tidak boleh diterima begitu sahaja. Difahamkan, bukan sekali dua pembabitan diplomat Singapura dalam aktiviti mencurigakan. Ada lagi sebenarnya yang tidak didedahkan.


Ia boleh memberikan isyarat ada pihak di Singapura yang sangat mahukan kerajaan Malaysia sekarang tumbang dan digantikan dengan kerajaan baru yang mereka lebih selesa.


Lalu Awang teringatkan kenyataan bekas Presiden Indonesia, B.J Habibie yang pernah mengkritik sikap kerajaan Singapura, yang beliau sifatkan sebagai ‘positif (tetapi) ke arah negatif’.


Cukup mendalam maknanya. Sebenarnya bukan susah untuk menjadi jiran yang ikhlas melainkan memang ada percaturan tertentu, yang Awang mahu bersangka baik - tidak begitu. Tetapi entahlah...


- AWANG SELAMAT


sumber:http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger