"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Januari 12, 2011

Siam bukan Thai?

Etnik Siam di Malaysia dakwa berasal dari Mongolia

SIAM atau Thai? Bukankah ia membawa maksud serupa kerana kedua-duanya berasal daripada rumpun sama iaitu di negara jiran Thailand. Adakah masyarakat Siam di negara ini pendatang yang merantau masuk ke sini kerana pelbagai sebab, sama seperti beberapa etnik lain di Malaysia?

Tidak ramai, malah mungkin tidak ada sebenarnya yang membahaskan isu ini dengan kebanyakannya mengambil jalan mudah menggelar masyarakat Siam di negara ini sebagai pendatang dari Thailand meskipun realitinya sangat berbeza.

Berapa kerat sangat masyarakat di negara ini yang merujuk kepada sejarah bagi mengkelaskan sesiapa sebagai anak tempatan atau pendatang sedangkan realitinya, masyarakat Siam di negara ini mungkin menjadi waris terawal menjejak kaki di bumi Malaysia, mungkin juga lebih lama daripada masyarakat Melayu sendiri.



Tidak boleh dinafikan kebanyakan masyarakat di negara ini, termasuk Melayu sendiri adalah penghijrah dari negara tertentu. Malah, menurut Al Tarikh Salasilah Kedah 1928 menyebut, kerajaan Kedah sejak dulu adalah berasal dari darah keturunan Parsi dengan Sultan pertamanya digelar Maharaja Derbar Raja dan Maharaja Derbar Raja II iaitu pemerintah kesembilan ditukar kepada Sultan Mudzaffar Syah selepas memeluk Islam.

Namun, dalam satu versi berlainan pula, dikatakan Sultan Mudzaffar Syah (1136 - 1179) dulu pernah digelar Phra Ong Mahawangsa, satu gelaran dalam bahasa Thai yang bermaksud Tuanku Mahawangsa. Penggunaan gelaran itu dikatakan disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa, sekali gus mewujudkan satu tanggapan bahawa masyarakat Siam sudah bertapak di Kedah sejak sekian lama.

Ia dinafikan pula Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd Yusof, yang menyifatkan Hikayat Merong Mahawangsa bukan fakta sejarah untuk diterima pakai. Justeru, beliau melihat fakta berkenaan sejarah institusi diraja Kedah yang berakar dari Parsi lebih sesuai diterima.

Apapun, tidak dapat tidak, kewujudan masyarakat Siam di Kedah sebagai antara penduduk awal di negara ini tidak boleh dinafikan. Banyak sebenarnya bukti kewujudan mereka terutama di negeri bersempadanan Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Sebagai contoh, di Kedah sendiri, wujud beberapa nama tempat menggunakan bahasa Siam seperti Kodiang, Changlun, Napoh dan Jitra. Malah, banyak juga nama kampung menggunakan bahasa Siam.

Masyarakat Siam di negara ini, kebanyakannya mendiami di lima negeri itu bukanlah ramai, malah lebih sesuai dikatakan minoriti terkecil dengan keseluruhan tidak sampai 60,000 orang. Namun, mereka mempunyai sejarah tersendiri yang menjadikan mereka unik untuk didekati terutama apabila dikaitkan sebagai antara penduduk awal di sini.

Sejarah persempadanan negara membabitkan Tanah Melayu dan Thailand juga membuktikan bahawa masyarakat Siam di sini bukan pendatang. Ini kerana, sebelum 1909 lagi, masyarakat Siam sudah ada di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Persempadanan akibat Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, membolehkan semua negeri itu menjadi milik Tanah Melayu.

Ia menguatkan dakwaan masyarakat Siam di Kedah bahawa mereka bukan pendatang tetapi sudah sekian lama berada di negeri itu yang sebelumnya berada di bawah takluk Kerajaan Siam.

Sebenarnya, ada beberapa versi mengenai kewujudan masyarakat Siam di negara ini tetapi versi paling relevan ialah mengaitkan mereka dengan penduduk Siam di selatan Thailand. Ini dibuktikan dengan kebanyakan penempatan masyarakat itu berada di kawasan berhampiran sempadan Malaysia - Thailand seperti di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Sik serta di Kota Star, Kedah.

Apapun, menurut penduduk Siam yang ditemui di Kampung Kubang Chenok, Kubang Pasu, Kedah, kemasukan masyarakat Siam ke Kedah sudah berlaku sebelum negeri itu diserahkan kepada Tanah Melayu, malah mungkin lebih lama, iaitu sebelum zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Syah berdasarkan penggunaan nama Phra Ong Mahawangsa dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Kemasukan ke beberapa negeri di Tanah Melayu didorong oleh sifat semula jadi masyarakat itu sebagai pemugar (peneroka) yang gemar membuka penempatan baru di kawasan hutan selain mengembangkan aktiviti pertanian mereka.

Malah, menurut catatan Phraboriharn Thepdhani dalam bukunya, Phongsawadarn Chart Thai yang diterbitkan di Bangkok pada 1953, bangsa Thai sebenarnya berasal dari kawasan pergunungan Altai, Mongolia sebelum berhijrah secara besar-besaran dan penghijrahan itu turut membabitkan kawasan di Tanah Melayu, iaitu di utara Semenanjung Malaysia.

Justeru, Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Charun Em, 43, tegas mempertahankan kenyataan bahawa orang Siam di Kedah bukan pendatang dari Thailand tetapi bersusur galur dengan keturunan asal dari Mongolia yang turut berpindah sehingga ke beberapa negeri utara Semenanjung Malaysia.

“Kami bukan pendatang. Kami juga tidak ramai saudara mara di Thailand kerana kami memang sudah sedia ada di sini (Kedah). Rumit sebenarnya untuk mengaitkan kewujudan kami di sini dengan sejarah orang Thai tetapi bukti sejarah mencatatkan kami memang anak jati Kedah.

“Malah, dalam Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, ada disebut bahawa orang Siam adalah salah satu daripada komuniti Melayu, sekali gus mengiktiraf orang Siam di sini sebagai anak jati Tanah Melayu. Cuma, kami tak pasti sejauh mana kami turut diiktiraf sebagai Bumiputera meskipun sering kali dikatakan kami sebahagian mereka,” katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China.

Mengupas lanjut mengenai sejarah dan latar belakang mereka, nyata banyak sekali kupasan menjurus kepada keunikan masyarakat minoriti itu. Justeru, kunjungan Berita Harian ke Kubang Chenok untuk mendekati dan melihat sendiri cara hidup serta latar belakang mereka menemui lebih banyak misteri dalam kehidupan mereka.

Sejarah sebagai peneroka jelas mempengaruhi gaya hidup mereka sehingga kini kerana dikatakan majoriti masyarakat itu masih menjadi petani, dengan sebahagian kecil menceburi bidang profesional tetapi sangat sukar menemui orang Siam yang berjaya dalam bidang perniagaan.

Sejarah sebagai peneroka itu juga jelas dapat dilihat sehingga kini kerana kebanyakan perkampungan orang Siam adalah di sekitar kawasan berhampiran hutan. Kerana itu jugalah, penempatan mereka terperosok di ceruk pedalaman. Sukar untuk mengatakan mereka adalah kumpulan penduduk awal di Kedah tetapi pengaruh masyarakat itu amat kuat di Kedah.

Selain nama kawasan yang menggunakan bahasa Siam, boleh dikatakan ramai juga orang Melayu di Kedah yang mahir berbahasa Siam. Malah, ada juga perkampungan dikategorikan sebagai kampung Melayu Siam kerana keupayaan mereka menggunakan bahasa Siam sepenuhnya dalam perbualan harian.

Merujuk kepada sejarah juga menunjukkan yang pengaruh Hindu - Buddha menguasai kebanyakan negeri di Tanah Melayu sebelum kemasukan Islam. Justeru, tidak dapat tidak, ia turut mempengaruhi kehidupan orang Siam yang masih kuat mengamalkan kepercayaan kepada dukun dan bomoh yang sama sekali bukan ajaran Buddha.

Malah, masih banyak bomoh Siam boleh ditemui di semua kampung Siam. Misalnya, di Kubang Chenok saja, ada tiga bomoh yang masih aktif menjalankan aktiviti perubatan mistik dengan kebanyakannya hebat dalam ilmu pengasih.

Berbalik kepada isu Thai atau Siam, ia terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya disokong oleh bukti tersendiri. Ada yang mengatakan Siam adalah sebuah negara manakala Thai adalah bangsa.

Loghat berbeza dengan penduduk Thai

SEBUT saja Kubang Pasu, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai daerah terakhir di Kedah sebelum sampai ke sempadan Thailand iaitu di Bukit Kayu Hitam. Tidak ada laluan lain ke sempadan itu selain melalui Kubang Pasu, sekali gus menjadikannya sebagai antara daerah paling sibuk setiap kali musim cuti.

Apa tidaknya, ketika itulah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan berkunjung ke Selatan Thailand, sama ada sekadar ke Danok atau terus ke Haadyai untuk membeli-belah dan tak kurang juga untuk berhibur. Siapa yang tidak tahu mengenai dua lokasi itu sebagai lokasi hiburan popular orang Malaysia.

Pergi saja ke situ, pasti akan terserempak dengan rakan senegara, sama ada di kedai makan, pusat hiburan atau di jalan raya.

Namun, paling utama ialah dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam, pasti tidak ramai yang perasan mereka akan melalui Napoh iaitu satu pekan kecil sebelum Changlun, lebih kurang 15 kilometer dari pintu masuk ke Thailand. Di situlah, antara lokasi paling ramai masyarakat Siam berada iaitu antara Napoh menghala ke Padang Sera.

Malah, di Napoh saja, sudah terasa bahang masyarakat Siam kerana sepanjang perjalanan ke Padang Sera, singgahlah di mana kedai makan atau runcit, jelas bahasa Siam mendominasi perbualan mereka, tak kira sesama orang Siam atau dengan orang Melayu.

Nyata, pengaruh Siam masih kuat menguasai kawasan itu meskipun penyerahan Kedah kepada British dari Kerajaan Siam sudah berlaku hampir 100 tahun dulu.

Napoh ke Padang Sera berjarak 10 kilometer dan di pertengahan jalan itulah letaknya Kampung Kubang Chenok iaitu penempatan masyarakat Siam terbesar di situ. Dikatakan ia tidak seramai masyarakat Siam di Pendang tetapi ada kemungkinan mereka adalah penduduk Siam terawal yang mendirikan perkampungan sejak ratusan tahun dulu.

Ketua Kampungnya, Nuam Din Tiong, 74, turut diangkat sebagai Ketua UMNO Cawangan sekali gus membuktikan masyarakat Siam diterima sebagai satu daripada komuniti Melayu di situ. Malah, difahamkan, di Kedah, mereka dianggap sebagai Bumiputera meskipun tidak menikmati hak Bumiputera seperti orang Melayu.

Sukar sekali membezakan mereka dengan orang Melayu, apatah lagi kebanyakan mereka fasih dan tidak pelat berbahasa Melayu. Pakaian mereka yang sama dengan orang Melayu sekali lagi menambah kerumitan itu. Raut wajah mereka juga tak ubah seperti orang Melayu.

“Orang Siam seperti berada di tengah-tengah antara Cina dan Melayu. Kami boleh tinggal dan makan bersama orang Melayu dan tidak pula ada masalah bercampur dengan orang Cina. Tidak pernah timbul rasa tidak selesa jika kami bercampur dengan sesiapa saja. Malah, kepercayaan kami yang ada dipengaruhi pengaruh Hindu dan Buddha memudahkan lagi pergaulan kami dengan sesiapa saja,” cerita Nuam ketika ditemui di rumahnya di Kubang Chenok.

Namun, jika diamati, pertuturan orang Siam di Kedah ada kelainannya dengan orang Siam di Thailand. Mereka ada loghat mereka tersendiri dan kebanyakannya sama dengan orang Melayu yang berbahasa Siam.

Apapun, keunikan masyarakat Siam di Kubang Chenok bukan setakat itu saja kerana banyak lagi berkaitan budaya dan cara hidup untuk diceritakan. Kemesraan dan keramahan mereka juga menunjukkan mereka begitu selesa dengan sesiapa saja.


Oleh Azrul Affandi Sobry

47 comments:

  1. sinar kebenaran dah mula nampak..harap teratai yang layu mekar kembali :-)

    BalasPadam
  2. sinar kebenaran dah mula nampak..harap teratai yang layu mekar kembali :-)

    BalasPadam
  3. Siam dan Thailand memang sesangat lah berbeza. Mereka bukan dari rumpun yang sama.

    Untuk mengatakan Siam sebahagian dariapda Melayu juga amatlah sukar.

    Cuba kaji dari segi lingustik nya. Tanya orang pakar bdalam bidang ni.

    Kalau x silap saya, kebanyakan daripada mereka mmg menyatkan bahawa tidak terdapat persamaan lingustik antara Melayu @ Austronesia dengan Siam untuk menjadikan Siam ini sebagai anak jati Melayu.

    Allahu a'lam

    BalasPadam
  4. ..."katanya yang lebih selesa menggunakan masyarakat Thai berbanding Siam, selepas merujuk kepada sejarah tamadun masyarakat itu di China."

    Malang sekali pihak media tempatan masih gemar melabel orang-orang Thai ini sebagai Siam lalu kekeliruan menjadi berterusan.Selalunya pelbagai bangsa dan agama dibenarkan hidup makmur dalam empayar-empayar Islam seperti Andalusia dan Mungal jadi kemungkinana mereka sudah lama berhijrah ke negeri-negeri utara Malaysia sejak zaman Empayar Siam Islam dulu lagi itu ada.

    Memanglah kami pun memanggil mereka Khun Thai(orang Thai)dalam bahasa Siam. Mereka pula memanggil kami Khun Kheq (orang Islam).

    Banyak sebenarnya perkataan Melayu dalam bahasa Siam iaitu perkataan-perkataan berasal daripada bahasa polyastronesia.Ini ada dibincangkan dalam SNK. Tetapi sebutannya membuatkan orang-orang tidak fasih bahasa Siam tidak perasan akan persamaan tersebut.

    Kebenaran semakin menyerlah pada akhir zaman ini kerana panji-panji Islam akan kembali berkibar.

    InsyaAllah...

    BalasPadam
  5. kalau di kira dari sudut bahasa maka orang Melayu tak boleh dikatakan wujud sebab dalam buku teks sekolah kita semua berasal dari yunan dan sebagainya..

    perubahan bahasa pasti berlaku..masakan orang utara dan selatan berbeza bunyinya..kedah kelantan beza bunyinya..

    apa pun apabila mula menimbulkan soalan siam bukan thai sudah cukup untuk membuka minda rakyat agar terus mengkaji.

    BalasPadam
  6. saudara drugsuperstar,

    Sekarang ni sejarawan tempatan dah menolak teori Melayu dari Yunan sebab Melayu dah kerajaan sendiri dan kerajaan terawal yang dikesan ialah kataha dan srivijaya yang menjangkau ribuan tahun sebelum masihi malahan sezaman dengan mesir purba. Jadi teori Yunan tuh dah ditolak.

    Bab bahasa memang bersifat dinamik sebab boleh berubah-ubah mengikut zaman. tapi kalau negeri tuh, mengikut loghat dan budaya geografi setempat.

    Siam dan Thailand tuh pula katanya salah 1 daripadanya ialah pendatang.
    Saya x pasti la.

    Sumber : MF, Majalah Millenia

    BalasPadam
  7. Kalau teori dari Yunan itu ditolak habis tu dari mana pula asal-usul kita. Selepas bahtera Nabi Nuh mendarat di Bukit Jodi, manusia bertebaran ke lain-lain tempat di dunia ini. Ini maknanya penghijrahan manusia berlaku dari tanah besar ke pulau-pulau (nusantara juga banyak pulau-pulau)

    Mengikut penemuan baru di Lembah Bujang, sejak sebelum Islam lagi sudah ada tamadun yang maju di sana seperti sudah ada kilang melebur besi dan timah.

    Bila Merong Mahawangsa mendapat perintah menyebarkan Islam ke nusantara, baginda memilih Lembah Bujang sebagai markas operasinya kerana baginda tahu tempat ini sudah maju dan ada infra-struktur yang diperlukan.

    Atas alasan apakah pula teori Yunan itu ditolak?Islam berkembang di nusantara sejak hampir 1300 tahun.Memang sejak beribu-ribu tahun penduduk asal berasal dari sesuatu wilayah, bukannya terus-terus wujud di nusantara sahaja.

    BalasPadam
  8. Tuan Admin,
    Panggil saya neutron saja.
    Saya menetap di Selangor dan berbangsa Melayu berdarah campuran.

    Apa hujah untuk menolak teori Yunan?

    Saya akan terangkan dengan bahasa yang cukup mudah.

    Dalam pegguanaan teori Yunan, bilakah penghijrahan tersebut berlaku?

    Tetapi dalam pengkajian arkeologi serta prasasti dan lingustik,

    Prasasti dan Linguistik.

    Kerajaan Melayu telah wujud sezaman dengan era Mesopotamia kerana wujudnya prasasti tentang kewujudan Melayu dan Sriwijaya pada era SEBELUM MASIHI.

    Arkeologi

    Kewujudan manusia moden yang dijumpai telah berusia 35000 tahun.

    Berdasarkan kedua2 hujah ini, saya yakin tempoh waktunya telah melangkaui tempoh waktu penghijrahan daripada Yunan.

    Kalau salah betulkan saya.

    BalasPadam
  9. saudara Islamic Neutron,

    Mereka yang menolak teori Yunan adalah mereka yang tidak menganggu - gugat kekuasaan kuasa raja - raja daerah yang ada sekarang ini.

    Apa kaitan? Jika kita menerima teori Yunan bermakna kita mengiktiraf kewujudah Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Tapi bukankah ini menafikan Ketuanan Melayu? Tidak. Semua pengkaji sejarah dalam blog ini dan merata diluar mengangkat Ketuanan Islam. Mereka membincangkan secara panjang lebar Melayu hanya kerana mahu orang Melayu Islam membuka mata dari mana mereka datang.

    Kalau bahasa sifatnya dinamik maka banyak bangsa harus ditolak kewujudannya. Arab, Cina, Anglo-Saxon, dan banyak lagi yang harus ditolak kewujudannya. Kalau nak kira macam tu, orang Melayu ni mai dari India la. Dok guna bahasa sanskrit. Kalau ikut logik akal la.

    Kenapa harus tolak teori yunan? sebab takut ketuanan Melayu terbatal? takut kekuasaan raja - raja daerah yang diberi kuasa menjadi sultan terganggu - gugat? Apa ada pada bangsa kalau tidak dibelakangnya ada Kalimah Tauhid. Oh ya, teori sejarah kata sezaman dengan kerajaan Firaun tu ada bentuk dokumen macam Undang - Undang Kedah tak?

    BalasPadam
  10. welcome too.

    Yang jelas saya campuran Melayu Rawa - Bugis dan pedagang dari Kepulauanan Indonesia terdahulu.

    Tetapi ade yang cakap saya ni keturunan Arab dan juga Nabi Yusuf.

    Saya pun masih lagi mencari keturunan saya yang atas-atas lagi.

    Kalau ade ape2 lagi infomasi booleh lah kongsi2kan bersama.

    Tq.

    BalasPadam
  11. Panggil (tulis) saja neutron.

    Terima kasih untuk soalan yang bernas tersebut dan ayuh kita sama2 mengupas isu ini dengan minda dan hati yang terbuka.

    Persoalan daripada saya sekarang ialah bukan soal ketuanan Melayu atau Ketuanan Islam, tetapi ini soal FAKTA sejarah yang terungkap. Maka jangan dicampur adukkan mana2 KEPENTINGAN dengan FAKTA.

    Saya rasa anda pun cukup maklum tentang Merong Mahawangsa. Cerita ini cukup menarik tetapi banyak pula versinya.

    Soalan saya, anda baca Hikayat Tersebut dari sumber yang mana? Saya rasa anda baca daripada blog Siam Anai-Anai (Tuanku Nai Long) dan Megat Jefri, kan?

    Kalau betul ataupun salah, saya sarankan anda baca semua / 2 versi tentang Hikayat tersebut dan anda bandingkan garis masa yang diveritakan. Saya pasti, jauh berbeza.

    (Yang di atas selingan sahaja)

    Bahasa memang sifatnya dinamik. Namun kenyataan tersebut janganlah pula anda salah tafsir.

    Misalnya kita lihat pad Geografi eropah, Bahasa kuno mereka ialah latin, namun sekarang ini mereka mengguanakan bahasa moden. Hanya segelintir sahaja yang menggunakan Latin.

    Bahasa Arab misalnya, Pengguanaan Arab Kuno jelas seperti dalam Al-Quran, tetapi Arab Kompetatif digunakan dalam masyarakat seharian.

    Sama juga Melayu, Perkembangan ada 3 peringkat, Melayu Purba, Melayu Klasik dan Melayu Moden. Maka ketiga-tiga zaman tersebut turut mengalami perubahan bahasa.

    Maka, dalam konteks bahasa Melayu, Sanskrit dan Melayu kuno memiliki prasasti yang sangat hampir sama bahkan kelihatan sama. Namun dalam pertemuan baru melalui prasasti Kuno seperti Ibrani Kuno telah menunjukkan perkataan yang sama bahkan tulisan yang sama.

    Seperti Mat Horus (Ibrani) dan Mat(A) Hari (Melayu). Banyak lagi perkataan lain yang sama serta tulisan.

    Dalam teori trbaru yang dikemukakan, Tulisan Melayu PURBA yang mempengaruhi bahasa Ibrani Kuno serta Sanskrit. Namun anda juga perlu ingat bahawa Melayu Purba memahami bahasa Sanskrit tetapi India pula hanya golongan Brahmin sahaja. Jadi apa maknanya?

    Anda juga jangan ingat Hindu-Sanskrit tersebut seudah sesat dari awal2 lagi kerana agama itu asalnya agama Tauhid juga. (Rujuk Tulisan Zakir Naik)

    Jadi untuk mengatakan TAKUT teori Ketuanan Mleayu terbatal x sah sama sekali sebab bukti kewujudan mereka sebagai ras tertua di Asia Tenggara telah diterima oleh Sejarwan Tempatan bahkan Sejatrawan Barat.

    Persoalan anda tentang dokumen itu. Saya rasa anda juga tahu bahawa Melayu mempunyai 1 tradisi iaitu suka bercerita dan mendengar. jadi kesedaran untuk menulis kurang. Namun Allah memelihara khazanah bangsa ini.

    Kewujudan kita telah pun dirakam dalam ratasun bahkan ribuan menuskrip dan prasasti. Misalnya dalam Kitab Ibrani Kuno, Kitab Pali Kuno, menuskrip daripada Arab, I-Ching, The Dead Scroll, serta tulisan gua dan batu bersurat.

    Bahkan, turut terdapat catatan semasa pemerintahan Ali R.A serta Umar Abdul Aziz.

    Allahu a'lam

    BalasPadam
  12. Saya rasa ini dugaan kerana setelah saya menjawab tadi, tiba2 Allah berkehendak internet ini 'mati'.

    Panggil (tulis) Neutron sahaja.

    Ini bukan soal Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu. Ini juga bukan soal siapa Merong Mahawangsa. Tetapi pokok pangkalnya ialah Apakah FAKTA yang kukuh untuk membenarkan PENSEJARAHAN tersebut.

    1) Saya rasa anda turut sedia maklum bahawa Hikayat Merong Mahawangsa ini mempunyai banyak versi. Dan saya yakin anda cuma merujuk kepada 1 versi dan saya rasa saya boleh tahu sumber yang anda ambil.

    Cuba anda baca versi2 lain dan bandingkan perjalanan masa. Kalau berkaitan pula dengan sirah nabi, cuba anda tanyakan kepada ulama sirah yang ahli.

    Kalau boleh, boleh kah anda ceritakan part2 pnting tersebut?

    2) Jangan salah tafsir statement saya. Bahasa memang sifatnya dinamik.

    Misalnya Eropah. Mereka berasal dari Tamadun Greek dan Yunani dan bahasa kuno yang diguna pakai ialah Bahasa Latin. Tetapi sekarang majoriti mereka menggunakan bahasa moden mengikut geografi masing2. Jadi x kanlah kita nak kata orang Eropah sekarang dari Marikh?

    Arab juga,

    Dahulu penggunaan Arab Kuno meluas melebihi loghat Arab Utara. Dan penggunaannya jelas dalam hadis nabi dan ayat Quran. Tetapi bangsa Arab moden telah mnggunakan Bahasa Arab kompetatif iaitu berlaku sedikit perubahan dari struktur bahasa dan tatabahasanya. Takkanlah nak cakap mereka ini dari Utarid?

    Sama seperti Melayu,
    Sanskrit sebenarnya amat berkait rapat dengan Melayu Kuno. Tetapi dalm keagamaan, Sanksrit bahasa pengantar manakala pentadbiran Melayu Kuno bahasanya. Tetapi satu hal yang amat menarik perhatian ialah, wujudnya persamaan Melayu Kuno dari segi perkataan dan tulisannya dengan Mesir Purba. Hal ini dikesan melalui prasasti dan menuskrip Ibrani Kuno dengan menuskrip dari Melayu Renjang.

    Contoh :

    Mat Horus (Ibrani kuno)
    Mat(a) Hari (Melayu)

    Perahu (Ibrani Kuno)
    Perahu (Melayu)

    Hati (Ibrani kuno)
    Hati (Melayu)

    Bahkan kalau merujuk jangka masanya, kewujudan Melayu Kuno melebihi jangka waktunya dengan Ibrani Kuno (Mesir Purba) dan Sanskrit (Indus). Jadi bahasa apa mempengaruhi bahasa apa?

    Untuk pengetahuan anda, Alam Melayu juga mengalami 3 peringkat.

    Melayu Purba - Sanskrit dan Ibrani
    Melayu Klasik - asimilasi bahasa dan pengekalan perkataan kuno
    Melayu Moden - Peminjaman kata dan sedikit pengekalan perkataan kuno.

    Harap anda boleh nampak penjelasan yang saya berikan.

    Kalimah Tauhid mesti ada agamanya kan? Anda jang tersilap percaturan dengan menyangka Islam itu bermula dengan Nabi Muhammad dan wahyu itu berasal dari Bani Israel sahaja. Bahkan Kitab Veda (Sanskrit) dalam agama Hindu juga turut berasal daripada agama tauhid. Anda boleh rujuk dalam karya Zakir Naik tokoh perbandingan agama.

    3) Bab dokumen itu. Saya rasa anda turut sedia maklum bahawa Melayu lebih suka bercerita dan mendengar berbanding menulis dan membaca. Hal ini sama lah juga seperti nenek moyang kita. Oleh itu Allah telah memelihara khazanah Melayu. Bukti kewujudan mereka telah terakam dalm ratusan bahkan prasasti dan menuskrip.

    Saya senaraikan : Prasasti dan Menuskrip Ibrani Kuno dan Pali Kuno, The Book Of Dead Scroll, Tulisan Gua dan Batu Bersurat. Catatan daripada Ali K.W dan Umar Abdul Aziz RA.

    Kalau salah betulkan saya.
    Allahu a'lam

    BalasPadam
  13. Saudara Dragsuperstar,
    Saya akan jawab satu persatu.

    1) Persoalannya bukan Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu. Bukan untuk menolak keislaman Merong Mahawangsa. Sebabnya yang penting ialah FAKTA untuk membuktikan KEBENARAN sejarah.

    2) Bahasa Dinamik.

    Memang itu sifatnya tetapi janganlah anda salah tafsir sedemikian rupa.

    Saya beri contoh dahulu kemudian dengan perkara pokok.

    Eropah :

    Bahasa mereka yang kuno berasal daripada Tamadun Yunani Purba dan Greek yang berbahasa LATIN. Namun majoriti zaman MODEN kini, bahasa mereka mengkut loghat berdasarkan goegrafi setempat. Jadi disebabkan hilang keaslian bahasa kuno, x kan kita nak cakap mereka ini makhluk asing? Hanya minoriti yang berbahasa Latin dan kita gelar mereka Amerika-Latin.

    Arab :

    Dahulu, penggunaan Arab Kuno mendominasi kehidupan mereka walaupun ada juga bahasa Arab Utara. Dan penggunaannya jelas dalam ayat Quran. Tetapi Arab moden, turut mengalami transformasi bahasa iaitu Arab Kompetatif.

    Melayu :

    Keadaan lebih kompleks disebabkan hubungan antarabangsa hingga ke Mesir Purba dan Parsi. Bahasa Melayu Kuno memang banyak perkaitan dengan Sanskrit. Namun Sanskrit hanya digunakan dalam keagamaan dan Melayu Kuno dalam hal ehwal pentadbiran.

    Namun begitu, para pengkaji bahasa dan lingustik telah menemui perkara yang menarik iaitu adanya kesamaan antara perkataan dan tulisan Melayu Kuno dengan Mesir Purba iaitu bahasa Ibrani Kuno.

    Contoh :

    Ibrani - Mat Horus
    Melayu - Mat(a) Hari

    Ibrani - Perahu
    Melayu - Perahu

    Bahkan dalam kajian mereka dari sudut arkeologi untuk menentukan pentarikhannya dan mereka mendapati bahawa Bahasa Melayu Kuno telah muncul LEBIH AWAL berbanding Ibrani Kuno justeru mempengaruhi bahasa tersebut bahkan Sanskrit itu sendiri.

    Untuk pengetahuan anda,

    Melayu ada 3 zaman.

    Melayu Purba - Bahasa Melayu Kuno dan penggunaan kata Sanskrit dan Ibrani

    Melayu Klasik - Asimilasi bahasa berlaku dan pengekalan perkataan kuno

    Melayu Moden - Peminjaman bahasa (inggeris, porturgis) serta pengekalan bahasa kuno yang sedikit.

    Jadi saya rasa anda nampak kronologinya, kan?

    BalasPadam
  14. ok ok..saudara bersoal-berjawab bertepuk bertamparlah dengan drags dulu..bab Melayu ni.

    cuma saya nak kepastian samada saudara tahu atau tidak secara tepat pusat ketamadunan Melayu 3 peringkat ni..

    BalasPadam
  15. Tuan Admin,

    Dua2 pos itu sama sahaja. Boleh x singkirkan yang lagi awal tu? Macam menyemak sahaja.

    Terima kasih kerana beri kami rang dan peluang.

    Saya nyatakan pemerintahannya.

    Melayu Purba - Srivijaya
    Melayu Klasik - Melayu Melaka
    Melayu Moden - Malaysia & Indon & Brunei

    Tetapi 3 zaman itu berubah berdasarkan masa. Sebab tu ade Purba, Klasik dan Moden.

    Melayu Purba, Srivijaya sebabnya itu kerajaan terawal yang dikesan. Tetapi kalau nak diikutkan, ade lagi banyak misteri kerajaan sebelum itu yang belum terungkai.

    Kalau tuan admin ade ape2 maklumat juga, kongsi2kan lah ea..

    BalasPadam
  16. Ruang memang tak pernah tertutup...eh kami? Ramai ke kat belakang tu :-)

    anyway hat bawah ni ni conform ke ni?

    Melayu Purba - Srivijaya
    Melayu Klasik - Melayu Melaka
    Melayu Moden - Malaysia & Indon & Brunei

    sebab saya yakin saudara tentu percaya 100% dengan Melayu 3 peringkat ni...sebab pas ni banyak soklan nak tanya ni.

    dah sedia ke?

    ok soklan pertama

    Melayu Purba - Srivijaya tahun ?
    Melayu Klasik - Melayu Melaka tahun?
    Melayu Moden - Malaysia & Indon & Brunei tahun?

    talian hayat disediakan sepanjang ada hayat dikandung badan...:-)

    * nanti saya kemas kini mana yang menyemak tu..

    BalasPadam
  17. Terima kasih sekali lagi Tuan Admin.

    Lebih daripada 1 tu maknanya ramai la kan =) ...

    Saya memang percaya cuma ilmu saya tentang sejarah ni belum lah mencapai taraf sejarawan. Baru pelajar lepasan SPM..

    Melayu purba :

    Srivijaya yang dikenali melalaui buku teks dikatakan wujud pada 7 masihi kalau x silap saya. Tetapi melalui pertemuan baru ini boleh dikatakan ribuan tahun sebelum masihi. Mungkin range dia
    (2000 SM - 700 M)

    Melayu Melaka :

    Dahulu kita juga tahu pada abad ke-14 M. Tetapi kewujudannya telah dirasmikan seawal abad ke-12 M
    Range dia ( Abad 14 M - Abad 19 M)

    Melayu Moden :

    (Abad 20M - Abad 21M iaitu kini)

    Terima kasih untuk talian hayatnya.

    Jika ada yang salah tolong betulkan.

    BalasPadam
  18. Bagus..bagus.

    Orang generasi baru minat sejarah yang ni la yang kita mahu...yang penting sebab NAK AMIK TAHU...xde le buta sejarah. bukan semua orang minat sejarah betul tak? esp. yang lepas SPM.

    anyway. saya tak mahu hendak rosakkan kepercayaan saudara tu...jadi teruskan berpegang dengan apa yang saudara percaya.

    cuma satu soklan saya, apa objektif dan matlamat yang saudara nak dengar dan tahu diakhir pencarian saudara nanti?

    apa jawapan yang saudara cari?

    BalasPadam
  19. Trimas.. triams..

    Sebenarnya saya pun x suka sejarah. Dah macam alah dengar perkataan tu. Tapi sejak saya Pengarah Biro Jata Negara Malaysia, Hj. Wan Tahir bekas PK Hem sekolah saya cakap yang Melayu ini asalnya bani Jawi dari Qeturah, saya terus bersungguh2 nak cari kebenarannya.

    X nak rosakkan kepercayaan saya? Hmm boleh x saya tanya 1 soalan?

    Adakah sejarah yang awak baca bersumberkan Megat Jefri ataupun Kedah Cybergate? Paling2 pun Tuanku Nai Long?

    Akhir jawapan yang saya nak cari? Saya nak kembalikan apa yang telah hilang.

    Itu sahaja.

    BalasPadam
  20. apa yang hilang yang saudara nak kembalikan?

    baik berkenaan soklan sedara secara ringkasnya:

    sejarah yang saya baca bersumberkan banyak perkara.
    1.Al Quran
    2.Hadis
    3. Manuskrip UUK
    4. Input orang lama esp. Kedah
    5. Input pengkaji sejarah realiti yang lain ada ramai sebenarnya
    6. Input Tok Alim yang saya kenal secara peribadi...
    7. Berasaskan bukti nyata
    8. Diskusi bersama rakan2 pengkaji yang lain...
    9. Logik hujah atas sesuatu fakta dan perkara yang disampaikan
    10. Pengalaman sendiri - lihat dengan mata, dengar dengan telinga...fikir dengan akal yang waras.


    Berkenaan, Megat Jafri - dia menulis, saya membaca.
    Berkenaan - Tuanku Nai Long Kassim dia bercerita saya mendengar.
    Berkenaan Anai-anai: Kami berdiskusi banyak perkara...
    Berkenaan UUK - yang ni Undang-undang Syariat Islam zaman dahulu...banyak rahsia dalam ni tapi kena tahu baca...

    Yang pasti jawapannya belum tentu ada pada mereka, sebab ada soklan yang saya tanya jika mereka tak tahu mereka cakap tak tahu...secara jujurnya bukan semua jawapan mereka tahu. Mereka tak kan mengada-ngadakan cerita sebab mereka menuntut hak berdasarkan khutbah wida.

    HAK yang mereka tuntut itu kita tak boleh nafikan...sebab mereka punya bukti..dan jika mereka salah maka pihak kerajaan boleh mendakwa mereka..

    Jadi mereka hanya menyampaikan apa yang telah diwasiatkan...dan wasiat itu bukan untuk saya...tapi untuk mereka..

    BalasPadam
  21. Ouh patut lah..

    Hmm setiap perkara yang manusia sampaikan ada benar dan ada juga salahnya. X sesempurna sekalian nabi yang sampaikan wahyu Allah.

    Hmm tapi pernahkah anda dengar bahawa kebanyakan nama seperti nama tempat berasal dari perkataan siam?

    Malahan Merong Mahawangsa yang sejajar masanya dengan Nabi Sulaiman, itu dah jadi israeliyat, kan?

    Hmm yang itu saya serahkan sahaja kepada tuan admin sebab masih ramai pakar sejarah dan bidang masing2.

    Hmm bab perkara itu, untuk kembalikan yang hilang, saya rasa belum tiba masanya lagi untuk memberitahu orang secara umum walaupun dalam internet.

    Insya Allah bila dah tiba waktunya, akan saya beritahu misi tersebut.

    BalasPadam
  22. memang manusia biasa menyampai x sama dengan Rasul yang menyampai...

    tapi kalau wasiat yang diterima, maka wasiat jugaklah yang perlu disampaikan...

    apa nak salahnya dengan perkataan Siam, bukannya Thai pun.

    Dan setiap nama Siam yang disampaikan datang sekali dengan cerita disebalik nama tersebut dan ada logiknya...

    kalau tak silap macam ni, contoh:
    Gerun - tempat Sultan Jaafar mad Azam Syah yang mati dipijak gajahnya sendiri angkara perangkap Thai, British dan pengkhianat Agama SAH
    Banting - Kampung Chik
    Thaksin - Mokhtar Hussein si Murtad yang berkhianat semasa Ayuthaya jatuh ketangan Sukhotai 1767...
    Ayuthia - tempat semayam raja dalam bahasa Siam...tetapi dalam bahasa Thai tak de makna dan langsung dijadikan nama khas...
    Dan banyak lagi...


    Sultan Kedah tu keturunan Siam, nak kata apa lagi?

    Bila masa plak Meroang Mahawangsa dok sekali ngan zaman Nabi Sulaiman?
    Merong - Naga Laut
    Mahawangsa - kerabat bangsa Harimau

    Depa ni zaman selepas khulafa Ar Rashidin...Saad abi Waqas p Islamkan Sai Tee Sung maharaja Dynasti Tang...

    Jasa Saad Abi Waqas, Uwasi Qarni dan banyak lagi para sahabat yang berdakwah ke China...depa terima Islam tanpa banyak bicara...ni sapa yang suruh kalau bukan Rasulullah s.a.w...nak kata apa lagi?

    Ada misi ke? bahaya ni...ni mesti misi james bond ni...

    BalasPadam
  23. Yang benar x perlu disalahkan lagi. Tetapi macam mana pula jika yang khilafnya?

    Misalannya, dalam surat tersebut ada menuntut Malaysia suoaya diserahkan kepada mereka atas nama 1Khalifah.

    Tetapi bagaimana pula dengan konsep khalifah itu sendiri?

    Mereka menuntut Malaysia dalam surat TNL kerana 'baginda' warisnya, walhal sistem waris ialah monarki, bukan?

    Kalau kemasukan Islam ke Nusantara pula sudahkan tuan admin mengkaji teori Syed Naquib Al Attas? Saya belum pernah mendengar lagi bahawa Merong Mahawangsa yang membawa Islam ke sini.

    Bagaimana pula dengan gelaran permaisuri agung dalam blog Megat Jefri klu x silap, SYARIFAH Tuanku Zahirah Al-Jefri?

    Walhal nama baginda sebelum naik takhta, hanyalah Rozita dan baginda bukan berketurunan Syarifah bahkan al-jefri.

    Tidakkah anda melihat dari sudut itu?

    Lagi 1 tuan, misalnay dalam khutbah wida tadi, sudahkah tuan admin dah sahkannya dengan alim ulama ataupun ahli nahu arab?

    Misinya x lah bahaya. Tetapi lagi molek kalau kerja dah siap bari diberitahu.

    BalasPadam
  24. saya dah jawab soklan ni:


    Berkenaan, Megat Jafri - dia menulis, saya membaca.
    Berkenaan - Tuanku Nai Long Kassim dia bercerita saya mendengar.
    Berkenaan Anai-anai: Kami berdiskusi banyak perkara...
    Berkenaan UUK - yang ni Undang-undang Syariat Islam zaman dahulu...banyak rahsia dalam ni tapi kena tahu baca...

    BalasPadam
  25. saya sedang dalam proses menyiapkan artikel kemasukan Islam ke nusantara...insyaAllah dalam Realiti next month.

    sumber saya bukan setakat kedah malah ada yang bagi input dari Indonesia.

    BalasPadam
  26. Oh ea ke, tuan admin?

    Baiklah saya akan menanti artikel tuan berikutnya.

    Yang persoalan itu saya sengaja bangkitkan untuk tuan kembali menilai sebabnya kita kena berhati-hati daripada menjadi orang sesat.

    Antara orang yang sesat ialah orang yang tenggelam dalam kajiannya.

    Insya Allah usaha saudara untuk menyampaikan ilmu diberkahi Ilahi.

    BalasPadam
  27. terima kasih atas peringatan. dan saya juga mendoakan supaya saudara dapat kembalikan apa sahaja 'yang hilang' tu...nak kembalikan ke sapa saudara sahaja lah yang tahu...

    harapnya yang hilang tu bukan dara ler...dara kalau dah hilang cari memang tak jumpo...

    BalasPadam
  28. ya sama-sama kita ingat-mengingatkan antara muslim.

    Hilang tu yang pasti bukan dara la..

    Sama-sama lah kita menyingkap kebenaran yang tersembunyi.

    Jangan lupa untuk artikel kemasukan islam ke nusantara. Saya akan tunggu artikel tersebut, tuan admin.

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  29. he he. .xsangka ramai la jugak komen sal tajuk nie ye.. uuuuh

    BalasPadam
  30. Antara Sejarah REALITI vs Sejarah Mainstream..

    BalasPadam
  31. Assalammualaikum,

    Hai,berasal dari Monggolia pula?Hari itu dari Yunnan.Lepas itu naik atas sikit,dari Xian.Sekarang naik atas lagi...dari Monggolia pula.Dah satu kaum dengan Altantuya?

    Minta jasa baik tuan jelaskan tentang ini.Keliru nanti anak cucu Sultan Ligor.Yang mana satu Tai,yang mana satu Melayu.

    :D

    Ya,kebenaran semakin terserlah.


    -Srikandi

    BalasPadam
  32. Salam Srikandi.

    I nak jumpa you buleh? Set time.

    then we talk.

    Candle light ok?

    TMP.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum Tuan,
    Bagaimana hendak memperolehi naskah UUK dan Realiti?maksud saya di pengedar yang mana?

    BalasPadam
  34. Salam Tuan The Malay Press dan M.O...

    saya ada terbaca satu lagi blog sejarah, Kesultanan sulu nama dia...

    hahahaha, meh sini saya tepek linknya

    http://www.tausug-global.blogspot.com/

    BalasPadam
  35. antara isi blog ni,


    KEPINCANGAN BANGSA MELAYU
    Para pengkaji sejarah Melayu hari ini telah mula menyedari kepincangan susun atur, penerimaan dan penyampaian sejarah semasa menyebabkan mereka terpaksa menyelongkar candi-candi dan prasasti purba semata-mata mahu mencari identiti dan jati diri Bangsa Melayu. Segala data dikumpul dan dianalisis sehingga menemukan apa yang dipanggil "Altar-Altar Terahsia" yang pada mereka telah berjaya menemui "Siapa Melayu Yang Sebenarnya". Penemuan demi penemuan, catatan demi catatan sehingga sebahagian dari penemuan para pengkaji ini dapat dimanfaatkan oleh para pengkaji yang lain pula.

    Kami yang juga sebagai pengkaji sejarah, yang walau pun secara khusus mengkaji sejarah Sulug namun sejarah Melayu adalah sebahagian dari kajian wajib kami. Kerana nama MALAYU begitu terkenal malah pada lidah Sulug sendiri MALAYU begitu hebat hinggakan tanpa kewujudan MELAYU Sulug tidak akan menjadi seperti Sulug yang dikenali hari ini. Malangnya Sulug begitu asing buat Bangsa MALAYU hinggakan nama-nama pahlawan Sulug yang pernah membantu Tanah MALAYU sendiri tidak tertulis dan dilupakan. Bagi kami, Bahasa Sulug sangat penting dikaji dan ditelusuri oleh para pengkaji MALAYU tanpa prejudis kerana sehingga hari ini ERTI dan MAKSUD sebenar nama MALAYU @ MELAYU itu masih gagal ditemui. Para pengkaji "Altar-Altar Terahsia MELAYU" hingga hari ini, sekali pun dapat membongkar timbunan prasasti purba dan pelbagai data namun masih tertanya-tanya apa maksud sebenar nama MALAYU? Pada akhirnya nama Melayu itu sendiri masih rahsia yang masih tersimpan dalam "Altar" (pengertian dan maksud Malayu telah kami terangkan pada posting yang lepas).

    BalasPadam
  36. Inilah kepincangan yang melanda Melayu yang kehilangan punca. Dengan mengklasifikasikan bahasa Melayu lama yang ditulis dalam tulisan Sanskrit yang juga bernada Sanskrit itu sebagai BAHASA MELAYU PURBA (bahasa kitab kuning dipanggil Bahasa Klasik dan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa moden) maka apa pula istilah bahasa Melayu sebelum muncul Bahasa Melayu Purba? Ini memerlukan kerja keras secara bersepadu mengkaji dari mana asal bahasa itu diambil. Kajian linguistik bukan sahaja pada Sistem Numeral (angka) tetapi perlu mengkaji adat budaya, sifat dan sikap sesuatu bangsa. Sebagai contoh Prof. Nik Safiah Karim walau pun beliau seorang Melayu Kelantan namun telah berjaya menyenaraikan bahasa dan pengucapan Bahasa Sulug dengan tepat malah lebih tepat berbanding sebutan Sulug sendiri. Jurnal linguistik beliau telah berjaya membuka minda dan menambah pengetahuan kami terhadap bahasa Sulug tidak lama dulu.

    Maka sejak itu kami mula mengetahui bahawa kebanyakan akar bahasa Melayu berasal dari lidah Sulug (Bahasa keseluruhan Filipina-Taiwan sehingga Borneo dan Sulawesi). Antara perkataan yang berasal dari bahasa Sulug yang sempat kami senaraikan ialah,

    * Bera-pa (Berapa), dalam bahasa Bugis Luwu' disebut "Pera", bahasa Sulug pula menyebut "Pila". Manakala Tagalog menyebut PERA sebagai hitungan wang atau langsung dimaknakan sebagai wang.

    Dalam bahasa Sulug biasanya menyebut PILA-PA yang bermaksud "berapa lagi". Kata dasarnya ialah Pera atau Pila sedangkan dalam bahasa Melayu hanya menggunakan sebutan Sulug iaitu Pilapa @ BERAPA. Sebutan Sulug klasik sebenarnya ialah Pira-pa (tanpa bunyi E pepet).

    * Sembahyang, dalam bahasa asalnya ialah Sumba-ha-Yang dalam bahasa Sulug bermaksud "Sembah-lah-Tuhan" atau menyembah Tuhan. Dalam bahasa Sulug "ha" bermaksud suruhan atau tempat dan arah manakala "Yang" adalah sebutan klasik Sulug bagi Tuhan. Hari ini "Yang" hanya disebut sebagai Hayang yang membawa makna senang-lenang (Ma-Hayang, salah satu sifat Tuhan ialah Maha Berkuasa yakni Raja segala Raja yang senang lenang). Bahasa Bugis & Tagalog-Visaya juga turut menyebut sembah dengan "Sumbah".

    * Laut, kata asalnya ialah LAUD kerana kebiasaan lidah Melayu meminjam bahasa tetapi gagal membunyikan huruf "D" manjadi "T". Sama dengan sebutan SULUG ia akan jadi Suluk atau Solok pada sebutan Melayu.

    BalasPadam
  37. Berkenaan dengan laut, Sulug lebih banyak istilah yang digunakan iaitu Laud (lautan), Tawid (laut dalam), Timbang (lautan tersangat dalam), Dagat (air masin), menunjukkan penguasaan laut mereka.

    * Ma-Lam (malam), sebutan asalnya ialah Ma-Dum dan kata dasarnya ialah Dum sedangkan Ma adalah imbuhan. Ma-Dum bermaksud "akan masuk waktu malam" yang kadang-kadang disebut Ma-Rum dan kebiasaan lidah Sulug "R" menjadi "L" maka sebutannya berubah jadi Ma-Lum. Kemudian disebut Ma-Lem (E pepet) oleh lidah Sulug Lucoes @ Taguimaha yang pernah menduduki Melaka-Johor-Riau yang pada akhirnya menjadi Ma-Lam hingg hari ini.

    * Hari, sebutan asalnya dalam bahasa Sulug ialah Adaw (sebutan Sulug Buranun Addaw @ Adlaw) yang kemudian disebut oleh Tagalog-Visaya dengan "Araw", kebiasaan sebutan "R" menjadi "L" maka akan berbunyi "Alau". Alau @ Allau adalah sebutan pada lidah Bugis dan Orang Laut. Arau @ Haru adalah sebutan pada lidah Mesir Purba. Hari ini di sempadan Kedah dan Perlis terdapat nama daerah yang dinamakan ARAU yang sebenarnya dianamakan berdasarkan nama Datu Arau yang pernah duduk di situ. Datu Arau adalah Sulug menurut keturunannya yang masih duduk di sekitar Arau. Di pintu masuk kawasan kampung Datu Arau terdapat gerbang batu bertulis "Sung kamu manga taimanghud" (Dipersilakan wahai saudara-saudara ku).

    * Jalan, sebutan asalnya bahasa Sulug klasik ialah Dalan kemudian dalam bahasa Sulug moden "L" dibuang secara kebiasaan menjadi "Dan" sahaja. Da'an pula sebutan Tagalog manakala Visaya kekal menyebut Dalan. Dalan disebut Jalan sebenarnya lebih kepada lidah Bugis kerana kebiasaan lidah Bugis menyebut "D" menjadi "J". Contohnya "Dulu" pada lidah Bugis ialah "Julu @ Jolo". Sulug menyebut Duhul @ Dohor (bermaksud hujung) pada lidah Bugis berubah menjadi "Juhur @ Johor" pula.

    * Cabul, sebutan Sulug juga sama hanya "C" menjadi "S" iaitu Sabul. Perbezaannya hanyalah pada interpretasi. Pengertian dalam Bahasa Melayu cabul lebih kepada salah laku sexual sedangkan dalam bahasa Sulug bermaksud kotor dan jijik merangkumi semua samada pengotor atau "penggatal" sexual.

    ..

    BalasPadam
  38. Berkenaan kata "Cabul" seorang cendekiawan Bani Israel Yunani bernama Josephus Flavius pada abad pertama selepas Masihi yang menulis sejarah Bani Israel didalam Antiquity of the Jews beliau menjelaskan bahawa Raja Orang Laut Phoenisia Meditranian yang bernama Raja Hiram @ Huram dari Kota Tyre telah menolak beberapa kota pemberian Raja Sulaiman a.s.. Beliau menolak pemberian tersebut dengan alasan bahawa kota tersebut adalah kota "Cabul" yang bermaksud kotor dan jijik. Interpretasi Raja Hiram dengan interpretasi Sulug adalah sama.

    * Tuah, tuwa atau tuah dalam bahasa Sulug bermaksud "tinggalan" (kapin-kapin) sebagai contoh seseorang yang sedang makan kemudian beliau berhenti makan sedangkan nasinya masih bersisa. Maka sisa tersebut disebut TUAH. Atau pun ketika dalam peperangan hanya seorang yang terselamat atau tertinggal maka orang tersebut disebut "Tuah".

    Kelihatan para penyokong pahlawan Tuwa sedang berkumpul bersedia berperang dengan Tentera Amerika walau pun mereka hanya bersenjatakan Barung, Sundang dan tombak sahaja. Nama Tuah @ Tuwa ketika dulu tidak asing bagi Sulug.


    Hang Tuah bagi tradisi lisan Sulug adalah berketurunan dari Kepulauan Sulu kerana pada abad ke-14 para pahlawan Melaka diketuai oleh para pahlawan Sulug Locoes (Lugus) @ Taguimaha. Hingga hari ini pun negeri Melaka masih wujud 16 buah kampung Solok bermula dari bandar Melaka sehingga negeri Sembilan (sila rujuk Google map, cari "Solok").

    Berkenaan sejarah Hang Tuah mengapa ia dikatakan bukan setakat seorang yang dinamakan Tuah dalam sejarah Melayu sebenarnya memang pun bukan hanya seorang pahlawan yang pergi berperang kemudian tertinggal seorang sedangkan yang lain sudah mati. Pengkaji Melayu gagal menemui pertalian Sejarah Melayu dengan Sulug dan Sulug pernah membela mereka bermati-matian. Melayu gagal menemui bahawa perkataan HANG sebenarnya hanya disebut pada lidah Sulug sebagai kata nisbah (Hang Dupa, Hang Gatus, Hang ka tau, Hang Tuah, dll). Melayu gagal menemukan bahawa yang memberi nama MALAYU pada Melayu hari ini ialah orang-orang Sulug yang pernah menjaga Laut Selat Melaka bersama orang Laut mereka.

    Dalam bahasa Sulug MALAYU' bermaksud "Berjauh" salah sebut akan jadi "Bajau" kerana Bangsa Melayu hari ini asal-usulnya tidak lari dari Orang Laut Bajau. Bermula sejarahnya di laut dan akhirnya akan menemukan jati diri anda sebagai Melayu di laut jua. Orang Laut adalah Sulug yang tinggal di kepulauan dan menutur bahasa kepulauan sebab itu semua rumpun kepulauan disebut Austronesia oleh barat (Austris bermaksud kepulauan di selatan).

    | http://tausug-global.blogspot.com/2011/02/keagungan-kepincangan-dunia-melayu.html



    adus masak.... SNK mengangkat SIAM..
    Blog ni mengagngkat TASAUG.

    BalasPadam
  39. Salam Adnan.

    UUK boleh didapati di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dan Realiti buleh didapati atau dicari di toko buku yang berhampiran.

    tq

    BalasPadam
  40. Salam..

    Bagus Tuan..

    1. Bagus..saya respek saudara, setelah mcm2 diejek, tuan masih berdiri teguh.

    2. Pasai budak kat ataih tu x yah ambek port sangat. Dia bulat2 pecaya kat blog picisan satu lagi. Padahai dia yg berani ckp Al-Quran x lengkap. Lahabau punya budak.

    3. Modus operandinya pulak ceduk tulisan org, dan mengaku dia yg punya itulah srikandi celup. genotlah tok guru siam dia dan byk lagi. kesian....

    4. Lepaih tu nak ckp loghat kedah berasal dr Reman purba..muhahaha. Nmpk sangat x tau pasai kedah. Bahasa reman membentuk bahasa org ulu (kata org kedah), bahasa org baling, grik dan sewaktu dengannya. Kerana inilah tanah jajahan Negeri Reman yg asal dan pertembungan loghat kelantan dan kedah membentuk bahasa ini. Kedah negeri terawal di Malaysia dan Asia Tenggara pon nak dinyahkan..apa la dosa org kedah kat dia ni.

    5. Dan byk lagi lah..kdg2 malaih pon ada nak berbalah dgn dia ni..kdg2 nak kacau skit pon ada..tp kalau kacau skit, pekong dia akan terbuka lagi dan lagi dan lagi..

    Bukan niat nak memalukan sesiapa..



    Krizalid

    BalasPadam
  41. Yg benar tetap dapat dilihat dengan pemerhatian akal yang kritis... manakala yg palsu adalah kebiasaan pemikiran dalam krisis.

    BalasPadam
  42. salam ahazeman.

    menarik. tolong ulas dengan lebih lanjut maksud dan tujuan supaya yang kabur dapat jelas.

    BalasPadam
  43. Tuan TMP,

    Bila nak siarkan artikel teori kedatangan Islam?

    Hmmm saya masih menunggu ni..

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger