"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, April 12, 2009

Tentera Wataniah di semua kawasan parlimen - Zahid

BAGAN DATOH 12 April — Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Katanya kementerian itu juga akan mewujudkan persatuan bekas veteran tentera sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka dalam pasukan pertahanan pada masa lalu.

Beliau berkata kementerian akan mewujudkan dana kebajikan bagi tujuan membantu meringankan beban bekas tentera yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menambahkan lagi jumlah pasukan kadet tentera di sekolah supaya pelajar dapat diberi pendedahan awal mengenai pasukan pertahanan selain membina semangat patriotisme di kalangan mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan satu batalion Kem Tentera di kawasan seluas 80 hektar berhampiran Ladang Jenderata di Hutan Melintang di sini serta sebuah pangkalan mini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jeti Bagan Datoh.

— BERNAMA: Utusan 12/04/2009


-------------------------------------

Perkembangan yang menarik...

6 comments:

  1. Salam.

    "Better late than never". Dari tiada langsung janji ada.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Aku ingat nak join juge le sebab dulu biasa join pengakap...area Rocket ni x tahu la ada ke idak.

    BalasPadam
  3. Salam Ziarah TMP..

    Maafkan saya kalau terkeluar dari topik. Maklum saja,saya insan tercicir dari kebenaran sejarah realiti.

    Saya ada satu pendapat dan teori.



    Bila saya pandang berkali-kali binaan candi ini...Saya terfikirkan sesuatu.

    Tapi saya tidak tahu samaada teori saya ini betul atau tidak. Sebelum itu kepada sesiapa yang tahu di sini berkenaan candi2 tersebut,saya ingin bertanya kepada mereka yang sudah melihat candi tersebut dengan lebih dekat.

    1. Berapakah banyakkah bilangan candi pada satu kawasan? 1? 2? atau berapa?

    2. Berapa jauhkah jarak candi2 di antara satu sama lain?


    Saya berteori,candi candi ini ialah asas @ foundation untuk mendirikan tiang tiang istana. Saya berkata begini kerana melihat kedudukan candi yang sangat rapat dengan gambar tinggalan bangunan di ayuthia di blog SNK.

    Ataupun saya berteori pembinaan candi candi ini sebagai asas @ foundation kepada pembinaan menara menara berkubah?


    Kemungkinan besar sang kafir meruntuhkan bangunan istana @ menara lalu di tinggalkan asas @ foundation saja.

    Kalau tidak,untuk apa pembinaan candi-candi ini di lakukan.?

    saya memohon hidayah Allah dan bantuan rakan rakan untuk menghuraikan sejarah benua siam islam yang di timbus pengkhianat.

    BalasPadam
  4. Ini taktik terbaru Zahid nak menambahkan pengundi pos di setiap kawasan Parlimen...beginilah jadinya demokrasi yang penuh kacau dan penipuan.

    Kegemilangan Islam dalam sejarah tidak pernah melalui sistem demokrasi sebegini tetapi sistem khalifah yang mempunyai majlis syura, undang-undang Islam, sistem zakat dan wakaf yang berwibawa dsb.

    BalasPadam
  5. Salam. Semoga sihat sejahtera.

    Rasanya Zahid (@ pihak ATM) ada rancangan tesendiri utk mengukuhkan pertahanan negara. Segalanya berkemungkinan kan....

    Utk tambah pengetahuan ttg strategi ketenteraan, silalah ke blog berikut:

    http://militaryofmalaysia.blogspot.com/

    Wassalam. Terima Kasih TMP!

    BalasPadam
  6. Tima kasih kembali Naga.

    Baru berkira nak buat analisis tentang taktik perang di Malaya ni.

    Satu je nak bagi tahu, ATM dan RAMD ni nampak macam tak power, tapi sebenarnya POWER.

    "Do not underestimate the power that you cannot see..."

    TMP memang sebenarnya yakin 99% dengan kemampuan ayskar kita sebabnya 1 je...kita x beli barang sesuka hati dan menunjuk kekuatan macam sekutu Israel Amirika - Sin Gapo Rengge...

    Scorpene adalah contoh pembelian yang paling bagus sesuai dengan perairan kita...

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger