"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, September 17, 2008

Tentera Islam Monggol pernah sampai ke Tanah Jawi?



Ada banyak kisah mengenai kempen perang tentera Monggol Dynasti Yuan-China dibawah Khubilai Khan dalam cubaan menakluk 'laluan rempah' (pelabuhan Malaka). (ada dua laluan perdagangan terpenting ketika itu 'laluan sutera' - darat dan 'laluan rempah' - laut)

Wikipedia mengatakan kempen Khubilai Khan dibawah General Omar terbantut di Vietnam. Tapi dari petikan diatas, tentera Khubilai Khan berjaya sampai ke Pulau Jawa cuma tidak dapat bertahan kerana terpaksa mengekang serangan tentera Mamluks. (*cerita tak abis)

Walaupun begitu Wiki mengatakan kerajaan2 di wilayah Burma, 'Thai' dan Viet mengaku kekuatan Empayar Monggol untuk mengelakkan konflik dari berlarutan.

Benarkah begitu? Dalam kurun ke 13 kerajaan siapakah yang menguasai Semenanjung Malaka dan Benua Siam? Jika Monggol pernah sampai ke Pulau Jawa, adalah munasabah juga mereka pernah menjejak kaki ke Semenanjung Malaka.

Undang-undang Kedah di bikin pada tahun berapa?

Rujukan:
Majorie Wall Bingham, 2005, An Age of Empires 1200-1750, Oxford University Press, England

------------------------------------------------------------
Nota Tambahan:

Contoh duit syiling Monggol Zaman Ugudei Khan - Kalau Ugudei bin CHINGGIS KHAN (Ghenkhis) sudah Islam apatah lagi Khubilai Khan cucu Genkhis Khan. Nama Dynasti Yuan pula telah diasaskan oleh Ugudei Khan sebelum diperkukuh oleh Khubilai Khan pada kurun ke 13.

Dynasti Yuan ini adalah dinasti yang memerintah benua China sebelum Dynasti Ming (Dynasti yang melahirkan pelayar muslim terhebat dalam sejarah - Laksamana Cheng Ho dan mempunyai pertalian saudara dengan pemerintah Siam Islam di Semenanjung Melaka dalam kurun ke 14)

Mengikut sumber wasiat dari Sejarah Nagara Kedah, pertalian Empayar Monggol dengan pemerintah di Semenanjung Melaka adalah melalui:

Sultan Zahiruddin Bahadur Syah @ King Narayanan, Raja Monggol India. Baginda adalah ayahanda kepada Nai Hisbu Muadzam Syah. Baginda bergelar Mahathammaraja dalam sejarah Ayuthia.
Baginda Sultan Zahirudin adalah dari keturunan TimurLang @ Semahan (Inggeris menyebut Tamerlane) dan sebelah ibunya dari keturunan Monggol Dinasti Yuan China.
(Timurlane (1336-1405) pula bukan berketurunan Monggol tetapi adalah dari keturunan Turki Samarkand (hidung mancung) yang menguasai Asia tengah termasuklah yang membenihkan Kesultanan Islam Delhi di Benua India pada kurun ke 15-16)

Baginda Sultan Zahirudin ini telah berkahwin dengan Tengku Nor Aisyah @ Mahin Inta Tiral atau di Burma dikenali sebagai Bavainung. Tengku Nor Aisyah ini adalah Puteri kepada Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah.

Baginda Sultan Zahiruddin ini adalah datuk kepada Sultan Mahmud Syah Melaka (1641), Tun Saaban @ Hang Tuah dan Per Abu.
(Naik Berasap! Siapa la yang rajin nak buat2 cerita kalau macam ni punya komplikated?)

Jadi adakah betul ekspidisi Khubilai Khan menghala ke Semenanjung ini bertujuan meluaskan Empayar Monggol? Atau kedatangannya hanya untuk membantu Maharaja Siam Islam mengalahkan pemberontak Viet? Atau hanya sebagai lawatan ke tanah jajahannya?

Perlu juga diingatkan bahawa, Semenanjung Melaka yang terletak di tengah2 'laluan rempah' ini tidak pernah diserang oleh Maharaja China dan juga India biarpun Monggol sebelum kedatangan British dan Jepun.

Walaubagaimanapun tulisan JAWI telahpun menjadi tulisan Rasmi Empayar Monggol pada ketika itu. Justeru, bukan kecil peranan JAWI dalam perkembangan temadun Islam dari Monggol ke Nusantara.

Tulisan JAWI ini juga adalah juga tulisan rasmi Bahasa Melayu dalam teks Undang-Undang Kedah 220 hijrah pada zaman Seri Sultan Jamal al-Alam Badrul Munir memerintah negeri Aceh Darussalam.

Jadi jika ditanya adakah tentera Monggol Islam pernah sampai ke Tanah Jawi? Jawapannya telah pun dicari sebagai sambungan kepada '*cerita tak abis' buku diatas. Dan memang benar tentera Monggol pernah sampai ke sini dan memerintah Semenanjung Melaka melalui keturunannya menggunakan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi.

end.

Temp. UGUDEI KHAN
AR dirham. Jital style. 630-640AH. "be-dovvat-e aferidegar"- by the Power of the Creator".
A-1978K

----------------------------------
Walaupun pedih: Mereka yang tiba dari Benua Keling berdagang dan menetap di sini dalam waktu itu hidup berharmoni dan berasimilasi dengan penduduk tempatan. Bercampur gaul membentuk budaya dari segi pakaian, makanan dan sebagainya. Silat lihat UUK.
Mereka ini bukan dari golongan yang terkemudian dibawa oleh British dalam kurun ke19 bagi tujuan 'politik' dan 'kuli' yang kemudian membuat kacau menuntut hak yang bukan2 dari kerajaan hari ini. Mereka patutnya hormat pada 'ancestors' mereka yang tiba lebih awal ke sini. Jadi siapa Tuan?.
Begitulah logiknya.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger