"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, April 23, 2008

Rustam Sani meninggal dunia pagi tadi


KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger, Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.
Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Difahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti.

Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.

Allahyaraham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.

Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum 'Pandangan Rustam' dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.

Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.

Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sumber: Harakahdaily.net

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger