"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Disember 31, 2008

DYMM BAGINDA KING GREAT BRITAIN

5 comments

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 kepada
DYMM BAGINDA QUEEN OF GREAT BRITAIN
GOD SAVE THE QUEEN - sp

--------------------------------
Nota penulis:

Apabila Sultan yang sepatutnya menjadi pelindung kepada agama Islam bertuankan King Of Great Britain, Raja Perang Salib, maka secara realiti dan logiknya adakah ini yang dikatakan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam dan adat Melayu?

Adakah undang-undang berlandaskan syariat (Undang-Undang Kedah) dibenarkan untuk diamalkan semasa Negeri Kedah dibawah naungan DYMM King Great Britain?

Dari rentetan ini, barulah nampak dan boleh dijustifikasikan @ direlatekan sebab dan kisah ketidak-berkenan'an ulama-ulama Kedah seperti Tuan Sheikh Mat Said dan Tuan Hussein Kedah(tinggalkan negeri) terhadap polisi2 negeri Kedah sewaktu pemerintahan SAH dahulu. (kerana sebenar ulama pewaris nabi tak heran kat Sultan dan tak makan gaji. Root mereka Mekah dan bukan England)

Tidak menghairankan jugalah jika kerajaan kita kehilangan Pulau Batu Puteh, kerana batu asas rumah api Hosbourg Light House di pulau itu pada 24 May 1850 pun diletakkan oleh Freemason. Dan kita pula terhegeh-hegeh berhujah menggunakan sumber British dan bukan sumber tempatan yang berlandaskan sejarah realiti (refer major masonic event in SEA since Penang 1786)

DYMM King of Great Britain: George V (George Frederick Ernest Albert; 3 June 1865 – 20 January 1936) menurut wiki adalah diperakui dan tersenarai dalam golongan Freemason sedunia.


--------------------------------------------------


Sedutan dari Buku Perjanjian Lama 1791-1965
Kulit Keras RM130.00
Kulit Lembut RM50.00

Toko: ITNM Wangsa Maju Syeksen 10.
-----------------------------------------------------



Read full post »

Rabu, Disember 24, 2008

Sejarah Fantasi dan Penipuan Evolusi: Konspirasi Ottoman

13 comments
(Selamat Menyambut Awal Muharram 1430H - updated with more facts! 27012009)
Bagaimanakah sepatutnya kita menilai dan mengambil sejarah dari kacamata sebagai saorang Islam? Apakah cara yang paling sesuai untuk kita melepaskan diri dari ikatan fakta-fakta fantasi penipuan saintis atheis barat dan eropah yang sudahpun ditanam dan berakar umbi sehingga telah pun menjadi darah daging kita hari ini?

Sebagai contoh, selepas kejatuhan Baghdad di tangan tentera Monggol, umat Islam dikatakan telah lemah. Habis gudang-gudang ilmu dibakar segala manuskrip dihanyutkan, para cendikiawan dibunuh. Orang Eropah secara curi membawa lari beberapa naskhah penting ke negara masing-masing dan mula mencipta teknologi. Kita meletakkan kesalahan dan mengutuk perbuatan barbarik Monggol dan meratapi kemusnahan Baghdad. Itu yang kita belajar disekolah.

(Pada zaman keagongan Islam inilah konsep 'universiti' itu diwujudkan. Penuntutnya pula datang dari segenap dunia membawa balik ilmu ke negara masing samalah macam pelajar kita yang menuntut diluar negara. Secara logiknya adakah ini dikira mencuri ilmu?)

Tetapi sedarkah kita, bahawa setelah Baghdad jatuh, bangsa Monggol pula dipilih membawa syiar Islam. Menguasai Asia Tengah, membenihkan kesultanan Mughal menguasi benua India dan memimpin Dinasti Yuan. Di satu sudut pula, Andalusia berkembang menjadi pusat keilmuan Islam dirantau eropah.



HULAGU KHAN
AR dirham. Al-Mawsil 657. With name of Monghe Khagan and HULAGU KHAN.
A-2122.

Syiar Islam berkembang lebih luas selepas kejatuhan Baghdad yang pada waktu itu telahpun dibelit dan dikuasai puak Syiah Hasyasyin ('Assasin' kaki syisya-kaki khayal-taik candu) yang menentukan kepimpinan Baghdad secara korup mengikut kepentingan mereka. Khalifah hanya tinggal nama, tiada fungsi dan tidak dihormati lagi - ini adalah pada zaman Al-Musta'im 640H - 1242M.

(Assasin'ation - diambil sempena nama puak ini yang kejam suka membunuh pemimpin politik, tetapi dihabiskan oleh tentera Monggol dengan sekali jalan-tanpa ampun maaf. Balasan kepada mereka!)

Lupakah kita pada peringatan Rasullullah S.A.W tentang berita kejatuhan Konstantinapol ditangan umat Islam yang "dipimpin sebaik-baik pemerintah dan sebaik-baik tentera"? Peringatan Baginda melangkaui kehebatan Arab Baghdad yang kita ratapi. Pihak gereja lagikan percaya tentang berita ini dan sempat mengalihkan kuasa pope dari Konstantinapol ke Vatican Rome sebelum penaklukan itu berlaku...

Oleh itu adakah benar apa yang kita percaya selama ini? Ataupun kita telah berjaya diperdaya oleh konspirasi terancang puak barat sehingga terlepas pandang kekuatan Empayar Ottoman yang menjadi duri dalam daging kepada bangsa eropah pada abad ke 14 sehinggalah ke 19 hingga memaksa mereka menubuhkan Holy League untuk menghadapi angkatan laut Ottoman. Kita juga tidak diberitahu tentang jasa2 tentera Ottoman yang membebaskan Algeria dari taklukan Sepanyol diantara tahun 1516-1517 dan seterusnya kempen mereka di Afrika Utara dalam tahun2 berikutnya (termasuklah beberapa kali mendarat di Andalusia)


Illustrasi Angkatan laut Ottoman yang moden membedil kapal-kapal Sepanyol abad ke 16

(In 1529 the Ottoman fleet under Salih Reis and Aydın Reis destroyed the Spanish fleet under the command of Rodrigo Portundo near the Isle of Formentera. This was followed by the first conquest of Tunisia from Spain and the reconquest of Morea from Venice by the fleet of Barbaros Hayreddin Paşa, which later conquered the islands belonging to the Duchy of Naxos in 1537.
tidakla setara mana benar kapal Sepanyol yang diagong2kan sangat itu jika dibanding kapal Ottoman. Kisah Columbus dan Magellan tu karut sahaja. Peta Piri Reis Turki 1513 telah menunjukkan Antartika 300 tahun sebelum kawasan itu 'dijumpai' secara official)

Ottoman juga yang mengambil balik kepentingan Islam daripada tangan Portugis di Oman, Hormuz dan Qatar pada pertengahan abad ke 16 dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan di Nusantara bersama Acheh (ini rekod penulis ambil dari sumber Turki). Sebelum Syeikh Ahmad Fatani (Siam), Hang Tuah dalam hikayatnya juga dikatakan telah sampai mengadap Sultan Ottoman meminta kelengkapan perang seperti meriam dan seumpamanya untuk keperluan tentera Melaka.

(The Turkish Navy was once the largest sea power in the Mediterranean Sea, Black Sea, Red Sea, Persian Gulf and the Indian Ocean; entering the history books of many countries in distant lands such as the British Isles, Scandinavia, Iceland, Labrador, Gulf of Saint Lawrence, Newfoundland and Virginia in the west, to India, Indonesia and Malaysia in the east, and Madagascar in the south.- Pembetulan: sejarah kekuatan Khalifah Ottoman abad ke 16 ditutup sepenuhnya dari memasuki sejarah umat Islam di Malaysia diganti dengan sejarah Portugis!!)
 
(Jadi kapal jenis apa pula yang Hang Tuah gunakan dalam pelayaran ke Turki tersebut? Hang Tuah yang mana pula yang ada kaitan dengan Acheh? Kenapa nak dibangga sangat dengan sejarah melaka 1511 yang melingkup tu sedangkan terangan Islam menguasai Benua Asia disamping Turki dieropah?)

Pertempuran diantara Ottoman dan Portugis dikatakan berlaku di Laut India, tetapi tiada keputusan yang konklusif pihak mana yang menang.

(Turki menguasai jalan laut Arab di Suez dan Yaman manakala Empayar Moghul Islam pula telah menguasai Benua India. Ayuthia @ Shahru-Nuri pula menguasai Kedah-Aceh iaitu jalan masuk ke Selat Melaka. Semua dikuasai Islam!

(Kurtoğlu Muslihiddin Reis (known as Curtogoli in the West) who played an important role in the conquests of Egypt in 1517 and Rhodes in 1522, and established the Ottoman Indian Ocean Fleet based in Suez which was later commanded by his son, Kurtoğlu Hızır Reis, who lead the Turkish naval expedition to Aceh (1568–1569) which marked the easternmost territorial expansion of the Ottoman Empire, and countless others have all made it to the hall of fame of great mariners in history)

Angkatan laut Ottoman juga telah belayar jauh ke Amirika Utara - di New Foundland, mendarat di Sweden, Denmark, Devon, Hartland, Sussex, Plymouth di England.


Peta dan Carta kelengkapan Angkatan Laut Ottoman - lihat sahaja berapa banyak jenis kapal dan meriam untuk pelbagai kegunaan.

Justeru, dari sumber manakah saintis Ottoman mencipta teknologi membina empayar yang menjadi penaung umat Islam sedunia waktu itu? Adakah logik mereka juga mencuri naskah seperti yang dilakukan oleh orang eropah semasa kerajaan Baghdad dibakar Monggol dahulu? Jika sama2 mencuri kenapa mereka lebih maju sehingga dapat menakluk Konstantinapol?

Abad ke 15-16 Ottoman Islam belajar Sains dan Matematik dalam bahasa apa? Inggeris???

Pada abad ke berapakah sebenarnya orang eropah membina empayar dalam cubaan menguasai dunia? Konspirasi jenis apakah yang mereka gunakan sampai berjaya membataskan fikiran umat Islam hanya di Baghdad semata? Ada seakan-akan rupa konspirasi Pelabuhan Melaka?

Konspirasi Taik Candu @ Madat...
--------------------------------------------------
Sedikit mengenai Monggol:

HULAGU KHAN
AR dirham. Al-Mawsil 657. HULAGU KHAN
A-2122.
(Terang kalimah Tauhid dan Rasul terpatri dizaman Hulagu Khan)

Mongkhe Khan @ Monghe Khagan Al'azam Al'adil - Monghe adalah Maharaja Monggol yang memerintahkan adiknya Hulagu Khan menyerang Baghdad. Jika dilihat pada tarikh sebelum serangan Monggol ke atas Baghdad, jelas menunjukkan mereka sudah Islam lebih awal! Lihat sahaja duit si Bapak Monggol si Ugudei Khan al-Adil dibawah. Si Ugudei ini juga yang membuka Dynasti Yuan China.


MONGHE KHAN. 649-658AH/1251-1260AD
AR dirham of Great Khagan Monghe. Never published specimen
Badakhshan mint 6x5AH (probably 655AH/1257AD).
Comment of Pakistan's expert-specialist in Islamic coins Haroon Tareen: "The date on this coin appears to read 6x5 AH, so it could only be 655AH. And the mint is not clear, but what appears to the right margin on the Kalima side is probably Badakhshan."


Temp. UGUDEI KHAN
AR dirham. Bow type. Struck in North West Iran in 631AH/1233AD.
A-1973

Ulama' dan para pendakwah zaman Abassiah dan sebelumnya termasuklah para Tok Wali dan Ahlullah zaman itu berjaya mengislamkan Maharaja Monggol dan mereka akhirnya membalas budi dengan menyelamatkan Baghdad dari terus di pimpin oleh Khalifah-khalifah yang korup di bawah pengaruh Syiah Hasyasyin dan juga kristian.

Mereka masuk setelah mendapat isyarat @ tanda yang nyata tentang 'penyelewengan' itu dan menyerang bila mana jiwa Islam sudah luput dari amalan penduduk-penduduk Baghdad dan Khalifahnya! Bukan suka-suka.

Peperangan sesama 'Islam' juga bukan baru, semenjak Saidina Ali R.A dan Muawiyah lagi sudah ada (cthnya: Perang Siffin dan Perang Jamal), Umaiyah vs Abbassiah dan sebagainya. Begitu juga dengan Ottoman yang menyerang kerajaan Mamalik di Mesir 1517M, tidak lupa Ayuthia yang memadamkan pemberontakan di Melaka 1511M.

Teknologi dan kekayaan penting tetapi hanyalah sebagai alat, bukan ukuran yang menjadi tempat bergantung. Ingat lagi pesan Rasullullah S.A.W mengenai Konstatinapol?
Read full post »

Sabtu, Disember 20, 2008

Tralach Campa Siam Baik?

3 comments
Manuskrip Cam Kemboja oleh Mohamad Zain Musa, UKM (ms 59)

Bait-bait petikan:
...Sampai ke daerah Kompong Tralach (sebutan Tralak?), saya dibawa ke rumah Tuan Hj. Mahmud Muhamad yang merupakan Chaovay Srok (Pegawai Daerah) Kompong Tralach. Kerja saya banyak dipermudahkan kerana itu satu majlis sedang diadakan di rumah Chaovay Srok tersebut. Terdapat ramai cendekiawan Cam, termasuk beberapa orang Ong Imem (Tuan Imam), orang Bani atau Cam Zahid dari daerah tersebut. Menurut Hj Mahmud, mereka 'pakar' dalam bidang dan manuskrip atau tulisan Cam.

..Mereka memberitahu bahawa terdapat beberapa naskhah manuskrip yang masih disimpan oleh orang perseorangan dan imam masjid di Bukit Oudong. Pembentang meminta mereka membaca manuskrip CM39(36) dan didapati mereka amat sukar membacanya. Ini menunjukkan kepakaran mereka sudah berkurangan. Jika keadaan ini berpanjangan, maka khazanah dan budaya Melayu amnya akan berkurangan.

Dibukit Oudong terdapat seorang yang sedang menyalin manuskrip dengan menggunakan dakwat hitam dan sejenis berus (pointer) ...Didapati penyalin tersebut dapat membaca manuskrip itu dengan lancar tanpa melihatnya: kemungkinan dia telah menghafalnya.Manuskrip yang disalin bukanlah untuk dijual beli, tetapi atas permintaan orang perseorangan.

Terdapat orang Cam menulis manuskrip tentang zaman pemerintahan Hen Samrin. Tradisi menghasilkan manuskrip dilakukan hingga sekarang tanpa masalah hak cipta di Kemboja, seperti yang disebut oleh penghujung teks sebuah manuskrip CM39(36). Penyalinan ini bertujuan supaya generasi akan datang dapat mengetahui dan mempelajarinya.

...Di masjid terdapat sebuah teks khutbah dalam huruf jawi - Arab, iaitu sehelai kertas yang bergulung panjang. Mereka membacanya tanpa perlu melihat manuskrip tersebut. Ini menunjukkan tradisi menghafal masih diamalkan sehingga ke hari ini. Melalui tradisi ini kisah lama dapat disampaikan kepada generasi muda turun temurun, walaupun dalam bentuk puisi.

------------------------------------------
Nota penulis: Persamaan struktur ayat melayu dan campa dalam penggunaan objek dan perumpamaan dalam karangan (sila klik gambar untuk membandingkan manuskrip Cam dengan bait2 tulisan di bawah)





"Jong Jong Inai, mak ipong waja wali, sepak tunggul inai, berdarah ibu kaki,

Dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati,
Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan, suruh mengaji dia tak tahu,
Pulau Pandan Jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah,budi yang baik dikenang jua,
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali,
Air pasang dalam, surut pukul lima
Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"

Teknik Hafalan.
Teknik ini adalah teknik yang sama digunakan oleh penhafaz Al-Quran zaman Rasullullah S.A.W dimana pada waktu itu penyalinan tidak dibenarkan sehinggalah pada zaman Sahabat.

Kita hari ini pun pada asalnya telah dibiasakan dengan amalan menghafal ini, contohnya sifir, no telefon, alamat rumah, resipi masakan, dan sebagainya. Disekolah zaman dahulu pun penuntutnya menghafal kerana terpaksa menulis atas papan batu. Cuma dewasa ini, teknik hafalan tidak lagi digunakan kerana adanya alat2 digital seperti handphone - PDA dan sebagainya. Tambahan pula dengan pemakanan yang tidak lagi dijaga kesuciannya, makin gelaplah hati benaklah fikiran...

Oleh itu tidak menghairankan jika masih ada orang2 lama yang dapat menyampaikan wasiat dengan teknik hafalan kerana di Campa sendiri teknik itu masih digunakan. Apatah lagi wasiat itu dapat pula dibuktikan dengan dengan jalan cerita yang logik dan bukti2 arkeologi yang nyata.

Ini menunjukkan orang zaman dahulu menggunakan otak 100 peratus dalam urusan sehari-harian mereka, lebih2 lagi dalam bidang hafalan dan keilmuan...dan mereka ini merantau menuntut ilmu keseluruh nusantara yang tiada sempadan. (Semestinya pemakanan mereka bersih, bukan dari sumber yang meragukan).

Sebab itu warisan Campa-Kemboja ini pun boleh dijumpai di Tanah Jawi dan sampai juga di Singapure...menjadi ahli pelbagai bidang dari sealim-alim Tok Wali hinggalah kepada yang menjadi artis rock terkenal (dengan lagu berunsur ketuhanan).

Dan mengikut bahasa Cam, siam itu secara sepontan maksudnya baik...(keratan manuskrip Merong Mahawangsa dibawah diambil dari SejarahNagaraKedah.blogspot.com 22/12/2008. Menunjukkan struktur ayat dan gaya bahasa yang sama)





























Read full post »

Selasa, Disember 16, 2008

Jemputan Muzium Malaysia: Pameran Senjata Tradisional

2 comments

>En. Ibrahim Ismail, DSSA: disekitar pameran dan disidang akhbar.

Ada cerita bagus? Nanti menyusul...(updated)

Yang penting sekali, peminat sejarah dan para pengkaji akan berpeluang menggunakan kemudahan wi fi dan internet di Muzium Negara tidak lama lagi. "Usaha2 sedang di jalankan bagi tujuan tersebut," kata En Ibrahim Ismail, Ketua Pengarah Muzium Negara, kepada penulis sewaktu ditemubual.

Tidak rugi berkunjung ke Muzium Negara bersempena pameran ini. Banyak input buleh didapati, lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda yang cintakan warisan bangsa.

Hanya satu kemusykilan penulis, kenapa senjata busur dan panah tidak di'highlite'kan dalam persenjataan tradisional? Apa rasionalnya?

Satu lagi, Melayu sebenarnya pun berpedang juga. Tidak le lekeh sangat. Tak tertahan keris kalau bertemu pedang. Satu libas satu tikam. Cuba bayangkan keris jumpa pedang Turki, pedang Arab, pedang Monggol, pedang Mughal, pedang Sabre Ingris, Katana Jepun. Ini semua pakaian kalvari yang menjadi nadi kekuatan doktrin perang empayar Islam zaman itu. Tidak layak untuk membina empayar tanpa kalvari dan angkatan pemanah yang kuat dan tersusun. Islam sendiri telah menggariskan strategi ini dalam kisah Rasullullah S.A.W dan para sahabat. Dalam kisah fantasi empayar melayu melaka, tentera melaka dikatakan tidak tersusun dan berterabur macam anak ayam kehilangan ibu, kononnya tentera Portugis tu la yang hebat. Betullah tu kerana tentera pemberontak memang tidak tersusun...

Secara logiknya, takkanlah senjata utama kalvari Empayar Melayu Melaka itu adalah keris? Lainlah kalau tujuannya untuk merendahkan kemampuan Empayar Melayu Fantasi yang memang menjadi agenda barat seperti yang 'terselit' dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Dan kita sendiri yang meng'iakan apa sahaja tulisan selian barat hanya kerana hendak mendaulatkan keris tapi secara tak langsung merendahkan tahap pemikiran orang zaman itu walaupun di alam fantasi.

Buktinya pedang dalam hal kerajaan benua Siam Islam:

"Maka pada zaman Raja Johor keturunan daripada anak cucu Sultan Iskandar itu diubah pula digelar mangkubumi itu Paduka Seri Maharaja. Maka pada bahasa Melayu bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.

...Fasal alatan raja hendak kerajaan itu, pertama, pedang kerajaan enam bilah, emas syah sarungnya dan suasa satu dan yang empat itu mata-mata sahaja dan utar-utarnya empat,sama dengan pedang itu. Maka membawa pedang itu anak bendahara dan maharaja dan ia Temenggung dan Paduka Seri Maharaja Jalil dan juragan itu enam belas orang" (UUK, ms 36)
------------------------------------------------------
*Ikut kajian penulis secara makro dan global, ada dua cara berperang zaman itu. 1. Serangan terus ke Kota Pertahanan atau 2. Perjumpaan bala tentera di tempat yang telah ditetapkan umpamanya pertembungan English dan Scottish di medan Stirling, perang Medan Uhud & Badar, perang Wellington-Napoleon di Waterloo. Ini bermakna teknik persenjataan juga mestilah juga sesuai dan praktikal untuk diguna pakai. Perang gerilla belum lagi mendapat tempat diwaktu itu, walaupun mungkin ada secara kecil-kecilan (menggunakan sumpit?)



Jadi, tempat yang dinamakan Prang Besar yang terletak di kawasan Sepang berhampiran Kota Lukut itu mungkin adalah medan yang dipilih oleh kedua2 pihak yang berperang zaman itu. Tetapi antara siapa pula?

Read full post »

Isnin, Disember 15, 2008

Fikirkan: Tapak warisan dunia, warisan siapa?

0 comments
Sneak peek:
British takut ke Jepun, lari ke Singapura tinggal Georgetown terkontang-kanting. Kota Portugis dan Stadhuys pula adalah tunggul penjajah. Ini warisan siapa sebenarnya?
------------------------------
Unesco's Recognition Of Heritage Site To Boost National Economy

KUALA LUMPUR, Nov 22 -- The recognition given to Melaka and Georgetown as a World Heritage Site under the cultural category can provide a boost to the national economy, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"As a nation where tourism is among the most important sectors of the economy, such recognition is certainly most welcomed by Malaysia."I am told that based on the analysis carried out, an area that has been recognised as a World Heritage Site can register an increase in tourist arrivals of up to 30 per cent in the first year," he said at the ceremony to hand over the letter of recognition of Melaka and Georgetown as a World Heritage Site at the Dataran Merdeka, here Saturday night.

Penang and Melaka state governments must do their best to protect the heritage sites..."Keep in mind that Malaysia has only three world heritage sites. Thus, they must be protected at all costs," he said.

Meanwhile, the Prime Minister described the recognition of Melaka and Georgetown as World Heritage Sites as very appropriate."The history of Melaka and Georgetown had begun centuries ago. The location of both sites along the Melaka Straits is most strategic as the straits had been the most important route for trade between the East and the West."The arrival of the various communities from all over the world to Melaka was the beginning for all things... Eventually Malaya became a multiracial country until today-BERNAMA (edited)

-------------------------------------------------------------------
Abdullah menegaskan, Melaka dan Pulau Pinang perlu mengambil segala langkah melindungi Tapak Warisan Dunia.

Jelas beliau, kegagalan untuk memenuhi segala garis panduan yang ditetapkan termasuklah kawalan terhadap pembangunan akan mengakibatkan pengiktirafan ini ditarik balik.

‘‘Jika ini berlaku, ia adalah satu kerugian yang amat besar bukan sahaja kepada negeri terlibat, tetapi juga kepada negara."

‘‘Ingatlah Malaysia mempunyai tiga sahaja Tapak Warisan Dunia justeru, pertahankanlah ia dengan apa jua cara sekalipun,” tegas beliau - UTUSAN (edited)

Source:
Berita penuh: Utusan Malaysia (ARKIB : 23/11/2008)

-----------------------------------------------
Yang nyata, sejarah kita dilacurkan oleh politik demi kepentingan pelancongan. Berdasarkan kepada analisis yang disentuh oleh PM diatas, apa sahaja yang diwartakan sebagai tapak warisan boleh menjana ekonomi, oleh itu ia tidak semestinya Georgetown atau Bandar Melaka sahaja, Berhala Besar Batu Caves itu pun boleh dijadikan tapak warisan dunia, kalau direstu orang politik.

Yang peliknya kenapa Georgetown yang dipilih? Apa kelebihan Georgetown kalau hendak dibanding dengan...tiada apa yang hendak dibandingkan, semua peninggalan sejarah kita yang 'authentic' telah dihancur dan diletupkan. Oleh itu agenda siapakah ini? (Yang pasti bukan idea PM atau DYMM Agong)

Taj Mahal, Piramid, Tembok Besar China, Taman Tergantung, Gua Petra, Brodubur, Angkor Wat dan banyak lagi warisan adalah hasil binaan dan kreativiti anak tempatan. Tapi kita pula terbalik, hasil warisan PENDATANG pula yang kita sibuk nak agungkan. Maka kian terhakislah jati diri dan warisan bangsa yang sebenarnya. Akhirnya, yang rugi anak bangsa kita sendiri yang tidak dapat membeza kota A Famosa dan Kota Melaka dan 'Kota Berhala'.

Teringinke orang Jawa nak ganti A Famosa yang roboh dengan papan?

Read full post »

Ahad, Disember 14, 2008

TMP's Guide: Video recorder for iPhone Classic

0 comments
Read full post »

TMP is Now Mobile

0 comments

"if your pictures aren't good enough, you are not close enough"~Frank Kappa.

Foto: somewhere in celcom territory

TMP Moblog

Posted by ShoZu

* selesai satu masalah.

----------------------------------

I use ShoZu to solve this problem:

Safari can’t open the specified address.
Safari can’t open “cid:CEC356C8-78CF-40C4-9827-13C5271658C4” because Mac OS X doesn’t recognize Internet addresses starting with “cid:”.

Read full post »

Khamis, Disember 11, 2008

Jemputan Muzium Malaysia: Pameran Senjata Tradisional

0 comments
klik gambar untuk aturcara majlis
Kepada peminat-peminat senjata tradisional dan mistik, jangan ketinggalan menyaksikannya.
~Kunjungilah Muzium~

Read full post »

Rabu, Disember 10, 2008

Museum Islam kelabu asap?

0 comments
Usaha mengelirukan umat Islam berterusan sehingga ke akhir zaman.

Ramai yang masih jahil tentang usaha puak yahudi dan nasrani untuk mengalihkan perhatian umat Islam diseluruh dunia dengan simbol yang menyesatkan. Lihat sahaja Dome of Rock (kanan) dijaga dengan cantik, rapi dan berkilat, manakala Masjidil Aqsa (kiri) dibiarkan reput, tunggu masa hendak dirobohkan, hendak diganti dengan kuil yahudi.

Replika Dome of Rock yang begitu cantik dikatakan replika Masjid Al Aqsa di Museum Islam Sarawak.(accessed 10/12/2008). Bagaimana orang museum ISLAM buat kerja?

Akibat orang Islam tidak perihatin dan buta sejarah, ada pihak mengambil kesempatan menjalankan dakyah dan menyebarkan pengaruh agama mereka dengan halus. Apa guna mereka menggunakan kubah masjid tajaan yahudi & nasrani sebagai kalendar kalau tidak sebagai umpan untuk mengelirukan?
-----------------------------------------------------
Kalendar 2009 ini sedang tersebar di Selangor dikawasan parti Islam. Negeri yang dikuasai pakatan yang kononnya sibuk mempertahankan keadilan pelbagai pihak. Untuk makluman, adalah menjadi satu kesalahan di Malaysia menyebarkan dakyah agama lain ke atas umat Islam samada secara nyata atau terselindung-artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Siapakah dalangnya dan pihak berkuasa-wajib buat apa?

Nampaknya diakhir2 ini kepentingan politik sudah melebihi kepentingan agama, atau mungkinkah agama diperkuda untuk kepentingan politik?

Read full post »

Ahad, Disember 07, 2008

Salam Aidiladha - Selamat Berkorban

1 comments


Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban pada semua pembaca budiman dan pengunjung blog ini. Semoga Allah memberkati usaha kita selama ini, bersama-sama mengembalikan sejarah realiti umat Islam Nusantara, Tanah Jawi dan khasnya di Semenanjung Melaka. Lupakan perbezaan, cari persamaan. InsyaAllah.

Read full post »

Naga di Masjid Demak

2 comments
Updated 01022009:

Pintu bledeg buatan Ki Ageng Selo tahun 1466 M, dibuat dari kayu jati berukiran tumbuh-tumbuhan, suluran, jambangan, mahkota, dan kepala binatang (naga?) dengan mulut terbuka menampakkan gigi-giginya yang runcing. Menurut cerita, kepala naga tersebut menggambarkan petir yang kemudian dapat ditangkap oleh Ki Ageng Selo.

MUSEUM MASJID AGUNG DEMAK

Sesuai dengan namanya, Museum Masjid Agung Demak terletak di dalam kompleks Masjid Agung Demak dalam lingkungan alun-alun kota Demak.

Di museum ini utamanya disimpan bagian-bagian soko guru yang rusak (sokoguru Sunan Kalijaga, sokoguru Sunan Bonang, sokoguru Sunan Gunungjati, sokoguru Sunan Ampel), sirap, kentongan dan bedug peninggalan para wali, dua buah gentong (tempayan besar) dari Dinasti Ming hadiah dari Putri Campa abad XIV, pintu bledeg buatan Ki Ageng Selo yang merupakan condrosengkolo berbunyi Nogo Mulat Saliro Wani yang berarti angka tahun 1388 Saka atau 1466M atau 887H (zaman Khalifah Abassiah) , foto-foto Masjid Agung Demak tempo dulu, lampu-lampu dan peralatan rumah tangga dari kristal dan kaca hadiah dari PB I tahun 1710 M, kitab suci Al-Qur’an 30 juz tulisan tangan, maket masjid Demak tahun 1845 – 1864 M, beberapa prasasti kayu memuat angka tahun 1344 Saka, kayu tiang tatal buatan Sunan Kalijaga, lampu robyong masjid Demak yang dipakai tahun 1923 – 1936 M.

Museum ini buka tiap hari dari Senin hingga Minggu jam kerja (08.00-16.00) dengan mengisi kas untuk pemeliharaan koleksi secara sukarela.

Koleksi peninggalan para wali berupa bedug dan kentongan (kiri dan tengah), dan gentong dari dinasti Ming hadiah Putri Campa (kanan). Lihat sini

source: http://www.museumronggowarsito.org/indonesia/jtg/jtg.asp?isi=pati_masjid

---------------------------------------------------

Nota Penulis:

"Hah naga? Ada naga dipintu masjid Demak. Ditangkapnya petir lalu ditampalnya ke pintu masjid. Selang tiga hari timbul kepala naga". Begitulah kisah yang diceritakan oleh 'waris' Sunan Kalijogo yang sempat penulis temubual tempoh hari.

Untuk mendapatkan bukti, lihat sahaja cerita dari museum dan gambar diatas. Persoalannya, jika kita abaikan cerita 'petir' tersebut jika pun tidak masuk akal, kenapa pula wali songo menggunakan naga sebagai motif dipintu masjid Demak? Bukankah naga itu binatang tahyul? Siapa pula kita hendak kritik wali songo?

*Ilmu menangkap petir ini memang ada, tetapi kena puasa pemutih (pati geni) dan mengikut syarat2nya yang tertentu...para wali songo pun handal bersilat.

-------------------------------------------

Antara masjid yang mempunyai seni bina yang sama adalah Masjid Demak (Jawa), Masjid Kg.Laut (Nilam Puri, Kelantan) dan juga Masjid Tengkera (Melaka). Pengaruh dari manakah senibinanya itu? Masjid Al Taqwa di Pekan Pahang juga pada asalnya mengambil contoh ketiga-tiga masjid di atas sebelum dirobohkan di ganti banggunan baru seperti hari ini. (malangnya penulis tiada foto untuk membuktikan)

-----------------------------------------

Pengaruh China dalam pembikan Masjid Demak tidak dapat dinafikan?

Updated 01022009:

Muljana writes, from the basis of these sources, that Raden Rahmad, or Sunan Ampel -- a Javanese ruler and nobleman -- who lived in the mid-15th century, was a migrant from Yunnan province, China. His real name was Bong Swi Hoo and he was the grandson of Bong Tak Keng, the highest ruler of Campa.

In 1447, Sunan Ampel apparently married a woman of Chinese origin called Ni Gede Manila. Her Chinese father, Gan Eng Cu, was formerly a captain in Manila and was transferred to Tuban in 1423. From this marriage, Sunan Bonang was born, ""Bonang"" being a derivative of the Chinese name ""Bong Ang"".

Another of Gan Eng Cu's sons was Gan Si Cang, who became a captain in Semarang. In 1481, Gan Si Cang headed the construction of Demak mosque, employing carpenters from the Semarang dockyards.

Muljana believes that Sunan Kalijaga, who was known in his youth as Raden Said, was none other than Gan Si Cang. Meanwhile, Sunan Gunung Jati, or Syarif Hidayatullah, said Muljana, was Toh Bo, the son of Tung Ka Lo, aka Sultan Trenggana.

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger