"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Januari 29, 2009

Ukiran Naga Pedang Ottoman

Berikutan daripada siaran Naga di Masjid Demak, penulis mendapat satu SMS daripada seorang lagi pengkaji sejarah tempatan yang antara tempat penulis membuat 'tuning' dan rujukan, digelar Tuan Syed. SMSnya berbunyi "Satu daripada 9 pedang Rasullullah nama Ar-Rusub ada lambang burong dan naga...gambar ada". Kenalah dengan sumbernya...

Alhamdu'lillah, satu lagi input ke arah kebenaran sudah timbul, berkaitan naga pulak tu. Petang itu juga penulis bergegas ke rumah beliau untuk mendapatkan bahan bukti tersebut. "Bukan senang nak dapat ni," kata hati kecil penulis.

Setelah melihat gambar itu pada peringkat awal, mungkin kerana teruja penulis beranggapan bahawa ukiran naga dipedang itu berasal dari zaman Rasullullah S.A.W. Tetapi setelah pulang ke rumah dan meneliti teks dan membuat sedikit kajian, akhirnya terbukti bahawa ukiran bermotif naga itu datang kemudian. Dibikin pada zaman kerajaan Ottoman diantara abad ke 14-18, yang mana waktu itu pedang-pedang lama telah dibaik pulih kembali atas arahan khalifah, termasuklah pedang Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

(Namun begitu penulis mungkin tersilap dalam andaian bahawa naga itu datang kemudian - harus juga pedang itu diperbaiki menurut replika asal yang mempunyai simbol naga di hulunya).

Penulis pasti ramai yang terlepas pandang mengenai ukiran naga ini. Jika pun perasan, mungkin payah hendak menghubungkaitkannya dengan sejarah dunia Islam secara total. Sementalah pula hari ini, makhluk naga ini banyak terdapat di tok pekong cina, mana mungkin ada kaitannya dengan Islam? (Jika begitu akalnya, kenapa terdapat simbol naga di Masjid Demak, terukir di pedang-pedang Ottoman dan juga Mameluk? Ini tidak termasuk lagi beberapa bukti lain berkaitan naga yang terdapat dipusat-pusat kerajaan Islam yang masih belum didedahkan)

Jadi, apa motif Kerajaan Ottoman memilih naga sebagai ukiran pada pedang dan hulunya? Justeru persoalan ini diharap bakal menerbitkan beberapa bukti lain berkaitan dengan sejarah Raja Siam Merong Mahawangsa dan Empayar Islam Benua Siam Kedah. Penulis tidak mahu mendahului dalam bab ini dan penulis percaya pihak SNK sudah pasti ada jawapannya....

Dengan adanya petunjuk yang baru ini diharap dapat membuka mata mereka yang masih sangsi dengan sejarah empayar Islam yang sebenarnya. Ia secara tidak langsung berupaya menyatakan dengan jelas perhubungan yang telah sekian lama terjalin diantara kerajaan Islam seluruh dunia yang suatu ketika dahulu terbentang dari Amirika, Eropah hinggalah ke Asia (asalnya dari Raja Iskandar Zulkarnain juga). Yang pasti semuanya akur dan bernaung dibawah satu empayar yang mengibarkan bendera tauhid pimpinan Khalifah Ottoman dan ulama-ulama ahlul sunnahnya. (Kecuali para pemberontak yang bersekongkol dengan yahudi dan ejen-ejen mereka)

(Jika diteliti dan diperhalusi, disamping Arab, pengaruh Ottoman juga sangat menebal dikalangan masyarakat Islam sedunia, lebih-lebih lagi pada masyarakat 'Melayu' kita hari ini. Jika tidak masakan Hang Tuah @ Iskandar Mahkota Alam -Acheh dan kemudiannya Syeikh Ahmad Fatani-Siam pergi mengadap Sultan Ottoman meminta bantuan dalam segala lapangan dan hal berkaitan umat Islam rantau Nusantara. Jika diperhati disekeliling, ada beberapa lagi tanda pengaruh Ottoman yang masih diguna pakai oleh kita hari ini, cuma kita sahaja yang tidak perasan)

Mungkin ramai yang tidak percaya, tetapi inilah realitinya sillaturahim dan kekuatan Islam yang sebenarnya.



The roar of the Ottoman:
Perkembangan dan Capaian Empayar Islam naungan Khalifah Ottoman 1089 - 1915M

*Jika dikaji sejarah Islam secara global dan makro, maka tiada tempat untuk cerita-cerita tahyul kurafat seperti muntah jin, buih lembu, keris sakti seperti yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat kita hari ini. Semuanya merimaskan! Jadi siapa punya angkara yang bersekongkol merosak akidah umat Islam dengan sejarah dongeng dan palsu? Habis rosak fikiran generasi muda seawal sekolah rendah dek propaganda mengong. Bila tang seksa kubur takut pulak...apakah mereka ini sudah terpengaruh dengan ideologi politik, syirik dan sihir ala Samiri?

--------------------------------------------------------------
Terima kasih kepada penyusun buku-buku bergambar pedang di atas...

10 comments:

  1. Subhanallah,

    Yakinlah, sejarah negara - negara Islam di seluruh dunia amat hebat..tidak lembik seperti yang dipaksa terima oleh British, Thai, puak Kabau (derhaka)..

    Betul TMP,

    Sejarah kita banyak sangat dongengnya...tahyul, khurafat, syirik..last last umat Islam yang jadi lembik kerana percaya sangat dengan perkara - perkara tahyul..

    Tahniah TMP aka herman!!

    BalasPadam
  2. Salam.

    Salah satu sbb mengapa bab Naga nie tak diambil berat mungkin disebabkan oleh sikap 'kebangsaan' yg jumud dan tak tau nak bezakan yg mana tahyul yg mana khurafat.

    Satu lagi menggunakan alasan agama. Islam nie universal mmg universal tapi disempitkan oleh puak2 tertentu dengan menggunakan nama Quran & Hadis. Janji ada kelulusan dari Universiti mana2 dlm bidang agama dah anggap hebat.

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    kalau pergi ke National Museum London bahagian pameran asia... ada satu pintu gerbang beasal dari india berlatarbeakangkan penuh dari kiri kekanan melintang ukiran naga di sebalik figura2 hindu dan mempunyai corak motif bunga lotus-teratai yang dominan

    BalasPadam
  4. sebenarnya banyak bahan sejarah kita ada di luar negara..

    Kalau dihimpunkan aku rasa la, orang Islam khasnya bangsa melayu ni takdak la kepala dok tunduk kebawah sangat..takdak la dok harap DEB tu mcm mana kita dok harap kat kuasa kuasa sakti dongeng tu..

    Apa pun TMP n SNK telah buat pendedahan yang cukup berani..

    -zahrin-

    BalasPadam
  5. Salam ziarah sekian lama..

    Saya sentiasa menangis..menangisi akan hilangnya sejarah di gelapkan kuffar dan di terangkan semula oleh mujahid-mujahid blogger yang berperang melalui penulisan, bermatian menyinarkan semula keagungan Sejarah Islam. Teruskan Usaha mu TMP dan SNK..Semoga Allah membantu dengan hidayah dan iradatNya..Amin.

    BalasPadam
  6. Salam.

    Sapa2 yg berkuasa yg tidak berlandaskan tauhid mmg akan mengubah sejarah ikut nafsu masing2. Peringatan untuk semua umat Islam.

    Wassalam.

    BalasPadam
  7. salam...

    semakin hari semakin bercambah insan yang mengejar kebenaran yang di sembunyikan...

    biarpun saya bukan ahli dalam pengkajian sejarah, tapi sedikit sebanyak apa yang berlaku adalah demi masa depan yang di rahsiakan serta yang ingin di gelapkan oleh pihak kafir laknatullah dan para musrikin dari pihak nusantara...

    sama2 lah kita menuju kearah itu dengan semangat dan persaudaraan..

    untuk pengetahuan, saya telah linkkan blog saudara kedalam blog saya:-

    http://futurephenomenon.wordpress.com

    BalasPadam
  8. terima kasih futurephenomenon.
    blog anda tidak kurang menariknya...ada citer nostradamus?

    BalasPadam
  9. Bagi membendung kebangkitan bangsa melayu haruslah melayu itu diasingkan dgn agama islamnya.. FAKTA SEBENAR :

    •SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO BERSEKONGKOL DGN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI…

    Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..

    Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..

    Tun Mahathir dan Tomgkol Bedol Raman Kat mana masa tu..??
    dibawah naungan British bukan..??
    menjadi anak emas Britishkan..!!
    Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??

    Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??

    Golongan yg menjadi ” BARUA ” British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

    Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..

    Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..

    Huhu..!! kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang….

    Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..

    ” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”
    Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. – bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.

    Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..

    Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.

    Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..

    Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.

    * Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.
    Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger