"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Februari 11, 2009

Wanita tercantik dunia?

ARTIS wanita yang berasal dari Welsh, Catherine Zeta Jones dipilih sebagai Wanita Tercantik Dunia melalui sebuah ramalan pendapat antarabangsa pada tahun 2008. Bintang berusia 38 tahun itu menjadi pilihan utama yang memperoleh undian dari seluruh dunia.

Ini menandakan umur bukan ukuran seseorang itu dinilai cantik. Dengan gaya dan keanggunannya, Catherine membuktikan bahawa dia masih boleh 'mencuri' mahkota itu daripada artis muda yang cantik dan jelita. Carta ini membolehkan golongan wanita memilih ikon wanita tercantik kegemaran mereka.

Sementara itu, artis tercantik sekitar tahun 1960-an, Brigitte Bardot berada di tempat kedua, manakala bintang Breakfast At Tiffany, Audrey Hepburn di tempat ketiga.
Manakala berdasarkan laman web According To You, membariskan aktres terkenal yang membintangi Dark Angel, Jessica Alba sebagai salah seorang daripada 10 orang wanita tercantik di dunia.

Seterusnya diikuti oleh Salma Hayek, Sandra Bullock, Catherine Zeta Jones, Pamela Anderson, Angelina Jolie, Halle Berry, Jennifer Aniston, Eva Longoria dan Cindy Crawford.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa 10 wanita tercantik dunia ialah Angelina Jolie, Christy Turlington, Puteri Rania-Jordan, Sophia Coppolla, Nigella Lawson, Uma Thurman, Emmanuelle Bart, Kate Moss, Aishwarya Rai dan Puteri Charlotte-Monaco.
Menariknya, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor berjaya mengalahkan Jessica Biel dan Sienna Miller yang lebih muda daripada mereka.

Tidak hairanlah jika kedudukan Angelina Jolie hanya di tangga ke-50.

sumber: Utusan Melayu
------------------------------------------------

Nota Penulis:

Secara realitinya, Bani Arab dan Bani Jawi le yang paling cantik, tak layak dibuat bertanding...Bani Israel wa tak tau. Nama-nama barat yang tertera diatas ini boleh dikatakan semuanya plastik.

Baiklah, nak pinjam sikit bidalan klasik bahasa Melayu mengenai ciri-ciri wanita yang cantik (tak macam orang asli yang digambarkan oleh barat):

Umpamanya:

pipi pauh di layang, hidung mancung bak seludang, rambut hitam ikal mayang, bibir merah bak delima, mata bersinar bak bintang timur, kulit putih bak kapas di busur, pipi tergantung bak ulas bermuda, gigi teratur bak sirih disusun, dagu bak lebah bergantung, alisnya lentik berlesung pipit, pinggang ramping bak kerengga, sayur menghijau mencelah dada...jalannya melamar cinta, suaranya melempar rindu...siapa dekat siapa cinta, siapa pulang siapa mimpi, siapa ingat siapa khayal...

----------------------------------------------

Kalau tidak begitu, takkan dibikin Taj Mahal untuk permaisurinya Shah Jehan. Agak-agaknya puteri siapa sebenarnya Mumtaz tu? Jawab bang....

*orang Melayu Sebenar kalau mengikut gambaran si Frank Swettenham (Mat Salleh yang diagung-agungkan sangat oleh sejarah kita) tidak ubah seperti rupa orang Asli. Kalau begitu memang benarlah orang Melayu itu orang asli semenanjung ni. Siapa nak pertikai, pertikailah, siapa nak marah-marahlah si Frankie tu. Bani Jawi (sesuai dengan kata Ahazeman dalam Arabnya bermaksud 'datang'-ye ke?) dah tentu bukan dari jurai keturunan orang Asli.

Kena tambah Bani Jawi dalam kad pengenalan la nampaknya ni...

7 comments:

  1. Salam TMP.

    Sememangnya Wanita Bani Jawi mmg paling cantik. Bukan takat wajah tapi akhlak yg terpuji sopan-santun dan lain-lain. Tapi itu dulu. Lanie bukan takdak, ada tapi sedikit sgt.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Sekarang ni pun wanita Bani Jawi dah ramai yang hisap rokok, pakai tattoo pun ada, pakaian dan akhlak usah dicakap lagilah.

    Yang berakhlak mulia pun masih ada. Dari segi wajah dan keterampilan, memang unik sebab ada macama-macam seperti hitam manis, putih kuning, putih merah, sawa matang dan lain-lain hasil daripada pertembungan pelbagai darah berlainan yang mengambil masa lebih 1200 tahun.

    BalasPadam
  3. Ooopss...lupa jawab soalan siapa itu Mumtaz Mahal. Kalau ikut Wikipedia, seorang putri Parsi dan nama Mumtaz itu pun Shah Jehan yang bagi jadi nama asal pun tak tau. Mumtaz yang seorang lagi bekas pelari pecut sukan SEA..he..he

    BalasPadam
  4. Bani Jawi dan Bani Arab (bukan puak badwi Saud) memang tidak jauh beza dari segi rupa dan gaya hidup, tapi jauh beza dari Bani Israel yang blonde dan bermata biru...sebab ceritanya depa ni ada kes dulu, kalau tidak pun sama je macam orang Arab.

    Huruf Jawi dan Arab pun tidak jauh beza...Cuma kalau diikutkan tulisan Jawi lebih complete dari segi penambahan huruf kerana kelebihan orang Jawi boleh menyebut perkataan lebih fasih dari orang Arab...tidak TodTodlah...ada fahannn?? (Ahmad Albab :-))

    Dan memang huruf Jawi/Arab sahaja yang buleh buat menyebar dakwah dan buat berubat..mana ada air Safwa yang depa dok jual tu tulis dalam huruf Roman atau sanskrit betul tak?

    *tulisan Israel berbeza mungkin depa create baru sebab nak berlain dengan bangsa lain...(tulisan dan dialect memang bule berubah dan dicipta)

    * Ada wanita Bani Jawi ari ni kemaruk nak blonde dan bermata biru sebab x tahu hujung pangkal cerita sebenarnya...

    BalasPadam
  5. Salam TMP.

    " * Ada wanita Bani Jawi ari ni kemaruk nak blonde dan bermata biru sebab x tahu hujung pangkal cerita sebenarnya..."

    Depa tu nak keluar JAWI tu.

    Wassalam.

    BalasPadam
  6. Emosi dan Teori melakar kefahaman sejarah. Ada cuba menafsir dengan bersumber bahasa keturunannya. hehehehhe. segalanya mungkin.

    Tapi apakata kita memahami dari salah satu cabang ilmu antropology yang memerhati menggunakan akal dan displin ilmu tersendiri seperti juga displin ilmu anda semua di sini.

    Kalau kita bahagikan ikut darah kita dapatkan darah manusia ada 8 jenis. so ada yg berteori anak nabi adam ni ada 8, 4 lelaki dan 4 perempuan. nabi adam pulak dijangka samada A rh+ dan B rh+. kerana darah O AB samada rh- atau rh+ adalah terbitan dari A dan B.

    Manakala ikut versi Isrilite yang setaraf dengan terjermah semua benda ikut kitab deme/bahasa deme wasiat tok nek moyang (tanpa pemerhatian akal yang sihat), taasub dan taajub.

    Bangsa dibahagi 3 pulak. Sem, Hem dan Yefit....Sem yang semua putih lepak, Hem semua berwarna kuning dan sepet. dan akhir sekali yefit adalah gelap gelita.

    Abis tu yang red indian dan berkulit seakan melayu (autrosia) ni agaknya dari mana yer plaet zargus. HAHAHAHAHA dongeng sesuka hati. lepas tu deme buat teori yg bangsa tu terbitan dari percampuran dari 3 tu. Kajian teliti secara berakal dari pemerhatian mebuktikan ia jelas dongeng.

    melalui kajian DNA dan rekabentuk tengkorak oleh telah mendapati bangsa sebenarnya ada 5 yang asas.
    iaitu.

    1. Caucasian
    2. Monggoloid
    3. Negroid
    4. American spt Maya, Aztec dll
    5. Malayan Austroid

    warna kulit dan mata sepet, warna rambut tidak boleh dan tidak tepat dalam menentukan bangsa. Semua adalah dipengaruhi makanan dan cuaca yg bersifat sementara. tp takderla sekejap tu jugak berubah. ambil masa berberapa keturunan jugaklah. silap gaya matapun boleh jadi biru.
    Selain itu, manakala percampuran bangsa tidak akan menjadi dia bentuk tengkorak tertentu. anak tu kena pilih salah satu dari 5 bentuk tengkorak nenek moyang mereka.
    rujuk sendiri dalam versi bahasa german/inggeris.

    http://www.blumenbach.info


    semoga anda semua kritis dalam berfikir bukan krisis identiti.

    BalasPadam
  7. salam Ahazeman.

    Lama dah tak singgah. apa khabar?

    Anyway kajian terbaru membuktikan bahawa rata2 bangsa di Amirika Latin itu berketurunan Asia. di kaji secara detail melalui proses DNA.

    Antara dalilnya adalah terdapat sejenis virus yang sama dalam susu ibu (jika x silap) yang tidak terdapat pada bangsa lain kecuali asia tetapi terdapat pada bangsa Amirika latin.

    teori Blumenbach ni dia ada pakai teori darwin sebab nak mengklasifi bangsa mengikut tengkorak dan beberapa faktor genetik yang lain.

    Dan saya bersetuju kalau dengan teori kalau kawin campur itu tidak semua berat ke mana2 pihak mungkin hanya satu daripada 5 yang akan mengambil feature yang berat kepada yang asal dominan.

    sejarah itu hidup, dan sentiasa bercambah dengan timbulnya fakat dan penemuan baru.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger