"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, Februari 19, 2009

Fikirkan: Hormat Diraja Siam Islam Ayuthia

Gambar suasana dalam istana Ayuthia seperti lakaran oleh seorang pegembara dari Perancis. Pakaian itu jubah macam Arab/Parsi, 'headgear' berbentuk kon. Walaubagaimanapun tetap tersisip keris di pinggang
(sila lihat entri Berkeris jua Raja Siam?).

Cara hormat Raja itu serupa sebagaimana yang kita bangsa Melayu amalkan hari ini. Jikalau Thai, seperti yang kita sedia maklum mereka akan sujud menyeret terus atas lantai menyembah raja. Walaupun mungkin ada digambarkan (diexaggerate berlebih-lebihan) pada waktu, tetapi fokusnya seperti yang dipapar diatas ini.

(Kita semestinya perlu menapis segala input berkaitan sejarah Ayuthia yang telah bercampur aduk dengan sejarah Thai Buddha)

Gaya mereka, 'panglima' bertiga ini nampak tangkas, cekap dan fokus.

foto dan teks: sumbangan Salmi Baharom
-------------------------------------------------------------------------------------------------

*Jika kita amati, jubah ini juga seakan-akan jubah Maharaja China (refer SNK) dan pakaian askar china Manchu (seperti gambar sisipan dikiri blog) dan bertambah nyata jika di buangkan kon itu.

Perlu juga diingatkan yang binaan2 yang ada dizaman Ayuthia itu di bina oleh Siam bukan Thai, dan memang 'fesyen' kon berbucu tajam tu memang asalnya SIAM yang punya bukan Thai yang punya.

*Sami-sami buddha Thai tidak mengenakan pakaian seperti diatas, dan setelah diselak balik bahan rujukan, ada beberapa jenis 'headgear' yang dikenakan dimajlis istana Ayuthia, termasuklah topi diatas. Ia tidak ada kena mengena dengan bentuk kuil buddha Thailand.

------------------------------------------------------


Headgear berbentuk kon juga menjadi pakaian pegawai tentera zaman Ottoman. Jadi ia bukanlah sesuatu yang ganjil untuk dijadikan pakaian pada zaman itu.

Perubahan dari segi pakaian ini sentiasa berlaku mengikut peredaran zaman, lihat sahaja perubahan ikatan kepala Khalifah Ottoman dari serban sehinggalah ke fez merah (tarbus) dan kemudiannya berubah menjadi songkok.

* Sultan es Selatin dalam bahasa Ingrisnya bermaksud Sultan of Sultans. Oleh itu SALATUS SALATIN Melayu tu apa maksudnya dan dari mana pulak datangnya? Sejak bila pula orang Melayu mula bersongkok?

----------------------------------------------

*RALAT: Terdapat dua versi mengenai lokasi gambar diatas; satu yang di crop satu lagi yang penuh. Yang penuh itu tidak menampakkan kasut tapi menunjukkan gambar sebenar di Istana Perancis. Ia menjelaskan mengapa ketiga-tiga orang itu berkasut dalam gambar diatas. Terima kasih Norsyam Ariffin untuk gambar penuh tersebut.

42 comments:

  1. Saudara TMP,

    saya hanya nak menceritakan pengalaman ketika bersama dengan sorang pakcik tua yang Pak Hamid di Alor Setar. Umurnya sekarang ni sudah mencecah 95 tahun..

    Saya pernah menanyakan pasal apa beza Siam dan Thai..dan sememangnya dia mengatakan Siam tu kitalah Thai tu puak kafir.

    Orang tua tu kata lagi.."hang nak tau apa punca Sultan - sultan la nie tak tolong rakyat? Sebab depa sendiri mendiamkan diri bila agong yang penghabisan tu kena pijak dek gajah, depa senyap sebab nak jadi sultan, kalau tak selama ni depa jadi raja daerah ja, nilah peluang depa jadi sultan. Depa semua nak kuasa dan kekayaan. Kalau tak selama ni kena bayaq cukai kat Siam. Dengan jadi sultan kat daerah masing - masing depa tak payah bayaq cukai, jadi sultan. Sebab tu la sampai sekarang sultan - sultan sekarang mana pernah tolong rakyat macam sultan zaman dulu - dulu. Sultan zaman dulu - dulu sanggup mati pertahankan negara. Ni boleh bagi gadai Singapura."

    orang tua ni berketurunan arab yaman, banjar, dan siam. Apa yang dikatakan oleh beliau ada benarnya. Setelah dikaji - kaji mana ada sultan tolong rakyat. Dengan kekayaan yg dia ada, dah lama kat Kedah (contoh) nie orang miskin kurang. Allah setakat 100 ringgit seminggu bagi derma apa la sangat.

    sekian

    -zahrin-

    BalasPadam
  2. TUAN

    t kasih atas maklumat buat anak cucu kita.

    BalasPadam
  3. Betul Zahrin, apa yang Pak Hamid tu cakap memang logik. Kita semua kena fikirlah sendiri...

    BalasPadam
  4. Zahrin,
    Memang orang tua-tua Kedah ramai masih tau sejarah realiti yang dibawa dari mulut ke mulut dari dulu secara wasiat.

    Tahun Musuh Bisik 1821 pun depa tau, tahun yang sangat significant untuk sejarah tanahair di mana Khalifah Sharif dan keluarga dibunuh oleh musuh yang menyamar masuk dengan kerjasama raja daerah.Keadaan menjadi kacau bilau kerana susah nak tau mana musuh mana kawan.

    Malangnya sejarah budak sekolah langsung tak mention peristiwa ini dan peristiwa agung last Long Jaafar "dipijak gajah" oleh musuh 1876.

    Menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk mengajar sejarah realiti kepada generasi baru.

    BalasPadam
  5. Gambar tu tunjuk ok je tok nenek kita dulu pakai boot - legend...xdele haru biru bekaki ayam macam orang ulu @ asli yang barat dok highlight selama ni.

    BalasPadam
  6. Filem/drama purba Melayu pun selalu tunjuk pendekar Melayu berkaki ayam.

    BalasPadam
  7. Kesian pendekar Melayu dulu kala..tok nenek depa dah pandai buat meriam..alih - alih kasut takdak..sadis sungguh..

    tapi saya nak tanya..sesama kitalah bincang..ada tak cara nak bagi sejarah yang asli ni muncul di media perdana?

    Bagi saya, kalau sejarah yang asli ni dapat muncul di media pasti akan menimbulkan impak..

    tapi persoalan lain yang harus kita renungkan balik, sejarah asli ni sudah tentu menganggu gugat kesedapan singgahsana sultan - sultan yang dilantik ini. Adakah media berani mengeluarkannya?

    -zahrin-

    BalasPadam
  8. salam tuan blog,
    Nak tanya knp kalau siam tu melayu tapi tak pakai tanjak? mcm raja2 kita skrg pakai atau org2 melayu dahulu-kala pakai tu. Apakah faktor yang mempengaruhi 'headgear' tu berbentuk kon? Lagi2 byk pulak wat buddha kat Thai/Ayuthaya bentuk kon camtu...susah la nak buang pemahaman lama ni.Cuba terangkan sikit..

    BalasPadam
  9. Tanjak tu sesuatu yang develop kemudian, kalau raja-raja dan pembesar cara lilitan pun ikut style masing-masing manakala orang biasa hanya lilit simple saja.

    Semotar di Kelantan dan belangkon di Jawa pun develop kemudian.

    Headgear cone macam dalam gambar itu ikut pengaruh Turki kerana masatu Turki adalah kuasa besar dan officer high rank dalam tentera saja pakai cone macam tu.

    Songkok hitam pulak pengaruh dari India.

    Media utama sudah boleh terima sejarah realiti kerana surat daripada TNLK dan anai-anai sudah ada disiarkan dalam Utusan Malaysia.Tetapi usaha dalam bidang ini masih kena teruskan kerana mereka masih menggunakan "wat siam" dan "kaum siam" bila merujuk kepada Thai Buddha.

    Kalau dulu surat TNLK kena bangkul sampah saja.

    Sultan-sultan sekarang pun tahu apa yang diperjuangkan dan kurang selesa dengan keadaan ini kerana TNLK ada hantar surat dan CD kepada mereka.

    BalasPadam
  10. Kalau tidak gambar turki tu masuk awal...atau mungkin next entri. dah ada orang tanya ni kena masuk juga le.

    Turki punya kon tu lagi tajam...

    Prasat Preah Vi Hear tak de kon, tapi puak2 buddha ni tambah patung2 buddha terkemudian lalu dinamakan wat preah vi hear...

    Yang nak dipejelaskan disini adalah cara sembah, keris, jubah dan kasut...

    zaman tu pun KING NARAI pakai serupa macam askar tu cuma dia pakai serban...

    cuba baca dan browse lagi.

    BalasPadam
  11. Songkok hitam pun asal Turki juga nampaknya cuma India tambah baldu dia sendiri.Sejak bila orang Melayu pakai songkok hitam (sesetengah tempat jadi identiti Umno)? Kalau sutan Turki yang last-last tu dijadikan icon orang-orang dulu, agaknya kurun ke 19.

    Askar yang pakai baju merah tu pun nampaknya macam pakai sampin dan tongkolok(tanjaknya) macam yang dipakai oleh Sultan Abd. Samad(Selangor).

    Baju Melayu yang kita pakai pun bahagian leher dan lengan panjang tu macam jubah cuma kita modify jadi pendek sebab kita pakai sampin.Johor punya bulat tanpa colar dipanggil teluk belanga. Teluk Belanga ialah nama tempat istana raja di Singhapura.

    BalasPadam
  12. Saudara Salmi dan TMP,

    Terima kasih atas jawapan yg diberikan, semoga pembaca2 yang mengunjungi blog ini dapat memahami dgn mendalam lagi apa yang sedang diusahakan oleh tuan.

    Salmi : "Media utama sudah boleh terima sejarah realiti kerana surat daripada TNLK dan anai-anai sudah ada disiarkan dalam Utusan Malaysia.Tetapi usaha dalam bidang ini masih kena teruskan kerana mereka masih menggunakan "wat siam" dan "kaum siam" bila merujuk kepada Thai Buddha."

    Tanpa nama : Memang dah lama masyarakyat di Malaysia terdidik dgn tanggapan bahawa Siam adalah Thai dan Thai adalah Siam. Jgnkan org selatan semenanjung malah org di di utara sekalipun masih memanggil org2 Siam/Melayu ni dgn panggilan 'Siam Islam' bagi membezakan mereka dgn org2 'Siam' yg kononnya familiar dgn agama Buddha. Justeru adakah populasi org2 Siam yg menganut Islam di Malaysia ini terlalu kecil jika dibandingkan dgn Siam beragama Buddha yg menyebabkan kefahaman ini sukar dikikis dr jiwa masyarakat kita?

    tidak seperti org minang, banjar, jawa, bugis dll di Malaysia ini yg boleh dikatakan keseluruhan populasi mereka beragama Islam dan tidak pernah dijumpai populasi mereka dlm bentuk masyarakat yg beragama hindu cthnya, yg mana kita akan memanggil mereka nanti dgn panggilan banjar Islam, Minang Islam, Jawa Islam dll.

    Minta pandangan..Syukran

    BalasPadam
  13. Kalau kita tengok cerita the King and I yang dilakunkan oleh Yul Bryner, raja Thai Buddha ni kepala botak saja macam sami tak pakai headgear. Raja sekarang ni pakai topi macam topi admiral tentera laut.

    BalasPadam
  14. Bab headgear ni macam-macam ada. Cuba tengok gambar Laksamana Cheng Ho di SNK dan juga gambar Paduka Seri Sultan Muhammad Yusuf Al Mahadi ibni Sultan Ali Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Mud Zaffar Syah III (Perak) ibni Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, pun bersongkok juga.

    Tidak dapat dinafikan, ini semua ada bergantung pada fesyen zaman tu la.

    Sekarang baju 'melayu' pun ada yang tidak ada pesak. Bersampin ni secara logiknya sebab nak cover bahagian sulit tu...cuba kalau sujud x pakai sampin kan buruk tu...

    BalasPadam
  15. Tanpa nama,
    Secara umumnya orang-orang Melayu yang masih berbahasa Siam di Kedah, Perlis, Seberang Perai dan Kelantan adalah berugama Islam.

    Thai yang masuk Islam begitu kecil jumlahnya dan diberi gelaran orang sam-sam oleh TAR.Blog SNK dan blog ini menggunakan istilah Siam Islam untuk memastikan pembaca tidak menyamakan Siam dengan Thai yang bermakna kafir itu.

    Memang orang-orang utara semenanjung sendiri pun masih confuse sejak beratus tahun dulu (1767 -1800an). Banyak istilah merujuk kepada Thailand dipanggil Siam, contohnya durian siam, beras siam, sempadan siam dan kembar siam. Ini kerana negeri itu dulunya memang bernama Siam. Walaupun Thai mula menjajah 1767, mereka cuma menukar nama jadi Thailand pada 1938 (Thailand=land of Thais padahal pemilik asal Siam).Walaupun sebenarnya tidak salah menyatakan barang-barang Thailand seperti durian itu durian siam, orang yang berkuasa di sana yang berugama Buddha itu tetap Thai.Orang-orang Buddha dari sana yang dihantar sebagai askar memerangi Kedah 1821-1881 dan bermastautin hingga sekarang selayaknya dipanggil Thai sebab memang mereka Thai.

    BalasPadam
  16. nampaknya saudara 'tanpa nama' belum boleh membeza orang SIAM dan THAI.

    dah berpuluh-puluh kali disebut dah pun masih ada yang belum faham lagi.

    Ini mesti sebab tak baca habis.

    BalasPadam
  17. Minta laluan dr Tuan blog,

    kpd Tanpa Nama,

    Ni Tanpa Nama yg pertama(zack) nak ckp balik,

    Saya bukan x faham. Malah sy sudah pon boleh menerima kenyataan bhw SIAM itu bukan Thai cuma sy cuba bercakap dr sudut realiti sekarang iaitu tidak ramai org Melayu di utara boleh berbahasa Siam lagi melainkan berbahasa Melayu loghat masing2. Seperti org Kedah, Perlis dan Penang dgn 'loghat utara' mereka, org kelantan dgn loghat kelantan, org terengganu dgn loghat terengganu. Habis tu mereka semua ini org apa pulak? sedangkan di Blog ini telah diterangkan bahawasanya bangsa Melayu itu tidak ada tetapi Kalau menurut SNK semua org2 Melayu di utara semenanjung hari ini adalah dr rumpun SIAM sebab itulah mereka tidak ada nama rumpun seperti org Melayu di selatan semenanjung. Kenyataan SNK ini ada kebenarannya.

    Namun hari ini adakah org Melayu di Perlis, Kedah, Penang, Kelantan dan Terengganu mahu mengaku sebagai rumpun Siam? Itulah yg saya maksudkan populasi kecil org Siam kerana 'Keseluruhan' org Melayu utara semenanjung tak mahu dipanggil dgn org Siam. Maka tinggallah gelaran org Siam itu kpd mana2 yg masih menutur bhs Siam dan tidak sekali2 disebut Melayu/Siam melainkan Siam shj.

    BalasPadam
  18. Secara ringkasnya memang masih ramai di luar sana yang tak faham dan tak mengaku Siam kerana beberapa sebab:

    1)Propaganda sejak beratus tahun dengan ungkapan seperti "siam perut hijau" untuk memperlekehkan orang-orang Siam. Thai yang menyamar sebagai Siam menambah kusutkan keadaan sampai orang ingatkan sama.

    2)Manuskrip UUK yang dibukukan pada 2005 itu dikira masih baru walaupun setakat ini sudah ada 16 blog menyokong sejarah realiti yang dicetuskannya.

    3)Label Melayu yang berasal dari perkataan "Malayo" yang dipopularkan oleh British menenggelamkan identiti lain, semuanya digroupkan bawah label ini.

    3)Sebenarnya walaupun sudah tidak bercakap Siam, identiti lain seperti Jawa, Minang, Bugis dan lain-lain pun ada kaitan dengan Siam juga beratus-ratus tahun dahulu. Pecahan-pecahan ini telah berkembang dilokaliti masing-masing dari segi bahasa dan budaya.Jawa di Jawa tak akan mengaku Melayu (Jawa di Malaysia dah ramai mengaku Melayu), mengaku Siam jauh sekalilah.

    4) Di Kedah sendiri ramai sudah tak tahu berbahasa Siam kerana sudah hampir pupus. Ada sebab-sebab tertentu kenapa sesuatu mukim masih pertahankan bahasa Siam yang ada kaitan dengan sejarah, seperti pengunduran Koya Long yang menempatkan pegawai kerajaannya di Langkawi dan askarnya di Mukim Rambai-sampai sekarang penduduk setempat berbahasa Siam. Juga kaum keluarga waris raja Siam dan pembesar Siam yang memelihara bahasa dan budaya melalui perkahwinan sesama puak sendiri dan tinggal di persekitaran berbahasa Siam.

    5)Puak yang memperjuangkan "ketuanan Melayu sempit" tak akan bersetuju dengan sejarah realiti Melayu asal Siam Yunan ini atas sebab-sebab survival politik. Mereka masih menggunakan teori raja Melayu asal Hindu Indonesia dan Melaka versi 1401-1511 diulang-ulang dalam seminar mereka.Keris dihunus tapi asal-usul keris pun tak tahu. Ada website pasal keris ni masih cuba kaitkan keris dengan dewa Hindu.Daripada asal raja, keris dan nobat semua hendak diperhindukan.

    BalasPadam
  19. 'Blog ini telah diterangkan bahawasanya bangsa Melayu itu tidak ada tetapi Kalau menurut SNK semua org2 Melayu di utara semenanjung hari ini adalah dr rumpun SIAM sebab itulah mereka tidak ada nama rumpun seperti org Melayu di selatan semenanjung. Kenyataan SNK ini ada kebenarannya'

    betulah tu mana ada bangsa melayu, orang-orang utara yang dahulunya bawah jajahan siam termasuklah patani, yala, naratiwat, songkhla, langkawi, phu-kaeg, perlis(bedak), pahang (kampung aku nama langgar ada tempat nama parit siam) itu sepatutnya dinamakan orang SIAMlah tapi yang telah diconvert menjadi Bangsa Melayu oleh tarif perlembagaan negara malaysia.

    Siapa yang berani mengaku Siam setelah disam-sam dan dibuddhakan oleh TAR?

    Raja Merong Mahawangsa dah tentu bukan Melayu, tetapi adat istiadatnya yang diperturunkan dari Raja Iskandar Zulkarnain itulah yang dipakai oleh raja-raja Melayu hari ini yang sejarahnya telah dipesongkan menjadi hindu buddha.

    Sepatutnya lah jadi bangsa Siam yang asalnya Islam dari dakwah Saad Waqas lagi mulia dari jadi Melayu berasal dari muntah lembu....

    BalasPadam
  20. Satu lagi propaganda melalui buku teks budak sekolah selalu menyebut "Siam serang Kedah", "Siam Serang Patani" dan sebagainya. Gambaran jahat diberi kepada Siam, jadi siapa nak mengaku. Sampaikan Persatuan Sejarah Kedah pun join kelentong sekali atas kepentingan tertentu.

    BalasPadam
  21. Kampung Langgar kat Pekan tu pun dikatakan asal mendapat nama kerana dilanggar oleh Siam..padahal memang penempatan SIAM di Pahang Tua...atau nama lainnya Inderapura.

    Yang peliknya ramai Habib-habib Yaman bermastautin di sana.

    BalasPadam
  22. Langgar juga bermaksud surau. Di kampung aku LANGGAR disebut LA NGA. Tak percaya tanya Salmi.

    karl

    BalasPadam
  23. Salmi,

    "Pada 1938 baru berani tukar nama jadi Thailand (land of Thai, padahal asalnya Siam punya). Sebab sudah beratus tahun sejak 1767-1800an memanglah sudah terbiasa tetapi orang-orangnya yang Buddha tu tetap Thai.Thai makna kafir".

    Hari ini di Thailand pasti masih ada org Siam lagi kan. Takkan tak ada langsung! takkan semuanya kena bunuh! mustahillah camtu kan dan samaada mereka masih bertutur bhs Siam atau tidak itu soal lain.

    Jadi saya ada terfikir bhw adakah org2 SIAM yg masih disana(mungkin dah minoriti) sejak ratusan tahun dahulu semuanya pasti masih lg berugama Islam? Mungkin ada yg telah menukar agama kpd buddha atau sy yg tersalah itu sy tak tahu, cuma persoaalannya ialah sekiranya ada dikalangan mereka ini yg sudah tidak berugama Islam, ataupun mmg tidak menganut Islam sejak keturunan mereka dahulu, adakah mereka ini akan dipanggil org Thai? sebab mereka dah jadi kafir semula(maklumlah thai kan maknanya kafir dlm bhs Siam) ataupun tetap nak panggil org SIAM jugak tapi dgn panggilan SIAM buddha? mcm tu...(cth mcm Takhsin@Mokhtar Hussein yg murtad) sebab nak memastikan setiap bangsa itu ada identiti bhs sendiri, bangsa Thai lain , bangsa SIAM lain.

    Jadi yg masalahnya ialah pada nak memahami kalau mereka masuk agama buddha dipanggil org Thai manakala kalau masuk Islam dipanggil org Siam. Makna kata mcm sebangsa lah pulak mereka ini, tinggal lagi dibezakan dgn anutan agama.

    Satu lagi, kalau dikatakan begini iaitu org Thai masuk Islam, pasti identiti jiwa mereka adalah bangsa Thai dan berugama Islam disamping ada juga bangsa Thai yang berugama buddha. Persoaalannya bagaimana org Thai sebuah bangsa yg ramai(hari ini dgn kepadatan penduduk Thailand mencecah 65 juta org) berdiri hanya dgn memiliki nama bangsa hasil dari sebutan atau gelaran dr bahasa org SIAM? Semata2 kerana org Siam memanggil mereka ini 'suku Thai'(puak kafir).

    Minta ulasan...syukran

    BalasPadam
  24. Salam ziarah..

    Serban Rasulullah s.a.w berbentuk kon. Silalah layari internet untuk mencari atsar atsar Rasulullah s.a.w.

    BalasPadam
  25. Encik Dragsuperstar..


    Nak masuk media perdana?? Allah...saya jamin selagi itulah pemerintahnya selagi itulah kita tak usah nak mimpi sejarah sebenar SIAM ini di dalam media. Kita kena mulakan promosi. Pengunjung BLOG lebih ramai dari yang nak tengok tv. Saya ada satu nasihat, Jika kita masuk ke laman laman web yang lain,mulakanlah promosi laman sejarah seperti SNK dan TMP ini. MULAKAN DARI SEKARANG!!! Saya dah bertidak awal sampai kena bodoh pun ada. Sabar sajalah..

    BalasPadam
  26. Perihal ramai habib-habib Yaman ahlul bait di Pekan ini ada disebutkan oleh penulis buku politik Pak Habib atau Syed Husin Al-Attas. Tentu sejarahnya ada kaitan dengan kerajaan Pahang Tua. Seperti ada kombinasi menyampaikan dakwah Islam antara pihak istana dan habib-habib ini.

    Ada satu lagi negeri nama Inderapura di Champa lama (Vietnam sekarang). Inderapura yang ini merupakan negeri paling maju di antara 7 negeri-negeri kecil(atau daerah) Champa yang membentuk persekutuan menjadi wilayah.

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama,
    Siam itu puak simuw al amir yang berasal dari Yunan sana.Rajanya keturunan Iskandar Zulkarnain. Secara keturunannya (bangsa) yang berpunca dari Siam ini tak kira Acheh, Banjar, Minang, Cham, Jawa dan lain-lain adalah Siam juga.Istilah bangsa Malayo itu dipopularkan kemudian, asalnya lebih kepada bahasa perantaraan (baku) yang cukup mudah dipelajari.

    Puak Thai dipercaya berasal daripada area Tibet dan Bhutan.Ada rencana tentang raja Bhutan di Kosmo! baru-baru ini, menunjukkan raja Bhutan berkulit cerah macam raja Thai dan berugama Buddha. Ikut bahasa Siam memang Thai itu kafir, agak kasar bunyinya kerana permusuhan sejak beratus tahun dulu.

    Kalau ikut bahasa Thai sendiri, ada yang kata Thai maksud "bebas". Kalau dah tak Islam memang bebaslah makan apa saja dan buat kejam pada bangsa lain sampai hari ini.

    Masih ramai orang-orang Siam di Thailand hari ini terutamanya di wilayah selatan yang bergolak, Chiangmai, sekitar Bangkok (peninggalan Ayuthia) dan lain-lain. Berbanding dengan kaum Thai, mereka ini minoriti.

    Kalau Siam masuk Buddha nak panggil apa dan kalau Thai masuk Islam nak panggil apa? Kan remeh temeh saja tu.

    Kalau Cina masuk Islam dan Hindu masuk Islam kan kita panggil muallaf dan ada panggil saudara baru.Kalau dia masih amalkan budaya bangsa asal dia selagi tak bertentangan dengan Islam ok.

    Thai masuk Islam TAR panggil sam-sam. Siam masuk Buddha kalau ada murtadlah tu, tak diiktiraf simuw al emir lagi kalau ikut pendapat aku, dah belot kepada musuh.

    BalasPadam
  28. ok dah.

    Thai tetap Thai. Siam tetap Siam, dua entiti bangsa yang berbeza.

    masuk Islam selamat, keluar Islam murtad. Hukumnya pada Maharaja Benua Siam Islam ada dalam UUK ms 82:

    'Fasal menyatakan hukum murtad. Apabila seseorang itu murtad maka disuruh taubat 3 kali, Jika tidak mahu, di bunuh dan tiada disembahyangkan dan jangan ditanam pada kubur orang Islam'

    Siam murtad ada, melayu murtad pun ada, thai murtad pun ada...arab murtad pun ada zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq.

    Yahudi, nasrani dan majusi itu musuh Islam. Thai pada asalnya Lanathai Sukohotai dari Tibet termasuk golongan majusi...termasuk golongan kafir yang disebut dalam Al-Quran.

    Boleh jadi kebetulan persamaan dalam bahasa Siam yang Thai itu makna kafir. Tapi kalau makna bebas pun x salah, bebas menjalankan undang-undang syariat Islam kan lebih bagus.

    Kalau ikut sejarah Siam dalam version Thai memang lah kafir majusi sesaja..so x yah kecik hati jika Siam Islam mengatakan Thai itu puak kafir.

    Persoalannya, siapa yang sebenar memperjuangkan Islam, Thai ke Siam?

    Tapi kalau Thai masuk Islam jadilah muallaf...selamatlah ia.

    BalasPadam
  29. Faris berkata.....

    Salam tuan-tuan,

    'Nak masuk media perdana?? Allah...saya jamin selagi itulah pemerintahnya selagi itulah kita tak usah nak mimpi sejarah sebenar SIAM ini di dalam media. Kita kena mulakan promosi. Pengunjung BLOG lebih ramai dari yang nak tengok tv. Saya ada satu nasihat, Jika kita masuk ke laman laman web yang lain,mulakanlah promosi laman sejarah seperti SNK dan TMP ini. MULAKAN DARI SEKARANG!!! Saya dah bertidak awal sampai kena bodoh pun ada. Sabar sajalah..'

    Saya ada satu cadangan, saya rasa sejarah realiti ini perlu di publish dalam bentuk website. Sekarang rujukan utama kita adalah blog SNK serta-serta blog-blog sahabat yang lain tetapi presentation dalam bentuk blog ini kurang sesuai untuk di promosikaan kerana ia agak keliru dan kelam kabut di sebabkan oleh isi kandungannya berdasarkan posting yang mengikut tarikh.

    Jadi untuk tujuan promosi dan penerangan untuk menyedarkan masyarakat, saya nampak website lebih sesuai dan lebih menarik dan kita boleh sama-sama mewar-warkannya.

    Mohon respon dari sahabat-sahabat sekalian...

    BalasPadam
  30. Salam.

    Perbincangan yang baik. Cuma sekadar pandangan/nasihat, kalau baik terima kalau tidak elok pandangan nie abaikan.

    Jgn sampai perjuangan yg sedang dilaksanakan ini menjadi perjuangan berdasarkan bangsa/Asobiyah, sehingga Islam itu menjadi no.2.

    Wassalam.

    BalasPadam
  31. Saya sokong cadangan agar buat satu blog atau web baru..dengan penyelenggaraan oleh pakar - pakar sejarah realiti kita ini..

    mulakan satu persatu..

    kemudian..buat pengunjung..hantar lah surat sebanyak mungkin kepada media perdana (ya mungkin tak keluar), media parti politik (saya dah buat dan dah masuk laman web harakah dulu dalam isu Iskandar Zulkarnain)..

    saya yakin cara ini pasti berkesan walaupun caranya perlahan..

    buat Si Merong (naga) Sakti..terima kasih nasihat saudara..perjuangan kita ini tidak sama dengan ketuanan melayu..perjuangan ini hanya untuk menyedarkan umat Islam melayu agar sedar sejarah hebat Agama ini yang bermula di Kedah dan berakhir juga di kedah..kerana apa? kerana supaya umat Islam Melayu bulatkan hati untuk berjuang kearah itu..

    Amin

    -zahrin-

    BalasPadam
  32. Buat satu website!!! Setuju!! ALLAHU AKBAR!!!

    BalasPadam
  33. Buat sesuatu asalkan kita punya mesej establish dan subcribe oleh banyak pihak. AKhirnya lnsya-Allah ramai akan faham apatah lagi kita masukkan elemen akademik walaupun realiti.

    KIta bongkarkan sejarah realiti yang dikambus oleh petualang sejarah dan bangsa Melayu-Siam.

    BalasPadam
  34. Nampaknya TMP n SNK n Nai Long Kassim kena bergabung buat satu website yang lebih sistematik.

    Buat yang ada info boleh salurkan kepada mereka secepat mungkin..

    Saya sokong seratus peratus usaha ini.

    -zahrin-

    BalasPadam
  35. Kalau cam ni tak payah la aku struggle nak buat blog sejarah siam lagi. Nanti aku jadi contributor saja kepada website baru. Kalau buat dwibahasa lagi bagus (English sekali) biar jadi international. Aku sanggup jadi penterjemah.

    BalasPadam
  36. tak bleh salmi..hang kena ada blog juga..macam hamas..sayap tentera ramai..tapi induk dia satu juga..YA HAMAS..hehe

    BalasPadam
  37. BIla sultan perak lantik Zamry MB perak yang baru, macam-macam kutukan kepada Sultan dikeluarkan.. Cara berpakaian tak islamlah, cara menyembah macam hindu lah.. dan macam-macam lagi. Cuba Sultan terima Nizar... maka pengikut Nizar akan cakap Sultan perak adil, sultan banyak jumpa rakyat, mesra rakyatlah...

    BalasPadam
  38. Harap di mengerti pasal asobiyah,kenapa?mengapa?itu adalah puak-puak ketika tanah arab..bacalah sejarahnya,lebih mudah.Cuma apa yang saya nak kata ini boleh dibincangkan atau di tambah tokok atau di bakul sampahkan..terpulang pada perdu perjuangan manusia itu sendiri.
    Begini pandangan saya..Perkataan Melayu itu merupakan tembok kepada anutan agama bangsa melayu,ianya umpama kulit dan isi..mengapa?sinonimnya melayu dengan islam walaupun islam baka..jika dulu cina boleh kata"melayu tak makan babi...ayam mahu makan kena potong.."apakah kaitannya.?Kaitannya adalah bila disebut melayu maka gerun org kafir dan tidak akan cuba-cuba mengkafirkan org melayu....pasal mereka tahu melayu tak boleh measuk agama lain.
    Dengan apa yang berlaku di tanahair kita ini mereka guna konsep yang sama pecah dan perintah sepertimana mereka guna ketika menjajah nusantara..pecah rumpun jawi kepada negara dan semapadan...,antara resident dan raja,antara pemerintahan dan agama....semuanya telah berlaku dan kini proses penghapusan bangsa melayu atau jawi adalah agenda mereka untuk melupuskan akidah agama itu sendiri bertopengkan perkataan bangsa.
    Renungkan kembali kenapa kita sering berkata "demi agama,bangsa dan tanhairku aku sanggup mati kernaNya."...apa eritnya bangsa di situ,apakah asobiyah?jangan kita terperangkap dengan propaganda musuh ahlul bait ini....apabila tembok itu telah diretak menunggu belah,kita hanya bercerita pasal islam....ingat apabila mereka bercerita pasal islam di tanah air ini berapa peratus yang sebenar Islam...dalam linkungan 30% saja agaknya.Kekuatan melayu itu bila di perkata atau di perjuang bukan cerita pasal Asobiyah...tapi hakikatnya adalah agama.
    Cina atau India yg masuk islam mereka hidup mengikut budaya melayu..kenapa?pasal tanah ini diamanahkan untuk bangsa ini....penghijrahan bani hashim???...Lihat sekitar kita bila melayu moden bercakap pasal bangsa Malaysia,bagiku adalah keizinan utk melakukan penghapusan melayu secra total...kaji dan lihat perkataan "melayu" telah terhakis dari kamus tanahair ini dan yang tinggal keretapi tanah melayu(mana tanah nya?)Universiti Malaya,lagi apa ye?? ....ku bimbang satu hari akan wujud muzuim bangsa Melayu...sepertimana di Muzuim Nakhon di selatan Siam.

    sejarah pasti berulang tapi dalam suasana berbeza dan kesan serta impak sama saja..
    kerna kuasa
    kerna kuasa
    kerna kuasa
    ....kita terus kehilangan.......

    bukan perbuatan serta kehidupan dalam rahmat allah.

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama

    Adakah kamu bersetuju dengan sejarah 'Melayu' 1511 karangan orang barat?

    Adakah kamu setuju asal usul Melayu ni beragama Hindu Buddha?

    >>'jika dulu cina boleh kata"melayu tak makan babi...ayam mahu makan kena potong.."apakah kaitannya.?Kaitannya adalah bila disebut melayu maka gerun org kafir dan tidak akan cuba-cuba mengkafirkan org melayu....pasal mereka tahu melayu tak boleh measuk agama lain

    Ini kamu quote cina mana, dari tahun bila asal perkataan atau konsep ini mula diadakan? Kamu ingat Laksamana Cheng Ho makan babi ke? Kamu ingat cina-cina yang diIslamkan oleh Saad Al Waqas tu makan babi ke? Kamu ingat orang Cina Muslim yang ditindas pemerintah komunis tu seme makan babi ke?

    UUK yang berlandaskan undang-undang Syariat sejak 222H dengan jelas menggariskan undang-undang Islam halal haram sah batal harus sunat wajib.

    Bab Melayu makan ayam kena potong..bab melayu x makan babi babi ni baru aje diadakan...sepatutnya orang-orang kafir kena tahu yang tak makan babi itu orang Islam bukan orang Melayu.

    Saya harap awak berfikir diluar kepompong Melayu 1511.

    Andai kata 30% sahaja beragama Islam, tidak mengapa, kerana yang penting bulan Islam tapi yang beriman.

    Walaubagaimanapun sejarah realiti ini bukan memusuhi Melayu, itu yang pasti.

    BalasPadam
  40. saya sepatutnya tidak perlu melayan komen tanpa nama. tapi demi ketelusan saya releasekan jugak komen ini..

    Saya telahpun menjawab soalan tanpa nama dalam RALAT.

    Selebihnya, King Narai yang dilukis juga lebih menyerupai Arab/Parsi/Mughal tak serupa dengan King of Thailand yang ada sekarang.

    BalasPadam
  41. jadi, apabila org pamerkan bahawa itu sembah adat melayu org siam, terus saudara masukan dalam blog saudara tanpa usul periksa. sekiranya saudara memriksa terlebih dahulu gambar tersebut, saya rasa saudara tentu tidak akan mengatakan itu adalah sembah adat kerajaan siam islam.

    harap saudara kaji dahulu sebelum ape2 kesimpulan. kes gambar ni pon jadi bukti tentang sikap kita org melayu yang mudah percaya sesuatu hal tanpe usul periksa. Kalau sikap kita mcm ni, mcm mane la tidaknye pihak barat asyik tipu kita. kan?

    BalasPadam
  42. Selebihnya, King Narai yang dilukis juga lebih menyerupai Arab/Parsi/Mughal tak serupa dengan King of Thailand yang ada sekarang


    jika hanya satu sumber sahaja, masih tidak boleh buat kesimpulan. saudara kene rujuk byk sumber lagi.

    raja-raja melayu sekarang pon x pakai mcm dolu, mcm zmn islam, lebih kepada barat.. jika 1000 thn lagi anak cucu kita tgk gambar sekarang, adakah mereka juga berfikiran seperti kita yang hanya bersumber pada sekeping gambar? fikirkan.

    jadi saya minta saudara tidak membuat kesimpulan hanya kerana satu gambar sahaja.

    usaha murni saudara menbongkar sejarah amat dihargai tp biarlah org kata secara ilmiah. tidak terus buat kesimpulan sebelum meneliti sumber2 yang ada, bukan satu sahaja.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger