"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Februari 13, 2009

Preah Vihear 'not a Hindu monument'

From: Mohd Khairul Anwar Hussain
Subject: ON PREAH VIHEAR

Date: Tuesday, February 3, 2009, 12:28 PM

Preah Vihear 'not a Hindu monument'

By Ambassador Julio A. Jeldres

Source: The Phnom Penh Post, July 25, 2008

Dear Editor,

My attention has been drawn to your reporting of events concerning the temple of Preah Vihear over the past week. I notice that your reporters have referred to Preah Vihear as being "a disputed 11th century Hindu monument".

May I point out that the temple of Preah Vihear is not a "Hindu monument" but a Khmer sanctuary, built by Khmer kings and dedicated to Shiva theHindu god. Indeed, construction of the temple was began under the rule of the Khmer King Yasovarman I (889-910AD) and completed during the rule of one of his successors, King Suryavarman II (1113-1145).

It should be understood that for past Khmer kings, a sanctuary was first and foremost a cosmological recreation. Thus, the construction of Khmer sanctuaries in the form of multi-tiered Pyramids meant that the place was considered a sacred cosmic mountain. This was particularly noticeable in the temples dedicated to Shiva, because of the association with the god's mountain home, Mount Kailasa. A mountain or a cliff top location, as in the case of Preah Vihear, was always the first choice for the Khmer architects building these major temples.

The fact that Preah Vihear is a Khmer sanctuary and not a "Hindu monument" has been extensively acknowledged by most experts in Khmer architecture including in such books published in Thailand by Thai authors like Professor S. Siribhadra of Silpakorn University in Bangkok in 1992, Dr Dhida Saraya in 1994 and by the Italian author Vittorio Roveda in 2000.

There is no dispute over the temple itself but rather over surrounding land that is claimed by both Cambodia and Thailand. The temple has always been Khmer, except for a period when it was occupied by Siam from 1431 to 1907. In 1431, under the reign of the Siamese King Chao Saam Phraya (Boromrajadhiraj II) who ruled from 1424 to 1448, in what is known as the Ayutthaya period of Siamese (Thai) history, the armies of Siam defeated the Khmer armies and forced the evacuation of Angkor and the capital of the Khmer Empire was moved to Oudong and then to Phnom Penh.

The Siamese armies occupied Battambang, Sisophon, Siemreap-Angkor as well as Preah Vihear and they were annexed into Siam.



Peta baru Kemboja pun masih menggunakan perkataan yang terdapat dalam perbendaharaan kata Melayu: contohnya Kampong Cham, Kampong Thom, Kampong Speu dll. (Pengkalan Chepa di Kelantan itu asalnya dari Pengkalan Champa)

*Prasat Preah Vi Hear
maksudnya 'pertahanan abang pusingan ke lima' merujuk kepada adik beradik Po Chan Koya Long @ Sultan Muzaffar Syah III Raja Kemboja Champakasari yang berlima

------------------------------------------------------------------
Nota Penulis:

Itulah dia kekuatan tentera Siam Islam yang berasal dari Kedah (senang cerita hari ini kira 'Melayu' Kedahlah) yang memerintah sebahagian besar benua nusantara dalam usaha mengembangkan Islam pesan dari Maharaja Sai Tee Sung hasil dakwah Saad Waqas r.a amanat dari Rasullullah s.a.w. Kisahnya (bukan sehari dua tapi sejak dari 23H iaitu 1400 tahun yang lampau) dipadamkan dari lipatan sejarah kerana peranan pemimpinnya yang menegak syariat Islam (refer UUK) dan jika tidak dipadam akan menjadi penghalang besar kemasukan pengaruh yahudi-nasrani-freethinker dan majusi ke alam nusantara. Oleh itu boleh dikatakan seruan Islam sudah sampai ke seluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Tanah Jawi seawal zaman 4 sahabat lagi. Bagi mereka yang faham, semua gerakan dakwah zaman para sahabat adalah berasaskan pegangan tauhid yang mantap. Empayar Rom dan Parsi mula menerima seruan Islam seawal zaman panglima perang, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

Siaran ulangan:
Siam Islam yang berasal dari Kedah hanya memerintah dari Ayuthia @ Shahru-Naoi @ Kota Baru yang dibuka kemudian dari Kedah sehingga tahun 1767M. Selepas kejatuhan Ayuthia kepada Sukhothai, Panglima Besar Siam, Khalifah Sharif Abu Bakar dan anaknya Po Chan Koya Long berundur ke Semenanjung Siam-Malaka iaitu tanah asal Merong Mahawangsa - banjaran Titi Wangsa yang menjadi tulang belakang kepada tanah semenanjung ini sebagai buktinya. Preah Vihear yang asalnya kubu Koya Long itu kemudiannya menjadi perebutan pula antara Thai dan Khmer.

Berikutan dari pengunduran itu terjadi pula perang Siam-Thai 1821-1839 yang diketuai oleh cucu Khalifah Shariff, iaitu Syed Alang Alaudin yang mendapat gelaran Panglima Bukit Gantang kerana mempertahankan kedaulatan sebuah Empayar Islam Benua Siam-Kedah bagi menghalang kemaraan tentera jutmajut kafir buddha Thai. Peranan itu kemudiannya diambil oleh Long Jaafar anaknya sebelum berjaya dibunuh oleh puak-puak Thai dibantu oleh puak-puak Freemason dan agennya seorang Siam yang menjadi Melayu iaitu Sir. SAH KCMG. Barulah padan kisah yahudi-nasrani-majusi vs Islam.

(Bahang peperangan dan keganasan tentera kafir itu masih dirasai oleh saudara-saudara Islam kita di Rohingnya, Patani, Kemboja dan Mindanao seumpamanya. Bagi mereka perang sabil masih belum berakhir. Penghujungnya mereka akan lari ke Semenanjung Siam-Malaka kalau tidak pun Aceh untuk mengadu nasib menumpang kasih. Ini sudah tentunya kerana ada tarikan dalaman atau pertalian rohani yang telah diikat oleh khalifah Islam dahulukala yang baranya-magnetnya masih ada di sini. Kita pula dibelai manja dan dilunakkan dengan Ketuanan Melayu sehingga lupa yang slogan politik itu mengecilkan sejarah hak sebenar pemerintahan kerajaan Islam dinusantara. Jika dahulu sudah pasti kerajaan Islam ini akan menghantar bala tentera untuk membebaskan Rohingnya dari ditindas-zalim oleh jutmajut Burma seperti mereka mengambil alih Angkor (maksudnya Istana Agam kerajaan Funan, bukannya Wat Buddha) dan Prasat Preah Vi-Hear dari Khmer dizaman Sultan Rijaludin Muhamad Johan Syah - Parameswara Melaka 1424-1448. Sesungguhnya Khalifah dahulu tidak lupa akan tanggungjawab yang diamanatkan oleh Merong Mahawangsa untuk menjaga kedaulatan wilayah Islam dan rakyatnya dengan sepenuh hati. Penulis pasti, pertolongan akan sampai untuk membebaskan saudara-saudara kita yang tertindas atau teraniya itu, harinya kelak akan tiba)

Setelah khalifah Islam terakhir berjaya dibunuh, lalu datang pula Perjanjian Bangkok 1909 dimana puak Majusi dan Yahudi/Nasrani membahagi dua wilayah empayar Islam dari muara Sungai Golok sehingglah ke Padang Besar - jadilah tanah Thai - Thailand diatas, tanah Melayu dibawah dalam bahasa Ingrisnya Malaya. Ketuanya raja-raja palsu yang berpaling tadah terhadap sistem pemerintahan Islam berkhalifah seperti yang diamalkan oleh Turki Ottoman. Gantinya kemudian adalah pemerintahan Raja berpelembagaan yang kalau mengikut tafsiran politik pakar undang-undang Karpal Singh; raja-raja Melayu boleh disaman mengikut undang-undang Common Law Ingris dan antarabangsa. Raja berlembagaan ini adalah replika sistem yang diamalkan oleh raja England.

Dengan itu Ingris berjaya dalam agendanya mencipta 'The Malay States' bagi mengukuhkan pegangan dan naungannya di negeri-negeri yang asalnya dibawah naungan Duli Yang diPertuan atau Syah Alam Yang Maha Mulia kerajaan Islam. Habis segala hasil bumi, kekayaan emas, bijih timah, getah, segala dokumen bersejarah, bukti ketamadunan diangkut bawak balik ke England. Yang ditinggal hanya gelaran bangsa Melayu yang hina lagi lemah kerana telah di acu-uli mengikut tafsiran dan sejarah ciptaan mereka.

Ingris, walaupun mendakwa tidak mencampuri hal-ehwal agama Islam, tetapi secara halusnya ramai raja-raja Melayu yang diangkat mereka diberi pangkat dan gelaran Sir, iaitu gelaran Knighthood yang di Crosskan oleh DYMM King of Great Britain. Oleh itu orang Melayu yang tercanai dengan jiwa Ingris waktu itu berajakan Sultan Melayu yang ramainya telah menjadi Sir.

Adat istiadat Duli Yang diPertuan Maharaja Siam Islam @ Duli Yang diPertuan Agong dalam bahasa modennya yang bersusur galur dari Raja Iskandar Zulkarnain; contohnya seperti nobat, balairongseri dan segala gelaran kebesaran menteri-menterinya masih lagi diguna pakai oleh Raja-raja 'Melayu' yang kita tahu hari ini.

*susah nak faham situasi ini kalau tidak minat sejarah dan konspirasi menjahanamkan Islam. Untuk pengetahuan pembaca, raja-raja Islam yang nama mereka terdapat dalam UUK itu semua kuat pegangan agamanya dan tidak menghairankan jika nama Nabi Khidir pun ada tercatit dizaman Khalifatullah Akhirul Zaman Paduka Seri Sultan Mahmud Syah Melaka.

--------------------------------------------------------------
Petikan dari SNK :
(abaikan gelaran lihat siapa yang memerintah)
SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN @SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA
1424 – 1448
Makam baginda terletak di Kota Seputih, Kubang Pasu Kedah. Ada pendapat yang mengatakan beliau adalah juga Boromoraja II. Dalam "Salasilah 1" dibawah, setelah berbincang dan mebuat rujukkan kami yakin beliaulah Ramatibodi II, (merujuk kepada buku DGE Hall). Pendapat kedua pula mengatakan Muhammad Johan Syah adalah nama Tunku Mohammad Chan, sedangkan nama baginda sultan hanyalah Sultan Rijaluddin sahaja.

(punya marah mereka pada Paramesawara sehingga sejarahnya hari ini diubah dan difitnah pula sebagai Hindu Sumatera. Sebelum itu pada 1276M sudah ada Sultan Muhammad Syah II di Malaka digelar Sultan Muhammad Syah yang Adil)

17 comments:

  1. Alahmdulillah!!! Allahu Akbar!!

    Kemenangan untuk Islam!!!

    BalasPadam
  2. Salmi,saya dah hantar gambar close up istana preah vihear pada anda. dah lihat?

    Tuan TMP,
    Apa cerita kota sapa,vietnam?? Bongkar lagi...kasi puak kafirun mengeletar...

    BalasPadam
  3. Ihya, ukiran kerewang tu masih mirip tulisan Jawi kalau pun bukan Jawi dan berciri ukiran Islam. Ada lagi gambar lain boleh cari melalui google yang ada ukiran naga.

    Satu lagi penambahan, kenapa pihak Siam zaman Ayuthia perlu menyerang dan menakluki Kemboja dengan Angkor Wat di Siam Reap sekali? Ini kerana Angkor Wat dibina oleh kerajaan Funan yang dibuka oleh adinda kepada Merong Mahawangsa bernama Song (song=dua, mungkin adik kedua).Funan kemudiannya ditewaskan Chenla (Khmer). Ada satu perbincangan yang panjang tentang kemelayuan Funan di Asia Finest Discussion Forum.

    BalasPadam
  4. Kalau kita tengok akhbar-akhbar terkini, kesihan melihat nasib saudara kita Rohingya yang diseksa puak Sukuthai selepas lari dari Myanmar yang tak pernah mengiktiraf kewujudan mereka. Ini tentu ada kaitan dengan sejarah kerana mereka adalah rakyat Burma Tenangsari dahulu kala.Terimakasih kepada Indonesia yang turut membantu, siapa lagi hendak tolong kalau bukan sesama Islam.

    Satu lagi berita menarik dalam Kosmo! hari ini.Pendapat bahawa Neil Armstrong mendarat di bulan itu satu sandiwara semakin popular di Amerika. Depa pun hendak menukar rekod sejarah kepada sejarah realiti mereka sendiri.Kalau dulu ada ustaz-ustaz di Malaysia yang tak percaya manusia mendarat di bulan (1969) mereka dianggap kolot, jadi sekarang semua pihak boleh menilai semula..he..he

    Malangnya masih ada mamat mengatakan Inggeris dulu bukan penjajah tetapi rakan kongsi perniagaan kita saja! Masih ada berfikiran macam ni!

    BalasPadam
  5. Mi, facts ko memang mantop! Bab Funan Vs Chenla ni ko no 1.

    BalasPadam
  6. Salam buat tuan blog .

    satu blog yang unik,kritis dan bijak.

    teruskan usaha saudara semoga diberkati Allah.

    izinkan saya link blog saudara ke blog saya.

    http://sangtawal.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. TMP TMP,

    ni kali keberapa dah hang buat aku tersedak bila minum ayaq..

    best best...hangpa punya pendedahan memang mantop mantop..

    -zahrin-

    BalasPadam
  8. TMP amat mengalu-alukan kunjungan ke blog ini dan segala link ke blog ini juga didahului dengan ucapan terima kasih.

    semoga pembaca mendapat manafaat daripada usaha kolaborasi SNK dan TMP.

    BalasPadam
  9. Biasa tu Man. Kita masing-masing ada pengetahuan dan kebolehan tersendiri yang boleh combine ke arah usaha murni mertabatkan sejarah Islam tanahair, tujuan dan minat kita sama (juga kepada peminat/penyokong lain blog SNK dan TMP). Teruskan berjuang!

    BalasPadam
  10. Parameswara yang beragama Hindu pun ada tetapi seorang raja puak Khmer Jayavarman II seperti petikan berikut:

    Jayavarman II died in 850 AD; he received a posthumous name Paramesvara (Supreme Lord). He was succeeded by his son Jayavarman III.

    [Some inscription referring to King Jayavarman II]

    "Then a brahman named Hiranyadama, skilled in magic science, came from Janapada, because H. M. Paramesvara had invited him to perform a ceremony that would make it impossible for this country of Kambuja to pay any allegiance to Java and that there should be, in this country, one sole sovereign, who should be cakravartin."

    "Then H. M. Paramesvara came from Java to be Kurung in the holy city of Indrapura. The steng an Sivakaivalya, wise ancestor, was the guru, was the rajapurohita of His Majesty Paramesvara"

    "Then His Majesty was Kurung on the site of the royal city of Hariharalaya. The steng an Sivakaivalya resided also in this city. As for his family, they were made pages of the King"

    P/S Nampaknya puak Khmer ni yang membuatkan Prasat Preah Vi Hear tu jadi dedikasi kepada dewa Siva pula.Patutlah Parameswara Melaka marah dan serang Kambuja, jadi Parameswara Malaka lah yang lebih hebat daripada Parameswara berugama Hindu tu.

    Bapanya Jayavarman I pernah ditawan dan dibawa ke Java.Ada riwayat mengatakan keturunan raja Funan pergi ke Java menubuhkan Sailendra selepas perang dengan Chenla. Jadi semasa perang itu Jayavarman I yang masih kecil telah berjaya ditawan dan dibawa sama ke Java.

    Sesudah dewasa, Jayavarman dihantar ke Kambuja supaya menjadi raja bagi pihak Java tetapi Jayavarman I belot dan menyatukan dan menguatkan semula saki baki Khmer Chenla.

    BalasPadam
  11. kenapa SALMI tak nak buat blog pasal sejarah..tgk dari sudut knowledge gempkaz gak...

    buat la blog

    BalasPadam
  12. Salmi nampak gayanya hang kena tackle area Kambuja - Chenla - Funan - Sailendra...tugas telah diberi tu.

    BalasPadam
  13. Nak buat blog ni belum belajar lagi, kena menuntut ilmu daripada TMP nampaknya. Nanti lunch hari ni kita jumpa.

    Memang ada hubungkait antara Funan dan Java sebab itu Java ada wayang kulit yang banyak persamaan dengan wayang kulit Siam.Wajah pihak atasan Java pun ada persamaan dengan Siam, mata nak sepet dan macam China. Maklumlah pihak atasan ni kahwin pun sesama sendiri jadi feature tertentu terpelihara. Wali Songo yang terkenal itupun dari China juga.

    Pengaruh java di Kambuja masih kuat hingga sekarang. Kalau kita di semenanjung ada asam, itik, bubuk dan cucur yang dinamakan Jawa di Kambuja lebih banyak item yang dijawakan-ini perlu kajian lanjut kerana aku pernah terbaca dalam satu rencana akhbar satu masa dulu.

    BalasPadam
  14. Mi hang ganas la bab Cambodia ni. Sebelum aku pg sana nanti kita pekena TT sekali ka?

    Memang hang patut ada blog satu.

    Karl

    BalasPadam
  15. La ingatkan dah pi dah, anyway thanks for the article. Mana tahu sampai sana lagi banyak maklumat terbaru..salurkan pada Salmi...

    BalasPadam
  16. Bhai....

    Just nak tambah peringatkan orang kita... bahawasanya.... Kampuchea (Kemboja) itu asal namanya adalah Kembayat Nagara ... satu kawasan dibawah takluk Kerajaan Islam Melaka (tak pasti Melaka yang mana).

    BalasPadam
  17. Sultan rijaludin mohamad johan syah la tu...Parameswara Malaka yang jadi menantu Raja Cheng Ho....

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger