"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Februari 22, 2009

Foto vintage: Pertemuan Bersejarah

Sembang santai kedai kopi pun cukup buat menghilang 'dahaga'.

Rombongan TMP sedang mendengar penerangan TNLK
Venue: Utara Semenanjung Siam-Melaka
Tarikh: 8 Safar 1430H

(saja terbuat silhouette shot)

---------------------------------------------------
"Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya." che det
--------------------------------

Menurut sumber terkini, selepas kejatuhan Makkah 1924 ke tangan Puak Saud yang bersekongkol dengan Ingris, maka sejarah Islam pun turut digodam secara besar-besaran. Bahananya, segala kegemilangan Islam ditutup secara sistematik terutamanya yang berkaitan dengan Ahli Sunnah. Sebab itu kita tidak nampak peranan Bani Hashim dan seterusnya Turki Ottoman dalam mengembangkan Islam secara global. Sebab itu kita secara buta mengambil tanpa usul periksa dan menuduh Ahli Sunnah sendiri yang terlibat dalam pembunuhan cucu Rasulullah s.a.w di Karbala. Bab inilah yang mendatangkan kekeliruan paling ketara pada umat Islam sehingga menjadi gaduh yang tidak berkesudahan. Penggodaman itu pula tidak berakhir di sana, malah sejarah Islam di Malaya juga turut dicelarukannya (Islam hanya bermula 1404M?). Kenapa jajahan takluk empayar Islam yang meliputi seluruh dunia itu dikerat-kerat dan disembunyikan? Kalau tidak percaya cuba siasat dari kitab mana dan dari punca mana silibus sejarah Islam yang diajar hari ini diambil? Sudah tentunya bukan dari gedung Turki Ottoman penguasa Empayar Islam yang terakhir, mahupun gedung Bani Hashim, Syarif Makkah terakhir. Konflik antara sejarah Islam dan kebangsaan inilah yang perlu dirungkaikan terlebih dahulu. Siapa Ibnu Taimiah? (satu lontaran)

-------------------------------------------------

Education aims at independence 

of judgment. Propaganda offers 

ready-made opinions for the 

unthinking herd. 


26 comments:

  1. Boleh explain ke apa maksud TDM tu? Ibunya TDM kalau tak silap saya berasal dari KUBUR PANJANG (Prieau Jao). Rasanya dia ni kerabat kita ke Salmi?

    BalasPadam
  2. Tu la yang best pasal blog historical reality ni, dalam dok konfius dan kelam kabut tu buleh main riddle ngan semua orang...hehe thril tu bro.

    anyway website pun penting jugak cuma ia nampak lebih professional, official dan straigforward news la.

    TMP belum ada intention nak go for website lagi, tak tahu la SNK(yang tu kena tanya bos dia le)

    BalasPadam
  3. Zack. Tima kasih soalan yang menarik dan saya pun pernah punya soalan yang sama. Bila fikir semula sedalam-dalamnya dan berpandu logik UUK saya buleh terima ia seadanya (untuk kegunaan saya sendiri)

    Walaubagaimanapun, bab yang saudara tanya tu telah saya majukan juga kepada SNK. Kalau ada rezeki adalah jawapan.

    Buat masa ni jawapan saya tak dapat hendak dikongsi, takut timbul salah faham.

    BalasPadam
  4. Bonda TDM tu keturunan raja Patani orang panggil Mak Tuan. Jadi makanan kegemaran Che Det ni sama macam kita, daging panggang cicah air asam (belacan + asam limau+cili melaka) dan gulai kawah campur umbut pisang.

    Mungkin peristiwa pelik yang dia maksudkan tu, sama macam zaman dulu semasa perebutan takhta yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan timah. Orang Inggeris nak masuk campur pun kerana timah. Kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin bergaduh pun kerana timah. Long Jaafar dan Ngah Ibrahim kaya pun kerana timah - kekayaan Ngah Ibrahim lebih daripada Sultan Abdullah yang bertanggungjawab bawa Inggeris masuk.

    BalasPadam
  5. Salmi,

    Sultan Abdullah yg bawa Inggeris masuk ke Perak tu, Sultan Abdullah yg mana satu?

    Adakah dia Sultan Abdullah Mukarram Syah raja Pulau Pinang tu? atau dia anak kpd SAT II yg bernama Raja Abdullah ataupun org lain?

    BalasPadam
  6. Ini Sultan Abdullah yang dibuang Inggeris ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi selepas pembunuhan J.W.W Birch. Orangnya tak sama dengan Raja Pulau Pinang.

    BalasPadam
  7. Faris berkata...

    bila tengok gambar ni serta merta rasa irihati menerpa dalam jiwa saya.

    dah lama saya berniat nak berjumpa TNL Kassim tapi belum berkesempatan.

    Insyaallah pasti doa saya akan dimakbulkan.....

    BalasPadam
  8. Same here,

    irihati ya amat..sementara dia tgh ada teringin sangat nk jumpa dia..adoi yaii nasib nasib...

    BalasPadam
  9. Daripada Zack - Saya ingin mengajukan beberapa soalan,

    1. Kalau melihat kpd salasilah keturunan TNLK sehinngga kpd Nai Hisbu Muadzam Syah(Songtham Ayuthiya), kelihatan syarat beliau sebagai waris seperti dah terputus sebab dr sebelah bapa, Nai Hisbullah adalah dr keturunan Sultan Zahiruddin Babur Syah(Moghul India) dan dr sebelah ibunya(Tunku Nur Aisyah Mah Inta Tiral) barulah ada dari keturunan Siam - Rama Tibodhi II(Parameswara Melaka) .

    2. Mengikut kata anai-anai,waris mutlak hanya turun kpd anak pertama(sulong) kpd setiap generasi. Namun kalau dilihat kpd salasilah tersebut, mengapa dr 4 org anak2 Rama Tibodhi II(Parameswara Melaka) hanya dikira bermula dr keturunan Tunku Nur Aisyah Mah Inta Tiral dan bukan dr keturunan Kaifa Tabim Syekh Ali selaku beliau sebagai anak pertama kpd Sultan Rijaluddin(Rama Tibodhi II)?

    3. Sepatutnya kalau Kaifa Tabim Syekh Ali anak pertama kpd Sultan Rijaluddin maka dari keturunan beliaulah yg berhak menjadi waris dan bukan dr keturunan Tunku Nur Aisyah sehingga kebawah.

    4. Atau saya yg tersilap bhw Kaifa Tabim Syekh Ali bukan anak pertama kpd Parameswara Melaka itu saya tidak tahu. Namun kalau Tunku Nur Aisyah adalah anak pertama kpd Sultan Rijaluddin(Parameswara Melaka) juga adalah sepatutnya keturunan beliau tidak dikira sebagai waris mutlak sebab selaku beliau sebagai anak perempuan sedangkan berbaki 3 org lagi anak2 Sultan Rijaluddin adalah lelaki iaitu(Kaifa Tabim Syekh Ali, Putera Jalil Yacoob Syah dan Sultan Muhammad Yusof Pasai).

    5. Buktinya pada salasilah anak2 Long Jaafar, dilihat Tunku Nai Long Hj Yassin diiktiraf selaku waris mutlak sedangkan terdapat lagi kakak2 beliau yg lebih tua spt TNL Siah, TNL Piah dan TNL Che Lah. Habis mcm mana ni?

    Saya harap TMP dpt jelaskan siket. Nak tanya kat Blog SNK nampak mcm diorang sibuk dan byk komen lain masih tak berjawab...

    -----------------------------------------------------------------------------------------
    Zack, rezeki hang la. Ini jawapan dari Anai-anai. Aku pun x sempat nak digest, sebab masing2 ada tugas hakiki yang perlu diselesaikan dulu.

    Sultan Rijaluddin mempunyai 3 orang putera dan 1 seorang puteri
     
    1.Kaifa tabim Syeikh Ali hanya mempunyai seorang sahaja anak perempuan iaitu Puteri Nang Che Yam. Putri Nang Che Yam pula telah dikahwinkan dgn Sultan Ismail Jammu Patani yang berasal dari Kashmir India (anak saudara Zahiruddin) dan mendapat 3 orang cahayamata antaranya, Puteri Nang Kemuning
     
    2. Putera Jalil Yaacob Syah juga mempunyai seorang anak perempuan di sebut Nang Khun Waran Wangsa. Nang (bermaksud puteri) Khun Waran Wangsa telah di kahwinkan dengan sepupunya, Nai Hisbu Muadzam Syah yang bergelar pheraq atau abang yang dikasihi.
     
    3.Tunku Nur Aisyah dikahwinkan dengan Zahiruddin bahadur Syah dan mendapat 4 orang putera
    1. Nai Hisbu Muadzam Syah@Pheraq berkahwin dengan sepupunya Nang Khun Wara
                Wangsa dan memperolehi 3 orang putera iaitu
                            a. Sultan Mahmud Syah Melaka
                            b. Tun Saaban
                            c. Pir Abu
    2. Tengku Hassan Santubong.
                3. Sultan Alauddin Riayat Shah
                4. Penggiran Mustapa Kecil Bongsu
     
     
    4 Sultan Mohammad Yusuf Pasai setahu waris kami disini tidak mempunyai zuriat
     
    Perkahwinan Sultan Mahmud Syah yang mengguna pakai gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia (rujuk UUK) dengan Puteri Nang Kemuning dari Patani bukan lah orang lain tetapi dua pupunya juga dan ia bertujuan untuk memperkuatkan kembali hubungan waris Raja Besar Empayar Islam Benua Siam ketika itu.
     
    5. Buktinya pada salasilah anak2 Long Jaafar, dilihat Tunku Nai Long Hj Yassin diiktiraf selaku waris mutlak sedangkan terdapat lagi kakak2 beliau yg lebih tua spt TNL Siah, TNL Piah dan TNL Che Lah. Habis mcm mana ni?
    
Di zaman Long Jaafar, zaman pun telah berubah. Perbezaannya sudah lebih 400 tahun dengan zaman Sultan Rijaluddin. Di zaman Sultan Sultan Rijaluddin dulu disebabkan anak lelakinya hanya mendapat anak perempuan, jadi mereka bertindak menggunakan kaedah demikian.
    Keadaan berbeza di zaman Long Jaafar. Memang ada kakak tapi ada waris lelaki. Masa tu mereka tidak lagi menjadi raja kerana menjelang kakak-kakak ini berusia awal belasan tahun Long Jaafar sudah pun dibunuh. Kakak-kakak ini tidak mendapat wasiat sepenuhnya sepertimana TNL Yassin dan mereka pun sedia maklum taraf mereka.

    -------------------------------

    Komen TMP (logik UUK):

    Walaupun pada tanggapan kita, bilamana terjadinya perkahwinan antara Raja Monggol India dan Tunku Nur Aisyah (waris Mahawangsa) maka terputus syarat waris kerana dari jurai anak perempuan, tetapi perkara itu tidak berlaku pada zaman itu kerana, Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman adalah waris dari Nai Hizbu Muadazam Syah dan namanya tercatat dalam UUK ms 98, sebagai Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia 1657M.

    Kemudian turun dari jurai Sultan Mahmud Syah pula adalah Boromokot @ Sultyan Muhiyudin Masor Syah UUK ms14 dan kemudiam turun pula pada Duli yang Dipertuan Syarif UUK ms 43 turun pula pada Bendahara Po Chan Koya Long turun pada Syed Alang turun Long Jaafar dan seterusnya TNLK

    Jadi waris tahkta Mahawangsa dari Tunku Aishah itu telah pun diperakui oleh kerabat-kerabat zaman tu sehinggalah ke TNLK. (tetapi membawak pula pada sakit Jiwa si M Jiwa dan keturunannya).

    Cuma kita sahaja beranggapan putus waris, tetapi perkara itu tidak menjadi masalah pada raja-raja purbakala. Sebab-sebabnya yang telah pun diberikan oleh anai-anai diatas.

    Bagi kita yang tiada kena mengena ni, rujuklah pada bukti utama iaitu UUK, ia sebagai pelengkap pada salasilah diatas dan juga banyak rahsia-rahsia lain terdapat didalamnya.

    Zack, harap anda berpuas hati.

    BalasPadam
  10. Ikut Islam, waris sebelah perempuan pun boleh dikira.Contohnya keturunan Rasulullah adalah melalui puteri baginda Fatimah yang berkahwin dengan sepupu baginda Saidina Ali.

    BalasPadam
  11. Makin semangat nampaknya! Kudos everyone, especially Herman.

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas penjelasan anda TMP dan juga anai-anai walaupun sibuk dgn tanggungjawab kerja. Ya, mmg saya amat berpuas hati dgn jwp yg tlh diberikan. Seronok rasanya bila membaca penerangan dr anai-anai.

    Setelah membaca jawapan anai-anai berulang kali, barulah saya dapat memahami bhw isu terputusnya hak waris mutlak terhadap TNLK tidak timbul.

    Salah faham ini timbul bilamana saya hanya memerhati salasilah TNLK sehingga kpd Nai Hizbu Muadzam Syah ibni Sultan Zahiruddin Bahadur Syah. Tetapi bilamana Nai Hizbu berkahwin dgn sepupunya sendiri maka kuat semula pertalian darah itu sebenarnya.Begitu juga seterusnya kpd Sultan Mahmud Syah yg mengahwini dua pupunya yg berjurai dr Kaifa Tabim syekh Ali.

    (Sudah takdir Kaifa tabim Syekh Ali tidak mempunyai anak lelaki...)

    "Jadi waris tahkta Mahawangsa dari Tunku Aishah itu telah pun diperakui oleh kerabat-kerabat zaman tu sehinggalah ke TNLK. (tetapi membawak pula pada sakit Jiwa si M Jiwa dan keturunannya)."

    pasal statemen ni tak berapa paham la TMP. Sebab yg saya tahu Sultan Abdullah Mukarram Syah yg memulakan sengketa.

    BalasPadam
  13. Karl oh karl..mana sempat je le.

    Zack, cuba selak SNK cari S M Jiwa punya cerita.

    roger and out.

    BalasPadam
  14. Dulu SNK anai-anai ada bagitahu saya, kita (terasa saya juga termasuk dalamnya) banyak yang skip SNK; dalam tu semuanya dah ada banyak dah fakta.

    Karl

    BalasPadam
  15. apakah saudara TMO maksudkan dengan Ibnu Taimiyah?

    tolong jelaskan..

    BalasPadam
  16. Betul ke Sultan Muhammad Jiwa tu dari keturunan Raja Sulaiman yg kena bunuh dgn Hang Tuah tu? Saya mcm ada teringat ttg kenyataan ni kat blog SNK tapi cari x jumpa pulak...:) Kalau TMP bole cite sket

    Satu lagi pasal Sultan Zahiruddin Bahadur Syah(Babur Moghul) ni. Ada disebut dlm wikipedia bhw beliau merupakan pengasas kpd Empayar Moghul India setelah beliau berjaya menawan New Delhi dr tangan 'Delhi Sultanate' yg dipimpin pd ketika itu oleh Ibrahim Syah Lodhi.

    Pada pendapat TMP, apa alasan utama yg membolehkan Babur menyerang kerajaan Islam di Delhi? Adakah kerana utk memperluaskan Empayar Timurid semata2 sanggup berberang sesama Islam ataupun kerana pemberontakan Delhi Sultanate terhadap Empayar Islam Timurid.

    BalasPadam
  17. Salam.

    Sekadar pandangan peribadi, selalunya kerajaan2 Islam berperang sama ada kerana kuasa/tahta atau pun kerana aqidah/tauhid.

    Mana mungkin biarkan kerajaan berakidah selain dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah dibiarkan berkuasa, kerana rosak akidah rosaklah semuanya. Sapa nak tanggung kat akhirat besok? Tersangat berat bab akidah nie.

    Cuba tgk balik betul2, selalunya mana kerajaan Islam yang tidak berdasarkan tauhid akhirnya akan hancur. Bukan takat kerajaan sahaja, malah pertubuhan2 Islam kalau tidak berdasarkan tauhid tidak akan bertahan lama.

    BaitulMuqaddis pun dpt semula ke tangan Umat Islam oleh Sultan Salahudin Al Ayubi yg kuat tauhidnya. Begitu juga dptnya konstatinople oleh Sultan Muhammad Fateh yg kuat tauhidnya.

    Wassalam.

    BalasPadam
  18. zahrin. ia hanya nama yang diberikan oleh sumber dan sekadar lontaran untuk difikirkan.

    BalasPadam
  19. Benar ya Akhi herman,

    Ibnu Taimiyah ada sumbangan beliau dalam pemikiran umat Islam..hasil karya beliau telah dipakai zaman - berzaman. Sumbangan beliau terhadap pembersihan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah terlalu besar. Beliau merupakan antara tokoh pemikir Islam yang membantah penipuan sejarah kes pembunuhan Saidina Hussain di Karbala dan menentang mereka yang telah menghina Ahlul Bait dan para sahabat nabi s.a.w yang dijamin syurga.

    Kalau ada silap mengenai beliau tolong betulkan..

    BalasPadam
  20. Salam.

    Saidina Hussain cucu Nabi S.A.W dibunuh tidak lain tidak bukan ialah oleh org Syiah sendiri. Sejarah nie digelapkan puak2 yg berkepentingan.

    Ramai yg tak tau pasal benda nie. Bani Hashim tu sapa. Cuba tanya Bani Jawi kat sini depa tau tak Bani Hashim tu sapa? Kata ikut Rasulullah S.A.W, perjuangkan Sunnah. Bani Hashim pon tak kenal, baik dok diam2.

    Cuba tgk bila Bani Hashim dihalau dari Makkah apa depa buat.Mcm2.

    Segala sejarah Rasulullah S.A.W & para Sahabat R.A cuba dihapuskan. Cthnya rumah Rasulullah. Atas alasan apa? Pembangunan & ikut sunnah?

    Kepala Otak depa. Kalau tmpt sejarah puak2 kafir tu bleh lak gi melawat dok pi tgk dgn rasa bangga, takjub. Mai sini kagum tgk KLCC. Aik tak pelik ker? Lanie tmpt Saie pon depa nak ubah. Apa citer?

    Kat sini puak2 yg sama pulak dok sibuk tuduh org tu sesat la, bidaah la. Bani Jawi kat sini takkan tak nampak2 lagi kot . Yg dok ikut depa tu buat apa? Awat, depa ada master, phd dlm bidang agama depa bleh buat apa depa suka? Awat master & phd tu Malaikat Mungkar Nakir tanya ker besok dlm kubur. Kat Akhirat besok phd & master tu bleh bagi syafaat ker.

    Ulama2 Bani Jawi dulu, cuba tgk depa camner. Ada depa berlagak pandai. Mana ada. Takkan tak nampak2 lagi.

    Jadi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bukan Wahabi, bukan Syiah, bukan Khawarij etc. Insya Allah perjuangan kita semua sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa diberkati Rasulullah S.A.W

    Wassalam.

    BalasPadam
  21. Buat sinagasakti,

    Benar, jika kerajaan Islam itu tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar maka Allah akan tumbangkan kerajaan tersebut.

    Kerana apa? Selalunya Allah turunkan bala tersebut agar kita mengambilnya sebagai iktibar. Orang Islam Arab paling banyak kerajaannya tumbang. Kerana apa? Kerana orang Arab sememangnya terkenal dengan jiwa perjuangan mereka yang kental. Apabila mereka dihimpit mereka akan kembali kepada Allah dan berjuang sehingga titisan darah yang terakhir. Lihat sahaja di Palestin. Dahulu Fatah merupakan payung perjuangan buat rakyat Palestin namun perjuangan itu tidak kekal kerana bersifat Assabiyah (seperti kata saudara). Rakyat Palestin memilih HAMAS untuk membebaskan Masjidil Al-Aqsa dan bumi Al-Quds.

    Namun sehingga sekarang tidak berjaya? Adakah Akidah mereka tidak kuat? Tidak..Allah menguji mereka dengan ujian yang cukup dahsyat supaya mereka bersiap-sedia dengan peperangan Akbar yang dipimpin oleh Al-Mahdi.

    Tujuan SNK dan TMP ini diwujudkan agar orang Melayu sedar akan kehebatan mereka memperjuangkan aqidah tauhid ini. Mungkin benar ada kesilapan para pembesar pada zaman dahulu kala. Tapi tumbangnya kerajaan Negara Kedah ini kerana pengkhianatan Sultan Tajuddin dan Sultan Abdul Hamid.

    Walaupun dari dalam lubuk hati saya ini tidak bersetuju dengan kenyataan TMP khasnya Puak Saud kerana saya percaya pada zaman Syariff Hussien menjaga bumi Hijaz umat Islam berpecah dengan begitu dahsyat. Umat Islam bersolat di belakang imam mengikut mazhab masing - masing. Raja Saud yang sememangnya mahukan kekuasaan telah menerima tawaran Sheikh Muhammad Abdul Wahab. Sheikh Abdul Wahab mengatakan jika benar mahu kekuasaan pastikan perkara taksub sebegini dimusnahkan..

    Saya tidak berniat mengkritik Syariff Hussien beliau sendiri tertekan dengan keadaan semasa disaat umat Islam dilanyak timur dan barat.

    percayalah jika orang Islam Melayu sedar kehebatan mereka saya pasti kita juga akan berada di celahan ratusan ribu umat Islam yang berdiri di depan pintu kota Al-Quds bersama - sama Al-Mahdi. Jika orang Islam Melayu memiliki aqidah Ahli Sunnah yang bermanhajkan golongan para Salaf sebagaimana Raja Merong Mahawangsa yang mendapat didikan agama terus dari waris Saad Al-Waqqas saya yakin bendera kalimah tauhid yang hilang diambil oleh Thai dan British akan berkibaran semula..

    p/s tiba-tiba aku jadi ustaz pulak hehehe

    BalasPadam
  22. Zack,
    Sekadar menolong jawab soalan terdahulu:

    "Pada pendapat TMP, apa alasan utama yg membolehkan Babur menyerang kerajaan Islam di Delhi?"

    Babur menyerang Ibrahim Lodhi, ketua kerajaan Islam Delhi kerana sebab-sebab berikut:

    1. Ibrahim Lodhi seorang pemerintah kuku besi yang kejam & tidak disukai golongan bangsawan. Beliau sanggup membunuh saudara lelaki sendiri demi kuasa.

    2. Sebelum keluarga Lodhi iaitu kaum Pashtun menguasai Delhi, Delhi diperintah oleh keluarga Bani Hashim, Sayyid Dynasti 1414-1451 yang ditubuhkan oleh Khizr Khan dan dibantu oleh Timur. Babur menganggap dirinya waris Sayyid Dynasti kerana beliau keturunan Timur.

    3. Babur dijemput oleh Daulat Khan Lodhi, gabenur Lahore and bapa saudara Ibrahim Lodhi sendiri, Alam Khan dengan dibantu oleh askar-askar Lodhi untuk memerangi Delhi. Ini bagai orang mengantuk disorong bantal bagi Babur.

    P/S Babur membina masid Babri di Ayodhya, India (sempena nama Ayuthia Siam?). Jangan lupa isteri pertama beliau adalah putri Siam. Punyalah marah puak-puak hindu ni, habis diruntuhkan masjid Babri selepas puak Hindu extremist memerintah India.

    BalasPadam
  23. Salmi,
    yang ni saya setuju..benar Masjid Babri telah menjadi titik hitam dalam sejarah orang Islam di India..mereka runtuhkan atas sebab kononnya masjid itu dibina diatas kuil mereka..

    walhal, mereka robohkan kerana bencikan sejarah kegemilangan umat Islam di India..

    -zahrin-

    BalasPadam
  24. Terima kasih kpd Salmi atas penerangan yg diberikan...

    Pada pendapat TMP, adakah bangsa India dan juga bangsa Cina menerima nasib yg sama seperti bangsa Melayu, yg mana mereka tlh 'dibangsakan' oleh Ingris ketika era penjajahan dahulu?

    Adakah ini boleh dikatakan sbhg dr agenda Ingris? Membangsakan kesemua wilayah jajahan mereka?

    Sedia maklum, sebelum kemasukan Ingris ke benua Keling ada Empayar Islam Moghul, sebelum ke Nusantara ada Empayar Islam Siam dan sebelum ke benua Cina ada Empayar Islam Dinasti Ming/Qing.

    Kalau dikaji bangsa India itu tidak ada sebenarnya begitu juga dgn bangsa Cina, yg ada hanyalah negara India dan negara China skrg ini seperti negara Melayu yg diIngriskan menjadi 'Malays'.

    Padahal pelbagai bangsa dan bahasa wujud di India dan China sepertimana di Nusantara itu sendiri.

    BalasPadam
  25. Zack.
    untuk kita menjadi apa yang dipanggil 'Bangsa Melayu' ni sebenarnya mengambil proses yang lama lebih kurang 1400 tahun. begitu juga dengan India dan China.

    India dan Cheyna, kedua-dua gelaran ini ada maksud dalam bahasa Siam. Begitu juga Melayu.

    Dan asal gelaran itulah yang kita kena kaji sebab nama yang ada hari ini buleh dikira baru, contonhya Bangsa Indonesia, Bangsa Pakistan dan sebagainya, bangsa Melayu (sepatutnya kalau ikut negara di kira Bangsa Malaya)

    Persempadanan baru dunia selepas perang dunia pertama dan ke dua makin menggariskan perbezaaan kerana negeri2 yang tertaklok dipaksa menerima identiti baru version penjajah...

    Contohnya The Malay States....

    BalasPadam
  26. Dan sejarah sebenar 'Bangsa Melayu' yang bertunjangkan Islam inilah yang cuba ditegakkan kembali oleh pengkaji sejarah realiti.

    Sudah tentunya hasilnya nanti bukan bangsa melayu picisan seperti digambar oleh barat, yang merujuk sejarah tunggang langgang kesultanan melayu melaka yang penghujungnya tiada beraja.

    minta maaf cakap kalau kami kata kami lebih tinggi Semangat Melayu dari segelintir 'melayu' yang berkepentingan diluar sana.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger