Kisah Sultan Muhammad Syah Melaka dalam UUK:
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita yang telah sedar untuk memperjuangkan sejarah realiti ini walau apapun terjadi. Ini adalah perihal sejarah agama tauhid-sejarah umat Islam yang telah ditong-sampah, dihinjak-dihina maruahnya oleh puak barat dan sekutunya. Maka wajib kita mengeluarkan, membersihkan, mengangkat dan meletakkannya kembali ke tempat asalnya yang selayaknya paling tinggi.
----------------------------------------------
“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri melaka pada zaman purbakala itu, jika kanak-kanak itu sekalipun nakhoda itu kerana sudah teradat boleh diketahui didalam laut dan dalam jong baluk itu; hubaya hendaklah segala orang didalam jongnya itu berbuat takut dan malu kepadanya; hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas kerana hukum dibawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang di laut dan yang didarat, wallahualam”. UUK, ms88
Baca penerangan selanjutnya di SNK mengenai Siapa yang membuka Melaka?
------------------------------------------------------------------------------------------
Nota Penulis:
Sila rujuk lampiran diatas.
Lihat sahaja cara mereka memadamkan nama Sultan Muhammad Syah @ Nara Suan dari lipatan sejarah. Seterusnya memutuskan sejarah realiti umat Islam dari pengetahuan generasi berikutnya. Gantinya kita disogok dengan sejarah yang batil; asal Kesultanan Melayu Melaka bersusur galur Parameswara hindu dari Palembang.
Padahal sebelumnya mereka (ahli2 sejarah) tahu, ada bukti serta fakta yang mengatakan Sultan Muhammad Syah 1276M itu memang wujud! Yang peliknya lagi, setelah wafatnya Sultan Muhammad Syah datang pula orang lain dari Jeddah (?) yang membawa agama Islam, adakah ini boleh diterima akal? Sultan Muhammad Syah itu bukan Islamkah?
Manakala diperenggan kedua, bukti daripada sumber-sumber luar negara mengkuatkan lagi kisah kerajaan Siam yang menguasai Semenanjung Melaka pada abad ke 14 (sepatutnya sehingga abad ke 19 - sebelum Sultan Long Jaafar Muadzam Syah 1876 dibunuh Thai dan Ingris).
Manuskrip Undang-undang Kedah mengesahkan perkara ini, Sultan Muhammad Syah Melaka yang cuba dipadamkan dari sejarah itu adalah seorang Maharaja Siam atau gelaran lainnya King Narasuan (amat diagongkan oleh bangsa Thai hari ini).
Kebenaran fakta ini disulami pula babad tanah Jawa (Babad Tanah Jawi (The Chronicle of Java) and Serat Kanda, both written during the 17th-century period of the Mataram kingdom) raja-raja Majapahit sendiri, yang mengaku kekuasaan Siam Ayuthia! Cuma apa yang mereka tidak ketengahkan atau cuba untuk menafi ialah hakikat bahawa kerajaan Siam Ayuthia itu beragama Islam.
Dengan adanya 'berita' Sultan Muhammad Syah (sebelum UUK dikembalikan pada 2003), dan wujud pula namanya di dalam UUK (ms88) yang telah dikembalikan, secara tidak langsung menyangkal cerita dongeng Melaka 1511 yang bersumberkan British dan SATII.
Terang, hakikat sebenar sejarah Islam rantau nusantara yang mula timbul ini bakal membatalkan sejarah batil penjajah dan agen-agennya. Sesungguhnya, umat Islam rantau ini tidak akan 'bebas merdeka' selagi mendokong dan terkongkong dalam sejarah palsu. Buatlah macamana, cakaplah apa sahaja, hanya omongan tin kosong belaka.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita yang telah sedar untuk memperjuangkan sejarah realiti ini walau apapun terjadi. Ini adalah perihal sejarah agama tauhid-sejarah umat Islam yang telah ditong-sampah, dihinjak-dihina maruahnya oleh puak barat dan sekutunya. Maka wajib kita mengeluarkan, membersihkan, mengangkat dan meletakkannya kembali ke tempat asalnya yang selayaknya paling tinggi.
Perjalanan jua...
----------------------------------------------
Masih ingat lagi kaligrafi bertulisan Jawi- Malaka Haji Mi Malaya dalam kisah Cherokee Islam yang dijumpai di sebuah gua di El-Salvador Amirika Latin pada abad ke 13? Ia berkisar pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah Melaka II yang pernah berlayar ke Parsi dan menunaikan fardu haji di Baitullah Makkah.
Another great piece of analysis from you, bro. Hancurlah sejarah fantasi ciptaan British dan pengampu-pengampunya....!
BalasPadamAnalisa dan buku-buku sejarah luar negeri yang bersabit dengan rekod China dan Portugis banyak mengatakan 'Sejarah Melayu' mengandungi fakta yang kacau!
BalasPadamMereka juga bertelingkah antara Sultan Iskandar dahulu kah atau Sultan Muhammad dahulu yang memeluk Islam. Jika pun mereka mengatakan Sultan Muhammad Syah sultan pertama yang memeluk Islam, tetapi dia jatuh menjadi sultan yang ke empat dalam sejarah kesultanan Melayu Melaka. Jadi tarikh kewujudannya sudah teranjak jauh dari abad ke 13 (1276M)
Yang menariknya boleh dikatakan kesemuanya 'tidak' menjadikan UUK sebagai sumber rujukan utama mereka.
Oleh itu sejarah realiti memaparkan maklumat dan jalan cerita yang fresh dan tidak kacau seperti sejarah2 yang kita ketahui sebelum ini!
Yang penting ia 'ngam' pula dengan sejarah kedatangan Freemason ke Nusantara.
Setiap 50 tahun mesti ada 10 agenda baru mereka laksanakan ditanah jajahan mereka. Semenjak 1786-2009, sudah 200 tahun, berapa banyak agenda mereka sudah terlaksana?
Hasilnya, pandang saja kiri kanan atas bawah negara kita.
saya ada baca dalam wikipedia..Narasuan dikatakan mayatnya dibakar..dibakar?? biar betol..makamnya ada di Kedah..
BalasPadamdikatakan dibakar kerana tak dapat membuktikan Narasuan ni datang dari keturunan Alaungphaya dan Chulo(ntah apa nama dia panjang dan belit mcm diri dia)...
adoii..mcm mana nak buat dengna sejarah kita..sedih...Tolong cepat buat Press Conference...
TMP,
BalasPadamLupa nak tanya petikan buku paling atas tu dari mana (tajuk buku dan penulis)?
Assalammualaikum,
BalasPadamterpanggil utk mencoret skit apa yg saya rasa dlm dok kaji pelbagai bahan berkaitan sejarah islam terutama yg dok jadi kt kita nihhh.
cuba pakat tgk balik filem transformers 2 : revenge of the fallen... macam mana rupa puak the fallen.. perati betui2 apa tulisan masa ada tulisan shanghai, tu... dibleh blakang tu ada signboard yg ditebalikkan.. masa operasi depa dok cari geng the fallen dengar betui2 apa yg suara latar tu kata.. pastu mmg terang2 depa bagitau negara mana yg mulakan agenda depa ni.. pause masa depa tunjuk patch union jack tu... apa tulisan yg ada.. ada banyak lagi fakta kait dengan islam dan mesej gerakan akan datang oleh puak kafir nih... seperti aptimus kata kat agen tuh.. bunyi lebih kurang mcm nih.. betui ka hg nak terminate gerakan seek & destroy geng fallen nih?? mcm mana kalu depa naik balik?? hg p tanya presiden hg.. teliti betui2 filem nih...