"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, November 22, 2008

Fikirkan: Metallurgy Melayu

(updated 07/05/09 Catatan tinggalan silam)
Memandang sinis
Bangsa kita sememangnya telah dihinjak maruahnya oleh penjajah. Dinafikan daya intelektual. Diputuskan dari sejarah kegemilangan Islam yang sebenar. Dihina, dipinggir, di terajang masuk ke hutan. Minda generasi muda yang lahir selepas merdeka dirosakkan dengan putar belit sejarah yang tipu lagi palsu.

"Macamana orang Melayu hendak merdeka, hendak memerintah negara sendiri, nak buat sebatang jarum pun tak reti!". Tentu ramai yang masih ingat dengan ayat merah ini. (updated 29/09/09 - ini kalau tidak silap adalah kata-kata Dato Onn yang mungkin berbau muslihat)

Penghinaan itu memang nyata dan semua orang tahu. Tersentak juga penulis apabila mendengar sejarahnya disekolah dulu. Teringat tembaga acuan kuih bahulu dikampung. Logik budak kadangkala mengatasi akal orang tua.

Siapakah gerangannya yang meracun minda Melayu sebegini rupa? Sehinggakan 'merdeka' itu tiada langsung tersemat di jiwa. Takut merdeka untuk berdikari dan memerintah sendiri. Lebih baik bertuankan Ingris.

Sinis tentang projek kereta nasional ilham Che Det tahun 80an. 'Inferiority complex' merantai intelektual Melayu dari luak Undang England. Lain pula halnya fikiran ulama-ulama industri dari aliran Matahari Terbit. Tin Milo pun tin milolah. Yang penting 'happy'. PM yang happy.

Konsep bangsa ciptaan penjajah itulah yang mendatangkan masalah kepada Melayu. Semua penyakit dibakul-telurkan dalam satu acuan. Di label Melayu itu lemah dan tidak bertamadun. Empayarnya pun tidak lama, setakat 110 tahun, asalnya pulak Hindu. Sifatnya penuh dengki khianat.

Ditampal tanda didahi, umpama hantu cina, Melayu hanya mengikut tanpa soal bicara. Sejarah kita hari ini masih lagi menabur racun yang sama. Rendam buku minum air, insyaAllah lulus periksa.

Betul lemahkah Melayu sehingga dikait dengan jarum sebatang? Lihat sahaja dibawah ini nanti, penguasaan teknologi 'metallurgy' dan belerang sebelum kedatangan Ingris ke Semenanjung Melaka. Memang sesuailah nama Kuala Muda di Kedah itu dengan nama asalnya Kuala Muadat (belerang).

Tidak bergantung pada keris
Orang Melayu tidaklah bodoh benar, mengharap kuasa keris, tombak dan sumpit sebagai senjata untuk berperang (seperti yang digambarkan oleh sejarawan barat dan tempatan). Mereka juga normal, mempelajari seni besi sebagai satu keperluan, jika tidak pun menunaikan tuntutan Islam yang berkehendakkan umatnya bersedia menguasai teknologi dan berilmu.

Memang benar, keris dan pedang adalah hasil produk pandai besi Melayu, tetapi dalam pada itu mereka juga telah pun mahir dalam mengadunkan campuran besi untuk dibuat loyang bahulu, yang mana kalau dibesarkan sikit menjadi lobang meriam buat isi peluru.

Justeru, jikapun keris ingin diangkat sebagai pelakon utama, hero pembela bangsa, janganlah pula sampai kita hilang rasional, dikaburi dengan kisah mistik dan jumud yang akhirnya membawak kepada unsur-unsur tahyul khurafat seperti kisah Hang Tuah dan Tamingsari. Keris tetap besi yang tiada punya kuasa.

Untuk pengetahuan pembaca, pada kurun ke 15, orang Melayu telah pun menguasai teknologi meriam-bedil kalau pun tidak menggunakan senapang. Mereka tidak pula menggunakan keris terbang untuk berperang.

Ini memang diakui oleh pihak Portugis sendiri, yang mana memang terdapat kelengkapan meriam yang banyak sewaktu mereka mematahkan pemberontakan raja daerah Melaka. Bukti ini menunjukkan teknologi meriam sewaktu itu sudah menyeluruh ke Semenanjung Melaka, sehinggakan raja daerah pun memiliki kelengkapan tersebut.


(Walaupun mempunyai kelengkapan meriam, adalah logik Raja Melaka tewas dengan angkatan Portugis pada 1511 (berjumlah 1400 orang, separuhnya adalah tentera yang dibawa dari Benua India), yang datang atas arahan Maharaja Siam Islam. Mungkin kerana taraf tenteranya adalah taraf daerah sahaja dan bukannya seperti sebuah empayar Islam yang besar yang pada masa itu yang berpusat di Ayuthia, Siam. Portugis pula bukan penjajah. Mereka hanya meletakkan 'base' di Melaka atas perkenan Maharaja Siam Islam, seperti 'base' mereka yang terdapat di Macao, Nagasaki, Hormuz dan Goa. Dan memang angkatan Portugis akur pada kekuasaan kerajaan Siam Islam yang berpusat di Ayuthia pada waktu itu. Memang silap kalau sejarah kita mengambil 1511 sebagai tahun kejatuhan Empayar Melayu, kerana pusat empayar Islam itu sebenarnya di Ayuthia @ Shahru Nuri. Melaka hanya berperanan sebagai sebuah pelabuhan seperti yang diceritakan dalam buku sejarah kita hari ini).


Dari mana datangnya ilmu metallurgy Melayu?
Cendekiawan German hanya berjaya mem'patent' teknologi 'chrome' beribu tahun setelah tentera Terra Cotta dari Dynasti Qing mengaplikasikan teknologi 'chrome' di setiap senjata mereka. Kecanggihan teknologi tentera Terra Cotta ini memang menakjubkan pakar-pakar dari Eropah. Tapi mereka tidak jumpa punca (mungkin jumpa tetapi tidak mahu mengaku).

Baiklah, dari manakah pula orang-orang kita (Asia) mendapat ilmu pandai besi yang lebih awal dari orang Eropah?

Untuk mendapatkan 'klu' mari teliti Al-Quran, surah Al Khafi seperti berikut:

Ayat 96, "Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga, supaya ku tuangkan diatasnya.

Secara sederhana, ayat di atas dengan jelas menunjukkan ilmu yang diguna-pakai untuk membina tembok besi memenjara bangsa Nyajuj wa Makjuj. Ayat itu juga dengan tegas membezakan besi (iron) dan tembaga (bronze). Dan kepandaian itu turun ke Maharaja China yang pertama (Terra Cotta) dan seterusnya ke Merong Mahawangsa dari keturunannya. Bukan untuk menunjuk pandai, tetapi disitulah terletak logik sejarahnya.

Secara tidak langsung cerita ini dapat membuktikan bahawa memang terdapat kesinambungan dan perhubungan orang Semenanjung Melaka dengan Raja Iskandar Zulkarnain melalui Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Hikayat dan cerita orang-orang tua zaman dahulu sudah mula menampakkan kebenarannya dari segi logik dan saintifik.

Apa lagi yang hendak dinafikan tentang kepakaran orang Melayu yang sememangnya berasal dari titisan Raja Iskandar Zulkarnain. Boleh ke orang Melayu jadi pandai sendiri tanpa petunjuk Allah S.W.T? Atau orang Melayu lebih rela jadi pandai sebab mendapat petunjuk dari bangsa Mat Salleh? Buatlah pilihan.

Meriam dan adat orang Melayu
Seterusnya kita lihat pula bagaimana impak ilmu 'metallurgy' terhadap bangsa Siam-Melayu, dalam seni pembuatan meriam, diaplikasikan pula dalam adat dan norma kehidupan mereka.

Sila lihat sedutan dari Undang-undang Kedah (Mariyam Salim, 2005, Ms 47) yang berbunyi:

"Keempat hari itu sembahyang rayalah. Maka bedil meriam itu dipasang segenap petang sembilan cucuk atau sebelas cucuk. Maka pada Hari Raya itu dipasang bedil pada waktu subuh, sekali, raja hendak ke masjid, sekali, dan raja balik dari masjid, sekali pasang meriam itu. Maka duduk dibalai besar itu diserambi sebelah kanan itu bentara kanan dan anak bendahara dan anak maharaja dan Megat Bongsu dan anak menteri dan anak hulubalang, dan serambi kiri itu fakih dan haji-haji dan segala saudagar dan sekalian dagang adanya"

Tidak menghairankan jugalah jika setiap kali musim Raya, orang Melayulah yang putus tangan dulu, mungkin sebab sifat Melayu yang memang telah sebati dengan meriam dan belerang.

Oleh itu Melayu Moden sedarlah, jangan katakan sebatang jarum, meriam pun kita boleh buat, tapi dengan syarat kena rujuk kepada sejarah realiti baru jumpa jati diri bangsa yang hakiki.

Bayangkan jika segala manuskrip seni dan bukti peradaban 'Melayu' tidak dibawa balik ke England, disorokkan atau dikaramkan mungkin kita tidaklah jadi seperti sekarang. Umpama ayam dikepuk...

Dan mana pergi Perwaja Steel?

--------------------------------------------
Contoh-contoh meriam dan bedil orang 'Melayu' dari abad ke 15 sehingga ke 18:




A. This cannon was made in 1623 by a Malay kingdom, Singora in what is now southern Thailand. The Siamese conquered Singora in 1687 and used this cannon against the Annamese and Burmese. In 1766 the Burmese overran the Siamese capital Ayuthiya and took the gun to Burma. It was deployed by the Burmese in their three wars against the British. In 1887 the British defeated the Burmese and brought this cannon to London where it remains to this day.

(Cerita sebenar mengenai meriam dan perang di atas: Meriam 'A' di atas adalah milik Raja Bersiong -Tengku Sulaiman yang telah melarikan diri ke Singgora (Songkhala, Thailand) yang masih lagi berada dalam Nagara Kedah ketika itu. Baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah Maharaja Siam Islam telah memerintahkan Raja Acheh iaitu Paduka Seri Iskandar Mahkota Alam untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman memberi tentangan (bunyinya macam perang) dan baginda dibunuh oleh Iskandar Mahkota Alam di Singgora. Tengku Sulaiman @ King Sulayman Shah inilah Raja Bersiong, kerjanya makan orang. Kisah ini menunjukkan bahawa SIAM itu adalah Melayu sebab Tengku Sulaiman di Singora itu pun adalah orang SIAM. Bukannya 'Siamese (dianggap Thai) conquered Singora' macam tulisan diatas. Kita juga mungkin tertanya-tanya kenapa TAR beria2 menjadi penaung kepada produksi filem Raja Bersiong lakonan Ahmad Mahmud terbitan Shaw Bros. dulu. Tidak lain dan tidak bukan sebab TAR pun orang SIAM juga tetapi telah menjadi Melayu).

B. 15th Century Miniature Cannon Discovered in Mindanao in 1950. Estimated 500 years old. Records show that this rare cannon had its Malayan origin as shown in the carvings of floral patterns and it strongly suggest that this cannon was used as "status symbol" by "datus" during the early civilization.


C.
Cannon such as these were being manufactured nearly one hundred years before the arrival of Europeans to this part of the world. It is believed that gun making was introduced to the region by Muslim traders from the Middle East. The cannon are smooth bore and muzzle loading. They were used as weapons ofwar and also signalled the start and end to fasts during the period of Ramadan. The firing of cannons was also used by royalty to announce a royal birth or wedding.

----------------------------------------------

*Jika benar Portugis itu penjajah, duduk tanpa kebenaran, sudah lama kota A Famosa yang seketul itu dikromok dan dihancurkan oleh meriam2 angkatan Islam Siam, Acheh, Majapahit, Pasai, Mindanao, Patani dan lain-lain lagi.

Ternate pun Portuguese tak boleh makan. Apatah lagi Empayar Islam Benua Siam Kedah

*Ingris hanya masuk menjajah empayar Islam di Semenanjung Melaka pada awal abad ke 19, setelah berjaya membunuh Maharaja Siam Islam Sultan Long Jaafar 1876 melalui tipu daya, seperti mana mereka membuang Maharaja Moghul India ke Burma 1862. Jika tidak susah juga untuk menjajah Semenanjung Melaka selagi tuan dia ada.

---------------------------------------------

update 05/03/2009







MERBOK - Dua buah tapak prasejarah yang dipercayai digunakan sebagai tapak penempatan dan tapak kilang melebur besi yang terawal ditemui di Sungai Batu, Lembah Bujang di sini baru-baru ini.


Penemuan kedua-dua tapak itu yang terletak kira-kira satu kilometer (km) antara satu sama lain di lencongan Merbok itu menguatkan lagi dakwaan bahawa kawasan Lembah Bujang adalah antara kawasan penempatan yang tertua di dunia.

Ia ditemui sekumpulan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Februari lalu.
Menurut Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, kedua-dua tapak itu ditemui ketika sekumpulan penyelidik yang diketuai Pengarah PPAG, Prof. Madya Mokhtar Saidin menjalankan kerja-kerja pemetaan untuk penyediaan pelan pembangunan Taman Warisan Lembah Bujang.

"Kami menemui lebih kurang 30 bukit kecil mound di sekitar kawasan seluas tiga kilometer persegi yang dijangka mempunyai kepelbagaian fungsi seperti pusat kediaman atau pemerintahan.
"Hasil ekskavasi (penggalian) ke atas dua tapak itu mendapati salah satunya mempunyai batu-bata berstruktur bangunan manakala satu lagi mendedahkan fungsinya sebagai kilang melebur besi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, penemuan kedua-dua tapak berkenaan dianggap penting kerana ia mungkin dapat merungkai persoalan berhubung usia sebenar peradaban Lembah Bujang.


-------------------------------------------------
Updated 07/05/2009
Teks Idris Sulaiman rencana@hmetro.com.my

JIKA ada yang belum mendengar nama Gangga Negara, berkunjung ke Muzium Beruas Perak untuk mendapat maklumat mengenai dua kerajaan yang pernah bertapak di utara tanah air sekitar abad ke-8.Mengikut catatan, Beruas, pekan kecil kira-kira 48 kilometer (km) dari Lumut, Perak ini pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara.
Malah, kedua-dua kerajaan agung yang bertapak kira- kira 600 tahun lalu itu dipercayai wujud lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka. Ini dapat dibuktikan menerusi kesan artifak ditemui di sepanjang tebing Sungai Beruas.Pelancong yang singgah ke muzium dibuka pada 1995 ini dapat menyaksikan tinggalan artifak termasuk seramik dari Dinasti Qing, bekas colok ketika perkembangan tamadun awal Hindu dan pinggan mangkuk abad ke-19 dari England.Selain pinggan mangkuk berusia ratusan tahun, anda juga dapat menyaksikan jongkong timah yang digunakan sebagai mata wang masyarakat silam.
...Sebelum pulang, jangan lupa bergambar dengan meriam seberat 128 kilogram (kg) yang ditemui di Kampung Pulau Meranti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung ketika kerja pembersihan Sungai Beruas dijalankan pada 1986.Pengarah Muzium Perak, Nor Janati Ibrahim, berkata tapak asal muzium itu adalah bangunan menempatkan mahkamah dan pernah dijadikan pejabat, sebelum kerja ubah suai dijalankan pada 1994 yang dibiayai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.Katanya, selepas selesai pada 23 Mei 1995, bangunan itu diserahkan kepada Kerajaan Perak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Habib Mansor oleh Ketua Pengarah Muzium Negara, Mohd Zulkifli Abdul Aziz.

6 comments:

  1. alangkah baiknya kalau segala manuskrip - manuskrip kita dapat di bawak balik ke sini..

    Kita harus perbanyakkan bukti lagi untuk membuka mata masyarakat Islam akan kehebatan sejarah kita ini..

    BalasPadam
  2. http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d0/French_depiction_of_King_Narai.jpg

    Inilah wajah ilustrasi King Narai a/k/a Hang Tuan a/k/a Tun Saaban..

    Sejarah Melayu Melaka dalam buku teks mengenai Hang Tuah ini tergantung begitu sahaja..

    Walhal Hang Tuah telah dinaikkan pangkat untuk menjadi Maharaja Benua Islam Siam Kedah di Ayuthia dan dikenali sebagai Raja Narai..

    Setelah tamat tempoh beliau menjadi raja, beliau telah dilantik menjadi raja Acheh (kalau tak salah saya) dengan membawa gelaran Sultan Iskandar Mahkota Alam ataupun Sultan Iskandar Muda Thani (kalau mengikut sumber yang diberikan oleh blog sejarahnagarakedah)

    Kubur beliau ada di sana..kubur Hang Tuah versi kita hanya ditemui pada tahun 1990an..padahal disana telah lama penduduk dikawasan tersebut mengetahuinya..

    sila rujuk www.sejarahnagarakedah.blogspot.com

    Hebat sejarah kita ini..orang melayu, cina, india yang berugama Islam yang keturunannya pernah hidup dizaman tersebut harus bangga dengan kehebatan tamadun kita ini..

    Kita bukan lemah..kita kuat!!

    BalasPadam
  3. Melayu Masih Miskin.

    Petikan kata2 Prof Ungku Aziz, Mingguan Malaysia,23/11/2008

    "Saya rasa sangat sedih memikirkan semua itu. Saya berfikir macam mana hendak lepaskan orang Melayu dari belenggu kemiskinan. Sampai sekarang kita boleh tengok mengapa mangsa perpindahan banjir, 95 peratus adalah orang Melayu. Sebabnya mereka tidak mampu tinggal di tempat yang baik. Sebab itu dalam soal mengikis kemiskinan kita kena cari program khusus untuk orang Melayu. Selain itu, ada lagi pelajar Melayu yang tidak dapat menamatkan persekolahan terutama apabila emaknya seorang ibu tunggal. Saya kaji dan tulis artikel sebab-sebab orang terjerumus dalam kemiskinan. Minat saya ini dari tahun 50-an lagi dan sampailah sekarang tetap sama iaitu tentang kemiskinan. Kerajaan ada keluar statistik bahawa tiada kemiskinan tegar tapi kalau saya masuk ke kampung, saya masih boleh jumpa mereka yang tak dapat ke sekolah kerana kemiskinan."

    (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm)

    BalasPadam
  4. Tentang senjata, kenapa senjata api barat yang kononnya ciptaan mereka pemegangnya sama macam ulu parang orang Melayu ?

    Ariyo

    BalasPadam
  5. Ariyo..selamat bertolak enam.

    Matchlock atau arquebus adalah senjata api yang digunakan oleh raja Mughal abad ke 15 masa menakluk benua India.

    Teknologi belerang dan besi depa combined dari China dan Damascus...dua2 Islam.

    Dalam buku The Fireams terbitan orang putih depa x cerita bab senjata api Mughal ni...

    So memang depa amik idea tu dari orang Islam tapi depa 'improvised'...

    itu je.

    BalasPadam
  6. Salam,
    Tahniah usaha tuan..cuma musykil satu dua perkara..

    1. Kenapa maharaja bagi portugis masuk,memerintah Melaka?kan tak patut.

    2.Dalam kitab Tafsir,dikatakan kawasan yakjuj makjuj di Armenia sana.

    Mintak komen.
    Harap leh reply kat email jermz002@yahoo.com

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger