Browse » Home
Jumaat, April 18, 2008
Pencabulan Etika Fotojurnalisma - Budaya Baru?
Posted by
THE OTHER ME
Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad
Fotografer bekerja siang malam untuk mendapatkan gambar terbaik bagi mengiringi setiap berita yang dipaparkan didada akhbar atau majalah. Tanpa mereka, berita hanya sekadar berita, boleh jadi membosankan.
Menggunakan segala kelengkapan yang ada mereka kadang-kadang berjegang mata, berebut, bersiku-segong diantara masing-masing hanya kerana untuk mendapatkan sudut tebaik. Ada kalanya mereka di belasah subjek, peralatan dipecahkan, tetapi tidak mengapa, hanya kepuasan mengubat duka bila mendapat foto yang diinginkan.
Tetapi, susah-payah ini kadangkala tidak dihargai oleh pihak editor. Dari sepuluh foto yang dihantar mungkin 1 sahaja yang terpakai. Itupun cemetot kecik aje ruangan yang diberikan, malahan bukan gambar favorit bagi jurugambar tadi. Ini membuatkan usahanya tadi menjadi syok-sendiri. Sungguhpun begitu, kerja yang diamanahkan perlu dilakukan dengan penuh dedikasi, nak sara anak bini.
Pagi ini, ada yang tidak kena dengan sekeping foto yang di siarkan oleh sebuah akhbar arus perdana. Adakah ini satu permulaan terhadap siri pencabulan etika fotografi? Apakah silap pada mata penulis yang melihatnya atau ia memang satu kenyataan.
Gambar diatas memberikan penulis seribu satu macam persoalan yang ingin diutarakan disini.
Dalam keraguan penulis bertanya soalan:-
1. Kenapa saiz manusia didalam gambar itu tidak sama besar?(Adakah Tuan2 Hakim itu memang bersaiz kecil berbanding PM?)
2. Kenapa arah mata dan posisi badan tidak menunjukan lagak yang normal?
3. DOF (tahap sharpnes) yang nampak tidak sekata semacam 'blur' yang sengaja diadakan.
4. Kenapa ada kesan 'glowing' pada tangan yang bersalam?
5. Adakah kerana penggunaan 'Wide Angle lens' yang tidak kena tempat?
Walaubagaimanapun, penulis yakin ramai fotografer yang akan bersetuju dengan penulis. Pencabulan atau manipulasi gambar bagi berita arusperdana tidak boleh dibenarkan. Mesti ada sifat tanggungjawab kepada etika fotografi. Ini bukan berita sensasi majalah Hai, Mangga atau Variasari!
Jikalau benar gambar diatas di hasilkan dari teknik komposit atau superimpos, diharap pihak akhbar cepat sedar dan perbetulkan penyakit ini supaya tidak menular menjadi kebiasaan.
Dalam situasi yang begini, berbagai tafsiran boleh dibuat untuk menjatuhkan para pemimpin dan sebagainya. Jadi setiap foto kena jelas dan terang untuk mengelak persepsi yang tidak diundang. Jangan jadikan budaya tangkap muat sebagai amalan.
Oleh itu,sebarang teknik superimpose untuk memperdayakan pembaca hanya akan menjatuhkan kredibility dan akauntability syarikat suratkhabar itu sendiri, dari luar mahupun dari dalam negeri.
Fotojurnalisma adalah kerjaya yang bermaruah, jangan sampai ia terlacur oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Kredibility perlu dijaga.
Diharap, editor-editor akhbar mestilah memperbetul dan mengawasi setiap gambar yang di siarkan. Supaya tidak melanggar etika kewartawanan yang selama ini dilaung-laungkan.
Tetapi jika semua telahan penulis diatas tidak benar, maka penulis dengan rendah diri memohon ribuan ampun dan maaf.
Sekian.
Penulis.
Certified Photographic Consultant.
Photo Marketing Association International
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.