"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, April 24, 2008

Oi Babi!

Agak kasar bunyinya! Pantang sungguh Melayu kalau dipanggil babi. Sesilap boleh bertumbuk. Begitulah alerginya orang Melayu dengan binatang yang bernama babi ini. Termasuklah Melayu yang taik arak, taik judi dan kaki betina. Babi-babi jangan buat main....haram ooo!

Sawan babi, gila babi, babi tonyok, perangai babi, babi hutan...nampak? Tiada satu pun yang nampak cantik bila dikenenkan dengan babi. Gila babas!

Persoalannya, bolehkah diharamkan atau ditutup terus pernternakan babi di Malaya ini?
Susah juga. Iyalah sedangkan Arab Saudi negara Islam itu pun sudi membenarkan babi-babi berkeliaran dinegaranya semasa Perang Teluk, inikan pula Malaya. Negara berbilang bangsa dan agama, yang ada pulak segelintir warganya yang taksub dengan hak kebebasan bersuara, memperjuangkan pula hak sama rata lelaki-wanita. Kononnya lelaki tidak boleh kahwin dua kata mereka...takpe ana kawin tigaaa...

Juteru, jika tidak boleh tutup, apa yang boleh kerajaan lakukan?
Langah kawalan. Disini penulis bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Selangor yang mahu memusatkan penternakan babi dinegeri ini dengan kaedah moden. Itu tindakan yang ada cerdik akalnya.

Cuma ada sedikit tambah-tokok penulis mengenai cadangan itu yang mungkin sudahpun dikemukakan oleh pelbagai pihak yang lain, iaitu:-

1. Sensitiviti seluruh umat Islam di Malaya mestilah menjadi keutamaan!( Apa sahaja perbalahan kemudian hari, sensitiviti Islam mesti didahulukan walaupun mereka menjadi minoriti).
2. Buat ditempat yang jauh dari masyarakat, hendaknya biar jauh ke dalam hutan.
3. Sediakan kilang moden yang boleh mengawal-selia sisa buangan supaya boleh dikitar semula dan tidak mengganggu ekosistem.
4. Jangan jadikan babi bahan eksport utama kerajaan, ternak hanya untuk keperluan rakyat tempatan.
5. Lesenkan hanya satu sahaja pusat penternakan diMalaya ini dan dipantau rapi oleh pihak kerajaan supaya tiada penyelewengan.
6. Jangan politikkan isu babi ini. Kasi setel sudahlah...busuklaah!
7. Kalau tidak boleh setel juga, tutup semua kilang babi, import sahaja macam Singaporengge. Jangan bikin kecoh.

Jadi pakcik-pakcik dan orang-orang kampung Sepang! Sudah-sudahlah hipokrit. Cadangan kilang babi yang diutarakan oleh kerajaan negeri Selangor ini adalah lanjutan dari kerajaan negeri yang dahulu. Kenapa dulu tidak memekik? Letihlah luuu..

Perlu juga diingat, bukan semua orang kafir makan babi. Ada yang 'vegetarian', ada yang tidak makan daging, dan ada juga yang sedar tentang kemudaratan babi dan berhenti memakannya. Yahudi lagikan tidak makan babi (tidak kosher), mempengaruhi perangai dan peribadi kata mereka,ditambah lagi bahaya cacing pita!

Jika kerajaan boleh mengadakan kempen Tak Nak Merokok, Kempen Kurang Gula, Kempen Alam Sekitar, Kempen Pandu Cermat Jiwa Selamat, Budi Bahasa Budaya Kita, alangkah eloknya jika diadakan pula Kempen Kesedaran Bahaya Babi kepada masyarakat. (cadangan yang tidak masuk akal?)

Kita mesti lawan propaganda yang ditunjukkan dalam filem 'Babe' yang secara halus meracuni minda anak-anak kita! (bukan lagu KRU). Akibatnya hari ini banyak juga generasi muda melayu hari ini sudah hilang rasa jijik terhadap binatang ini didalam jiwa mereka. Takut nanti ada pulak memelihara babi sebagai binatang peliharaan. (bela anjing sudah mula menjadi trend?)

Akhirul kalam, dengan kempen dan informasi yang bekhemah akan membuatkan rakyat asing lebih faham dan mengerti mengapa babi diharamkan oleh agama, Ia juga dapat memberi kefahaman kepada generasi hari ini tentang hukum haram binatang ini dan akan memudahkan peranan dakwah dikemudian hari tanpa banyak gaduh.

Sekian.

2 comments:

  1. Dia ni bukan sahaja babi ... tapi sial .. cilaka ..

    Kalau aku ada heli macam kat You Tube tu .. dah lama aku aim .. kasi mati orang ni .

    BalasPadam
  2. Jangan marah sangat. Babi pun kejadian Allah juga. :-) cuma rupa dan perangainya yang tak elok bagi ikutan manusia yang diberi akal fikiran.

    Helikopter2 tu semua adalah teknologi yahudi. Kita patut belajar dari yahudi cara-cara membuat Helikopter ni. Bukan belajar mengikut perangai mereka...

    Barangan buatan mereka selalunya mempunyai ciri-ciri kualiti A1 - first class - tip top.

    Patutlah tak akan kiamat dunia selagi yahudi tidak kalah perang. Lihat sahajalah kekuatan mereka...

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger