"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, April 02, 2008

Bahasa Melajoe ejaan Belanda dan Memoir Ahmad Boestamam



Penoelis amat tertarik dengan footage klasik ini dan tidak bermaksud oentoek memboe'at provakatif atau konfrantasi terhadap warga Indonesia.

Apa yang menarik dalam klip ini ialah bahasa dan ejaan yang digunakan sewaktoe itoe. Soeasana dan mood yang dipaparkan juga memberikan semacam satu suntikan semangat baru kepada penoelis. Dapat kita lihat moeka-moeka asal Melajoe, Jawa dan Minang yang tidak berbaju, dan terdapat slot Sultan Melajoe bertanjak dan berbaju polkadot...sungguh klasik!

Boleh jadi P.Ramlee juga mendapat idea membuat lagu 'karpet terbang' dalam filem Laksamana Do Re Mi menggunakan intro lagu ini..lagu Jepun.

Memoir Ahmad Boestamam.
Sedang penulis membelek buku Memoir Ahmad Boestamam (MAB), 'Merdeka dengan Darah dalam API', penulis terjumpa sebuah senikata lagu yang tidak pernah didengar melodinya. Ia berbunyi begini:-

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Bila datangnya pembalasan
Rakyat menjadilah hakim
Rakyat menjadilah hakim
Ayuh! Ayuh!
Berjuang sekarang
Kemerdakaan sudah datang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
(Tan Sri A. Samad Ismail ,2004 dalam Memoir Ahmad Boestamam, p17)

Kekalutan politik yang melanda tanahair hari ini memungkinkan ramai yang rindu akan gaya dan kepemimpinan yang mempunyai harga diri, karisma serta bersemangat juang yang tinggi seperti Dr, Burhanudin Al-Helmi, Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) dan Ahmad Boestamam sendiri.

Tiada lagikah replika pejuang seperti mereka ini? Gemilang atau hilang, pejuangan mereka tidak didendang.

Walaupun dalam percaturan politik tanahair, strategi mereka tidak begitu mengena, tetapi kisah semangat dan perjuangan asal mereka ini harus diambil kira oleh pemimpin politik generasi muda sebelum berkira-kira memegang tampuk kuasa.

Sekian.

Buku pilihan : Memoir Ahmad Boestamam; Merdeka dengan Darah dalam Api, 2004, Penerbit UKM, Kuala Lumpur (http://www.penerbit.ukm.my)

2 comments:

  1. Terkanang wa' ae maso mudo..manjat pokok jarhing di kajar nya lambu di kampuangg

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger