"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, April 28, 2008

nak CA-KHOI bapa ghinggit bang?

0 comments


The best youtube clip so far!
Soundtrack: Thunderstruck / ACDC
Read full post »

Ahad, April 27, 2008

Ustaz Azizan mahu Kedah menang lawan Pahang, esok (hari ini)

0 comments
PENDANG, 26 April (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mahu pasukan bola sepak Kedah meneruskan kemenangan dalam pertemuan dengan pasukan Pahang di Stadium Darul Aman malam esok.
"Saya minta depa (pemain) jaga maruah Kedah. Kita dah champion, esok kalah atau menang depa akan dapat piala.

"Esok Tuanku (Sultan) pun akan turun. Jadi, jaga jangan seronok sangat. Esok nak terima piala tengok-tengok kalah, malu tu," ujarnya dalam menjawab persoalan oleh wartawan mengenai pertemuan Liga Super antara Kedah dan Pahang malam esok.

Sumber: Harakah.daily
Read full post »

Khamis, April 24, 2008

Oi Babi!

2 comments
Agak kasar bunyinya! Pantang sungguh Melayu kalau dipanggil babi. Sesilap boleh bertumbuk. Begitulah alerginya orang Melayu dengan binatang yang bernama babi ini. Termasuklah Melayu yang taik arak, taik judi dan kaki betina. Babi-babi jangan buat main....haram ooo!

Sawan babi, gila babi, babi tonyok, perangai babi, babi hutan...nampak? Tiada satu pun yang nampak cantik bila dikenenkan dengan babi. Gila babas!

Persoalannya, bolehkah diharamkan atau ditutup terus pernternakan babi di Malaya ini?
Susah juga. Iyalah sedangkan Arab Saudi negara Islam itu pun sudi membenarkan babi-babi berkeliaran dinegaranya semasa Perang Teluk, inikan pula Malaya. Negara berbilang bangsa dan agama, yang ada pulak segelintir warganya yang taksub dengan hak kebebasan bersuara, memperjuangkan pula hak sama rata lelaki-wanita. Kononnya lelaki tidak boleh kahwin dua kata mereka...takpe ana kawin tigaaa...

Juteru, jika tidak boleh tutup, apa yang boleh kerajaan lakukan?
Langah kawalan. Disini penulis bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Selangor yang mahu memusatkan penternakan babi dinegeri ini dengan kaedah moden. Itu tindakan yang ada cerdik akalnya.

Cuma ada sedikit tambah-tokok penulis mengenai cadangan itu yang mungkin sudahpun dikemukakan oleh pelbagai pihak yang lain, iaitu:-

1. Sensitiviti seluruh umat Islam di Malaya mestilah menjadi keutamaan!( Apa sahaja perbalahan kemudian hari, sensitiviti Islam mesti didahulukan walaupun mereka menjadi minoriti).
2. Buat ditempat yang jauh dari masyarakat, hendaknya biar jauh ke dalam hutan.
3. Sediakan kilang moden yang boleh mengawal-selia sisa buangan supaya boleh dikitar semula dan tidak mengganggu ekosistem.
4. Jangan jadikan babi bahan eksport utama kerajaan, ternak hanya untuk keperluan rakyat tempatan.
5. Lesenkan hanya satu sahaja pusat penternakan diMalaya ini dan dipantau rapi oleh pihak kerajaan supaya tiada penyelewengan.
6. Jangan politikkan isu babi ini. Kasi setel sudahlah...busuklaah!
7. Kalau tidak boleh setel juga, tutup semua kilang babi, import sahaja macam Singaporengge. Jangan bikin kecoh.

Jadi pakcik-pakcik dan orang-orang kampung Sepang! Sudah-sudahlah hipokrit. Cadangan kilang babi yang diutarakan oleh kerajaan negeri Selangor ini adalah lanjutan dari kerajaan negeri yang dahulu. Kenapa dulu tidak memekik? Letihlah luuu..

Perlu juga diingat, bukan semua orang kafir makan babi. Ada yang 'vegetarian', ada yang tidak makan daging, dan ada juga yang sedar tentang kemudaratan babi dan berhenti memakannya. Yahudi lagikan tidak makan babi (tidak kosher), mempengaruhi perangai dan peribadi kata mereka,ditambah lagi bahaya cacing pita!

Jika kerajaan boleh mengadakan kempen Tak Nak Merokok, Kempen Kurang Gula, Kempen Alam Sekitar, Kempen Pandu Cermat Jiwa Selamat, Budi Bahasa Budaya Kita, alangkah eloknya jika diadakan pula Kempen Kesedaran Bahaya Babi kepada masyarakat. (cadangan yang tidak masuk akal?)

Kita mesti lawan propaganda yang ditunjukkan dalam filem 'Babe' yang secara halus meracuni minda anak-anak kita! (bukan lagu KRU). Akibatnya hari ini banyak juga generasi muda melayu hari ini sudah hilang rasa jijik terhadap binatang ini didalam jiwa mereka. Takut nanti ada pulak memelihara babi sebagai binatang peliharaan. (bela anjing sudah mula menjadi trend?)

Akhirul kalam, dengan kempen dan informasi yang bekhemah akan membuatkan rakyat asing lebih faham dan mengerti mengapa babi diharamkan oleh agama, Ia juga dapat memberi kefahaman kepada generasi hari ini tentang hukum haram binatang ini dan akan memudahkan peranan dakwah dikemudian hari tanpa banyak gaduh.

Sekian.
Read full post »

Rabu, April 23, 2008

Rustam Sani meninggal dunia pagi tadi

0 comments

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger, Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun.
Demikian sistem pesanan ringkas (sms) yang dimajukan oleh Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Difahamkan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan dengan kediaman beliau di Gombak selepas Zuhur nanti.

Dalam pada itu menurut suara-ummah.blogspot.com yang turut menyiar berita pemergiaan Allahyarham menyatakan beliau meninggal dunia setelah terkena serangan jantung dan menurut anaknya, Ariani doktor juga mengesahkan bapanya mengalami paru-paru berair.

Allahyaraham difahamkan sedang dalam persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.

Allahyarham juga merupakan seorang kolumnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di bawah kolum 'Pandangan Rustam' dan sentiasa menyumbangkan artikelnya di dalam Harakahdaily.net serta akhbar Harakah.

Beliau yang dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944 merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestaman.

Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sumber: Harakahdaily.net
Read full post »

Isnin, April 21, 2008

Isi atau Kulit?

0 comments


Mana satu idaman kalbu?
Read full post »

Jumaat, April 18, 2008

Pencabulan Etika Fotojurnalisma - Budaya Baru?

0 comments

Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Tun Salleh Abas pada Majlis Makan Malam Badan-Badan Peguam di Kuala Lumpur malam tadi sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad

Fotografer bekerja siang malam untuk mendapatkan gambar terbaik bagi mengiringi setiap berita yang dipaparkan didada akhbar atau majalah. Tanpa mereka, berita hanya sekadar berita, boleh jadi membosankan.

Menggunakan segala kelengkapan yang ada mereka kadang-kadang berjegang mata, berebut, bersiku-segong diantara masing-masing hanya kerana untuk mendapatkan sudut tebaik. Ada kalanya mereka di belasah subjek, peralatan dipecahkan, tetapi tidak mengapa, hanya kepuasan mengubat duka bila mendapat foto yang diinginkan.

Tetapi, susah-payah ini kadangkala tidak dihargai oleh pihak editor. Dari sepuluh foto yang dihantar mungkin 1 sahaja yang terpakai. Itupun cemetot kecik aje ruangan yang diberikan, malahan bukan gambar favorit bagi jurugambar tadi. Ini membuatkan usahanya tadi menjadi syok-sendiri. Sungguhpun begitu, kerja yang diamanahkan perlu dilakukan dengan penuh dedikasi, nak sara anak bini.

Pagi ini, ada yang tidak kena dengan sekeping foto yang di siarkan oleh sebuah akhbar arus perdana. Adakah ini satu permulaan terhadap siri pencabulan etika fotografi? Apakah silap pada mata penulis yang melihatnya atau ia memang satu kenyataan.

Gambar diatas memberikan penulis seribu satu macam persoalan yang ingin diutarakan disini.

Dalam keraguan penulis bertanya soalan:-
1. Kenapa saiz manusia didalam gambar itu tidak sama besar?(Adakah Tuan2 Hakim itu memang bersaiz kecil berbanding PM?)
2. Kenapa arah mata dan posisi badan tidak menunjukan lagak yang normal?
3. DOF (tahap sharpnes) yang nampak tidak sekata semacam 'blur' yang sengaja diadakan.
4. Kenapa ada kesan 'glowing' pada tangan yang bersalam?
5. Adakah kerana penggunaan 'Wide Angle lens' yang tidak kena tempat?


Walaubagaimanapun, penulis yakin ramai fotografer yang akan bersetuju dengan penulis. Pencabulan atau manipulasi gambar bagi berita arusperdana tidak boleh dibenarkan. Mesti ada sifat tanggungjawab kepada etika fotografi. Ini bukan berita sensasi majalah Hai, Mangga atau Variasari!

Jikalau benar gambar diatas di hasilkan dari teknik komposit atau superimpos, diharap pihak akhbar cepat sedar dan perbetulkan penyakit ini supaya tidak menular menjadi kebiasaan.

Dalam situasi yang begini, berbagai tafsiran boleh dibuat untuk menjatuhkan para pemimpin dan sebagainya. Jadi setiap foto kena jelas dan terang untuk mengelak persepsi yang tidak diundang. Jangan jadikan budaya tangkap muat sebagai amalan.

Oleh itu,sebarang teknik superimpose untuk memperdayakan pembaca hanya akan menjatuhkan kredibility dan akauntability syarikat suratkhabar itu sendiri, dari luar mahupun dari dalam negeri.

Fotojurnalisma adalah kerjaya yang bermaruah, jangan sampai ia terlacur oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Kredibility perlu dijaga.

Diharap, editor-editor akhbar mestilah memperbetul dan mengawasi setiap gambar yang di siarkan. Supaya tidak melanggar etika kewartawanan yang selama ini dilaung-laungkan.

Tetapi jika semua telahan penulis diatas tidak benar, maka penulis dengan rendah diri memohon ribuan ampun dan maaf.

Sekian.

Penulis.

Certified Photographic Consultant.
Photo Marketing Association International
Read full post »

Rabu, April 16, 2008

Foto Vintage: Jumpa Menteri.

0 comments

Photographing the Minister

Menteri: Datuk Mohd Shafie Apdal.
Kementerian : Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Sandang: 30 Mac 2004 – 8 Mac 2008
Tempat: Putrajaya
Cameraphone: Sony Ericsson
Foto oleh: Fais Harris

Antara minat penulis ialah mengambil gambar pak-pak menteri Malaya, untuk dibuat koleksi vintage. Bonus, jika mereka sudi menerimanya sebagai tanda kenangan daripada penulis.
Read full post »

Selasa, April 15, 2008

Anjakan Paradigma.

2 comments
Apabila perkataan 'anjakan paradigma' ini pertama kali diguna-pakai oleh media beberapa tahun dulu, penulis hanya membiarkannya berlalu pergi. Tidak dinafikan, bunyinya sedikit bombastik dan agak sedap didengar,namun penulis masih belum minat menggunakannya.

Secara jujur, penulis tidak begitu memahami maksud sebenar dan konteks ayat yang sesuai untuk dipadankan dengan kata saduran yang berasal dari bahasa omputih ini. Koman sungguh penulis.

Sehinggalah lebih kurang tiga bulan yang lepas, penulis berpeluang untuk menghadiri satu syarahan anjuran sebuah universiti swasta, bertempat di Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur, yang bertajuk 'Paradigm Shift-Adapt or Die!' (Dasssat ni, macam tajuk album Megadet je...)

Telah disampaikan oleh seorang professor jemputan dari luar negara, khusus untuk menerangkan maksud 'anjakan paradigma'.

Yang menariknya, pada hari tersebut penulis tidak bersendirian. Rupanya ramai lagi yang koman. Dari wartawan akhbar-akhbar tempatan, pengurus syarikat-syarikat besar, peguam, arkitek sehinggalah ke para petani professional yang menolak Kubota demi satu anjakan paradigma...apa menatang?

Hampir 3 jam kami dipaparkan dengan slaid demi slaid, ditambah teori serta contoh. Penuh khusyuk menadah input (termasuklah dari mulut ke perut), diselang sesi soal jawab bersama hadirin. Akhirnya masing-masing tersenyum puas tanda terungkai sudah maksud yang dicari.

Sekurang-kurangnya berbaloi juga penyertaan penulis hari itu.

Iyalah bak kata cikgu sekolah rendah dulu, "kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya, kalau tidak dikoyak jeans manakan nampak kepala lututnya". Rock ouu...


Kata Ahlul Politik
"Kita mestilah bersedia melakukan satu anjakan paradigma untuk berdaya saing". Apa barang ni bai? Wa dengar tajak, lu dengar pajak...? Berbuihlah kawan tu berceramah, dari surau ke madrasah, dari dewan sekolah ke bendang sawah, JKKK tahu angguk...kepala hangguk. (Jawatan Kuasa Kurang Kerja la katakannn...)

Jikalau ditanya balik, harammmm. Kalau tidak kena gaya memang tak faham. Melainkan JKKK mukim Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak. Boleh jadi depa seme dari kalangan orang yang bijak-bijak!

Anjakan Paradigma - Berubah Cara.
Secara ringkasnya 'anjakan paradigma' ini bermaksud 'ubah kaedah atau ubah cara lama'.

'Ubah' ini termasuklah tukar, buang, tinggalkan, perbaiki dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini termasuklah ruang-lingkup gaya pemikiran, kaedah,pentadbiran, teknik, 'approach' dan yang sama erti dengannya..

Itu saja pointnya. Ringkas dan mudah. Tidak perlu sampai 3 jam. Tetapi kalau konteks ayat ini diambil secara literal, maka harus dengan fesyen rambut JKKK sekali akan berubah.

Sedia Beranjak Supaya Tidak Ketinggalan.
Anjakan paradigma ini sesuai digunakan untuk menerangkan peri penting perubahan untuk sesuatu kemajuan berasaskan teknologi atau rekacipta terkini kepada masyarakat.

Bermaksud, paradigma akan sentiasa berubah selaras dengan perubahan dunia semasa. Apa sahaja yang menjadi perkara baru pada hari ini akan segera menjadi basi pada keesokkannya. Lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan ICT yang sentiasa berinnovasi menyajikan teknologi terkini. Contohnya telefon bimbit, notebook dan sebagainya.

Kerana apabila satu teknologi baru ditemui untuk mengatasi teknologi yang lama, maka satu anjakan paradigma diperlukan bagi menerima pakai paradigma yang baru tadi. Kebarangkalian untuk ketinggalan dalam perlumbaan teknologi amat tinggi jika tidak sentiasa di'update' dengan input terkini.

Paradigma Zon Selesa.
Paradigma yang sedia ada selalu dikategorikan sebagai paradigma zon selesa - atau comfort zone. Justeru, amat berat bagi mereka untuk meninggalkan paradigma zon selesa itu. Lebih-lebih lagi ia tidak mengganggu gugat status-quo yang dikecapi. Oleh itu, untuk melakukan anjakan paradigma, ia memerlukan satu kesedaran dan kekuatan dalaman untuk merobah kebiasaan itu.

Melainkan mereka mendapati zon selesa itu tidak lagi sesuai dengan gaya hidup mereka, lalu inginkan perubahan yang total, maka disitu anjakan paradigma lebih mudah dilakukan.

Tukar keta baru termasuk dalam anjakan paradigma juga ke bang? Boleh jadi, tapi yang ni profesor tu tak sebut la dek...pi tanya Tuan Khadi. Takut-takut ia menjadi 'anjakan paradigma-lapetaka' bagi diri sendiri, mana kita tahu, untung sabut timbul, untung batu?

Anjakan Paradigma dan Sejarah.
1. Mekanikal Swiss Vs Quartz Jepun
Dahulu pembuat jam mekanikal terkemuka dunia dikuasai oleh orang Swiss. Tidak mengguna bateri dan mereka sangat bangga dengan kepakaran itu. Tiada siapa yang boleh menggalahkan orang Swiss dalam kadeah pembuatan enjin jam. Akibatnya mereka leka dan selesa dalam paradigma itu lalu tidak memperdulikan idea dan teknologi baru yang lebih bernas.

Sehinggalah, Seiko dari Jepun, membuat 'reverse engineering' terhadap teknologi Quartz. Iaitu mengubah keseluruhan paradigma enjin mekanikal kepada enjin Quartz yang menggunakan bateri. Ini telah mengakibatkan perubahan menyeluruh terhadap industri tersebut.

Penerimaan jam Quartz yang begitu menggalakkan dari pengguna seluruh dunia menyebabkan penjualan jam mekanikal Swiss jatuh merudum. Hampir-hampir mereka gulung tikar.

Akhirnya, pengusaha jam Swiss terpaksa berubah dan menerima pakai paradigma baru (Adapt or Die!) dengan memperkenalkan jam Swatch berenjin Quartz untuk menandingi Seiko keluaran Jepun. Mereka bernasib kerana cepat sedar dan berubah untuk kekal dalam persaingan sehingga sekarang.

2. Kuda-kuda Vs Berdiri Lurus.
Kuda-kuda dalam ilmu beladiri dianggap satu paradigma. Mengikut budaya dan persepsi masyarakat, bukan ilmu beladiri jika tanpa kuda-kuda.

Paradigma ini kemudiannya dicabar (challenge) oleh satu innovasi terbaru(diwaktu itu) didalam bidang ilmu beladiri, iaitu berdiri lurus. Apabila kaedah berdiri lurus diperkenalkan, ia sangat berlawanan dengan paradima yang sedia ada.

Kaedah berdiri-lurus pada awalnya dipandang lekeh tetapi kemudiannya mendapat sambutan apabila kaedah ini terbukti berkesan dalam 'street fighting' yang memerlukan 'mobility' , 'agility', 'durability', 'speed' dan 'simplicity'. Ia juga terbukti praktikal dari sudut logik dan fakta saintifik.

Oleh itu, pengamal seni beladiri yang berkuda-kuda terpaksa melalui satu anjakan paradigma dari segi persepsi dan mental untuk mempelajari teknik berdiri lurus, yang ternyata mudah untuk dilakukan tanpa banyak latihan. Hanya berdiri normal.

Walaupun begitu, kebiasaannya, pada setiap permulaan paradigma baru, pasti terdapat pandangan serong atau keraguan yang munasabah yang memang tidak 'tercapai dek akal'.

Iyelah mana mungkin 'air mengganti minyak', mana mungkin 'besi boleh terbang', mana boleh 'silat tak pasang kuda-kuda'. Tapi lama kelamaan keraguan ini akan lenyap dengan sendirinya dek kerana arus perubahan yang berlaku dan apabila ia sudah menjadi kebiasaan. Contoh, hari ini tiada siapa yang pelik melihat kapal terbang mendominasi ruang angkasa.

Perlu berani beranjak.
Untuk beranjak ke satu paradigma yang baru seseorang perlu berani mengambil risiko. Tetapi kalau tidak mahu berubah tidak mengapa, selagi dalam 'comfort zone' selagi itu aman. Tapi dok takok lama bermakna tiada kemajuan. Bak kata sebaris pepatah German "You won't discover the new oceans if you afraid to lose sight of the shore.." (xde bunyi German punnn...?)

Dalam konteks Malaya hari ini, sudah nampak keberanian rakyatnya untuk beranjak. Dari segi mentaliti dan strategi , ini bukanlah perkara yang negatif, tetapi ia memang sudah menjadi lumrah manusia yang diberi akal fikiran. Apabila terdesak ia memberontak, apabila tersepit ia memekik.

Walaupun begitu, menolak yang lama mengganti baru bukan bermakna benci, hanya pembaharuan yang dicari. Rentak pemikiran generasi baru ini janganlah dipandang sepi, sepatutnya dihampiri dan diselidiki, tidak perlu dihentam dan dikasari. Mereka juga punya IC, maruah diri dan satu undi.

Lagipun sudah menjadi lumrah alam, yang lamakan pergi, yang baru mengganti. Silih berganti hari demi hari.

Rumusan.

Sebagai rumusan, selagi tidak memesong akidah, anjakan paradigma harus dilakukan demi kebaikan. Ia berkonsepkan 'hijrah' dari satu ruang-lingkup lama ke ruang-lingkup baru, dari melakukan kejahatan kepada kebaikan, dari kesusahan ke kesenangan dan begitulah seterusnya.

Oleh itu meminjam kata-kata Sang Ahlul Politik "Marilah kita melakukan satu anjakan paradigma untuk berdaya saing dalam era globalisasi hari ini, semoga kita mencapai kejayaan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang...".

Sekian.

Jadi "mari kita minum duluuuuu...."

Jap bang! Kalau macam tu bukan konsep 'Paradigm Shift' ni professor omputih tu amik dari Al-Quran ka?
Haaa...sindiri mau ingat la dek.
Read full post »

Isnin, April 14, 2008

Agenda Melayu, retorik yang memperlekeh minda melayu?

0 comments
Sejak kebelakangan ada pula suara yang menjeritkan AGENDA MELAYU!! Apa itu agenda melayu? Penulis kurang pasti alasan disebalik mantra yang digembar-gemburkan oleh GABEM ini. (nama yang sudah 'established')

Ingin mendapatkan kembali sokongan orang melayu? Pelik sungguh. Kenapa pula sekarang menagih simpati, pernahkah suara marah orang melayu ini diambil peduli selama ini?

Melayu kini beralih arah...rajuk yang tidak bisa diubati lagi...pasrah atau parah? Bab amuk belum pasti...perangai lama lambang jatidiri kata Oxford Dictionary.

Persoalannya, kenapa kini baru timbul cerita agenda melayu? Setelah 50 tahun Malaya merdeka cerita agenda melayu masih lagi tak sudah? Apa kejadah? Siapa yang paling lama memerintah? Rashuah...?

Dimana agenda melayu semasa Bahasa Inggeris menjadi wadah pengajaran Ilmu Hisab dan Sains? Dimana agenda melayu ketika tulisan Jawi dimansuhkan dari sistem pelajaran?

Dimana agenda melayu ketika akhbar Utusan Melayu dikuburkan? Dimana agenda melayu ketika anak muda lebih mengenal Punk dari Ghazal untuk Rabiah? Dimana pula agenda 'kerohanian' ketika agenda melayu tercanang-canang?

Dimana agenda melayu ketika Singapura dipisahkan?

Orang melayu, jangan terlalu senang menuding salah kepada Pak Lah. Dia hanya mewarisi legasi yang sedia lemah menanti rebah! Hatta sesiapa pun yang berada ditempatnya akan dimakan sumpah, doa rakyat marhaen yang sudah menyampah! Waima penggantinya pun bakal mendapat seranah! Umpama menyendal dahan rekah menanti belah...sia-sia ajelah. Adalah lebih elok jika dinanti tunas baru yang giat cambah, lebih kuat lebih getah!

Walau apa pun tujuannya agenda ini, adakah ia sebenar-benar untuk menolong bangsa melayu? Atau helah parti politik yang berselindung disebalik nama baru? Atau cubaan mendapat sokong, menyubur agenda politik individu tertentu?

Entahlah. Semakin hari semakin 'kalang-pukang' situasi politik orang melayu hari ini. Kuasa 'tidak kekal' yang selama ini diagung-agungkan nampaknya sudah sampai ke alam pencen, mungkin bersara awal umur 55.

Penulis tidak mahu banyak 'politiking', tetapi cukup sensitif dengan penghinaan dan celaan terhadap bangsa melayu, terutama sekali kepada 'mereka-mereka' yang tidak ikhlas memperjuangkan agenda melayu!

Bagi penulis, agenda ini hanya retorik untuk memperlekehkan minda melayu, bukan secara senggol-senggolan...tetapi terang-terangan!

Bak kata seorang rakan penulis, sewaktu sama-sama merakam sejarah PRU12 yang lalu; "selagi sesuatu badan gabungan itu di naungi orang politik, maka jangan harap ada penyatuan dikalangan orang melayu!" Katanya lagi, "cuba lihat pertubuhan bangsa-bangsa asing...1,3,5,8 susunannya".

Akhirul kalam, setiap agenda yang mengkuat sesuatu bangsa pasti mempunyai asas dan intipati yang tersendiri, sejarah telah membuktikan...

Apa asas kekuatan Bangsa Arab menakluk dunia?
Apa asas kekuatan Bangsa Turki menguasai Konstantinapol?
Apa asas kekuatan Bangsa Moor menggengam Andalusia?
Apa asas kekuatan Bangsa Kurdish merampas Baitulmaqdis?
Apa asas kekuatan Bangsa Melayu membina empayar diNusantara?

Apa pula asas agenda melayu naungan GABEM?

Fikirlah sendiri...
Read full post »

Jumaat, April 11, 2008

MCA: Izinkan mualaf keluar Islam

0 comments
MCA: Izinkan mualaf keluar Islam
Apr 11, 08 12:17pm
Sumber : Malaysiakini.com
kemaskini 4:09pm

Sambil mengalu-alukan langkah baru mewajibkan seseorang mengisytiharkan penukaran agama kepada Islam, MCA turut mencadangkan seseorang mualaf dibenarkan meninggalkan Islam tanpa sebarang halangan.

"Pada waktu yang sama, mesti wujud proses dan tatacara yang telus bagi mereka yang bertukar agama kerana perkahwinan atau ketika masih kanak-kanak untuk meninggalkan Islam tanpa sekatan," kata presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Ong juga mencadangkan saudara baru diberikan satu tempoh masa tertentu untuk memaklumkan penukaran agama itu kepada keluarga bagi memastikan keadilan kepada ahli keluarganya dan menghindari perbalahan di kemudian hari.

"Pendirian MCA sentiasa konsisten dengan langkah sedemikian. Bagaimanapun, kami ingin penjelasan lanjut proses pelaksanaan syarat tersebut," kata Ong lagi.

Perdana menteri semalam mengumumkan kerajaan bakal memperkenalkan peraturan mewajibkan seseorang bukan Islam yang ingin memeluk Islam memaklumkan kepada keluarga mereka mengenai status agamanya.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata langkah itu bertujuan mengelak masalah sewaktu saudara baru itu meninggal dunia.

"Kita tidak mahu jabatan agama kata si mati beragama Islam, manakala keluarganya pula berkata dia beragama lain akibat dia masuk Islam secara senyap-senyap tanpa memberitahu keluarga," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam.

Apabila wujud peraturan itu, tambah Abdullah, seseorang mualaf perlu mempunyai dokumen yang menunjukkan keluarganya telah dimaklumkan mengenai agama barunya.

Sejak beberapa tahun lalu kes perebutan mayat antara jabatan-jabatan agama dengan keluarga si mati yang bukan Islam semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan masyarakat.

Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoi Malaysia (MCCBCHST) turut mengalu-alukan pengumuman kerajaan itu.

"Langkah ini positif bagi memastikan perundangan dan sistem pentadbiran tidak akan disalahgunakan oleh seseorang yang cuba mengelak daripada tanggungjawab kepada keluarganya sendiri dengan masuk Islam," kata presiden majlis itu Datuk A Vaithilingam hari ini.

"Bagaimanapun mesti ada dokumen hitam putih bagi membuktikan ahli keluarga terdekat, khususnya ibu bapa dan pasangan masing-masing telah dimaklumkan."

Majlis itu juga menawarkan khidmat guamannya kepada kerajaan untuk menolong menyelesaikan sebarang kes berbangkit, tambahnya.
Read full post »

Khamis, April 10, 2008

Belanda Coba Atasi Ancaman Boikot Malaysia Akibat 'FITNA'

0 comments
Amsterdam (ANTARA News) - Penghasil terbesar hasil olahan peternakan Belanda, Friesland Foods, memasang iklan di harian Malaysia menyeru konsumen tidak memboikot produk Belanda.

Jurubicara perusahaan itu pada Rabu memastikan bahwa iklan tersebut adalah upaya melawan seruan sejumlah besar pasar swalayan di Malaysia, yang meminta konsumen ikut menentang film bermasalah, yang menghina Islam dan diluncurkan politisi Belanda.

Film 16 menit oleh Gerrt Wilders itu, yang berjudul "Fitna" dan berisi peringatan akan "Islamisasi di Belanda", memicu kecaman keras muslim di penjuru dunia seiring dengan peluncurannya di Internet, demikian DPA.(*)

COPYRIGHT © 2008
Read full post »

Kuat Latah...Opocot!

0 comments
Sikit cucuk melompat, sikit cucuk melenting. Jadi bahan senda-tawa orang sekeliling. Sekaligus memberi ruang untuk dipersendakan, makin nampak kelemahan.

Begitulah umpamanya umat Islam hari ini. Serupa makcik-pakcik yang kuat melatah. 'Off-guard', reflek yang tidak tentu-hala, gerak-geri diperhati lawan.

Balik-balik bawa sepanduk, jerit pekik dan nota bantahan. Stereoptaip, itu saja tindakbalas yang termampu. Semestinya ia tidak akan membawa sebarang keuntungan bagi peniaga, individu mahupun dipihak kerajaan. Belakang, kalau ada rusuhan geng sendiri pulak tu yang jadi korban...apa ke heinya yob?

Menurut perangkaan terkini (wikipedia yang ni belum update kot), umat Islam dikatakan yang teramai, telah pun mengatasi penganut agama-agama lain di planet bumi ini. Fuyyyooo...Aku terkesima.

Tapi apa yang nak dibanggakan sangat dengan statistik gula-gula tu? (Tak silap aku, anak luar nikah teramai dan murtad pun teramai? sama naik tu...)

Lu dengar sini bai! Ramai tidak membawa erti damai... Umpama buih dilautan, lemah gemalai, senang dihanyut ombak pantai. Hancai bai...Kualiti tarak la dek.

Malah penulis yakin, dalam waktu-waktu yang terdekat ini umat Islam akan dicucuk lagi sehingga hilang upaya untuk melatah. Sudahnya nanti biarkan sahaja.."nak cucuk cucuklah..Kak Jah dah tak larat". Terjelepok tidak berdaya, perhatikan sahaja...sindrom Oh I See!

Apakata jika setiap satu cucukan, dibalas satu sonsongan ke uluhati, difollow-up sebijik telapak 'MacanSingo' naik ke muko. Tobat tak buat dah...tobat tak cucuk lagi.

Malangnya, adake yang mampu dan adake yang berani? Ha..lu pikirla sendiri bai!
Read full post »

Rabu, April 02, 2008

Bahasa Melajoe ejaan Belanda dan Memoir Ahmad Boestamam

2 comments


Penoelis amat tertarik dengan footage klasik ini dan tidak bermaksud oentoek memboe'at provakatif atau konfrantasi terhadap warga Indonesia.

Apa yang menarik dalam klip ini ialah bahasa dan ejaan yang digunakan sewaktoe itoe. Soeasana dan mood yang dipaparkan juga memberikan semacam satu suntikan semangat baru kepada penoelis. Dapat kita lihat moeka-moeka asal Melajoe, Jawa dan Minang yang tidak berbaju, dan terdapat slot Sultan Melajoe bertanjak dan berbaju polkadot...sungguh klasik!

Boleh jadi P.Ramlee juga mendapat idea membuat lagu 'karpet terbang' dalam filem Laksamana Do Re Mi menggunakan intro lagu ini..lagu Jepun.

Memoir Ahmad Boestamam.
Sedang penulis membelek buku Memoir Ahmad Boestamam (MAB), 'Merdeka dengan Darah dalam API', penulis terjumpa sebuah senikata lagu yang tidak pernah didengar melodinya. Ia berbunyi begini:-

Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Bila datangnya pembalasan
Rakyat menjadilah hakim
Rakyat menjadilah hakim
Ayuh! Ayuh!
Berjuang sekarang
Kemerdakaan sudah datang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
(Tan Sri A. Samad Ismail ,2004 dalam Memoir Ahmad Boestamam, p17)

Kekalutan politik yang melanda tanahair hari ini memungkinkan ramai yang rindu akan gaya dan kepemimpinan yang mempunyai harga diri, karisma serta bersemangat juang yang tinggi seperti Dr, Burhanudin Al-Helmi, Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) dan Ahmad Boestamam sendiri.

Tiada lagikah replika pejuang seperti mereka ini? Gemilang atau hilang, pejuangan mereka tidak didendang.

Walaupun dalam percaturan politik tanahair, strategi mereka tidak begitu mengena, tetapi kisah semangat dan perjuangan asal mereka ini harus diambil kira oleh pemimpin politik generasi muda sebelum berkira-kira memegang tampuk kuasa.

Sekian.

Buku pilihan : Memoir Ahmad Boestamam; Merdeka dengan Darah dalam Api, 2004, Penerbit UKM, Kuala Lumpur (http://www.penerbit.ukm.my)
Read full post »

Pulau.

0 comments
ING Malaysia
Menara ING,
84, Jalan Raja Chulan,
P.O Box 10846,
50927 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
FAX: 0321688448

Attn: Customer service

Re: P8055543 Extreme PA – Policy Cancellation.

Please cancel the above said policy with immediate effect.

This is to reflect upon Geert Wilders’s Fitna movie. I cannot tolerate any insult to my religion.

Consider this as my boycott to Dutch products.

Regards.
Faxed on 02/04/2008
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger