"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Oktober 26, 2011

Binaan Cham Tower Idea Firaun?

Binaan Menara ini sangat kemas saling tak tumpah macam di Ayuthia. Tetapi yang peliknya saya tidak nampak langsung kelibat patung hindu atau buddha melainkan yang diletakkan kemudian.

Salah satu kepakaran Orang Cham dizaman purbakala yang telah dikenalpasti adalah seni binaan banggunan yang menggunakan batu-bata merah. Binaan ini terdapat disepanjang pantai timur Viet Nam. Ianya selalu terbina ditanah tinggi yang menghadap laut dan juga menghadap tanah pamah. Logiknya menara yang menghadap laut itu dibina adalah bagi tujuan pemantauan aktiviti nelayan mahupun perkapalan manakala yang menghadap tanah pamah pula dibina bagi memantau aktiviti pertanian atau penternakan.

Sebuah pemandangan Laut Champa yang ingin dikongsikan bersama pembaca setia TMP.
(I think you are ready to see...the Sea)

Ironinya rumah-rumah orang kebanyakkan/rakyat jelata Cham terbina daripada binaan kayu dan beratap nipah lekeh berbanding binaan menara yang tersergam indah. Oleh kerana perbezaan yang ketara itu maka persoalan mula timbul, siapakah sebenarnya yang menjadi arkitek pembinaan batu bata merah Menara Cham Tower dan daripada manakah mereka mewarisi idea dan kepakaran itu?

Menara Firaun dan Empire State Building - Gambar Hiasan

Sejarah mengatakan bahawa binaan itu dibina oleh kerajaan Champa seawal 781 masehi (lebih kurang begitulah). Tetapi penulis berpendapat ia sebenarnya terbina lebih awal daripada itu dan kepakaran itu adalah kepakaran 'mason' daripada luar yang kemudiannya diajarkan kepada kontraktor tempatan yang bekerja pula untuk pemerintah yang seterusnya.

Manakala menara yang telah sedia ada itu diwarisi pula oleh dynasti raja-raja Cham sehinggalah raja Cham yang terakhir yang dikatakan kalah ditangan raja Viet Nam, dan ada juga dikatakan kalah di tangan Sukhotai. Dalam pada masa yang sama sebelum itu perhubungan antara wilayah-wilayah di Indo China telah pun berlaku dan terjadilah inter-marriage sesama pemerintah wilayah-wilayah di Nusantara ini.

Dan orang Cham ini seperti yang kita ketahui ada dua kelompok; satu yang telah Islam, manakala satu lagi yang masih mengamal kepercayaan lama, menyeru dan menyembah semangat dan roh nenek moyang mereka yang berlawanan sekali dengan dakwaan barat yang mengatakan mereka ini penganut agama hindu atau buddha.

Kepercayaan nenek moyang ini samalah seperti juga bangsa China yang menyembah Tok Kong Merah padahal Tok Kong itu adalah idol kepada Yafits iaitu anak Nabi Noh tok nek moyang mereka juga. Tok Kong Merah itu bukannya hindu atau buddha sebagaimana yang dianggap oleh sesetengah pihak. (Ada juga riwayat yang mengatakan antara kisah-kisah lain yang tergambar oleh Tok Kong Merah itu mengambil epik cerita daripada Syair Siti Zubaidah yang mencari suaminya Syed Zainal Abidin yang merantau ke negeri China)

Kaedah perubahan  agama itu samalah seperti mana mereka yang taksub kepada Laksamana Cheng Ho lalu membuat patung dan menyembahnya. Itu adalah naluri manusia yang terpesong dek bisikan iblis, lihat sahajalah Amirikan Idol...bukankah Idol itu maksudnya patung? Buddha itu pun asalnya manusia tetapi dibuat patung lalu disembah juga.

Belum ingin mengulas lanjut, tetapi jika bangsa Cham itu dikatakan rumpun bangsa Melayu yang berkait dengan sebahagian daripada kita pada hari ini, walaupun mereka akhirnya terpesong jauh daripada segi iktikad tetapi nampaknya raja-raja mereka itu lebih maju berbanding raja Empayar Melayu di Melaka. Sebab jelas nampak mereka ada bukti. Kesultanan Melayu Melaka tiada bukti melainkan istana jadian kayu kayan dan rumah nelayan. Dan adalah logik juga tok nenek bangsa Cham ini dulu asalnya beragama Islam.

Cuma kita tidak pasti bilakah masanya orang Cham mula kembali menerima cahaya Islam. Dan yang pasti Islam datang ke Tanah Semenanjung lebih awal daripada Cham dan buktinya adalah Undang-undang Kedah 222 hijrah. Dan dikatakan bahawa Merong Mahawangsa tidak turun melalui Laut Timur @ Laut Champa @ Laut China Selatan tetapi melalui Burma, Laut Andaman dan terus ke Gunung Jerai, Kedah.

Kita tinggalkan dahulu masalah bangsa Cham, kita kembali kepada persoalan asal iaitu binaan batu bata.

Maka untuk menjawab persoalan teknologi purba pembinaan batu-bata ini kita akan pergi kepada dua perkara; yang pertama kisah batu-bata dan keduanya kisah Iktiqad Firaun bahawa Tuhan Musa a.s ada dilangit.

Maka disini dibawakan satu kisah daripada Al Quran yang menceritakan tentang kisah batu bata yang mana Firaun beriktiqad bahawa Tuhan Nabi Musa a.s berada di langit dalam surah Al Qasas 38 berbunyi:

Dan Fir'aun pula berkata, "Wahai orang-orangku! Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku. Oleh itu wahai Haman! Bakarlah untukku batu-bata, serta binalah untukku banggunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa daripada orang-orang yang berdusta."

Oleh kerana itu, orang yang bertanya tentang dimana Allah dan orang yang menjawab bahawa 'Allah berada diatas langit dengan ZatNya', sebenarnya meniru Firaun dalam perkara ini bukannya Salafussoleh.

Manakala hadis yang mengatakan terdapat perbualan antara seorang wanita dan Rasullullah s.a.w yang mana apabila Rasullullah s.a.w bertanya kepadanya "Dimanakah Allah?" Jawab perempuan itu "Di langit." Hadis ini tidak sohih tetapi ia adalah hasan. Ia adalah hadis-hadis yang diriwayatkan dengan makna.
Rumah Api Firaun - Gambar Hiasan

Penulis tidak dapat hendak menerangkan dengan lebih lanjut tentang perkara ini buat masa ini, cuma dalam masa hendak mencari kisah batu-bata itu terjumpa pula kisah Firaun dengan Nabi Musa a.s. 

Manakala bab masalah iktikad Firaun itu sebaik-baiknya para pembaca mencari Tok Guru yang bertauliah untuk menerangkannya dengan lebih lanjut tentang dalil-dalil atau nas untuk menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Tuhan itu bertempat dan duduk pula dilangit.

Tetapi yang pasti, kisah binaan batu-bata ini memang jelas terdapat didalam Al Quran. Maka secara teorinya kepandaian purbakala itu telah diwariskan kepada raja-raja berikutnya sehingalah kepada raja-raja yang memerintah bangsa Cham dan ada riwayat yang mengatakan binaan-binaan Cham itu adalah warisan Po Nain (Funan), anak lelaki kedua Raja Iskandar Zulkarnain yang beragama Islam (Tauhid) yang pernah memerintah sebahagian besar Indo China. 

Jadi tidak menghairankan jika ada pihak mendakwa binaan Cham itu asalnya idea pemerintah Islam yang mengikut syariat nabi Ibrahim a.s sebelum terpesong jauh selepas zamannya sehingga melewati zaman Firaun dan kemudian diutuskan pula Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w kembali mengajak manusia ke jalan kebenaran yang hakiki. 

Tidak terkecuali rahmat itu sampai ke Nusantara melalui utusan Rasullullah s.a.w melalui para sahabat baginda seperti Saad Abi Waqas r.a yang datang untuk menanam kembali benih tauhid. Manakala tugas itu diserahkan pula kepada Merong Mahawangsa juag dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain, lalu datanglah baginda membawa amanah dan tanggungjawab umpama kiasan menyiram tunas muda yang tunggu cambah - no san ta ra.

Manakala hasil usaha Sultan Muzaffar Syah 1@ Merong Mahawangsa itu, jadilah induk Islam di Nusantara ini berada di Kedah, Pelabuhan Melaka yang sebenar. Dan daripada jalan pintas dari Laut Kedah ke Laut Champa itulah pendakwah-pendakwah membawa syiar Islam ke Champa. Dan jikalau diselidiki dengan secara lebih terperinci, kebanyakkan kitab-kitab pondok di Indo China sebenarnya diambil daripada Tanah Semenanjung hasil karangan ulama-ulama Tanah Jawi yang berbahasa Melayu.

Dan seterusnya tanggungjawab menyebarkan Islam yang asalnya telah ditunaikan oleh Merong Mahawangsa itu tergalas pula pada raja-raja selepasnya, raja-raja Melayu yang mengamal majlis adat istiadat Raja Iskandar Zulkarnain yang bernobat pula lagu Ibrahim Khalillullah (UUK).

Dan semestinya bukan Raja Ka KicKapooooooooooooooooooooooor.

Wassalam.

Sumber: Agamamu Dalam Bahaya oleh Al Allamah Abu Abdullah Alawi Al Yaman, 2001, Sofa Production.

3 comments:

  1. Binaan rumah api pun lebih kurang saja..itu pasal yang kat Pulau Batu Putih telah dibina dalam perancangan puak mason ini.

    BalasPadam
  2. Al Quran kalamullah menceritakan apa yg telah berlaku semasa zaman pemerintahan Firaun. Pembuatan tembok dan mahligai adalah perkara yg lumrah pada masa itu. Bagi muslim yg membaca dan memahami ayat tersebut akan menjadikannya sbg panduan dalam teknik pembinaan tembok dan mahligai. Sebab itu kita boleh melihat di mana wujud empayar Islam di situ kita boleh lihat binaan tembok dan mahligai yg mengkagumkan. Ini tidak terkecuali di Nusantara ini seperti yg dipamerkan oleh Empayar Islam Benua Siam.

    BalasPadam
  3. Salam Husaini.

    Benar.

    Tembok, mahligai bangunan lumrah menunjukkan kegunaan akal yang dikurniakan.

    Dan dengan akal itu jugalah yang menjadi pengisian dan membezakan Nabi Ibrahim a.s dan Nimrod , Nabi Musa a.s dan Firaun, Nabi Sulaiman dan Balqis, Nabi Muhammad s.a.w dan maharaja Rom dan Parsi.

    tq.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger