"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Oktober 09, 2011

Kitab ini Yang Bernama Aqidatun Najin

Dan sabda Nabi Sallallahu 'alaihi salam:
Ertinya: Yang terlebih sangat bala daripada kamu itu anbiya kemudian auliya kemudian seumpama auliya daripada mereka yang soleh-soleh kemudian maka yang mengiringi mereka itu yang terkebawah daripada mereka itu

Dan telah berkata Imam Qusyairi: TIADA tiap-tiap seorang itu ahli bagi bala kerana bala itu bagi Auliya. Dan adapun segala ajnabi yakni orang yang bukan hampir dengan darjat wali, maka melampauinya ia daripada mereka itu dan dilepaskan jalan bagi mereka itu.

Dan diriwayatkan bahawasa Nabi Sallalahu alaihi wassalam berkehendak ia akan berkahwin dengan perempuan yang elok. Maka dikata orang baginya bahawasa perempuan itu tiada mengena sakit ia, maka berpaling ia daripadanya, yakni meninggal ia daripada berkahwin dengan dia. Dan dihikayatkan bahawasa 'Ammar anak Yasir berkahwin ia akan perempuan yang tiada sakit sekali-kali, maka mentalak ia akan dia.

Maka jika dikata orang bahawasa membesarkan pahala mereka itu tiada terhenti ia atas jatuh demikian bala sakit dengan mereka itu kerana HARUS bahawa Allah ta'ala membesarkan pahala mereka dengan ketiadaan yang demikian itu. Dijawab akan dia dengan bahawa Allah Ta'ala:

ertinya: Tiada ditanyakan daripada barang yang berbuat ia (Surah al-Anbiya': Ayat 23)

Dan lagi jatuh sakit dan menyakiti makhluk itu dengan ikhtiarNya dan adilNya. Dan jikalau tiada, maka Allah ta'ala itu kuasa Ia atas menyampaikan pahala yang besar kepada mereka itu dengan tiada mengenakan bala pada mereka itu.

(Dipetik daripada Kitab ini Yang Bernama Aqidatun Najin Ms 211-212, karangan Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani @ Tuan Minal. Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Ustazah Noraine Abu)


Aqidatun Najin bererti: I'tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid'ah pada bicara ilmu Usuluddin atas Mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah dengan bahasa Melayu.

(Selalunya gaya bahasa dan susunan ayat kitab lama-lama karangan ulama-ulama terdahulu nampak macam tunggang-langgang. Tetapi amat disukai dan mudah difahami oleh ulama-ulama pondok kerana ia berasaskan nahu bahasa Arab yang tepat dan mereka mempunyai sistem kaedah untuk membacanya,  berbanding kitab gaya bahasa melayu moden subjek predikat yang kita pelajari disekolah-sekolah hari ini yang terkadang membawa lari ayat daripada menyampai maksud yang sebenar).

Perbualan:

Mengenai sakit Tok Kenali yang dikatakan ada ulat dikakinya, 

Maka berkata ustaz, "Tok Kenali tidak buang ulat dikakinya malah diletakkan kembali ulat itu setelah selesai ia berwuduk." 
Maka bertanya penuntut itu pula: "Jadi bagaimana orang mengatakan Tok Kenali itu seorang wali ya ustaz, ada tanda?" Jawab ustaz:" yang kenal itu kenal-lah..."
Penuntut: tutup kitab, padam rokok, hirup teh, nyala yang baru...
Sambil ustaz meneruskan cerita...."itu bukan satu kehinaan buat mereka."


0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger