"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Oktober 21, 2011

HIMPUN | Selamatkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Salam sejahtera para pembaca. Berikut dibawakan beberapa keratan artikel daripada majalah Realiti Bil 14 keluaran Mei 2011 berkenaan seminar yang bertajuk Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah : Isu-isu dan Cabaran Semasa yang telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara Shah Alam yang berlangsung pada 9 April 2011

Diharap bahan bacaan ini dapat memberikan sedikit input yang bermanafaat buat para peserta yang akan berhimpun kelak pada Perhimpunan Sejuta Umat yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 bertempat di Stadium Shah Alam pada jam 2:00 petang sehingga 6:00 petang.

Didoakan juga supaya Perhimpunan Sejuta Umat | Selamatkan Akidah itu nanti berjaya mencapai objektifnya iaitu memberi penerangan dan pemahaman dengan SEJELAS-JELASNYA tentang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan peranan pentingnya sebagai tunjang akidah yang terpakai di majoriti negara-negara Islam seluruh dunia khasnya Malaysia ini.

Wassalam.











3 comments:

  1. Assalamu'alaikum..wrt, kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum..wrt, kita tidak akan dapat melihat kejayaan dan merasa kemanisan iman sebagaimana salafus-soleh, melainkan kita perlu bersungguh-sungguh dalam Iman dan mengamalkan Amalan Soleh. Allah s.w.t. akan menganugerahkan kita kekuatan iman dan takwa sama seperti para Nabi, Rasul dan para Wali sekiranya kita mengikut landasan yang sama dengan mereka. Wajiblah keatas ummat Islam meninggalkan dan menjauhi fahaman-fahaman yang terkeluar daripada Ahli sunnah wal jamaah kerana fahaman dan aturcara musuh-musuh Allah tidak akan membuahkan takwa. Hanya orang-orang yang bertakwa sahaja yang mendapat petunjuk dari Al-Quran dan Sunnah serta diberi jalan-jalan keluar daripada ujian dunia, nafsu, syaitan, iblis dan kafir musyrikin. Mereka sahajalah yang boleh menyatukan ummat ini. Bagi orang-orang kafir pula Al-Quran itu akan menambahkan kerugian bagi mereka.

    BalasPadam
  3. Salam semua,

    HIMPUN...

    Saya berada di sana semasa perhimpunan ini diadakan. Terus terang saya nyatakan, ianya HAMBAR! Bagi pendapat peribadi saya, sebelum mengenengahkan isu murtad ni, pihak penganjur haruslah menyampaikan beberapa maklumat seperti berikut:

    1) Fahamkan kepada semua peserta berkenaan apa itu Malayu. Siapakah orang-orang Malayu? Dimanakah tanah tumpahnya peluh & darah mereka? Siapakah di dalam rumpunan Malayu? Agama-agama apakah yang mereka anuti sebelum diIslamkan? Nyatakan juga di sini bahawa Hindu tidak semestinya berbangsa India, Buddha tidak semestinya berbangsa Cina, Kristian tidak semestinya berbangsa Eropah. Namun di Nusantara ini amat istimewa sekali kerana Malayu dan Islam seiring sejalan.

    Kedengaran remeh, namun harus disampaikan agar ianya menjadi jelas, nyata, terang. Penyampaian haruslah ringkas & padat namun dapat membuka mata & hati para peserta. Maklumat-maklumat haruslah disampaikan oleh mereka yang ahli dalam bidang ni.

    2) Fahamkan kepada semua peserta berkenaan institusi Raja-raja Malayu. Siapakah Raja-raja Malayu? Sampai kepada para Nabi apakah dapat ditelusuri keturunan baginda? Siapakah Raja Malayu yang mula-mula menggegarkan 7 patala langit & 7 patala bhumi serta seisi alam Nusantara ni dengan menafi & mengisbatkan Kalimatul Haq? Siapakah individu-individu yang memainkan peranan dalam pengIslaman Raja-raja Malayu & dari keturunan siapakah mereka itu? Keturunan nabi-nabi apakah yang mengalir di dalam tubuh Raja-raja Malayu?

    Para penganjur harus menyampaikan seberapa banyak maklumat yang boleh kepada peserta agar mereka lebih mengetahui peranan Raja-raja Malayu sebagai Ketua Agama Islam. Nyatakan kandungan dari catatan-catatan lama seperti Sulalatus Salatin, Al Rihla Ibnu Battuta, Hikayat Merong Maha Wangsa & lain-lain lagi agar para peserta lebih berminat & akan membuat kajian susulan selepas tu.

    3) Selitkan hal-hal berkenaan Panji-panji Hitam Dari Timur dan mengapa Nusantara dijajah oleh kuasa-kuasa luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis & lain-lain kuasa, juga misi pemurtadan ke atas bangsa Malayu ni. Diselitkan juga fitnah-fitnah Dajjal. Jelaskan juga fahaman politik ni lahir di Greek & untuk memecah-belahkan umat.

    Setelah beberapa penerangan mengenai Malayu dan Raja-rajanya dapat membangkitkan semangat kerohanian para peserta, barulah ketengahkan isu-isu berkenaan Islam di sini, khususnya isu murtad & penghinaan institusi Raja-raja Malayu serta rakyatnya.

    Bagi saya, tidak perlu pemidato-pemidato memekik melolong sampai terkeluar anak lidah untuk menaikkan semangat dan kebangkitan para peserta. Masih ada cara lain yang lebih tepat. Lepas tu boleh pulak para pemidato mempromosikan buku masing-masing.

    Sekiranya para pemidato sayangkan bangsa Malayu & cintakan Islam, sebarkanlah secara percuma maklumat-maklumat yang dikurniai kepada anda. Dan hasil titik-peluh anda wahai para pemidato, ketahuilah olehmu sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Saya amat kecewa & bersedih hati sekiranya para penganjur berhajat untuk buat road-show dengan salah satu harapan mereka ialah untuk menjual buku & menyediakan tapak jualan untuk disewa. Ketahuilah oleh mu wahai saudaraku, sesungguhnya Al-Quran Qalamullah & sabdaan-sabdaan Rasulullah itu disampaikan secara percuma-cuma untuk sekelian alam ini. Janganlah agama itu dijadikan barang dagangan.

    Sekian, wassalam.
    Yang Amat Merindui...

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger