"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Sabtu, Oktober 15, 2011

Sesepi senja Sungai Kra.

Sungai Kra di Tanah Genting Kra - Sepinya menyimpan seribu rahsia. 

Mengalir diperbatasan sempadan Semenanjung Tanah Melayu yang berada didalam wilayah Thailand.

Perjanjian telah dibuat diantara Khalifah Syarif Syah Dynasti Ayuthia dengan Raja Thailand Sukhotai. Bahawasanya Thai berjanji tidak menyerang wilayah Melayu (Melayu adalah gelaran yang diberikan oleh Raja Thai seterusnya British/Perancis kepada Raja Siam Islam) melewati perbatasan ini. 

Maka ditanamlah sebaris pokok Rhu demi memperingati perjanjian itu dan diperbuat batu tanda pula oleh British dan Perancis menyatakan dengan jelas wilayah Melayu itu sampai di sungai ini.

Malangnya pada tahun-tahun berikutnya Thai memungkiri janji lalu menyerang Siam (Melayu) melewati perbatasan ini maka terjadilah peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Perang Musuh Bisik 1821.

Pada tahun 1909 diperbuat pula perjanjian Bangkok. Maka semakin sempitlah Semenanjung Tanah Melayu seperti yang terlakar pada peta hari ini.

Tuntutan wilayah Melayu itu sedang diusahakan oleh pihak yang berkenaan, tetapi beritanya masih sepi, sesepi senja Sungai Kra.

~hanya mampu menyusuri tepian~

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger