"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Isnin, Julai 05, 2010

SEJARAH MALAYSIA PERLU DITUKAR- REALITI BIL 5 Kini dipasaran!





FOKUS: Sejarah Malaysia Perlu Di Tukar
Susulan dari fokus Realiti keluaran Jun - Hang Tuah Sebenarnya Maharaja Ayuthia.
(Ringkasan temubual wartawan Realiti bersama Tan Sri Professor Khoo Kay Kim pakar sejarah Malaysia)

"Jika benar dengan kajian yang mereka lakukan itu, saya minta mereka tampil dengan hujah dan bukti, serta perlu dihebahkan kepada media massa.

Sebab itu saya nasihatkan, kepada mereka yang menemui bukti dan fakta sejarah baru, maka hendaklah diwar-warkan. Supaya boleh buka mata semua pihak baik di dalam dan luar negara.

Mungkin sampai masanya sejarah perlu dikaji semula dan ditukar agar sejarah Malaysia terutama yang berkaitan dengan bangsa Melayu dapat diperbetulkan semula fakta-faktanya.

Ini seperti cerita Hang Tuah lima bersaudara, yang sehingga kini kita masih tidak ketahui hujung pangkalnya. Bagi saya cerita Hang Tuah yang dikaitkan dengan kesultanan Melaka itu lebih banyak mitos atau legenda berbanding kesahihannya.

Akibatnya orang Melayu mempunyai kefahaman sejarah yang salah dan mempercayai malah ada yang menyanjungi fakta-fakta sejarah yang sebenarnya merupakan satu mitos dan lebih berbentuk khayalan."


JEJAK WARISAN JAWI

Terusan di Sergenting Kra?
Saya telah mendengar cerita potong-terusan ini semenjak sekolah rendah lagi – masa tengah sibuk Penilaian Darjah Lima. Saya masih ingat lagi sentimen saya pada ketika itu ialah – Ya! putuskan Sergenting Kra. Kerana seingat saya wilayah Semenanjung ini sehinggalah ke Sergenting Kra adalah kepunyaan Malaysia. Semasa itu disamping kartun ‘transformers’ dan cerita ‘Knight Rider’ menjadi bualan harian, kisah ke-kiasu-an Singapura juga menjadi buah mulut kami budak-budak hingusan sekolah rendah Taman Ehsan. Saya tidak ingat bagaimana mulanya kisah ini, tetapi masa itu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan projek membaca ‘sehari sebuah buku’ sedang giat dijalankan di peringkat sekolah rendah. Siapa pula menteri pendidikan ketika itu...

Prachuap Khiri Khan.
Hari ke 5: 16 Febuari (Selasa)
Memang cantik pemandangan dan tenang sekali suasana di Teluk Siam ini. Andai diizinkan Allah taala, diberikan kelapaangan, kemudahan dan rezeki untuk saya melancong, maka saya pasti ke sini lagi bersama keluarga. Setelah puas menunggu Ajaq; peserta yang terakhir sekali bangun tidur (boleh jadi teramat keletihan) untuk bersiap kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Ayutthaya.

16 Feb Ayuttahaya
Hari ke 5: 16 Febuari (Selasa)
Masih tengiang ditelinga saya, “Merong Mahawangsa itu Raja Siam,” tegas waris Panglima Taha dalam satu perbualan antara kami suatu ketika dahulu “Dia memerintah dari Kedah, Terengganu, Kelantan pantai timur,” sambungnya lagi dalam pertemuan yang berasingan. Yang bercakap itu pula bukan calang orangnya, dipercayai antara waris panglima-panglima yang terlibat dalam peperangan menentang Thai dalam tahun-tahun Musuh Bisik dahulu. Zaman dahulu wilayah Kelantan dan Terengganu disebut Legeh.

Asal ceritanya mula...

Perhubungan Melaka dengan China
Oleh itu dalam catatan ini, ingin saya menarik perhatian pembaca kepada tulisan Frank Swettenham (1899, ms34) tentang kebenaran hubungkait Melaka dan China yang telah terjalin sejak sekian lama:

In a work styled “Navigation and Voyages of Lewis Wertemanns of Rome,” published in the year 1503, there is the following passage: “When we came to the city of Malacka (which some call Meleka), we were incontinent commanded to come to the Sultan, being a Mahomedan and subject to the great Sultan of China, and payeth him tribute,...
Nota penulis

Kepada pembaca yang dihormati sekalian. Realiti Edisi 4 (June) dan edisi 5 (Julai) adalah usaha pasukan kami untuk membawakan 2 sumber daripada pandangan yang berbeza mengenai Sejarah Malaysia. Yang mana terdahulu dari ini, telah pun di adakan poll di blog ini mengenai perkara yang berkaitan.

Meskipun belum berpeluang mendapat ruang membawakan suara ini ke media-tv, namun kami bersyukur akhirnya dapat juga kami ketemukan dua pandangan ini walaupun pada masa yang berbeza. Buat setakat ini, hanya itulah yang ter-mampu kami lakukan untuk membawakan suara pembaca setia Sejarah Realiti ke peringkat umum yang lebih tinggi. 

Sesungguhnya kami percaya, bahawa setiap usaha yang diiringi keyakinan serta doa kehadrat Ilahi pasti akan mendapat kejayaan. Cepat atau lambat itu adalah faktor untuk menguji azam tekad semangat serta kesabaran. Oleh itu, dengan sokongan dan kesetian para pembaca, kami yakin usaha untuk memartabatkan kembali sejarah realiti umat Islam dan Melayu Nosantara ini tidak akan menjadi sia-sia. Disamping itu, doa para pembaca akan kami jadikan azimat buat menempuh segala dugaan dan cabaran demi sebuah perjuangan yang masih jauh perjalanannya. Insya ALLAH.


"Bumi Malaysia ini bukan sembarangan tempat..." Khoo Kay Kim


Dapatkan Realiti Bil 5 Julai kali ini untuk mendapatkan kisah lengkap dan maklumat yang lebih lanjut.

6 comments:

  1. alhamdulillah anta selamat sampai ke KL. member ana tanya, anta tak ajak ana join majalah realiti anta ka?

    BalasPadam
  2. Jenuh dah caghi kat kedai.. rupanya baru aje terbit..:-) teruskan usaha TMP.

    BalasPadam
  3. sudah terang lagikan bersuluh. Hang Tuah tu sememangnya Sultan Narai, Maharaja Ayutthaya yang agung.

    sejak dulu, saya confuse bila atuk saya cakap yang keluarga saya ada darah Siam. Tapi sekarang tak lagi.. sejak adanya blog sejarahnagarakedah yg mencetuskan fenomena sejarah, semuanya telah jelas. =)

    sememangnya asal kita semua adalah Bangsa Siam, bukannya Melayu. Dan Kerajaan kita yang maha besar sebenarnya adalah Ayutthaya, bukannya dongeng kesultanan raja daerah Melaka pengkhianat yang bersekongkol dengan penjajah.

    alang-alang menyeluk pekasam, teruskan dedah kepada pakar2 sejarah negara. biar mereka ni buat kerja sket, asyik seronok dapat gaji bulan2 jek. walaupun kita kecik (anai-anai), tapi kitalah yang membuka mata semua pihak tentang kebenaran sejarah realiti.

    syabas themalaypress!!!

    BalasPadam
  4. nampak gayanya, pakar sejarah negara kita dah mula buka mata tentang sejarah realiti... =) mungkin lepas ni, saudara boleh interview pula Prof. Ramlah Adam untuk dapatkan pandangan dia.

    dengar cerita, nak ditubuhkan keluarga pewaris Merong Mahawangsa? tapi pada saya, better ditubuhkan dulu keluarga pewaris Syarif Abu Bakar Syah, lantik Y.M. Tuanku Nai Long Kassim ibni Tuanku Nai Long Ahmad sebagai pengerusi (sebab memang dia yang paling layak). takut ada pula keturunan raja daerah yang perasan nak join sama.

    then, maybe kita boleh organize semula forum macam yang kita buat dulu2. lebih ramai yang tahu tentang sejarah realiti ni, lebih baik lagi. kewajipan kita semua untuk sedarkan kepada semua tentang rumpun Siam yang menaungi semua rumpun di Nosantara ni. dan tentang keagungan Benua Siam Ayuthia yang pernah menguasai hampir seluruh semenanjung Malaka, benua Siam, benua Keling & Australia.

    adakah kita akan berputus asa? TIDAK SAMA SEKALI! hanya pahala dan keredhaan Ilahi sajelah yang diharapkan.

    teruskan berjuang saudara! perjalanan masih jauh lagi nampaknya...

    BalasPadam
  5. majalah realiti ni tak nak buat on-line ke? leh luaskan pembaca, especially from singapore, brunei, and south siam also. like pattani?

    rasanya fakta tentang rumpun Siam sebagai penaung kepada semua bangsa di Nosantara patut diperluaskn. fakta tentang Ayutthaya yg kuasai semenanjung Malaka rasanya org luar negri still ramai yg tak tahu...

    just my 5 sen idea...

    BalasPadam
  6. Ada tak catatan lain dari China, Arab, India, Acheh tentang kerajaan Islam Maharaja Benua Siam?

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger