"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Jun 01, 2010

Jejak Warisan Jawi - REALITI BIL 4 Kini dipasaran!

Pulau Panji
Menurut kajian saya secara serba ringkas, di wilayah Phang-nga ini juga terletaknya Similan Island atau disebut pulau Sembilan dalam bahasa Yawi (Jawi) atau Melayunya. Dalam pembacaan saya, ejaan atau sebutan ‘J’ di sebut ‘Y’ maka Jawi menjadi Yawi. Oleh kerana pelat sebutan itu, maka pulau Panji bertukar nama menjadi pulau Panyi dan kemudian di korupkan oleh Thai menjadi Pannyee – lalu melarikan maksudnya yang sebenar. Selalunya panji ini dikaitkan dengan angkatan perang, jika begitu apakah maksud ‘panji’ yang terselindung disebalik yang tersirat?

Kampung Kamala Phuket & Mahsuri
Opor ini menurut ‘ummi’ saya, adalah masakan diraja Pahang dan memang terkenal di kawasan Pekan. Saya tidak tahulah orang lain, tetapi itulah rasanya pada lidah saya. Bolehlah mengadap dan bertanya pada baginda Tuanku Sultan Pahang jika tidak percaya. Sementalah pula pada pandangan saya, baginda Sultan Pahang adalah seorang sultan yang berjiwa rakyat yang jarang menghampakan rakyat Pahang.

“Kalau hari-hari macam ni mahu buasir,” kata Ustaz Zaki yang sudah hilang ‘title’ ustaznya setibanya di Phuket. Tergelak kami dalam tangisan.

Pathong, Phuket
Pathong seribu kali lebih hebat daripada Danok. Tempat menarik bagi mereka yang inginkan melampiaskan nafsu duniawi. Lorong-lorongnya dilimpahi cahaya lampu merah sambil dikiri-kanan jalan dihiasi dengan deretan bar dan kelab malam. Pekannya bukan sahaja meriah dengan wanita malah juga lelaki seksi; berkulit halus mulus, sibuk mencari pelanggan yang takut mati beragan jika tidak melepas santapan gian. Jika tidak tahan maka boleh sahaja tercabut iman, hangus fulus – menjadi muflis lagi siflis. Begitulah sedikit mengenai kelazatan di Pathong.

Apa yang menariknya di Sergenting Kra?
Sergenting Kra adalah pangkal jantung kepada wilayah Semenanjung Emas atau mengikut peta Perancis dan Portugis dikenali sebagai Semenanjung Siam-Melaka sebelum dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu seperti yang kita ketahui hari ini. Menunjukkan bahawa jajahan kerajaan Islam di Semenanjung ini bukan setakat di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar atau Golok tetapi merangkumi seluruh Selatan Siam sehingga ke Victoria Point dan seterusnya Burma.

Realitinya, wilayah Semenanjung Tanah Melayu yang asalnya telah disempitkan sebagaimana sejarah Melayu yang telah disempitkan sekitar pelabuhan Melaka.

Bukti tentang wilayah Malayu itu memang diperakui oleh Inggeris dan Perancis...

Dapatkan kisah lanjut dalam keluaran kali ini.


3 comments:

  1. Mana nak beli ni tuan?
    p.s.: Baca tak Kosmo! hari ni (1 Jun)?

    BalasPadam
  2. akhirnya kebenaran terserlah juga. Terserlah kebatilan blog sejarahnagarakedah apabila mengatakan yang nama2 tempat di Segenting Kra dan Semenanjung Tanah Melayu berasal dari perkataan Siam. sedangkan hakikat sebenarnya adalah sebaliknya.

    tanpa sedar, Tuan sendiri mengakuinya dalam majalah yang tuan sendiri tulis dan keluarkan..

    saya bukan berniat untuk merendah2kan sesiapa, tapi saya yakin tuan akhirnya akan ketemu juga kebenaran sejarah realiti yang sebenarnya, bahawa keturunan Nai yang tuan sibuk promosi sebagai realiti-mutlak tu sebenarnya adalah keturunan Raja2 Siam-Ayutthaya yang telah menjadi Melayu,dan kini sibuk pula mengacau & mengubahsuai sejarah Melayu, sebagaimana apa yang mereka buat apabila mencuri sejarah & kebudayaan Khmer dan Mon, & kemudian mendakwa sebagai warisan bangsa mereka ketika nenek moyang mereka masih beragama Buddha.

    Hanya masa sahaja yang akan menentukan...

    -Sam Kulim-

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama telah meninggalkan ulasan baru pada catatan " Jejak Warisan Jawi - REALITI BIL 4 Kini dipasaran!... " anda:

    akhirnya kebenaran terserlah juga. Terserlah kebatilan blog sejarahnagarakedah apabila mengatakan yang nama2 tempat di Segenting Kra dan Semenanjung Tanah Melayu berasal dari perkataan Siam. sedangkan hakikat sebenarnya adalah sebaliknya.

    tanpa sedar, Tuan sendiri mengakuinya dalam majalah yang tuan sendiri tulis dan keluarkan..

    saya bukan berniat untuk merendah2kan sesiapa, tapi saya yakin tuan akhirnya akan ketemu juga kebenaran sejarah realiti yang sebenarnya, bahawa keturunan Nai yang tuan sibuk promosi sebagai realiti-mutlak tu sebenarnya adalah keturunan Raja2 Siam-Ayutthaya yang telah menjadi Melayu,dan kini sibuk pula mengacau & mengubahsuai sejarah Melayu, sebagaimana apa yang mereka buat apabila mencuri sejarah & kebudayaan Khmer dan Mon, & kemudian mendakwa sebagai warisan bangsa mereka ketika nenek moyang mereka masih beragama Buddha.

    Hanya masa sahaja yang akan menentukan...

    -Sam Kulim-

    Terbitkan ulasan ini.

    Tolak ulasan ini.

    Sederhanakan ulasan untuk blog ini.

    Dicatat oleh Tanpa Nama ke T H E . M A L A Y . P R E S S pada 2010 Julai 6 11:23

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger