Bangkitlah Melayu
KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.
Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.
Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.
Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.
Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.
‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi UMNO kena fokus orang Melayu. Jadi UMNO tak perlu takut kerana saya lihat bila UMNO itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pandangan mengenai situasi politik semasa yang menyaksikan kedudukan politik Melayu seakan terancam dengan tuntutan bukan Melayu pada masa kini.
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, parti pemerintah ketika ini tidak boleh merasa bimbang untuk membuat apa sahaja keputusan yang dilihat perlu untuk membantu orang Melayu.
“UMNO kalau kita tengok Fasal 3 perlembagaannya ialah memperjuangkan hak Melayu.
“Pada masa sama orang Melayu pun kenalah sedar, asyik bercakaran sesama sendiri, tak untung Melayu sedangkan kita main politik untuk apa kalau tidak untuk membela Melayu.
“Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” jelasnya.
Pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, dalam soal wakil Kabinet misalnya, semua pihak harus menerima pilihan Perdana Menteri kerana ia bidang kuasa beliau.
“Saya fikir kalau dilayan, Najib tak akan ada kerja lain.
“Apa pun ini akan mengajar UMNO supaya terus kuat. Bila kuat, orang segan, kalau lemah orang kucar kacirkan,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, hak orang Melayu tidak harus dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kaum.
“Biar wujud situasi menang-menang. Kita tidak boleh biar sebelah pihak sahaja menang. Kalau kita nak penuhi apa yang mereka nak, jangan pula kita lepaskan apa yang jadi hak kita,’’ katanya.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, walaupun kerajaan mahu menekankan konsep Satu Malaysia yang menyatukan rakyat pelbagai kaum, langkah juga perlu dilakukan bagi mengembalikan keharmonian di kalangan orang Melayu sendiri.
“Dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan banyak cabaran semasa dan kita perlu mencari cara untuk memastikan kaum itu tidak berpecah-belah,” katanya.
Katanya, UMNO dan Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi untuk bekerjasama dalam memajukan orang Melayu.
Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang sependapat dengan GPMS berkata, cadangan yang baik seperti itu perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Katanya, kerjasama antara dua parti politik itu bukan sahaja akan memberi faedah kepada orang Melayu sahaja tetapi juga kaum lain.
Tambahnya, penyatuan UMNO dan Pas perlu menjadi batu loncatan untuk mengeratkan semua rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Sememangnya usaha ke arah itu akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya kita tidak hanya bercakap atau mencadangkan sahaja,’’ tambahnya.
-------------------------------------------------------
Nota penulis:
Ini politik:
Belum nak menulis lagi dan tidak juga ingin berpolitik, tapi :
1. Siapa Orang Melayu yang dimaksudkan diatas? (yang boleh melunaskan tuntutan?
2. Siapa pula yang menuntut?
3. Apa maksud sebenar tuntutan yang dilayarkan oleh Utusan Malaysia sehingga ada pihak lebih fanatik dan tidak bertanggungjawab beranggapan akan jadinya 13 May yang kedua?
4. Pihak mana yang membaca sekali lalu dan 'spin' tajuk berita ini hingga menjadi 'out of control' dan menakutkan 'diri' sendiri?
5. Siapakah yang akan rugi jika bangsa 'Melayu' (dalam konteks hari ini) bersatu dalam 'satu persamaan' dan melupakan segala perbezaan?
Cuba fikirkan. End
------------------------------------------------------------
Ini sejarah:
Cerita panjang di sini:
Oleh itu sebenarnya siapakah (antara agen-agen British) yang terlibat merancang NEGARA PERKAUMAN dengan British sejak dari awal?
Siapakah yang menentang asimilasi kaum Malayanisation? Apakah agenda mereka apabila menentang asimilasi tersebut sebenarnya? Sudah tercapaikah maksud mereka hari ini? Atau hanya bermuka-muka? Atau tunggu masa? Jangan lupa, jaringan agen British, Sun Yat Sen (http://en.wikipedia.org/wiki/Straits_Settlements) dan peranannya menghancurkan Monarki Manchu-China? Dimanakah 'base'nya semasa berada dalam buangan? Dan rakyat manakah yang membantunya semasa melancarkan 'people revolt' tersebut. Ideologinya masih ada...
Siapa pula Knight of the British Empire Sir Tan Cheng Lok ? Dan tahun bila pula Pak Sako meninggalkan Malayan Civil Service dalam perkhidmatan British dan atas alasan apa?
Sebelum itu, jangan lupa nama Malaysia (Emerson R, a study in direct and indirect rule) mula wujud semenjak 1937 lagi. 1963 itu hanyalah perlaksanaan dari perancangan rapi mereka semenjak sekian lama.
Jadi bukan TAR lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak. Apa pula cerita Bangsa Malaysia?
Walaupun pada surfacenya mereka nampak bercakaran tapi secara sulitnya mereka ada agenda yang sama. Mengkucar-kacirkan masyarakat sehingga keadaan menjadi keliru tidak keruan. Apabila masyarakat mula bosan dan beralih kepada hidangan ringan seperti hiburan maka disitulah jarum dan racun dakyah mereka dijalankan. Masyarakat yang hidup tanpa arah tujuan sebenarnya telah menjadi korban satu sistem yang di rekacipta untuk melaksanakan agenda jahat mereka.
Salam.
BalasPadamIngat2 lupa, ada hadis Nabi S.A.W.
"Org Islam tidak masuk lubang biawak dua kali."
Wassalam.
Awal nagasakti bagi komen...tapi kalau dah nama biawak tetap juga masuk lubang biawak...:-)
BalasPadamSalam.
BalasPadamDah jumpa hadis tu tapi
“ Orang Mukmin yang cerdik itu tidak akan masuk ke dalam lubang biawak dua kali!”
Wassalam.
Roger..bule tolon explain bang?
BalasPadamSalam.
BalasPadamTapi siapakah yg dikatakan mukmin tu?
Mukmin tu muslim, muslim tu mukmin kah?
Wassalam.
Salam.
BalasPadam“Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)
Wassalam.
Terkejut aku tengok perubahan blog kau ni...tapi another great dalam analisa kau...nanti ada peluang aku update pengalaman dan pengamatan aku kat tanah suci.
BalasPadamYa syeikh selamat kembali...
BalasPadamMuslim bukan mukmin..tapi mukmin tu muslim..
BalasPadamMelayu hanya bangkit bila menjadikan al Quran dan as Sunnah sebagai panduan dalam semua dimensi kehidupan.
BalasPadamDemikianlah bangsa Arab di bawah pimpinan Rasulullah saw dahulu menjadi kuasa dunia.
Masalahnya Melayu UMNO tidak mahu laksanakan perintah Allah dan RasulNya sejak lebih 5o tahun yang lalu.Inilah punca perpecahan dan kelemahan. Firman Allah Taala:"dan bahawa perintah ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah dia dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan(yang lain) ,kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya"-Al An'am:153.
Jalan lain ialah kapitalisme, sekularisme,liberalisme dan sebagainya dari Barat Yahudi yang UMNO mempertahankannya sehingga kini...
Marilah UMNO... kembalilah kepada Islam. Bukan setakat buat masjid saja...
UMNO tu asalnya ok...ia bukan Parti Politik.
BalasPadamPejuangan UMNO kalau mengikut wawasan Dato Onn adalah murni dan paling terbaik untuk umat Islam.
Sebenarnya orang Islam especially Melayu telah dibutakan oleh BARUA BRITISH tidak dapat membaca hemah Dato Onn. Yang dapat baca gerak-geri Dato Onn ni puak-puak Freemason sebab Dato Onn memang secara tersirat menentang mereka..sebab tu mereka gagalkan usaha beliau.
siapa yang nampak-nampaklah...memang halus bab ni.
Untuk lebih jelas...sila kaji balik takrif MELAYU yang perlembagaan kita pakai hari ini...(itu takrif Dato Onn yang bagi tu...ada sebab tu bukan saja-saja)
BalasPadamMasa tu dia dah ready plan nak merdeka ikut acuan sendiri bukan acuan British seperti yang di bawa oleh TAR dan konco-konconya.