"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, April 30, 2009

Rancangan Jahat


Kepada pembaca yang dihormati sekalian. Setelah membuat kajian dan penyelidikan mengenai sejarah realiti ini maka tahulah kita bahawa apa yang berlaku dalam sejarah dan sistem kehidupan moden (i.e politik, finance, education - NWO) hari ini adalah hasil usaha perancangan jahat yang begitu rapi oleh puak-puak kafir satanis, The Elite, illuminati dan agen2 mereka.

Perkara rancangan jahat ini bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi mereka yang sudah nampak, tetapi ianya menjadi sinis dan teragak bagi mereka yang masih tidak mengerti. TMP telah berusaha untuk membawa beberapa contoh nyata seperti yang telah dibentangkan dalam artikel terdahulu dan beberapa link yang disertakan dari pautan internet sebelum ini. 

Semuanya telah terbentang di depan mata. Almarhum Dato Onn juga telah menyuarakan rasa bimbang terhadap rancangan jahat yang mereka ingin laksanakan di Tanah Melayu ini (kalau rancangan baik tentu kawan tu tak bimbang) dan seterusnya Siri The Arrivals pula telah berjaya mengupas rancangan jahat itu (diperingkat global) sebaik mungkin mengikut versi mereka. Buat pengetahuan semua, mereka ini bukan kosong tetapi juga berguru. Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka.

Cuma kali ini TMP cuba membawa kisah sejarah perancangan jahat mereka terhadap rasul dan nabi terdahulu mengikut kisah yang terdapat di dalam Al-Quran. Dan ini bukanlah bermakna TMP ingin menunjuk pandai atau mentafsir (TMP pun bukan ahli) cuma ia sebagai tambahan bagi mereka yang telah mengikuti artikel dari blog ini sekian lama. Lagipun jika tidak merujuk Al Quran tak kan TMP nak rujuk kitab Talmud pulak...(jika terdapat kesilapan TMP minta maaf awal-awal)

Baiklah, jika dahulu mereka merancang jahat sudah tentunya hari ini sudah sampai masa untuk mereka melaksanakannya pula. Jika sudah terlaksana maka mereka akan terus mencengkam dan menindas semahu yang mungkin. "Destroyed and shall never rise again," kata si Curzon mengenai penghapusan sistem Khalifah dan Islam di Turki.

Al Quran telah berkali-kali menyebut tentang perancangan jahat ini cuma kadang-kadang kita manusia yang lemah serba-serbi ini terlepas pandang. Apakah pula jenis rancangan jahat tersebut? Lihat sahaja kisah kejatuhan Empayar Ottoman Turki dan Empayar Islam Benua Siam Kedah.


Ghaafir 40 Ayat 5

Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak-puak yang bergabung sesudah kaum Nabi Nuh itu telah mendustakan (Rasul-rasulnya) dan tiap-tiap umat di antaranya telah merancangkan rancangan jahat terhadap Rasul mereka untuk menawannya (dan membinasakannya) dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu; sebab itu Aku binasakan mereka. Maka (lihatlah) bagaimana kesan azabKu!


Ar-Ra'd 13 Ayat 42


Dan sesungguhnya orang-orang kafir yang sebelum mereka telah melancarkan rancangan jahat (terhadap Nabi-nabi mereka): Oleh itu, (janganlah engkau bimbang kerana) bagi Allah jualah kuasa menggagalkan segala jenis rancangan jahat. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh tiap-tiap diri dan orang-orang yang kafir akan mengetahui bagi siapakah balasan (yang baik dan yang buruk) pada hari akhirat kelak.

An-Naml 27 Ayat 50


Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.


At Taariq Ayat 15


Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka dan menggagalkannya). Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa.


-------------------------------------------
Puak-puak jahat ni memang kaki rancang...bahsa modennya konspirasi. Tunggu masa...

2 comments:

  1. Salam.

    Depa merancang & depa tau rancangan depa tu akan gagal. Depa bukan tak baca/kaji Al-Quran tu.

    Tapi sbb depa tu ego/sombong dengan Allah SWT & Muhammad Rasulullah SAW. Masih gak nak lawan.

    Yg Islam lak bukan tak tau. Tapi sbb cintakan dunia taknak kan akhirat, buat tak peduli jer, janji poket penuh harta byk, bini byk etc.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Rodonc,
    koi respek keprihatinan aok mengenai sejarah negara..
    teruskan usaha, moga Allah memberkati kiat semua.. Ameen

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger