Ya Allah, limpahkanlah shalawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.
---------------------------------------------------
Sejak kebelakangan ini ramai Tok Alim memperkatakan tentang Salawat Tafrijiyah. Tidak kurang juga bloggers yang menyiarkan salawat ini didalam blog mereka. TMP juga mengambil kesempatan yang baik ini untuk tidak ketinggalan menyiarkannya di sini. Semoga pembaca-pembaca sekalian mendapat manafaat dan berbuat sesuatu untuk menjadikannya tersemat dalam sanubari dan ingatan.
Sila ikuti penerangan selanjutnya berkenaan kelebihan bersalawat antaranya "mendorong semangat keagamaan dan cinta kepada Rasulullah SAW sekaligus beribadah" di Bahrus Shofa.
0 comments:
Catat Ulasan
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.