"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, Februari 22, 2009

Foto vintage: Pertemuan Bersejarah

26 comments
Sembang santai kedai kopi pun cukup buat menghilang 'dahaga'.

Rombongan TMP sedang mendengar penerangan TNLK
Venue: Utara Semenanjung Siam-Melaka
Tarikh: 8 Safar 1430H

(saja terbuat silhouette shot)

---------------------------------------------------
"Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya." che det
--------------------------------

Menurut sumber terkini, selepas kejatuhan Makkah 1924 ke tangan Puak Saud yang bersekongkol dengan Ingris, maka sejarah Islam pun turut digodam secara besar-besaran. Bahananya, segala kegemilangan Islam ditutup secara sistematik terutamanya yang berkaitan dengan Ahli Sunnah. Sebab itu kita tidak nampak peranan Bani Hashim dan seterusnya Turki Ottoman dalam mengembangkan Islam secara global. Sebab itu kita secara buta mengambil tanpa usul periksa dan menuduh Ahli Sunnah sendiri yang terlibat dalam pembunuhan cucu Rasulullah s.a.w di Karbala. Bab inilah yang mendatangkan kekeliruan paling ketara pada umat Islam sehingga menjadi gaduh yang tidak berkesudahan. Penggodaman itu pula tidak berakhir di sana, malah sejarah Islam di Malaya juga turut dicelarukannya (Islam hanya bermula 1404M?). Kenapa jajahan takluk empayar Islam yang meliputi seluruh dunia itu dikerat-kerat dan disembunyikan? Kalau tidak percaya cuba siasat dari kitab mana dan dari punca mana silibus sejarah Islam yang diajar hari ini diambil? Sudah tentunya bukan dari gedung Turki Ottoman penguasa Empayar Islam yang terakhir, mahupun gedung Bani Hashim, Syarif Makkah terakhir. Konflik antara sejarah Islam dan kebangsaan inilah yang perlu dirungkaikan terlebih dahulu. Siapa Ibnu Taimiah? (satu lontaran)

-------------------------------------------------

Education aims at independence 

of judgment. Propaganda offers 

ready-made opinions for the 

unthinking herd. 


Read full post »

Khamis, Februari 19, 2009

Fikirkan: Hormat Diraja Siam Islam Ayuthia

42 comments
Gambar suasana dalam istana Ayuthia seperti lakaran oleh seorang pegembara dari Perancis. Pakaian itu jubah macam Arab/Parsi, 'headgear' berbentuk kon. Walaubagaimanapun tetap tersisip keris di pinggang
(sila lihat entri Berkeris jua Raja Siam?).

Cara hormat Raja itu serupa sebagaimana yang kita bangsa Melayu amalkan hari ini. Jikalau Thai, seperti yang kita sedia maklum mereka akan sujud menyeret terus atas lantai menyembah raja. Walaupun mungkin ada digambarkan (diexaggerate berlebih-lebihan) pada waktu, tetapi fokusnya seperti yang dipapar diatas ini.

(Kita semestinya perlu menapis segala input berkaitan sejarah Ayuthia yang telah bercampur aduk dengan sejarah Thai Buddha)

Gaya mereka, 'panglima' bertiga ini nampak tangkas, cekap dan fokus.

foto dan teks: sumbangan Salmi Baharom
-------------------------------------------------------------------------------------------------

*Jika kita amati, jubah ini juga seakan-akan jubah Maharaja China (refer SNK) dan pakaian askar china Manchu (seperti gambar sisipan dikiri blog) dan bertambah nyata jika di buangkan kon itu.

Perlu juga diingatkan yang binaan2 yang ada dizaman Ayuthia itu di bina oleh Siam bukan Thai, dan memang 'fesyen' kon berbucu tajam tu memang asalnya SIAM yang punya bukan Thai yang punya.

*Sami-sami buddha Thai tidak mengenakan pakaian seperti diatas, dan setelah diselak balik bahan rujukan, ada beberapa jenis 'headgear' yang dikenakan dimajlis istana Ayuthia, termasuklah topi diatas. Ia tidak ada kena mengena dengan bentuk kuil buddha Thailand.

------------------------------------------------------


Headgear berbentuk kon juga menjadi pakaian pegawai tentera zaman Ottoman. Jadi ia bukanlah sesuatu yang ganjil untuk dijadikan pakaian pada zaman itu.

Perubahan dari segi pakaian ini sentiasa berlaku mengikut peredaran zaman, lihat sahaja perubahan ikatan kepala Khalifah Ottoman dari serban sehinggalah ke fez merah (tarbus) dan kemudiannya berubah menjadi songkok.

* Sultan es Selatin dalam bahasa Ingrisnya bermaksud Sultan of Sultans. Oleh itu SALATUS SALATIN Melayu tu apa maksudnya dan dari mana pulak datangnya? Sejak bila pula orang Melayu mula bersongkok?

----------------------------------------------

*RALAT: Terdapat dua versi mengenai lokasi gambar diatas; satu yang di crop satu lagi yang penuh. Yang penuh itu tidak menampakkan kasut tapi menunjukkan gambar sebenar di Istana Perancis. Ia menjelaskan mengapa ketiga-tiga orang itu berkasut dalam gambar diatas. Terima kasih Norsyam Ariffin untuk gambar penuh tersebut.
Read full post »

Jumaat, Februari 13, 2009

Preah Vihear 'not a Hindu monument'

17 comments
From: Mohd Khairul Anwar Hussain
Subject: ON PREAH VIHEAR

Date: Tuesday, February 3, 2009, 12:28 PM

Preah Vihear 'not a Hindu monument'

By Ambassador Julio A. Jeldres

Source: The Phnom Penh Post, July 25, 2008

Dear Editor,

My attention has been drawn to your reporting of events concerning the temple of Preah Vihear over the past week. I notice that your reporters have referred to Preah Vihear as being "a disputed 11th century Hindu monument".

May I point out that the temple of Preah Vihear is not a "Hindu monument" but a Khmer sanctuary, built by Khmer kings and dedicated to Shiva theHindu god. Indeed, construction of the temple was began under the rule of the Khmer King Yasovarman I (889-910AD) and completed during the rule of one of his successors, King Suryavarman II (1113-1145).

It should be understood that for past Khmer kings, a sanctuary was first and foremost a cosmological recreation. Thus, the construction of Khmer sanctuaries in the form of multi-tiered Pyramids meant that the place was considered a sacred cosmic mountain. This was particularly noticeable in the temples dedicated to Shiva, because of the association with the god's mountain home, Mount Kailasa. A mountain or a cliff top location, as in the case of Preah Vihear, was always the first choice for the Khmer architects building these major temples.

The fact that Preah Vihear is a Khmer sanctuary and not a "Hindu monument" has been extensively acknowledged by most experts in Khmer architecture including in such books published in Thailand by Thai authors like Professor S. Siribhadra of Silpakorn University in Bangkok in 1992, Dr Dhida Saraya in 1994 and by the Italian author Vittorio Roveda in 2000.

There is no dispute over the temple itself but rather over surrounding land that is claimed by both Cambodia and Thailand. The temple has always been Khmer, except for a period when it was occupied by Siam from 1431 to 1907. In 1431, under the reign of the Siamese King Chao Saam Phraya (Boromrajadhiraj II) who ruled from 1424 to 1448, in what is known as the Ayutthaya period of Siamese (Thai) history, the armies of Siam defeated the Khmer armies and forced the evacuation of Angkor and the capital of the Khmer Empire was moved to Oudong and then to Phnom Penh.

The Siamese armies occupied Battambang, Sisophon, Siemreap-Angkor as well as Preah Vihear and they were annexed into Siam.



Peta baru Kemboja pun masih menggunakan perkataan yang terdapat dalam perbendaharaan kata Melayu: contohnya Kampong Cham, Kampong Thom, Kampong Speu dll. (Pengkalan Chepa di Kelantan itu asalnya dari Pengkalan Champa)

*Prasat Preah Vi Hear
maksudnya 'pertahanan abang pusingan ke lima' merujuk kepada adik beradik Po Chan Koya Long @ Sultan Muzaffar Syah III Raja Kemboja Champakasari yang berlima

------------------------------------------------------------------
Nota Penulis:

Itulah dia kekuatan tentera Siam Islam yang berasal dari Kedah (senang cerita hari ini kira 'Melayu' Kedahlah) yang memerintah sebahagian besar benua nusantara dalam usaha mengembangkan Islam pesan dari Maharaja Sai Tee Sung hasil dakwah Saad Waqas r.a amanat dari Rasullullah s.a.w. Kisahnya (bukan sehari dua tapi sejak dari 23H iaitu 1400 tahun yang lampau) dipadamkan dari lipatan sejarah kerana peranan pemimpinnya yang menegak syariat Islam (refer UUK) dan jika tidak dipadam akan menjadi penghalang besar kemasukan pengaruh yahudi-nasrani-freethinker dan majusi ke alam nusantara. Oleh itu boleh dikatakan seruan Islam sudah sampai ke seluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Tanah Jawi seawal zaman 4 sahabat lagi. Bagi mereka yang faham, semua gerakan dakwah zaman para sahabat adalah berasaskan pegangan tauhid yang mantap. Empayar Rom dan Parsi mula menerima seruan Islam seawal zaman panglima perang, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

Siaran ulangan:
Siam Islam yang berasal dari Kedah hanya memerintah dari Ayuthia @ Shahru-Naoi @ Kota Baru yang dibuka kemudian dari Kedah sehingga tahun 1767M. Selepas kejatuhan Ayuthia kepada Sukhothai, Panglima Besar Siam, Khalifah Sharif Abu Bakar dan anaknya Po Chan Koya Long berundur ke Semenanjung Siam-Malaka iaitu tanah asal Merong Mahawangsa - banjaran Titi Wangsa yang menjadi tulang belakang kepada tanah semenanjung ini sebagai buktinya. Preah Vihear yang asalnya kubu Koya Long itu kemudiannya menjadi perebutan pula antara Thai dan Khmer.

Berikutan dari pengunduran itu terjadi pula perang Siam-Thai 1821-1839 yang diketuai oleh cucu Khalifah Shariff, iaitu Syed Alang Alaudin yang mendapat gelaran Panglima Bukit Gantang kerana mempertahankan kedaulatan sebuah Empayar Islam Benua Siam-Kedah bagi menghalang kemaraan tentera jutmajut kafir buddha Thai. Peranan itu kemudiannya diambil oleh Long Jaafar anaknya sebelum berjaya dibunuh oleh puak-puak Thai dibantu oleh puak-puak Freemason dan agennya seorang Siam yang menjadi Melayu iaitu Sir. SAH KCMG. Barulah padan kisah yahudi-nasrani-majusi vs Islam.

(Bahang peperangan dan keganasan tentera kafir itu masih dirasai oleh saudara-saudara Islam kita di Rohingnya, Patani, Kemboja dan Mindanao seumpamanya. Bagi mereka perang sabil masih belum berakhir. Penghujungnya mereka akan lari ke Semenanjung Siam-Malaka kalau tidak pun Aceh untuk mengadu nasib menumpang kasih. Ini sudah tentunya kerana ada tarikan dalaman atau pertalian rohani yang telah diikat oleh khalifah Islam dahulukala yang baranya-magnetnya masih ada di sini. Kita pula dibelai manja dan dilunakkan dengan Ketuanan Melayu sehingga lupa yang slogan politik itu mengecilkan sejarah hak sebenar pemerintahan kerajaan Islam dinusantara. Jika dahulu sudah pasti kerajaan Islam ini akan menghantar bala tentera untuk membebaskan Rohingnya dari ditindas-zalim oleh jutmajut Burma seperti mereka mengambil alih Angkor (maksudnya Istana Agam kerajaan Funan, bukannya Wat Buddha) dan Prasat Preah Vi-Hear dari Khmer dizaman Sultan Rijaludin Muhamad Johan Syah - Parameswara Melaka 1424-1448. Sesungguhnya Khalifah dahulu tidak lupa akan tanggungjawab yang diamanatkan oleh Merong Mahawangsa untuk menjaga kedaulatan wilayah Islam dan rakyatnya dengan sepenuh hati. Penulis pasti, pertolongan akan sampai untuk membebaskan saudara-saudara kita yang tertindas atau teraniya itu, harinya kelak akan tiba)

Setelah khalifah Islam terakhir berjaya dibunuh, lalu datang pula Perjanjian Bangkok 1909 dimana puak Majusi dan Yahudi/Nasrani membahagi dua wilayah empayar Islam dari muara Sungai Golok sehingglah ke Padang Besar - jadilah tanah Thai - Thailand diatas, tanah Melayu dibawah dalam bahasa Ingrisnya Malaya. Ketuanya raja-raja palsu yang berpaling tadah terhadap sistem pemerintahan Islam berkhalifah seperti yang diamalkan oleh Turki Ottoman. Gantinya kemudian adalah pemerintahan Raja berpelembagaan yang kalau mengikut tafsiran politik pakar undang-undang Karpal Singh; raja-raja Melayu boleh disaman mengikut undang-undang Common Law Ingris dan antarabangsa. Raja berlembagaan ini adalah replika sistem yang diamalkan oleh raja England.

Dengan itu Ingris berjaya dalam agendanya mencipta 'The Malay States' bagi mengukuhkan pegangan dan naungannya di negeri-negeri yang asalnya dibawah naungan Duli Yang diPertuan atau Syah Alam Yang Maha Mulia kerajaan Islam. Habis segala hasil bumi, kekayaan emas, bijih timah, getah, segala dokumen bersejarah, bukti ketamadunan diangkut bawak balik ke England. Yang ditinggal hanya gelaran bangsa Melayu yang hina lagi lemah kerana telah di acu-uli mengikut tafsiran dan sejarah ciptaan mereka.

Ingris, walaupun mendakwa tidak mencampuri hal-ehwal agama Islam, tetapi secara halusnya ramai raja-raja Melayu yang diangkat mereka diberi pangkat dan gelaran Sir, iaitu gelaran Knighthood yang di Crosskan oleh DYMM King of Great Britain. Oleh itu orang Melayu yang tercanai dengan jiwa Ingris waktu itu berajakan Sultan Melayu yang ramainya telah menjadi Sir.

Adat istiadat Duli Yang diPertuan Maharaja Siam Islam @ Duli Yang diPertuan Agong dalam bahasa modennya yang bersusur galur dari Raja Iskandar Zulkarnain; contohnya seperti nobat, balairongseri dan segala gelaran kebesaran menteri-menterinya masih lagi diguna pakai oleh Raja-raja 'Melayu' yang kita tahu hari ini.

*susah nak faham situasi ini kalau tidak minat sejarah dan konspirasi menjahanamkan Islam. Untuk pengetahuan pembaca, raja-raja Islam yang nama mereka terdapat dalam UUK itu semua kuat pegangan agamanya dan tidak menghairankan jika nama Nabi Khidir pun ada tercatit dizaman Khalifatullah Akhirul Zaman Paduka Seri Sultan Mahmud Syah Melaka.

--------------------------------------------------------------
Petikan dari SNK :
(abaikan gelaran lihat siapa yang memerintah)
SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN @SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA
1424 – 1448
Makam baginda terletak di Kota Seputih, Kubang Pasu Kedah. Ada pendapat yang mengatakan beliau adalah juga Boromoraja II. Dalam "Salasilah 1" dibawah, setelah berbincang dan mebuat rujukkan kami yakin beliaulah Ramatibodi II, (merujuk kepada buku DGE Hall). Pendapat kedua pula mengatakan Muhammad Johan Syah adalah nama Tunku Mohammad Chan, sedangkan nama baginda sultan hanyalah Sultan Rijaluddin sahaja.

(punya marah mereka pada Paramesawara sehingga sejarahnya hari ini diubah dan difitnah pula sebagai Hindu Sumatera. Sebelum itu pada 1276M sudah ada Sultan Muhammad Syah II di Malaka digelar Sultan Muhammad Syah yang Adil)
Read full post »

Rabu, Februari 11, 2009

Wanita tercantik dunia?

7 comments
ARTIS wanita yang berasal dari Welsh, Catherine Zeta Jones dipilih sebagai Wanita Tercantik Dunia melalui sebuah ramalan pendapat antarabangsa pada tahun 2008. Bintang berusia 38 tahun itu menjadi pilihan utama yang memperoleh undian dari seluruh dunia.

Ini menandakan umur bukan ukuran seseorang itu dinilai cantik. Dengan gaya dan keanggunannya, Catherine membuktikan bahawa dia masih boleh 'mencuri' mahkota itu daripada artis muda yang cantik dan jelita. Carta ini membolehkan golongan wanita memilih ikon wanita tercantik kegemaran mereka.

Sementara itu, artis tercantik sekitar tahun 1960-an, Brigitte Bardot berada di tempat kedua, manakala bintang Breakfast At Tiffany, Audrey Hepburn di tempat ketiga.
Manakala berdasarkan laman web According To You, membariskan aktres terkenal yang membintangi Dark Angel, Jessica Alba sebagai salah seorang daripada 10 orang wanita tercantik di dunia.

Seterusnya diikuti oleh Salma Hayek, Sandra Bullock, Catherine Zeta Jones, Pamela Anderson, Angelina Jolie, Halle Berry, Jennifer Aniston, Eva Longoria dan Cindy Crawford.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa 10 wanita tercantik dunia ialah Angelina Jolie, Christy Turlington, Puteri Rania-Jordan, Sophia Coppolla, Nigella Lawson, Uma Thurman, Emmanuelle Bart, Kate Moss, Aishwarya Rai dan Puteri Charlotte-Monaco.
Menariknya, Marilyn Monroe dan Elizabeth Taylor berjaya mengalahkan Jessica Biel dan Sienna Miller yang lebih muda daripada mereka.

Tidak hairanlah jika kedudukan Angelina Jolie hanya di tangga ke-50.

sumber: Utusan Melayu
------------------------------------------------

Nota Penulis:

Secara realitinya, Bani Arab dan Bani Jawi le yang paling cantik, tak layak dibuat bertanding...Bani Israel wa tak tau. Nama-nama barat yang tertera diatas ini boleh dikatakan semuanya plastik.

Baiklah, nak pinjam sikit bidalan klasik bahasa Melayu mengenai ciri-ciri wanita yang cantik (tak macam orang asli yang digambarkan oleh barat):

Umpamanya:

pipi pauh di layang, hidung mancung bak seludang, rambut hitam ikal mayang, bibir merah bak delima, mata bersinar bak bintang timur, kulit putih bak kapas di busur, pipi tergantung bak ulas bermuda, gigi teratur bak sirih disusun, dagu bak lebah bergantung, alisnya lentik berlesung pipit, pinggang ramping bak kerengga, sayur menghijau mencelah dada...jalannya melamar cinta, suaranya melempar rindu...siapa dekat siapa cinta, siapa pulang siapa mimpi, siapa ingat siapa khayal...

----------------------------------------------

Kalau tidak begitu, takkan dibikin Taj Mahal untuk permaisurinya Shah Jehan. Agak-agaknya puteri siapa sebenarnya Mumtaz tu? Jawab bang....

*orang Melayu Sebenar kalau mengikut gambaran si Frank Swettenham (Mat Salleh yang diagung-agungkan sangat oleh sejarah kita) tidak ubah seperti rupa orang Asli. Kalau begitu memang benarlah orang Melayu itu orang asli semenanjung ni. Siapa nak pertikai, pertikailah, siapa nak marah-marahlah si Frankie tu. Bani Jawi (sesuai dengan kata Ahazeman dalam Arabnya bermaksud 'datang'-ye ke?) dah tentu bukan dari jurai keturunan orang Asli.

Kena tambah Bani Jawi dalam kad pengenalan la nampaknya ni...

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger