"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Disember 23, 2011

Murong dan Empire Tang

19 comments

Maharaja memanggil Murong Shie-Hu untuk menjadi general perang kerana baginda cedera dipanah.

Perdana Menteri Xianbei menyerahkan kerajaan kepada Murong Shie-Hu atas amanah Maharaja yang telah cedera dipanah tapi terkorban apabila dibunuh oleh orangnya sendiri (yang ingin merampas tahkta).

Murong Shie-Hu dan para panglimanya.

Tuan Puteri ini memanggil Shie-Hu dengan panggilan Abang Hu, tidak pula disebut Murong pada panggilan itu. 

Diatas ini adalah upacara rasmi dalam dewan Diraja Xianbei dan gelaran Murong digunakan. 

Pinjam sekejap daripada Uncle Wiki (yang bawah ni).

Murong asal kata nama daripada Xianbei
The Xianbei (simplified Chinese: 鲜卑; traditional Chinese: 鮮卑; pinyin: Xiānbēi; Wade–Giles: Hsien-pei) were a significant Mongolic nomadic people residing in Manchuria, Inner Mongolia and eastern Mongolia. The title “Khan” was first used among the Xianbei.

Asal usul empayar Xianbei
During the Sixteen Kingdoms (304-439) period, the Xianbei founded six kingdoms in China proper, including the Former Yan (281-370), Western Yan (384-394), Later Yan (384-407), Southern Yan (398-410), Western Qin (385-430) and Southern Liang (397-414). Most of them were unified by the Tuoba Xianbei, who established the Northern Wei (386-535), which was the first of the Northern Dynasties (386-581) founded by the Xianbei.[4][5][6]


Xianbei belt buckles, 3-4th century CE - Ukiran Naga. Merong dipinggang.

Ruan Xian, Seven Sages of the Bamboo Grove, had a Xianbei slave who gave birth to his son, Ruan Fu.[7] In 534, the Northern Wei split into an Eastern Wei (534-550) and a Western Wei (535-556). The former evolved into the Northern Qi(550-577), and the latter into the Northern Zhou (557-581), while the Southern Dynasties were pushed to the south of the Yangtze River. 

In 581, the Prime Minister of Northern Zhou, Yang Jian, founded the Sui Dynasty (581-618). His son, the future emperor Yang Guang, annihilated the Southern Chen (557-589), the last kingdom of the Southern Dynasties, thereby unifying northern and southern China. 

After the Sui came to an end amidst peasant rebellions and renegade troops, his cousin, Li Shimin, founded the Tang Dynasty(618-907); Li led China to develop into one of the most prosperous states in history.

Kaitan Dynasti Tang dan Xianbei yang masih membawa gelaran Murong
Sui and Tang dynasties were founded by Han Chinese generals who also served the Northern Wei Dynasty.[8][9] Through these political establishments, the Xianbei who entered China were largely merged with the Han, examples such as the wife of Emperor Gaozu of Tang, Duchess Dou and Emperor Taizong of Tang's (Li Shimin's) wife, Empress Zhangsun, both have Xianbei ancestries,[10] while those who remained behind in the northern grassland emerged as later powers to rule over China.

Emperor Gāozǔ of Táng (566 - 25 June 635), born Lǐ Yuān (李淵), courtesy name Shūdé (叔德), was the founder of the Tang Dynasty of China, and the first emperor of this dynasty from 618 to 626. Under the Sui dynasty, Li Yuan was the governor in the area of modern-day Shanxi, and was based in Taiyuan.

Baiklah, apa yang dapat kita pastikan disini bahawa permaisuri kepada Maharaja Tang yang pertama itu berketurunan Xianbei iaitu satu-satunya(?) kaum daripada beribu kaum yang terdapat di China yang memakai Murong sebagai gelaran pada nama dan memakai lambang kebesaran Merong dipinggang.

Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, Saad Abi Waqas datang ke China berjumpa dengan Maharaja Tang lantas Maharaja itu memeluk Islam. Perkara itu tidak ditekankan dalam mana-mana sejarah dunia juga melainkan sejarah Empayar Islam Benua Siam Kedah. Dan Baginda menghantar cucu-nya Merong Mahawangsa ke Kedah untuk menyebarkan Islam dan juga ke seluruh wilayah Nusantara seawal zaman para sahabat Rasulullah s.a.w lagi.

Apa yang hendak di perjelaskan disini adalah gelaran Murong (surname) telah pun ada diguna pakai sebelum itu dan juga tidak mustahil gelaran masih diguna pakai oleh waris Maharaja Tang yang mempunyai darah Xianbei kaum yang pernah mempunyai sebuah empayar besar di China dan kaum yang pertama sekali menggunakan perkataan Khan yang merujuk kepada Raja.

Si Raja Monggol Gengkhis yang terkemudian daripada mereka (Xianbei) juga menggunakan perkataan Khan sebagai gelaran. Tidak ketinggalan juga Salman Khan, Shahrukh Khan ataupun Zaman Khan bekas Ketua Pengarah Penjara Negara yang memang terkenal garang umpama singa (tabik tuan).

Tetapi adakah Si Gengkhis Khan itu wajahnya 'setampan' Sharukh Khan hero Bollywood yang menjadi kegilaan ramai wanita Melayu Malaya? Boleh jadi hensem juga si Gengkhis itu gamaknya...hensem ala-ala Bangla?

Temujin @ Genghis Khan @ King of Kings yang dikatakan barbarik tidak bertamadun oleh pihak barat, jadi bagaimana pula dengan Khan Xianbei yang telah pun mempunyai empayar dan tamadun sebelum Temujin menjadi Genghis Khan?
(Ada rupa Shahrukh Khan? Atau Imran Khan pemain Kriket Pakistan tu?)

Daripada segi bahasa pula, jelas Murong itu diambil daripada perbendaharaan kata rumpun bahasa Mongoloid yang berkait pula dengan bahasa Turkic, terhimpun menjadi salah satu bahasa daripada ribuan bahasa yang terdapat di China yang telah disatukan pula oleh bahasa Mandarin.

Empayar Xianbei

Cuma tidak dapat dipastikan samada Murong itu bermaksud naga ataupun tidak dalam bahasa asalnya, tetapi jika dilihat daripada alat kebesaran Xianbei, maka kita akan lihat penuh dengan ukiran naga pada segala alat kebesaran Diraja mereka.

Yang pasti Merong itu bermaksud Naga Laut dalam bahasa Siam, dan Murong pula adalah gelaran kebesaran Diraja yang memang berasal daripada empayar Xianbei sebelum bercantum dengan Dynasti Tang yang mengekalkan nama/gelaran Merong (Maha Wangse-er) iaitu melalui jurai sebelah neneknya.

Logik?

Dan yang paling pasti Merong yang ini bukan Merong Maha "garbage" gelandangan spesis kaki betina tidur merata khayalan R.U.K. bersaudara.

Sekian.

*Xianbei - jika disebut terus, bunyi 'nb' tu mulut katup ke tak? Minta tolong pakar bahasa perjelaskan lah.
Read full post »

Selasa, Disember 13, 2011

History and legend of the Templars - Atlanti del mistero

9 comments
Salam sejahtera para pembaca budiman sekalian. Dibawah ini dibawakan beberapa salinan daripada sebuah buku yang TMP perolehi semasa berkesempatan ke negeri Marco Polo suatu ketika dahulu. Buku yang berbahasa Italy itu mengandungi segala maklumat berkenaan dengan kegiatan Knight Templar, Mason, Baphomet dan kaitannya dengan sejarah dan misteri yang telah banyak diperkatakan oleh para penulis lain, samada di majalah atau pun blog. 

Oleh kerana bukunya itu berbahasa Italy, maka diucapkan terima kasih kepada Pak Cik Google kerana sudi menterjemah secara percuma, cuma tak mungkinlah dapat diterjemah kesemuanya kerana kekangan masa. Minta maaf juga kerana belum kesempatan hendak menyusun ayat yang diterjemahkan itu dalam bahasa Inggeris yang sempurna.

Antara maklumat menarik yang hendak dibawakan dalam posting kali ini adalah kaitannya ramalan Nostaradamus dengan perancangan NWO hari ini, peperangan Islam dan Buddha yang mungkin tidak pernah diperkatakan dalam mana-mana sejarah dunia tapi ada tercatat dalam simpanan Knight Templar, hubungkait Templari dengan kejatuhan Empire Islam di Semenanjung Iberia, dan juga sembahan Templari yang berkait rapat dengan ritual Baphomet.

Jika para pembaca selama ini hanya mengikuti posting TMP, dan mungkin ada juga yang mengatakan TMP menulis hentam kromo tanpa bukti, menyokong SNK membuta tuli, kali dibawakan sekali bukti bahawa apa yang telah puan dan tuan baca selama hari ini bukan khayalan atau fantasi, tetapi adalah realiti. Cuma mungkin cara TMP membawa cerita itu tidak "straigth forward", seperti sesetengah penulis. Lain orang lain caranya.

TMP tidak meniru dalam menyampaikan berita, tetapi melalui pengalaman nyata. Mengemukakan bukti bila kena pada masanya. Sesungguhnya sejarah realiti sudah tentunya tidak boleh dibaca sama kaedahnya dengan sejarah fantasi.

Semoga memberi manafaat.

 Where is Venice?

 Ciao!
HAB
Venice, Italy 1997.


Atlanti del mistero- Atlases of the mystery
a cura di Angela Cerinotti 

History and legend of the Templars
by Angela Cerinotti


Potret Nostradmus. 
Cara untuk mendapatkan maksud dan perancangan Templari adalah melalui segala ramalan Nostradamus.

Portrait of Nostradamus (1503-1566), by printing the charm of its secolo.Il XVI Centuries, never failed, and it also accentuated the general public as we approach the end of the second millennium and it was inevitable that he was the how to connect it to the Templars, being as much 'luck' with the fans of the mystery and the occult



Segi Lapan.
Representation of the Islamic paradise, connected to the octagonal. p55


Campurtangan Templari dalam operasi reconquista Christian menjatuhkan empire Islam di Semenanjung Iberia.
The first exploits of the Templars had for the West Theatre, in the context of the Christian reconquista against the Saracens (in the illustration, the impact of this offensive in the peninsula ilberica 1000 to 1212). In exchange for assistance to the sovereign, the Templars received castles and fortresses. Alfonso I of Aragon (1073-ca 1134) even check to inherit one third of the Templars in his kingdom, and then convert the legacy, not viable, in a series of donations. p15


Peperangan/Konfrontasi/Konflik antara Islam dan Buddha. 
Hampir tidak pernah diperjelas atau diperkatakan dalam mana-mana sejarah Islam yang kita ketahui dan pelajari, melainkan melalui sejarah realiti Empire Islam Benua Siam Kedah yang jelas dalam sejarahnya berperang dengan kafir Buddha.
Persian miniature showing Muhammad's encounter with the Buddha, a sign of a religious confrontation in the Middle Ages that had no counterpart in the West. To misunderstanding and hatred of Islam was accompanied to the belief that since the Prophet had been granted a partial revelation of the Word of God, they still had the most distorted in the worlds of evil. p50

Jejak Warisan Jawi di Venice?

In dwelling on the meaning of Baphomet, Eliphas Levi certainly had in mind the work of Orientalist Joseph von Hammer-Purgstall unveiled the mystery of Baphomet (of which he 'plays an' image), published in 1818 in a climate of full restoration. Attributed to the Templars in the worship of a god androgynous, phallic cults and orgiastic practices as well as the complicity with the Assassins, Hammper-Purgstall not lose this opportunity to say: How the West revolutionary societies arose from the heart of the Masons, so Assassins in the East had arisen from the Ismaili sect. p89

Read full post »

Rabu, Disember 07, 2011

Nostradamus' Lost Book: Islam's Prophecy

0 comments

The current or renewed belief system of the west towards Islam?

Puak-puak barat Yahudi dan Nasrani amat percaya dengan ramalan sihir Nostradamus. Dan daripada buku The Lost Book of Nostradamus mereka (puak barat) beranggapan bahawa Osama Laden itulah the Antichrist yang telah diramalkan. Manakala ada juga yang berpendapat bahawa watak (Osama Laden) telah dicipta untuk mengesahkan dan menguatkan lagi ramalan Nostradomus yang amat mereka percayai itu.
(U.S. propaganda leaflet used in Afghanistan, with bin Laden second from the left)

Persoalannya disini, jika Osama Laden itu watak ciptaan mereka, mengapa mereka membunuhnya? Dan jika watak Osama Laden itu BUKAN ciptaan mereka, bermakna secara tidak langsung mereka telah berjaya membunuh Antichrist yang diramal oleh Nostradamus itu - sudah tentulah aman dunia ini.

Tetapi, ironinya jika watak Osama Laden itu adalah ciptaan mereka sendiri, kenapa mereka mematikannya pula? Siapa pula yang akan menjadi sasaran mereka selepas ketiadaan Osama Laden? Walaupun begitu, perlu juga diingat, inilah salah satu bukti akhir zaman. Bukankah menghidup dan mematikan adalah salah satu daripada kehandalan Dajjal sebelum buku bertemu ruas?


Ketua kerajaan Amirika dan ahlinya sedang mendengar maklumat terkini operasi membunuh Osama Laden

Manakala jika dikaji daripada sudut yang lain pula, bukankah telah diceritakan dalam sejarah bahawa salah satu daripada perangai Firaun adalah membunuh segala bayi bani Israel yang baru dilahirkan kerana ketakutan yang melampau terhadap ramalan ahli sihirnya sendiri? Adakah sejarah sedang berulang? Permainan apa ini sebenarnya?

Oleh itu siapakah Dajjal? Siapa Firaun? Siapa Ahli Sihir, Siapakah Hamman, siapakah Qarun dalam dunia moden hari ini? Siapakah yang memburu dan siapakah pula yang sedang diburu sebenarnya??


Osama Laden?

Orang-orang firaun masih lagi mengamalkan ajaran mereka terdahulu, disetiap zaman pasti ada orang-orang mereka silih berganti, mereka mahu masyarakat mempercayai apa yang mereka percaya,  itu sebabnya 'belief system' yang kuno itu diperbaharui disetiap zaman.

Tetapi bagi orang Islam yang kuat dan betul pegangan hatinya, tiada yang lain yang berkuasa melainkan Allah taala sahaja yang berkuasa menghidup dan mematikan setiap mahkluk di dunia ini. Bukannya dajjal, firaun ataupun ahli-ahli sihir mahupun saintisnya.

Putus iktikad, kata Tok Alim.
Read full post »

Isnin, Disember 05, 2011

QADIANI BUKAN AJARAN ISLAM!

0 comments
Perihal Mirza Ghulam Ahmad yang beriktikad Nabi Isa a.s telah wafat dan mengatakan bahawa beliaulah Al Masih dan juga Al Mahdi.

Diterbitkan dalam bahasa Indonesia
Darul Kutubil Islamiyah,
Jl. Kesehatan IX/12 Jakarta Pusat
Penterjemah dari bahasa Inggris ke bahasa Indonesia
Oetami Soesilo Soewindo dan S.A. Syurayuda
Editor Mansyur Basuki dan Bambang Dharmaputra
Design Setting & Layout: Erwan Hamdani

Buku ini ditulis oleh Hazrat Mirza Ghulam Ahmad dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris oleh Maulana Muhammad Ali dengan judul “The Philosophy of the Teachings of Islam” yang dibacakan pada konperensi berbagai agama di Lahore pada tahun 1896.

Buku ini ditulis oleh Hazrat Mirza Ghulam Ahmad dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris oleh Maulana Muhammad Ali dengan judul “The Philosophy of the Teachings of Islam” yang dibacakan pada konperensi berbagai agama di Lahore pada tahun 1896.

Kepopuleran buku ini sudah begitu luas yang dibuktikan oleh fakta bahwa tulisan aslinya dalam bahasa Urdu telah diterbitkan beberapa kali. Edisi bahasa Inggris, pertamakalinya diterbitkan secara berkala di majalah Review of Religions pada tahun 1902 (ketika itu Maulana Muhammad ‘Ali menjadi pimpinan redaksinya). Dalam bentuk buku, pertamakali diterbitkan tahun 1910 setelah direvisi oleh Mr. Muhammad A. Russel Webb, Maulwi Sher ‘Ali dan Ghulam Muhammad.
MUHAMMAD ALI
Mei 1910.

RIWAYAT PENULIS

“Tidak, barangsiapa berserah diri sepenuhnya kepada Allah dan berbuat baik (kepada orang lain), ia memperoleh ganjaran dari Tuhannya, dan tak ada ketakutan akan menimpa mereka, dan mereka tak akan susah” (2:112).

Pada tahun 1835, Hazrat Mirza Ghulam Ahmad, putera Mirza Ghulam Murtadla, dilahirkan di Qadian, salah satu desa yang terletak di utara Punjab, India. Beliau termasuk keluarga terhormat, Mughal, yang berimigrasi ke India zaman pemerintahan Kaisar Barbar pada abad ke 16.

Beliau menerima pendidikan dasar di desanya. Pada masa mudanya, meskipun beliau suka menyepi dan tak suka pada kehidupan duniawi, namun atas perintah ayahnya, beliau sibuk mengelola tanah keluarga. Juga untuk memenuhi keinginan ayahnya, pada tahun 1864, beliau menjadi pegawai pemerintah di Sialkot. Di sinilah untuk pertama kalinya Mirza berhubungan dengan para missionaris Kristen.

Pada tahun 1868, ayahnya mengizinkan beliau untuk berhenti dari pekerjaannya dan kembali ke Qadian. Untuk beberapa tahun lamanya beliau diminta untuk mengelola tanah keluarga serta mengurus segala sengketa tanah mereka. Beliau sering sekali mengunjungi kota Batala, yang pada waktu itu menjadi daerah kegiatan Kristen yang penting. Segera saja beliau memutuskan untuk melawan propaganda yang menyakitkan hati yang dilancarkan para missionaris Kristen terhadap Islam.

Setelah ayahnya wafat pada tahun 1876, beliau mencurahkan diri sepenuhnya untuk mendalami al-Qur’an, Hadits, Tafsir dan ajaran agama-agama lain. Di saat beliau sedang giat menangkis dalih-dalih Kristen yang ditujukan terhadap ajaran Islam, maka Gerakan Arya Samaj pun mulai berkembang di kalangan orang Hindu. Dalam perdebatannya tentang ketidak benaran argumentasi Kristen dengan para pemimpin mereka, keulamaan dan semangat besar dari beliau dalam mempertahankan Islam tampak menonjol.

Pada tahun 1880, terbitlah buku yang sangat terkenal, yaitu “Barahini Ahmadiyah” yang sangat mengesan sekali khususnya di kalangan kaum Muslimin. Di dalam jilid pertamanya, beliau mengemukakan sejumlah besar dalil berdasarkan nara sumber utama, memperkokoh pengakuan bahwa

Islam adalah agama yang paling tinggi bagi manusia. Beliau menekankan perlunya wahyu Ilahi dan berdebat bahwa Tuhan bersabda kepada para hamba pilihan-Nya bahkan hingga sekarang sebagaimana Dia bersabda di zaman lampau. Dalam hubungan ini, beliau menunjuk kepada kasyaf dan ilham yang diterima dan menyebutkan sebagian dari padanya telah terpenuhi. Di saat beliau sedang menulis buku tersebut, maka diwahyukanlah bahwa beliau telah diangkat menjadi Mujaddid abad 14 Hijriah untuk membela perkara Islam.

Pada tahun 1891, beliau mengumumkan bahwa telah diwahyukan bahwa Yesus Kristus tidak hidup abadi, dan telah wafat sebagaimana para Nabi lainnya. Beliau menyatakan bahwa Al-Masih yang kedatangannya telah dijanjikan kepada kaum Muslimin, adalah seorang Mujaddid (Pembaharu) dan ramalan-ramalannya telah terpenuhi pada diri beliau sendiri.

Lebih lanjut beliau memberitahukan bahwa hadits-hadits yang berhubungan dengan kemunculan Mahdi dan juga berkenaan dengan kedatangan Al-Masih, mengisyaratkan bahwa dakwah Islam di dunia bukan dengan pedang, melainkan dengan argumentasi dan pemikiran.

Pernyataan ini menimbulkan gelombang perlawanan yang hebat tidak hanya dari kaum Kristen dan Hindu, bahkan dari kalangan kaum Muslimin sendiri. Di tengah-tengah kancah cobaan dan penderitaan ini, pemerintah Inggris pun langsung mengawasi beliau sehubungan dengan pengakuan beliau menjadi Mahdi, tetapi beliau tetap menyiarkan Islam penuh semangat dan tulus. Semangat untuk menyiarkan risalah Islam ini ke seluruh dunia telah bergelora di hati beliau, khususnya ke Eropa yang selama ini hanya selalu menggambarkan Islam dari sisi gelapnya saja.

Keinginan beliau mulai terwujud pada tahun 1901, yakni ketika beliau mulai menerbitkan majalah bulanan Review of Religion dari Qadian, dengan menyajikan gambaran Islam dan Nabi Muhammad saw yang benar ke dunia yang berbahasa Inggris.

Rencana itu kemudian dilanjutkan setelah beliau wafat, dan untuk pertamakalinya pada tahun 1912, The Woking Muslim Mission di Inggris didirikan, kemudian menyusul The German Muslim Missionari di Berlin tahun 1922. Selanjutnya penyiaran Islam pun dibawa dari satu negeri ke negeri lainnya. Tidak ragu lagi, gelora yang melatarbelakangi keberanian yang terorganisasi ini, sesungguhnya terbit dari hati seorang yang amat saleh dan tulus dari Qadian, seorang penulis yang menerbitkan lebih dari delapan puluh judul buku ke-Islaman, dan menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 26 Mei 1908.
Read full post »

Sabtu, Disember 03, 2011

Kampung Baru : MARKAS KELOMPOK MELAYU

0 comments
Oleh Rohana Mustaffa

Pembangunan di Kampung Baru, warisan Melayu di tengah-tengah ibu kota metropolitan Kuala Lumpur bergerak perlahan sejak dibuka pada 1899, disebabkan pelbagai faktor, antaranya kerenah birokrasi usang dan sikap penduduk. Bagaimanapun, harapan baru muncul dengan cadangan transformasi kampung ini yang menarik perhatian Bernama untuk menyiarkan siri rencana.

Ini ialah bahagian pertama daripada enam bahagian.

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Jam besar di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru menunjukkan waktu 4.55 petang.

Baru sebentar muezin melaungkan azan masuk waktunya solat Asar dan berpusu-pusu umat Islam di sekitar Jalan Raja Alang dan Jalan Raja Abdullah ini meninggalkan sementara pekerjaan mereka untuk menunaikan ibadat fardu.

Ini ialah rutin harian para peniaga dan pekerja pejabat serta orang ramai di sekitar Kampung Baru Kuala Lumpur dan kesempatan untuk solat berjemaah seperti tidak mahu mereka lepaskan setiap hari. Laungan azan memuji kebesaran Allah swt bergema di seluruh kampung yang mencetuskan tindak balas pantas para peniaga terutamanya pada deretan kedai di hadapan masjid untuk serta merta menutup premis perniagaan dan menyahut seruan mengerjakan solat. Dari muka pintu masjid tua ini kelihatan Menara Kembar Petronas di sebelah barat manakala di sebelah timur pula kelihatan Menara KL dan beberapa pencakar langit seperti Menara Bank SME, Menara Universiti Kuala Lumpur, antaranya tiga hotel mewah dan beberapa lagi struktur yang seakan-akan membentuk suatu kepungan mengeliling Kampung Baru, satu-satunya entiti dan warisan Melayu di tengah-tengah ibu kota metropolitan ini.  Solat berjemaah berikutnya ialah pada waktu Maghrib dan masa selama lebih dua jam di antaranya membenarkan umat Islam kembali kepada pekerjaan dan perniagaan mereka. Ada yang pulang ke rumah yang berdekatan untuk berehat. Pendek kata mereka banyak masa untuk melakukan pelbagai perkara.

DUA DARJAT
Bagaimanapun, masa juga seakan-akan bergerak perlahan, kadang kala seperti terlalu perlahan di Kampung Baru, sekiranya dibandingkan kerancakan pembangunan di kawasan ini dengan jirannya di sebalik sempadan bersama, terutama Sungai Kelang yang menjadi penanda aras.

Kampung Baru terletak di bahagian utara pusat bandar raya yang disempadani Jalan Raja Muda Abdul Aziz di utara, Jalan Tun Razak di timur, Jalan Dang Wangi, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Sungai Kelang di selatan, dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah barat.
Sebagai contoh, menara kembar yang paling tinggi di dunia hanyalah satu kilometer dari sini sedangkan masjid, deretan kedai, kelompok rumah dan pelbagai lagi tidak kelihatan berubah seperti mana Kampung Baru mula dibuka pada tahun 1899 dan digazetkan setahun kemudian. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan seakan-akan wujud dua darjat antara Kampung Baru dan kawasan di sekelilingnya.

Ironinya menara itu berdiri megah bersebelahan Kampung Baru dan seseorang hanya perlu menaiki pelbagai bangunan pencakar langit di sekeliling kampung ini untuk meninjau keadaan warisan Melayu ini dan betapa ia juga sewajarnya sudah lama dimajukan seiring dengan kemajuan fizikal di sekitarnya.

TUJUH KAMPUNG UTAMA MEMBENTUK KAMPUNG BARU
Kampung Baru yang seluas 90.35 hektar (225.89 ekar) terdiri daripada tujuh buah kampung -- Kampung Hujung Pasir, Kampung Pindah, Kampung Periuk, Kampung Paya, Kampung Masjid, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Saiz perkampungan membesar selepas beberapa kampung kecil turut dirangkumkan ke dalam Kampung Baru seperti Kampung Manggis dan Kampung Sungai Baru dan kemudiannya disertai perkampungan yang ditakrifkan setinggan sebelum ini, iaitu Kampung Limau, Kampung Chendana dan Kampung Paya Baru. Terdapat tiga kategori tanah milik Melayu wujud di Kampung Baru iaitu Tanah Simpanan Melayu, Tanah Simpanan Pertanian Melayu dan Tanah Melayu Diberi Milik. Dahulunya pernah terdengar jenaka bahawa yang berubah di Kampung Baru hanyalah pada nama-nama jalannya sedangkan kampung ini masih lagi seadanya.

Apa tidaknya, Hale Road yang dinamakan sempena seorang pentadbir British di zaman penjajah kini bernama Jalan Raja Abdullah manakala Jalan Raja Muda Abdul Aziz yang merentangi Kampung Baru dahulunya ialah Princess Road dan Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad pernah bergelar Jalan Watson. Begitu juga dengan Jalan Raja Alang di mana bermulanya Bazar Ramadan Kuala Lumpur sebelum ini dikenali sebagai Perkins Road.

Sementara itu Jalan Dewan Sultan Sulaiman pula yang wujud satu-satunya kelab Orang Melayu di dada ibu kota ini pernah dikenali sebagai Stoney Road. Nama-nama keluarga Diraja Melayu Selangor dan tokoh Melayu yang pernah tinggal dan menyumbang kepada kemajuan penduduk Kampung Baru diabadikan dalam penjenamaan semula jalan-jalan di Kampung Baru yang kini berusia 110 tahun.

Justeru, tiada lagi nama berbau Eropah di jalan atau bangunan di sekitar Kampung Baru, nama Vision City yang pernah dicadangkan berdekatan dengan kelab itu kini dikenali sebagai Bandar Wawasan.

Entiti tunggal orang Melayu ini juga menyaksikan pelbagai dimensi sejarah - Kongres Melayu Pertama pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman yang mencetuskan gerakan menuntut Kemerderkaan 1957, tempat bersemaraknya Peristiwa 13 Mei 1969, pernah wujudnya Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor (di Jalan Raja Muda Abdul Aziz), kemuncak Perhimpunan Melayu di Stadium TPCA (kini dikenali sebagai Stadium Jalan Raja Muda) yang disusuli dengan Operasi Lalang II 1987 dan tempat perhimpunan mingguan gerakan Reformasi 1998.

UMNO DILAHIRKAN DI KAMPUNG BARU
Menurut mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Umno dilahirkan di Kampung Baru, lebih tepat lagi di Kelab Sultan Sulaiman, dan pendapat beliau disokong Ketua Bahagian Umno Titiwangsa Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed yang menambah bahawa "saya menyifatkannya sebagai Umno hamil tua di Kampung Baru dan dilahirkan di Istana Besar Johor Baharu". 

Pendek kata, semuanya ada di Kampung Baru -- Pasar Minggu Kampung Baru yang popular sebagai pusat menjamu selera, Masjid Jamek yang sinonim dengan bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan dan yang memperkenal Solat Tarawikh dipimpin oleh Hafiz Arab Saudi hinggalah kepada Banjir Kilat besar pada tahun 2001 akibat pembangunan di sekelilingnya. Sepuluh tahun selepas keberantakan gerakan Reformasi yang tercetus ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, beliau sekali lagi bertandang ke Kampung Baru khususnya ke Kelab Sultan Sulaiman bersama-sama penyokongnya untuk menghadiri Perhimpunan Black 14 pada 14 April 2008.  Di sebalik semua spektra sejarah ini, entiti Kampung Baru Kuala Lumpur sebenarnya sentiasa dipelihara dan dipertahan sebagai Warisan Melayu, lebih-lebih lagi ia masih wujud sebagai yang tunggal di ibu kota.

Mengikut sejarah, sebuah lembaga pentadbir khusus untuk Kampung Baru ditubuhkan serentak dengan pembukaannya sebagai Malay Agriculture Settlement (Petempatan/Tanah Pertanian Melayu) dan bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan hal ehwal pentadbiran kampung yang ketika itu diukur seluas 89.63 hektar.

MALAY AGRICULTURE SETTLEMENT (MAS)
Antara tugas Lembaga Pentadbir Kampung Baru itu ialah memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja orang Melayu yang memohon tinggal di kampung ini dan luas kawasan yang diperuntuk tidak melebihi setengah ekar (0.2 hektar) seorang. Dua persatuan -- Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dan Persatuan Kebajikan Anak-anak Melayu Kampung Baru (Pakam) pada 1994 dalam memorandum mereka mengenai pembangunan Kampung Baru menyatakan bahawa kampung ini terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Kelang terpaksa berpindah untuk memberi jalan kepada pembangunan bandar Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Sultan Selangor Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah bin Raja Muda Musa memperuntuk sebuah kawasan di tepi Sungai Kelang untuk orang Melayu berpindah dan MAS diwartakan pada 1 Jan 1900. Disebabkan semua urusan pentadbiran tanah adalah hak lembaga tadbir MAS, ia tidak dapat memenuhi harapan tuan tanah yang berhasrat membangunkan kawasan ini kerana mereka tidak memegang apa-apa surat hak milik yang boleh diurusniagakan hinggalah pada tahun 1960-an.

Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris yang ketika itu menjadi pengerusinya, mengusahakan geran hak milik tanah bagi penduduk kampung ini. Ketika itu juga kediaman rasmi Menteri Besar Selangor terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Cakap-cakap mengenai Kampung Baru akan dibangunkan timbul selepas itu dan sentiasa terdengar. Sejak 1975, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula dikatakan cenderung menjalankan usaha ke arah itu.

USAHA TERKINI MEMBANGUNKAN KAMPUNG BARU
Usaha pertama untuk membangunkan Kampung Baru bermula pada 1975 dengan menyatukan pelbagai lot kecil tetapi langkah itu tidak mendapat sambutan dan 10 tahun kemudian DBKL mengemukakan pelan konsep pembangunan dengan tujuan mengelakkan pemilik individu membangunkan tanah mereka secara persendirian. Setelah lama menyepi, khabar angin mengenai pembangunan Kampung Baru hangat diperkata semula pada 1991 susulan lawatan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (Tun) Dr Mahathir Mohamad bersama rombongannya, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Datuk Dr Suleiman Mohamed, ketika itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum itu dilantik mengetuai jawatankuasa pembangunan semula Kampung Baru, turut mengiringi beliau.

Beberapa siri pertemuan dengan penduduk seramai 1,923 diadakan, tetapi usaha tiga tahun Dr Suleiman gagal, berpunca daripada pelbagai masalah tuntutan pembangunan, hak milik beramai, kos dan pentadbiran tanah dan sebagainya.

Ekoran itu pelbagai aktiviti cuba diusahakan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan untuk membangunkan Kampung Baru dan dilaporkan DBKL pernah diarah mengambil balik tanah seluas 16.36 hektar (40.94 ekar) di sepanjang Jalan Raja Abdullah dan cadangan ini menghadapi jalan buntu akibat masalah kos pengambilan balik tanah.

MAS Melayu Berhad, konsortium 11 syarikat Melayu, juga pernah ditubuhkan untuk membangunkan Kampung Baru selepas Tun Dr Mahathir membubarkan jawatankuasa pimpinan Dr Suleiman, tetapi usaha mereka turut terhenti separuh jalan. Akibatnya ramai penduduk dan pemilik tanah keliru mengenai apa yang berlaku. Pelan Tempatan Kampung Baru yang diarah dikeluarkan DBKL pada 1992 sehingga kini tidak diketahui umum bentuknya sehinggalah Draf Kuala Lumpur 2020 Pelan Bandar Raya yang melibatkan Kampung Baru di dalam Jilid 4, dibentangkan tahun lepas.

PENDUDUK TUBUH PERSATUAN
PPKB dan Pakam dalam memorandum mereka pada 1994 itu turut menyenaraikan beberapa masalah yang timbul dalam perancangan membangunkan Kampung Baru.

Ketika itu wujud kumpulan pemilik tanah yang mendesak kerajaan membayar pampasan yang terlalu tinggi dan tidak munasabah daripada segi harga pasaran dan penyewaan, ada pula pihak yang menangguk di air keruh dengan mempengaruhi tuan tanah supaya menyerahkan kuasa menguruskan tanah sehingga berlaku penipuan. Tidak kurang juga yang mencari populariti memperjuang isu Kampung Baru sehingga menampakkan suara pemilik tanah dan tujuan kerajaan tidak sekata.

PPKB didaftarkan pada 1994 dan membuka keanggotaannya kepada orang Melayu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai harta atau kepentingan hartanah di Kampung Baru atau perniagaan lebih dari 10 tahun di Kampung Baru, suami, isteri atau anak, cucu kepada orang yang berdaftar sebagai tuan tanah di Kampung Baru yang beragama Islam dan berumur lebih daripada 18 tahun.  Pakam pula dianggotai anak-anak Melayu Kampung Baru yang berumur 18 tahun ke atas, bertujuan mengumpulkan semua anak Kampung Baru di Kuala Lumpur dan Selangor, bagi mengeratkan silaturrahim, memupuk semangat cintakan kampung halaman, membantu menggalakkan dan memajukan bidang pendidikan, kebudayaan dan kebajikan anggota, menggalakkan perniagaan dalam kalangan anggota dan bekerjasama dengan mana-mana badan kebajikan negeri dan persekutuan. Menurut PPKB dan Pakam, selepas mengadakan beberapa mesyuarat dengan anggota mereka ketika itu, rata-rata penduduk Kampung Baru yang mempunyai kepentingan hartanah dan perniagaan di sini menyokong rancangan untuk membangunkan Kampung Baru dengan syarat pihak berkenaan mengambil kira masalah yang dihadapi mereka dan memenuhi harapan mereka yang munasabah.

KEKALKAN KAMPUNG BARU SEBAGAI MARKAS KELOMPOK MELAYU
Di dalam memorandum mereka, kedua-dua persatuan itu menyatakan harapan supaya di sebalik pembangunan yang dirancang, Kampung Baru hendaklah dikekalkan sebagai markas kelompok Melayu di tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur dan tanahnya seberapa yang boleh terus dipertahan sebagai milik orang Melayu selama-lamanya. Mereka tidak mahu berulangnya peristiwa perpindahan orang Melayu dari Sungai Gombak dan Sungai Kelang ke Kampung Baru atas alasan pembangunan, mengakibatkan hampir pupus orang Melayu yang bermastautin di bandar raya Kuala Lumpur.

Jika tidak, kata mereka, akan terus kekal dua darjat antara Kampung Baru dan kawasan di sekitarnya.

 -- BERNAMA


Foto Arkib Kelab Sultan Sulaiman Julai 2008. 
Sekitar majlis perasmian pembinaan semula Replika Banggunan Asal Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Malaysia.


DYMM Sultan Selangor berkenan menandatangani plak bagi merasmikan pembinaan semula Replika Banggunan Asal Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur

Tuanku Sultan Selangor menerima potret Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah, yang memerintah dari 1898 hingga 1938

Tuanku melawat pameran

YB Menteri KEKKWA (ketika itu) sedang berucap.

Veteran Kampung Baru

Plak perasmian pembinaan semula Replika Banggunan Asal Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, Kuala Lumpur yang telah ditandatangani DYMM Baginda Sultan Selangor

Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger