"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Ahad, September 04, 2011

APAM BAGHDAD


Pose 1: Apam Baghdad side view

Pose 2: Apam Baghdad top view

Musim raya. Maka cerita makan la sikit. Masa ni lah warga kota pulang ke kampung, melihat halaman tempat bermain, berkaki ayam, berlumba basikal, melastik mempelam dan sebagainya. Barangkali, ada juga yang mengambil peluang cuti seminggu untuk melepas rindu dendam merasa masakan orang kampung. Maklumlah, bagi sesetengah orang makanan dibazar Ramadhan, walaupun bunyinya asli, tetapi sejuring kole kacang tak sama rasa dengan yang ada di kampung. Kuih di bandar minta maaf cakap ler, hanya sekadar nama sahaja.

Ada juga kuih muih yang memang tidak terdapat di kota, dan menjadi tredmak sesetengah tempat di Malaysia ni. Disamping Nekbat, Asidah dan ada beberapa lagi nama kueh lain yang tak dapat disebutkan disini, maka dibawakan dua posing menarik Apam Baghdad, tredmak orang kampung Langar, Pekan, Pahang. Juadah ini boleh dikatakan asli dan hanya terdapat di Pekan (setakat ni tak jumpa lagi ditempat lain, kalau ada sila kongsi la). Arwah Saddam Hussein pun mungkin tak tahu ada apam yang diambil sempena nama Baghdad...boleh jadi topping hijau tu yang berperisa arab, a-la Baghdad.

Resepi tak dapat nak disediakan lagi, sebab koi tau makan je.

Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger