Penulis dikejutkan dengan berita sedih meruntun jiwa. "Tergadailah sudah sebuah pertubuhan warisan Melayu yang diasaskan dengan susah jerih seorang anak jati Melayu Kedah ke tangan 'bukan Melayu'," begitulah luahan hati seorang sahabat. Berita ini sebenarnya amat perit untuk diterima oleh mereka yang punya maruah dan harga diri sebagai bangsa Melayu. Dalam kita berusaha memperjuangkan semangat bangsa, masih ada Melayu yang terlena tidak peka, mungkin itulah yang cuba dimaksudkan oleh sahabat itu tadi.
Menurut sahabat itu lagi, "apa yang dibimbangi adalah jika 'bukan Melayu' menerajui sebuah pertubuhan berasaskan adat dan tatasusila bangsa Melayu, ke mana hala tuju yang akan dibawanya, budaya apa yang akan diserapkannya?"
Entahlah, cuma ada beberapa persoalan yang bermain difikiran penulis ketika ini. Adakah semua ini berlaku dek kerana ada segelintir Melayu sudah hilang hilang jati dirinya? Atau adakah ini kerana pengaruh politik luaran, termakan dek adat baru Amirika yang meletakkan Barak Obama berketurunan Yahudi Afrika itu sebagai contoh yang wajib diikuti? Atau adakah ini akibat dari pemahaman konsep 1Malaysia yang telah disalah erti atau diseleweng oleh pihak-pihak yang berkepentingan?
Bagi penulis secara peribadi, perkembangan ini sangat membimbangkan. Persoalan lebih besar sebenarnya sedang menanti. Adakah umat Melayu sudah sampai ketahap membenarkan anak cucu mereka diperintah oleh 'bukan Melayu' di tanahairnya sendiri?
'Cubit kiri kanan pun terasa, penulis hanya membawa berita'
'Cubit kiri kanan pun terasa, penulis hanya membawa berita'
Wassalam.
Sidang Penulis
ps: case study.
ps: case study.