"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Oktober 23, 2009

SILAT KEDAH

20 comments


Sesuai dengan peranannya sebagai sebuah Empayar Islam terbesar di Nosantara, Kedah bukan sahaja mempunyai undang-undangnya sendiri, bahkan juga silat iaitu SILAT KEDAH. Tujuan artikel dikarang adalah kerana ia ada kena mengena dengan kajian sejarah realiti yang telah dijalankan, disamping untuk menjawab persoalan dengan sejarah silat yang berkaitan dengan SNK yang telah ditanya oleh para pembaca.

Seperti yang diketahui, kajian TMP tidak menjurus kepada silat, kerana skopnya kecil. Yang hendak diketengahkan adalah sejarah Empayar Islam dari sudut global bukan jumud. Jika ada kaitan yang jelas barulah disentuh.

Alhamdu'lillah kerana ada pembaca menghantar artikel berkenaan silat seperti di atas maka asasnya kukuh untuk diteruskan penulisan berkenaan dengannya. Terima kasih juga kepada pembaca yang bersabar menantikan jawapan.

Secara ringkasnya, menurut pembacaan saya secara sambil lalu, Silat Kedah atau nama lain-nya Silat Cekak mengikut sejarahnya berasal dari Kedah. Diamalkan oleh panglima kanan kerajaan Negeri Kedah dizaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (SAT II)

Diperturunkan kepada Panglima Tok Rashid kepada Yahaya Said sebagai Pemegang Amanah sebelum dilahirkan kembali ke alam nyata oleh seorang anak Kedah iaitu Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Kemudian Ustaz Hanafi berusaha mengembangkan silat ini dengan cara profesional lalu bergerak atas persatuan yang berdaftar dengan kerajaan Malaysia.

Baik, bukan kisah persatuan yang ingin dibincang-kan disini, tetapi mengenai asal-usul silat ini sendiri. Dari mana asalnya, dimana duduknya. Pada zaman itu setiap panglima ada 'pakaian' masing-masing. Tiada pulak persatuan seperti hari ini, tetapi boleh bersatu!

Menunjukkan bahawa apabila negara dilanda musoh, persatuan tidak lagi diguna pakai yang dipakai hanyalah ilmu yang berkat dan sebati dengan jiwa. Yang ruginya kalau tidak ada 'pakaian' lah. Telanjang bulat kena lastik lah jawabnya. Jadi umat Melayu sekalian pergilah persiapkan diri seperti mana ulama-ulama zaman dahulu menunjukkan contoh teladan kepada kita. Siapkan payung sebelum hujan.

Jika kita melihat pada sejarah yang disangkut pada pangkal silat ini, penghujungnya kita akan bertemu Sultan Ahmad Tajuddin II, Laksamana Kedah yang menjadi pengkhianat kepada bangsa dan agamanya sendiri. Jika disandar kepada sejarah yang ada sekarang maka Silat Kedah ini adalah diguna untuk berjuang disamping pengkhianat agama. Maka akan timbul-lah konflik dalam jiwa pengamal silat ini. Mana boleh silat kami silat pengkhianat!

Oleh kerana itu, tuan-tuan sekalian. Saya akan cuba membuka sedikit pemikiran tuan-tuan, melihat sejarah silat ini dari sudut pandang yang lebih luas - berpijak pada bumi nyata dan mengikut sejarah realiti Negara Kedah. Saya juga tidak akan menggunakan rujukan atau petikan yang banyak dalam ruangan kali ini kerana ingin mendapatkan 'flow' cerita sekali lalu.

Jikalau tuan-tuan minta baru saya akan berikan sumbernya.

Perang dengan puak Sukhotai 1821-1876
Dalam sejarah silat cekak, hanya nama Tuah dan kehebatan Panglima Ismail sahaja yang disebut-sebut. Tidak mengapa, biarkan sahaja cerita itu disitu.

Mari kita lihat kisah dan peristiwa besar yang berlaku pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin II yang dikatakan sebagai salah seorang Sultan Kedah dalam buku At Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang mula dibukukan pada tahun 1923 atas arahan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid. Buku ini dikarang oleh seorang kerani atas ugutan bunuh yang dikenakan ke atasnya. Dikarang tanpa rujukan!

Sultan Ahmad Tajuddin atau Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin II ini sebenarnya berpangkat sebagai seorang laksamana angkatan laut Kedah sahaja di zaman Khalifah Syarif Abu Bakar memerintah Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Khalifah Syarif Abu Bakar ini adalah Maharaja Siam Islam Ayuthia yang terakhir yang memerintah dari Siam. Baginda berundur ke Kedah apabila Ayuthia di tawan oleh puak Sukhotai pada tahun 1767. Berkenaan nama Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ini tidak perlulah dipertikai kerana nyata namanya tersebut dalam Undang-undang Kedah dan akhirnya diakui oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah.

Khalifah Syarif atau gelaran lainnya Panglima Besar Siam @ Maharaja Benua Siam ini berada dalam satu zaman dengan Sultan Muhammad Jiwa Nai nal Abidin - iaitu Perdana Menteri Kedah yang tinggal di Istana Anak Bukit, Kedah (UUK, ms 27) dikatakan menghantar ufti - bunga emas kepada Maharaja Besar Benua Siam setiap tahun. Begitu juga dengan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajudin Halim Syah yang juga menghantar ufti kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. (UUK, ms 27-28)

Dipendek-kan cerita, dalam waktu dia berada dibawah kerajaan Siam Islam ini rupanya SAT II telah berniat jahat dan berpakat dengan kerajaan Thai Ayuthia untuk merampas kuasa. Dan akhirnya pada tahun 1821, iaitu Tahun Musuk Bisik, sewaktu kerabat-kerabat diRaja Siam sedang meraikan upacara perkahwinan diraja di Kuala Kedah, maka SATII ini telah membuka jalan kepada angkatan Laut Thai masuk ke pelabuhan dan menyerang orang-orang Islam disitu.

Habis terbunuhlah hampir keseluruhan kerabat diraja Siam Islam yang menghadiri majlis itu. Tidak sampai disitu sahaja tempat bersemayam Maharaja Siam Khalifah Syarif Abu Bakar Syah juga dibocorkan, maka syahid jugalah baginda.

SAT II lari ke Melaka, Panglima Ismail ke mana?
Tuan-tuan mungkin ada yang tidak perasan bahawa gelaran lain bagi SATII ini adalah Marhum Melaka. Kenapa begitu? Ini adalah kerana apabila tembelangnya pecah, dia menumpang kapal British lalu lari ke Melaka, di hambat oleh tentera Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin.

Dalam pada beliau bersembunyi di Melaka itulah, zaman persuratan Melayu Moden dikembangkan. Nama yang dibesarkan ialah Munsyi Abdullah yang dijadikan Bapa Persuratan Melayu Moden padahal dia bukan seorang Melayu. Ini semua adalah angkara British hendak mengubah sejarah dan mengutuk Melayu dengan tuduhan yang bukan-bukan. Raffles pun mula menjalankan propaganda Bangsa Melayu pada sekitar tahun itulah juga.

Baik, dalam pada tahun yang samalah berkecamuk perang Musuh Bisik 1821 - 1839 dimana SAT II tiada di Kedah tetapi dia berada di Melaka. Di sinilah timbuk konflik duduknya Panglima Ismail yang dikatakan menjadi Panglima Kanan kerajaan Kedah di zaman SAT II.

Adakah Panglima Ismail juga bersama-sama dengan SAT II lari ke Melaka atau Panglima Ismail sebenarnya adalah antara panglima kanan yang berjuang disamping Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin - sebenar Yang Dipertuan Kedah pada ketika itu?

Mengikut pada Seminar Ulama Berjiwa Panglima yang diadakan di Universiti Islam Malaysia suatu ketika dahulu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah mengandaikan bahawa harus Panglima Ismail Silat Cekak ini berjuang bersama-sama Panglima Tok Moris dan lain-lain lagi menentang SIAM (Thai).

Oleh itu saya berpendapat bahawa Panglima Ismail ini juga turut berjuang sabil menghalang kemaraan tentera Thai sewaktu SAT II bersenang-lenang di Melaka.

Maka saya atas pendapat saya sendiri membatalkan penglibatan Panglima Ismail (jikapun beliau yang dimaksudkan dengan nama 'Ismail' pada ketika itu)  berkesekongkol bersama SATII yang berkhianat atas perjuangan fisabillillah.


Siapa Panglima Ismail, asal dari mana?
Ada banyak kemungkinan disini. Saya cuma ingin menyentuh kisah Panglima Ismail dari sudut peranannya dalam era Kerajaan Kedah ketika itu.

Tidak mustahil peranan yang diambil oleh Panglima Ismail ini sama dengan peranan yang diambil oleh Pak Haji Zain Abdul Rahman. Dia seorang yang tersembunyi. Hanya dikenali oleh beberapa orang sahaja yang rapat dengannya. Siapa yang kenal Pak Haji Zain? Tidak ramai yang kenal tetapi padanya ada ilmu yang sangat mahal harganya. Begitulah juga Panglima Ismail ini.

Teori yang dipakai mengatakan dia seorang Panglima Kanan kerajaan Kedah, disampaikan kepada Pak Yahaya Said oleh Panglima Tok Rashid yang kenal rapat dengan Panglima Ismail. Seperti mana murid-murid hikam yang mengatakan Pak Haji Zain seorang yang hebat, boleh mengadap wakil raja Saud menyelamatkan umat Melayu dalam kecamuk perang begitu jugalah Panglima Ismail.

'Kanan' itu dari sudut mana? Hanya siapa yang kenal sahaja akan meng-aku-i ke-kanan-nya itu. Boleh jadi 'kanan' itu bermaksud panglima yang bersama Panglima Bukit Gantang dan bukan pengkhianat - puak2 kiri.

Baik seterusnya, dalam peperangan yang berlaku pada tahun Musuh Bisik itu, seluruh tentera Islam dari Nosantara turun membantu Panglima Bukit Gantang. Nosantara ini adalah ALAM MELAYU. Dari Acheh, Majapahit, Borneo, Bugis turun mempertahankan garisan Tanah Melayu dan memukul balik tentera Thai sehingga ke Ser Gen Ting Kra.

Lalu diperbuat lah sempadan dari Ser Gen Ting Kra turun bawah ke Semenanjung ini kawasan Islam! Tanah Melayu! Tanah Melayu! Tanah Melayu! (walaupun nama asalnya Semenanjung Siam Melaka) dalam konteks ini Tanah Melayu saya ingin pertegaskan kerana bumi bertuah ini hari ini dikenali sebagai bumi Melayu!

Diantara syuhada yang terbunuh dalam peperangan itu termasuklah Syeikh Masud Al-Banjari yang ada tersebut kisahnya dalam riwayat Pak Haji Zain. Iaitu membawa kepada Tuan Hussain Kedah dan Tuan Haji Ahmad guru kepada Tuan Haji Ishak Itam - Guru Utama Silat Cekak hari ini.

Maksud yang hendak disampaikan disini adalah mereka ini termasukkah Panglima Ismail, adalah umat Melayu sejati seperti yang kita kenali hari ini, walaupun nenek moyang mereka kemungkinan berasal dari Arab atau Siam atau Acheh atau Banjar dan sebagainya tetapi kebanyakkannya ulama-ulama dari zaman itu ada pertalian dan berasal tanah Arab khasnya dari Yaman Hadaralmaut.

Mereka sebenarnya adalah serumpun yang mengalir darah panglima dan pendakwah yang tidak gentar untuk berkorban mempertahankan agama dan warisan bangsa tercinta. Benih itu ada pada mereka dan anak cucu mereka yang terpilih. Mereka itu adalah orang Melayu!


Cukup setakat ini
Saya tidak berniat untuk menyimpulkan perkara ini lagi. Cukuplah sekadar mengatakan bahawa peranan Panglima Ismail dan Silat Kedah dari sudut sejarah realiti memang ada. Dan pengamalnya adalah dari golongan istana. Cuma tidak dapatlah kita hendak memutuskan secara tepat siapa Panglima Ismail ini. Yang pasti, atas pergerakan Silat Kedah yang berasaskan perbuatan 'solat' itu, tidak mungkin beliau akan menderhaka menjadi pengkhianat agama dan bangsa bersekongkol dengan Thai Kafir Laknatullah.

Seperkara lagi yang perlu kita ingat adalah peranan penting silat-silat lain yang menjadi pakaian panglima-panglima yang sezaman dengan Panglima Ismail dalam mempertahankan Umat Melayu dan Islam dari anasir luaran suatu ketika dahulu. Mereka semua ada peranan tersendiri. Cuma yang beruntungnya barangkali Silat Kedah ini menurut sejarahnya merujuk kepada istana Kedah, maka dapatlah dibuat pertalian disitu. Itu sahaja tidak lebih dari itu.

Andaikata silat ini tidak dizahirkan kembali, kita pun tidak tahu bahawa memang pernah wujud Silat Kedah atau Silat Cekak. Walaupun pembawanya tersembunyi, harus juga dia adalah seorang yang KANAN dari sudut hakiki.

Kedat @ Kedah dalam bahasa Siam bermaksud surat watiqah yang dibawa oleh Merong Mahawangsa @ Sultan Muzaffar Syah 1 seorang Raja Siam Islam dalam usaha dakwahnya ke No-San-Ta-Ra. Ada rahsia disana.

Sebelum mengakhiri artikel ini saya terpanggil untuk menyiarkan kata-kata dari Panglima Tok Rashid yang bagi saya sangat dalam maksudnya:

"Jika ada anak cucuku dari KEDAH hendak belajar, hendaklah kau pulangkan kembali"

Begitulah rahsia kebesaran Empayar Islam Benua Siam Kedah, yang ada undang-undang dan silat-nya yang tersendiri. Semestinya tidak bercampur hak luar negeri.


Al fatihah buat semua para syuhada yang gugur mempertahankan agama dan bangsa di tanah air tercinta ini.

Sekian.

TMP

-MARI BERSAMA MARTABATKAN SEJARAH REALITI UMAT ISLAM & MALAYU NOSANTARA-



Read full post »

Selasa, Oktober 20, 2009

RIWAYAT HIDUP SEORANG TOK GURU: PAK HAJI ZAIN ABDUL RAHMAN

3 comments
























Sedutan daripada buku:

"BICARA DENGAN KIAS, KALAM BERSENI PENUH HIKMAH", begitulah yang tercatat di muka hadapan sebuah buku yang meriwayatkan kisah hidup seorang Tok Hikam.

Buku ini adalah dokumentasi bersiri mengenai guru-guru pondok atau ulamak Melayu yang berjasa kepada masyarakat Islam. Penghasilan riwayat hidup Tuan Haji Zain bin Abdul Rahman (Pak Haji Zain) ini diusahakan sebagai menghargai sumbangannya kepada masyarakat Islam. Ia juga bertujuan untuk menyatakan kepada mereka yang berminat mengenai sejarah supaya mengenang jasa dan menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh Pak Haji Zain kepada umat Islam. Sekurang-kurangnya umum mengetahui sejarah hidup Pak Haji Zain biar pun tidak dapat mewarisi keilmuannya yang amat luas itu. Namun titisan ilmu yang dicurahkan pasti dapat diteruskan oleh murid-muridnya, cuma cara dan masa mungkin sedikit berbeza.

Kampung Changkat Keledang
Atau Kampung Changkat adalah sebuah perkampungan Melayu yang berjiran dengan perkampungan China. Jalan masuk ke Kampung Changkat adalah melalui Pekan Nibong Tebal atau persimpangan Simpang Empat Jawi. Umumnya orang-orang Melayu di kampung ini dan sekitarnya seperti Kampung Acheh, Kampung Kedah (dalam daerah Kerian) sehinggalah ke Kota Sarang Semut, Kedah adalah keturunan Melayu Patani.

Nenek moyang mereka pindah ke sini kesan dari peperangan orang-orang Melayu [Siam] dengan Siam [Thai] pada tahun-tahun sebelum 1839 [Inilah perang Musuh Bisik yang diketuai oleh Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang @ Duli Yang DiPertuan Kedah menentang kemaraan tentera Thai Buddha yang telah digelapkan dari sejarah Islam tanah air. Dimana sebelum itu 36,000 tentera Islam seluruh nusantara termasuklah dari Jawa (majapahit) turun dan dibantu oleh tentera Islam Manchu berentap dengan tentera Thai dan British di Pendang, Kedah].

Dalam peperangan tersebut, Kampung Changkat telah menjadi tempat persembunyian seorang panglima bernama Panglima Badarudin yang terlibat mempertahankan Kedah. Asal nama kampung ini menurut ceritanya bermula apabila Panglima Badarudin bermudik dengan tongkang masuk ke kawasan pedalaman melalui jalan laut dari Kuala Kedah. Malangnya tongkang mereka tersangkut akibat air sungai yang cangkat (cetek), lalu mereka mengambil keputusan untuk mengambil kedudukan disitu. Lalu dinamakan tempat itu Changkat.

Sedikit mengenai Pak Haji Zain
Nama sebenar beliau adalah Zain Abdul Rahman, dilahirkan pada 1901 di Kampung Changkat Keledang, Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan. Ibunya adalah anak tempatan manakala ayahnya dipercayai berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Setelah kematian ayah, Pak Haji Zain dihantar oleh ibunya untuk berguru dengan bapa saudaranya Tuan Haji Mohd Saaid Omar. Setelah fasih berbahasa Arab, beliau dihantar pula belajar ke Mekah oleh Tuan Haji Mohd Saaid pada tahun 1914.

Semasa di Mekah Pak Haji Zain telah berguru dengan beberapa orang guru tetapi seorang sahaja guru beliau di Mekah yang pernah disebut namanya iaitu Tuan Hussain. Hal ini kerana beliau pernah menetap bersama-sama dengan Tuan Hussain buat beberapa ketika semasa disana.

Nama Tuan Hussain yang sebenar ialah Hussain bin Nasir bin Muhammad Taib bin Mas'ud bin Su'ud bin Muhammad Arsyad Al-Banjari adalah berketurunan pahlawan dimana moyang beliau Haji Mas'ud telah mati syahid dalam perang mempertahankan Kedah dari serangan Thai.

Daripada Tuan Hussain inilah Pak Haji Zain telah banyak mendalami Llmu Usulludin dan Ilmu Tauhid yang bersangkutan dengan ilmu-ilmu yang terkandung di dalam kitab 'Hikam' karangan Ibn Atha'illah.

Selain dari dua nama besar ini sebagai guru Pak Haji Zain terdapat seorang lagi tokoh ulama yang cukup terkenal di Kedah yang sempat didampingi beliau iaitu Syeikh Jarum Derga - juga seorang ahli Hikam.

Syeikh Jarum Derga atau nama sebenarnya Haji Muhammad Idris bin Wan Jamal bin Wan Abdul Latif bin Wan Muhammad sehinggalah sampai ke Saidina Hussain bin Saidina Ali, telah dilahirkan di Kampung Bendang dalam wilayah Yala, Patani pada tahun 1849 bersamaan 1266 Hijrah. Ayahnya merupakan seorang yang terkenal sebagai pahlawan yang pernah berkhidmat dengan kerajaan Melayu Patani. Sementara ayah saudaranya yang bernama Wan Abdul Samad pernah menjadi hulubalang diraja Kelantan.

Syeikh Jarum Derga pernah membuka pondok di Derga pada tahun 1899 dan merupakan murid serta anak angkat kepada Tuan Minal iaitu pengarang kitab Kasyful-Litham.

Pak Haji Zain di Mekah
Kemungkinan besar beliau menetap lama di Mekah sehinggakan beliau pandai memasak masakan Arab. Beliau dianggarkan pulang ke tanah air pada tahun 1925. Pak Haji Zain dikatakan masih berada di Mekah sewaktu terjadinya peperangan Malik Saud dan pemerintah Kota Mekah Syarif Hussain sekitar tahun 1924.

Pada ketika itu juga keluarga Saud telah berjaya menduduki Bandar Taif dalam peperangan tersebut. Pada masa yang sama Kota Mekah dan Madinah berada di dalam keadaan tidak begitu aman sehinggakan ramai orang Melayu meninggalkan kota keluar menyelamatkan diri dan ada juga yang pulang ke tanah air masing-masing.

Walaubagaimanapun Pak Haji Zain serta beberapa orang Melayu yang lain masih tinggal di Mekah bersama puak-puak lain. Pak Haji Zain menjadi penyelamat bangsa Melayu kerana pada waktu itu beliau atas keberanian, kebijaksanaan serta kelebihan yang ada pada beliau, dengan sendiri menunggang kuda mengadap wakil keluarga Saud untuk membuat rundingan dan perjanjian agar orang Melayu tidak diganggu. Rundingan tersebut berhasil dan Pak Haji Zain kemudiannya menemui kejayaan. Beliau terus menetap di Mekah dan meneruskan pengajiannya disana.

*Antara lain cerita tentang keberanian Pak Haji Zain ini (yang pelik tapi benar) ialah, beliau dikatakan pernah turun masuk ke telaga zam-zam seorang diri untuk melihat dengan mata kepalanya apa yang ada didalamnya. Kejadian ini berlaku kemungkinan sebelum puak Saud menghalau Syarif Mekah dari Tanah Haram.

*Dan beliau juga pernah terlibat dalam peperangan menentang kemaraan tentera Zionis di Tanah Arab dalam peristiwa Perang Enam Hari 1967. Padahal sewaktu itu beliau berada di Malaya. Perkara ini sebenarnya tidak pelik bagi siapa yang faham akan kebesaran kuasa Allah taala.

*tiada dalam buku.

Menjadi guru
Nama Pak Haji Zain walaupun tidak pernah terkenal atau mahsyur sebagai tokoh agama dimata masyarakat umum tapi namanya cukup terkenal dikalangan ramai muridnya.

Antara muridnya ialah Haji Muhammad bin Abdullah, Ustaz Hamid Pendang, Ustaz Hanafi Ahmad dan Darus bin Hj Ibrahim Sg Baru. Hal ini terbukti hasil daripada pengajaran dan pendidikan beliau yang berpandukan kitab Hikam ibn Atha'illah yang cukup mendalam, berseni serta mengesankan jiwa sehinggakan beliau diberi gelaran Tok Hikam.

Pak Haji Zain memang tidak pernah membuka pondok atau sekolah agama seperti mana jua guru-guru beliau kerana ilmu yang diajar oleh beliau ini amat sukar untuk difahami oleh kebanyakkan orang. Oleh sebab itulah, berkemungkinan beliau memilih dengan pertimbangan beliau sendiri untuk mengajar kira-kira seramai 18 sehingga 20 orang murid sahaja dirumah beliau.

Sifat peribadi dan kegemaran
Pak Haji Zain merupakan seorang yang pendiam bila berada dirumah. Beliau juga tidak banyak bercakap tetapi amat tegas dalam hal-hal yang menyentuh mengenai perintah Tuhan dan hukum-hukum agama. Beliau dikatakan tidak akan bertolak ansur langsung sekiranya sesuatu perkara itu menyalahi agama. Salah satu perkara yang kerap beliau tekankan adalah mengenai hukum sukat atau timbang sukat semasa berjual-beli.

Pak Haji Zain banyak meluangkan masa mentelaah kitab-kitab agama dan memperlihatkan sifat kesederhanaan serta berlembut semasa dengan anak muridnya. Beliau seorang yang kemas dan bergaya. Dari segi percakapan dan bahasanya pula, beliau selesa dengan bertutur kata manis semata-mata dan boleh pula berbahasa Inggeris.

Kata-kata Hikmat
Kata-kata hikmat yang terbit dari mulut Pak Haji Zain merupakan kata-kata kiasan daripada pengertian sebenar ilmu yang terdapat pada bait-bait dalam kitab Hikam untuk dijadikan panduan kepada anak-anak murid beliau. Pak Haji Zain sering menggunakan kata-kata yang begitu seni yang terlalu sukar dimengerti oleh orang biasa apabila mendengarnya, namun ianya mudah difahami apabila Pak Haji Zain membuat penjelasan dan penerangan yang sebenar.

Pengamalan mengungkap bait-bait Kitab Al-Hikam dalam bahasa Melayu yang cukup seni ini menjadikan murid-murid beliau luas pemikiran, tajam pandangan serta jauh kajian membuat kesimpulan. Ungkapan kata-kata hikmat ini hakikatnya lahir dalam syarahan pengajian Al-Hikam. Apa pun kata-kata hikmat beliau masih lagi terus bergema dan beralun memukul gegendang telinga dikalam oleh murid-murid serta manusia-manusia beruntung mengulang-ucap tuturan tersebut tanpa sangsi dan ragu.

Diakhir hayat
Pak Haji Zain kembali kerahmatullah di usia 75 tahun selepas solat zohor dirumahnya sendiri di Batu 3 1/4 Pantai Johor, Kedah dan telah dikebumikan di Masjid Alor Merah, Alor Setar dalam kawasan yang sama dengan guru beliau iaitu Haji Mohd Saaid bin Omar.

Kepulangan Pak Haji Zain ke rahmatullah telah meninggalkan kesan yang medalam dan sangat dirasai oleh murid-murid beliau. Beliau bukan sahaja guru yang mengajar tentang akhirat tetapi juga tentang dunia berdasarkan rujukan kitab Al-Hikam.

Pengajaran dan pendidikan kitab Al-Hikam itu hanya dapat diteruskan oleh mereka yang luhur serta bersih dan suci hati dan jiwanya.

Al Fatihah buat Almarhum Haji Zain bin Abdul Rahman. Guru yang banyak berjasa kepada Umat Melayu di Tanah Jawi ini.

Sekian.

Terbitan Majma' Budaya dan Warisan Jawi

Disalin semula oleh The Malay Press (untuk blog sahaja) dengan kebenaran bagi tujuan dakwah dan penyebaran ilmu.

Read full post »

Khamis, Oktober 08, 2009

The Divine Book 5/10 (Islam, Christianity & the West)

0 comments


It is therefore TMP is politely asking all NON-MUSLIM MALAYSIANS to EMBRACE ISLAM. My friends, let alone the stupidity (I would say ignorance) of the Malays - in some aspects of their living and political cultures. As Islam definitely has the solution to the problem of the Western World and why not yours?

watch all movies and become a fan here:

Ahli-ahli sains barat yang menyiasat hukum alam akhirnya akan menjumpai jawapan yang tepat di dalam kitab Al Quran. Sesuatu yang tidak dapat mereka nafikan. Sains membuktikan kebesaran Allah s.w.t dan bukan untuk menafikan-Nya.

BIG BANG THEORY IN THE QURAN: SURAH AL ANBIYAA CHAPTER 21.

(30. Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were joined together as one united piece, then We parted them And We have made from water every living thing. Will they not then believe) (31. And We have placed on the earth firm mountains, lest it should shake with them, and We placed therein broad highways for them to pass through, that they may be guided.) (32. And We have made the heaven a roof, safe and well-guarded. Yet they turn away from its signs). (33. And He it is Who has created the night and the day, and the sun and the moon, each in an orbit floating.)


ABOUT EXPANSION: SURAH ADH-DHARIYAT CHAPTER 51.

(47. With Hands We constructed the heaven. Verily, We are able to expand the vastness of space thereof.)

Mereka jumpa kebenaran itu dalam kajian mereka (daripada Al Quran), tapi menyeleweng (disinformation & diversion) pada hakikat kebenaran dengan teori longgar yang berasaskan fikiran seperti Darwin. Menjadikan kita (orang-orang awam) membangkang Al Quran secara tidak disengajakan akibat kejahilan kita sendiri (dan tidak mahu menyiasat!).

Kesimpulan, secara ringkasnya, selalu berita yang diceritakan atau disampaikan oleh 'Tok-tok Alim - Tok Hikam' (dimana saja duduknya) adalah untaian mutiara -rahsia Al Quran semata.

Bak kata orang Melayu penuh tersirat; 'Bicara dengan kias-Kalam seni penuh hikmah' . Manakala siapa yang mendengar berlapang dada - tenang jiwa - malah menjadi puas, sebaliknya bagi mereka yang bukan akan mendatangkan sakit telinga - semak fikiran - jadi buas. -- Antara cepat dan tidak, selalunya Allah s.w.t akan memberi bukti nyata bagi mereka yang mahu berfikir serta berniat baik untuk mencari kebenaran!

(Penulis sendiri pernah menghadiri debat Islam vs Christian sewaktu di England dahulu dan memang ternyata kadangkala emosi mempengaruhi keadaan. Alhamdu'lillah debat itu rupanya telah di rekod oleh Islamicity.com . Oleh kerana ianya bersesuaian dengan entry kali ini maka penulis sertakan sekali link tersebut : Authenticity of the Quran and the Bible an Analysis: Shabir Ally Vs. Josef Smith Recorded at University of Central England (UCE) UK - May 12 1998) - banyak juga info yang boleh dikaitkan dengan Sejarah Realiti Kedah! esp. bab maritime route to China in the 1-9th centuries..

Bukti dan tanda lain akan sampainya maksud itu adalah melalui RASA. Ianya suatu yang amat subjektif. Lain orang, lain rasa-nya. Maka yang sedap tetaplah sedap, jika tawar tetaplah tawar. (melainkan ingin menipu diri sendiri - seperti sesetengah Orientalis yang menggunapakai teori freethinker untuk menafikan kebenaran Al Quran)

Bak kata Dato Onn pula
"yang tidak itu takkan boleh menjadi ia,"(Boestamam, 1979, ms 60). Begitulah sebaliknya dan sesungguhnya Al-Quran itu tepat!

Bagi mereka yang mahu berfikir. Maka fikirkanlah apa yang telah dipaparkan dalam siri The Divine Book (seperti diatas) dan bertindaklah dengan ber-hemah atas dasar kebenaran. Itulah sebenar Wisdom namanya -- dan ini adalah kurnia Allah s.w.t pada Hamba yang dikehendaki- Nya - (omputih kata total - submission of your will to Allah s.w.t.) Dan 'karunia' itu semestinya tidak boleh dipaksa-paksa atau dibuat-buat!

Wake Up! My dearest friends...












*omputih sampai cair hotak fikir...
Beyond simply knowing/understanding what options are available, "Wisdom" provides the ability to differentiate between them and choose the one that is best.





Read full post »

Selasa, Oktober 06, 2009

The age of discovery : SIAM 1340-1600

0 comments


"Towards the end of the 13th century the forces of Siamese kingdom of Sukhotai invaded the Kra Ithsmus. They captured Ligor in c. 1290 and from there rapidly overcame the neighbouring states of Patani and Kedah. During the early part of the 14th century the remainder of Malaya fell into invaders, who, however, instead of colonizing their sparsely populated dominions, chose to administer them through the agency of Malay viceroys. The whole of the south of the Peninsula. including the island of Singapore and its important city-state of Tumasek, was place under the Raja of Pahang; the north-eastern states under Patani; and the remainder in the charge of the ruler of Ligor." (William Shaw, Mohd Kassim Haji Ali, 1971)

Baiklah tuan-tuan, peta diatas mengesahkan tentang penguasaan kerajaan Ayuthia - Siam diatas Semenanjung Siam-Melaka. Begitu juga dengan petikan diatas yang mengatakan bahawa dahulunya hanya terdapat tiga wilayah besar di Semenanjung ini iaitu Patani, Pahang dan Ligor. Perihal perkara itu, penulis buku itu mengatakan bahawa Ayuthia menggunakan Malay Viceroys untuk menjadi wakil di daerah jajahannya.































Ini menunjukkan bahawa penulis buku itu beranggapan bahawa SIAM dan MELAYU itu berlainan bangsa berlainan agama, dan pada hemat mereka SUKHOTAI lah yang menyerang tanah semenanjung diawal abad ke 13. Disinilah kesilapan pada rujukan sejarah Islam dan bangsa Melayu hari ini. Inggeris telah memutar belit sejarah pada 'point' ini.

Sebenarnya kerajaan Sukhotai-Buddha Jut Majut hanya berjaya menakluk Ayuthia pada tahun 1767, dan sebelum pada itu Ayuthia adalah dibawah penguasaan Siam Islam. Wakil-wakil Siam yang dikatakan Malay Viceroys itu sebenarnya adalah orang Siam sendiri kerana mereka adalah saudara mara dan anak cucu Merong Mahawangsa yang berasal dari Kedah.

Selepas dari penaklukan Ayuthia itu maka bermulalah perang sabil diantara Siam Islam yang mempertahankan wilayah jajahannya bermula dari Segenting Kra sehinggalah di keseluruhan Semenanjung Siam-Malaka ini.

Disitulah bermulanya sejarah Siam(Melayu) menentang Thai-Buddha. Dan lahirlah panglima-panglima yang berjiwa ulama seperti yang kita kenali dalam sejarah hari ini. Mereka berkhidmat berkorban nyawa demi Islam di bawah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah (Boromoja Ekataat) yang terkorban dalam serang hendap Musuh Bisik 1821 kerana pengkhianatan Laksamana Kedah Ahmad Tajuddin II.

















Makam Khalifah Syarif Abu Bakar Syah - Baginda akhirnya diakui (oleh Persatuan Sejarah Malaysia Caw. Kedah, 20 Ogos 2009) sebagai Raja Siam Islam bagi kerajaan Siam Ayuthia di Ligor - Nakhon Sri Thammarat yang syahid dibunuh kerana mempertahankan bumi Islam dari dicerobohi puak kafir Thai Buddha.

[Ini tidak menjadi hairan kerana fakta berkenaan nama Syarif juga ada tersebut didalam Manuskrip Undang-undang Kedah yang berbunyi:

"Pada masa itu tiadalah hukum diatasnya kerana ialah Raja. Dan, adalah adat segala hamba raja itu dipersalini Syarif dan menteri kerana kanun Datuk Besar Kota Setar adanya." (UUK ms 43)

Dan menurut beberapa keterangan lagi, Khalifah Syarif ini ada bersangkut paut dengan Syarif Mekah dari Bani Hashim]


Jika kita perhatikan dan kaji betul-betul, masa bila pula orang THAI yang mata sepet ini menjajah semenanjung, kalau tidak percaya lihat sahaja 'buffer zone' di Patani-Yala-Narathiwat-Nakhon Sitamarat, semuanya muka Melayu! Dan mana ada kesan peninggalan Buddha terhadap bangsa Melayu.

Bak kata Tuanku Mazlan (waris Syed Alang Alaudin Panglima Bukit Gantang) tempoh hari "kalau kita tak pertahan Islam dan Semenanjung ini agaknya habih semua Melayu jadi Buddha agaknya."

Dan cuba kita perhatikan peta diatas, di China terdapat sebuah tempat bernama Zaitun, dan besar kemungkinan disinilah Canton mendapat nama, yang mengesahkan lagi bahawa China itu asalnya Islam. Lihat sahaja kisah Laksamana Cheng Ho dan angkatan lautnya yang besar menguasai pantai dan laut Nosantara.

Dan Empayar Islam Benua Siam Kedah itu adalah bersaudara dengan kerajaan Mughal India dan bersaudara pula dengan kerajaan Dynasti China Ming melalui perkahwinan Diraja. Buktinya ada terdapat pada sejarah Melaka yang mengatakan Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan Mansyur Syah Melaka. Kisah sebenarnya adalah Sultan itu bernama Muhiyuddin Mansyur Syah yang bersemayam di Langkawi - Hulu Melaka (kerana merujuk kepada Semenanjung Siam-Melaka yang besar itu).

Jadi apabila mengatakan tentang Empayar Siam Ayuthia sebelum peristiwa serangan Sukhotai - Aluangphaya pada tahun 1767, hendaklan kita sedar bahawa ia sebenarnya merujuk kepada Empayar Melayu Islam Nosantara.

Peta diatas telah membuktikannya. Wilayah Islam itu besar sehinggalah ke Champa dibawah sultannya yang terakhir Po Chan Koya Long Muzaffar Syah 3.

Begitulah tuan-tuan yang dikasihi sekalian, dan bagi mereka yang baru berjinak dengan sejarah realiti maka ingatlah bahawa sejarah harus di kaji dan dilihat dari sudut dan perpesktif yang berbeza. Jangan lagi jumud dengan kisah MELAKA PARAMESWARA HINDU yang didokong oleh orang2 politik yang berkepentingan sempit!

*British mula menukar nama Semenanjung Siam-Malaka ini kepada Semenanjung Tanah Melayu seawal tahun 1913 - Akta Tanah Rizab Melayu dan menamakannya Malaya untuk menyempadani Tanah Thai yang dibuat pada 1909 dalam Perjanjian Bangkok. (Masa itulah wilayah Siam Melayu - Patani-Yala-Narathiwat dapat kat Thai sehingga menjadi perang sampai hari ini.)
Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger