"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Julai 25, 2008

Tentera Darat tubuh Batalion Risik

SUNGAI PETANI 25 Julai – Tentera Darat (TD) memahat satu lagi sejarah pertahanan negara apabila Batalion 165 Risik dilancarkan secara rasmi di Kem Lapangan Terbang di sini hari ini.

Pelancaran kor tersebut yang disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dibuat bagi memenuhi keperluan semasa dan nasional dalam memantapkan operasi perisikan demi kedaulatan negara.

Menurut beliau, penubuhan kor yang kini berstatus operasi berkenaan dianggap penting bagi membolehkan TD bergerak sebagai pasukan berkebolehan danberupaya untuk menangani pelbagai misi.


-----------------------------------------
Nota Penulis:
Musuh masih bisik lagi...

2 comments:

  1. Saya tidak tahu dimana lagi hendak mengadu.Jadi saya tinggalkan saja luahan hati saya disini agar ada sesiapa yang boleh memajukan perkara ini kepihak tertentu.
    Bukan sengaja mencari pasal tetapi saya sudah tidak dapat menahan kesabaran saya sebagai seorang isteri kepada salah seorang PTT Kanan di Kem 9 Rejimen Renjer Di Raja di Kem Taiping.
    Semenjak Pegawai Memerintah yang ada sekarang ini bertukar masuk kesini,telah bermula malapetaka bagi hampir kesemua isteri dan anak2 warga 9RRD.Para suami juga tidak ketinggalan betapa deritanya beban yang ditanggung gara-gara pemerintahan yang tidak sesuai atau boleh dikatakan Pegawai Memerintah ini tidak pandai mengatur strategi kerja.Menjadikan orang bawahannya sebagai kuli atau hamba dirinya.Dia tidak pernah menganggap orang-orang bawahannya sebagai seorang tentera malahan menjatuhkan maruah seseorang itu sesuka hatinya.
    Menyalah guna kuasa dan membahayakan orang lain.Tidak menjalankan kewajipan dan kebajikan warga 9RRD.Walaupun demikian dia begitu licik menyimpan segala bukti yang tidak akan dapat dikesan mana-mana pihak atasan.
    Mungkin apa yang saya perkatakan disini nampak seperti tidak penting,tetapi saya memohon agar pihak atasan dapat memindahkan dia keluar dari 9RRD seberapa segera sebelum lebih ramai yang akan meninggal dunia akibat tidak tahan dengan sikap dia yang tidak tahu memimpin atau tidak tahu cara kerja yang sepatutnya seorang Pegawai Memerintah Batalion.Sebelum ini dia sudah mengorbankan nyawa beberapa orang anggota walaupun bukan membunuh dengan tangannya tetapi dengan sengaja menaikkan darah orang bawahan sehingga kesihatan mereka terganggu akhirnya maut.Walau pun maut dan ajal di tangan Tuhan tetapi dia itu saya anggap syaitan yang meragut nyawa.
    Perbuatannya itu yang akan mendorong orang bawahannya menubuhkan pasukan pemberontak.Orang yang sebegini tidak sepatutnya memegang jawatan yang penting didalam pasukan tentera.Dia hanya akan membahayakan negara.
    Apa yang menghairankan saya,telah banyak yang mengadu hal ini kepihak atasan tetapi tidak ada respond atau feedback.Adakah pegawai-pegawai tentera darat tidak menjalankan penyiasatan ke atasnya atau sememangnya para pegawai sekarang ini lemah dari segi kerja.Saya sangat-sangat memandang rendah keatas kewibawaan tentera masa kini.Sikap para pegawai tentera masa kini langsung tidak menunjukkan maruah kerja.
    Diatas sebab itulah tidak seorang pun anggota bawahan yang sanggup memanjangkan hayat kerja mereka dan kerjaya sebagai tentera ini sudah tidak mendapat perhatian dikalangan pihak muda yang sedang mencari kerja.
    dengan ini saya memohon mana-mana pihak dapat memberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajarnya keatas C.O Mansur (PEGAWAI MEMERINTAH 9 REJIMEN RENJER DIRAJA).
    Sekian luahan saya.Terima kasih.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger