"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Julai 08, 2008

Pesawat Kalis Air...?

Singapura mahu beli 100 pesawat kalis radar F-35
08/07/2008 4:41pm

WASHINGTON 8 Julai – Singapura menunjukkan minat untuk membeli sehingga 100 pesawat F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp untuk beberapa dekad akan datang, sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel. “Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat. Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis.

Pembangunan F-35 yang merupakan pesawat kalis radar dibiayai bersama oleh Britain, Itali, Belanda, Turki, Kanada, Australia, Denmark dan Norway. Amerika Syarikat (AS) pula merancang untuk membeli sejumlah 2,443 model F-35 termasuk 1,763 untuk Tentera Udara AS dan 680 untuk Marin dan Tentera Laut dengan kos dianggarkan AS$299 bilion (RM986.7 bilion).

Antara pesaing utama model F-35 adalah Gripen keluaran Saab; Dassault Rafale; MiG-35; Sukhoi Su-35 dan Eurofighter Typhon keluaran konsortium syarikat Britain, Jerman, Itali dan Sepanyol.

– Reuters
---------------------------------------------------
Nota Penulis:
Nampaknya Malaya kena beli pesawat kalis peluru, barula ada fight...tapi kalau semua hak depa tu pakat 'jammed' amacam? Sama2 la berdoa...ini senjata depa xde.
Malaya cuma ada 18 Su - 30 MKM



2 comments:

  1. Jammed? ini satu persoalan yang ingin saya bangkitkan dari sudut tauhid. Sama-sama kita kongsi pengalaman.

    Kita semua tahu bahawa kuasa itu milik Allah. Jika sekiranya DIA menarik balik kuasa yang mana hakikinya merupakan miliknya, apakah yang bakal terjadi? Senjata moden yang canggih tidak dapat dihidupkan enjinnya kerana tiada kuasa, walaupun dalam tiptop condition.

    Bayangkanlah pistol dan senapang canggih tidak mengeluarkan peluru walaupun ia tidak rosak. Di petik ia tidak meletup. Ia hanya kehilangan kuasa, ditarik balik oleh PEMILIKNYA.

    Pada masa itu, baru lah logik Perang Fisabilillah dengan tentera Imam mahadi diakhir zaman hanyalah bersenjatakan pedang dan tombak serta tentera berkuda sahaja.

    Untuk itu, yakinlah kita dengan sebenar-benar yakin kepada NYA. Allah,tuhan yang MAHA BERKUASA dan memilikki segala-galanya.

    Renungkanlah.

    BalasPadam
  2. Bila minyak habis satu hari nanti kita kita akan guna kuda dan pedang jugak.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger