"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, April 09, 2014

HAIL MARY 1967 YAHUDI ISRAEL

0 comments
Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab

Permulaan-Satu Kemusnahan
Ianya bermula pukul 7:10am 5hb Jun 1967- waktu Israel. Enam belas jet Magister Fouga buatan Perancis, pelatih2 era 1950an dilengkapi roket berlepas dari lapangan Hatzor. Jet2 Fouga tersebut bertransmisi seperti mana jet Mystere dan Mirage. Mereka berlepas mengikut rutin patrol harian.


4 minit kemudian, skuadron sebenar - Ouragan Bombers berlepas dari Hatzor, selang 5 minit diikuti pula oleh skuadron Mirages dari Ramat David dan 15 Vatours dari Hatzerim. Dalam pukul 7:30am sebanyak 200 buah pesawat pelbagai jenis sudah memenuhi ruang udara Israel. 

Terkandar di atas bahu skuadron Israel ini arahan daripada Komander Udara Motti Hod :


"The spirit of Israel's heroes accompany us to battle...From Joshua Bin-Nun, King David, the Maccabees and the fighters of 1948 and 1958, we shall draw the strength and courage to strike the Egyptians who threaten our safety, our independence, and our future. Fly, soar at the enemy, destroy and scatter him throughout the desert so that Israel may live, secure in its land for generations."


Mereka terbang rendah, tidak lebih dari 15 meter untuk mengelak dari dikesan radar tentera Mesir - ada 82 buah semuanya di serata tempat. Kebanyakkan pesawat mengarah ke Barat - ke Laut Mediterannean sebelum membelok kembali ke arah Mesir. Selainnya pula mengarah ke Laut Merah menuju sasaran di kawasan pedalaman Mesir.


Komunikasi radio sama sekali tidak dibenarkan- arahan yang sangat penting untuk di patuhi. Komunikasi hanya dengan isyarat tangan! Tujuan mereka adalah "is to reaching the Egyptian coast without being spotted". Kol. Rafi Harlev, Cif Israel Air Force telah mengarahkan tiada komunikasi radio diantara juruterbangnya, biarpun terdapat kerosakan mekanikal, jika terpaksa terhempas ke laut maka ke lautlah!


Sungguhpun begitu pilot2 Israel lebih terlatih dari saingan mereka pilot Mesir. Mereka lebih pengalaman dan mempunyai lebih masa penerbangan. Hampir kesemua pesawat mereka 65 Mirages, 35 Super Mysteres, 35 Mysteres Mark IV, 50 Ouragans, 20 Vatour light bombers dan 45 Fougas boleh beroperasi dengan baik.


Mereka sebenarnya sudah berulang2 kali membuat latihan peperangan dengan bersimulasikan lapangan terbang Mesir - secara rahsia! Hanya segelintir menteri yang tahu mengenai hal itu. Walaupun begitu, maklumat dan sasaran lokasi tentera Mesir memang dalam tangan Israel - lokasi setiap jet pejuang Mesir serta nama dan pangkat sehinggakan kepada suara juruterbang Mesir juga mereka tahu!


Kesemua maklumat ini telah dibocorkan oleh Wolfgang Lotz seorang yahudi kelahiran German yang mendapat maklumat dari hubungan baiknya dengan pegawai dan ketua staff tentera Mesir sebelum dia berjaya dicekup pada 1964. Selain itu, sumber risikan Israel juga disalurkan oleh pegawai Inteligen Yahudi di Mesir bernama Anwar Ifrim dan 'Ali al-'Alfi, masseur(ini maksudnya tukang urutlah) peribadi Gamal Nasser.

Inilah yang dikatakan oleh Hod sebagai:

"Israel's real time intelligence on Egypt's aircraft".


Mesir Lena DiUlik Mimpi
Mesir pulak satu hal, tidak langsung menghiraukan keselamatan jet pejuang mereka - rata2 buatan Russia - MIG, Ilyushin, Topolov dilonggok dalam satu pengkalan. Memudahkan Israel mensasarkan serangan mereka. Walaupun sebelum ini sudah dicadang pembinaan hangar konkrit , tapi cadangan itu dipandang sepi oleh pemerintah atasan tentera Mesir. Pesawat juang Mesir dibiar berpanas di tengah lapang tanpa sebarang perlindungan, waima sandbags pun kurang!


"A fighter jet is the deadliest weapon in existence - in the sky, but on the ground it is utterly defenseless," kata Hod Ketua Staff IAF.


Dalam masa musuh semakin mara, hampir kesemua pesawat Mesir dalam keadaan sejuk enjin dibasahi embun pagi, dan semua juruterbang sedang menikmati sarapan pagi. Walaupun begitu, pihak Mesir memang menjangkakan jika ada serangan Israel maka ia akan berlaku di awal subuh, oleh itu sebagai rutin mereka telah pun menghantar skuad tinjau untuk mengawasi ruang udara mereka pada waktu2 berikut. Pesawat tinjau pulang dan mendarat seawal 8:15am, rondaan cepat sejam dari pesawat Israel yang mendatang, dan gagal mengesan kehadiran mencurigakan dari skuadron Israel. Rutin harian tentera Mesir ni juga sudah diambil kira oleh perisik Israel sebelum memulakan serangan mengejut pada pagi 5 June tersebut!


Ada juga sumber2 mengatakan bahawa pada malam sebelumnya, pimpinan tentera Mesir telah dihiburkan dengan wanita2 cantik agen spy Yahudi sehingga mereka mabuk dan lupa diri untuk tegak menghadapi serangan Yahudi.


Andaian ini boleh dianggap benar kerana pagi itu tentera Mesir seumpama masih lalok, tidak berdaya menahan asakan skuadron Yahudi - taktik perempuan cantik ini pun memang selalu diguna pakai, dan menjadi favorit untuk cerita perisikan seperti James Bond. Wanita cantik juga selalu dijadikan umpan merosakkan pimpinan peringkat tertinggi angkatan tentera sesebuah negara!


Radar Jordan
Radar yang paling canggih dalam dunia Arab dimiliki oleh Jordan - buatan British, telah mendapat isyarat mengenai kemasukan pesawat dalam kuantiti luar biasa ke ruang udara Mesir di Sinai. Sangkaan mereka ini hanyalah rutin biasa tentera Israel, tetapi dalam ketidaktentuan itu, amaran masih juga disampaikan kepada pihak Mesir.


Satu kelemahan tentera2 Arab ini adalah kurang koordinasi yang tepat. Maka maklumat penting seperti itu tidak dapat disampaikan dengan segera kepada tentera Mesir. Sementelah pula, malam itu tentera Mesir sudahpun mengubah frekuensi kod mereka tanpa memberitahu pihak Jordan. Sungguhpun begitu pihak Jordan terus juga menghantar kod amaran berkali2 ke Mesir.


Di pihak Mesir pula, walaupun maklumat itu berjaya disampaikan, Shams Badran-Menteri Pertahanan Mesir tidak dapat untuk dihubungi, kerana beliau pergi masuk tidur beberapa jam sebelum itu dan memerintahkan supaya tidak diganggu! Begitu juga Kol. Mas'ud al Junaydi yang incharge untuk decoding dan juga Ketua Operasi Udara General Gamal 'Afifi - mereka ini orang penting yang tidak dapat dihubungi pada waktu itu. 

Ruang udara dan tentera Mesir masih telanjang...tidak tahu bahana yang akan menimpa! Kemana mereka dalam saat2 genting seperti ini?


Taktik Hail Mary
Di pihak Israel, masa2 berikut adalah paling mendebarkan buat mereka. "The suspend was incredible," kata Ezer Weizman:

"For five years I had been talking of this operation, explaining it, hatching it, dreaming of it, manufacturing it link by link, training men to carry it out. Now, in another quarter of an hour, we would know if it was only a dream, or whether it would come true".



Rancangannya, menggunakan sedozen skuadron udara daripada beberapa pengkalan, bergabung secara senyap. Sasarannya musnahkan sebelas target yang telah dikenalpasti dalam masa 20-45 minit! Taktik Israel ini agak merbahaya kerana meninggalkan ruang udara mereka langsung tanpa pertahanan.

Dan inilah yang dinamakan Hail-Mary taktik - sempena taktik permainan American Football-apabila semua naik menyerang tiada pertahanan di bawah. Keyakinan bahawa seluruh kekuatan Mesir akan musnah dalam serangan mengejut ini menyebabkan rancangan Hail-Mary diluluskan oleh pihak atasan tentera Israel.


Walaupun begitu, komando2 mereka sudah pun ditempatkan di seluruh sasaran strategik tentera Mesir dan bersedia meletupkan sasaran itu melalui darat jika rancangan udara mereka gagal. Adakah ini disedari oleh pihak Mesir?


Gelombang Pertama
Tepat 7:30am. Sasaran pertama kelihatan - pengkalan Fa'id dan Kibrit. Pesawat Israel bertali arus menjunam melepaskan bom meletupkan landasan tarmac, sudah terlambat bagi pihak Mesir untuk menyerang balas. Sebuah pesawat pun tidak dapat diterbangkan!


Pilot2 Mesir terkejut, tidak menyangka Israel berjaya melepasi kawalan radar mereka. Pesawat juang mereka terperangkap menjadi sitting duck bahan ujikaji Israel. Gelombang pertama serangan ini berakhir jam 8:00am. 25 serangan telah dilancarkan ke sasaran utama, termasuklah pengkalan Fa'id dan Abu Suweir, empat lapangan terbang di Sinai dan dua di Mesir berjaya dilumpuhkan sama sekali.


Yang bodohnya Mesir, tiada satu serangan balas pun dilancarkan dari darat ke arah skuadron Israel. Kesemua 100 artileri anti kapal terbang, 27 SAM-2 (Surface to Air Missiles) tidak diberi arahan untuk dilepaskan oleh Amer, kerana takut tersilap tembak kapal terbang mereka sendiri!

(Abdul Hakem Amer adalah Timbalan Ketua Perang kepada General Gammal Nasser, dia kemudian mati membunuh diri dalam tahanan kerana disyaki berkomplot menggulingkan Presiden Nasser selepas kekalahan dalam P6H. Dia jugalah yang mengarahkan pengunduran tentera Mesir dari Sinai kerana panik dengan kejatuhan Abu Ageila. Mesir sewaktu P6H, sebenarnya berada dalam konflik politik orang No 1 dan No 2 dan kerana itu jugalah cadangan2 bernas diantara kedua2 kem tidak sampai untuk dilaksanakan)


Gelombang Kedua
Kali ini walaupun pihak Israel mendapat tentangan hebat, mereka berjaya melakukan 164 sorties (serangan) dan memusnahkan 107 pesawat. Dalam serangan pagi itu keseluruhannya pihak Israel berjaya memusnahkan 286 pesawat - 30 Tupolev-16s, 27 Ilyushin-28 medium bombers, 12 Sukhoi-7 fighter-bombers, 90 MIG-21 interceptors, 20 MIG-19's, 75 MIG-17's, 32 pesawat angkut dan helikopter - suku dari pilot Mesir terkorban dalam serangan itu. 13 pengkalan lupus-musnah, 23 radar hancur termasuklah pusat anti kapal terbang.


Pada jam 10:35am Hod melaporkan kepada Rabin:

"the Egyption air force has ceased to exist".


Tentera Arab Terkangkang
Kemusnahan dahsyat di pihak Mesir, menyebabkan seluruh negara Arab terkedu! Tragedi paling dahsyat dalam sejarah peperangan Arab - Israel. Inilah tanda2 awal kejatuhan terus menerus tentera Arab di tangan Israel dalam hari2 yang berikutnya (selama 6 hari) dan badi itu membawak sehingga ke hari ini.

Ramai ulama2 seluruh dunia kemudiannya turut hadir dalam peperangan ini, termasuklah dari Tanah Jawi, tetapi itu tidak cukup untuk mengekang kemaraan Israel. Akibatnya Mesir terlepas Sinai dan Syria terlepas Bukit Golan dan Palestine terlepas Baitulmaqdis 'tetapi bukan untuk selama-lamanya'. Ulama2 seluruh dunia memfatwakan ini sebagai Perang Sabil, tetapi setakat memberi nama Perang Sabil tidak cukup untuk menggerak kekuatan dan semangat Jihad yang sebenar.

Puncanya adalah kerana tentera Islam tidak dipimpin oleh sebaik2 pemimpin dan askarnya juga bukanlah sebaik2 askar! Perlu diingat memang mudah menyebut perkataan jihad daripada melaksanakannya. Masih ingat peperangan Khaibar dizaman Rasulullah SAW? Siapakah yang ditugaskan untuk menumbangkan pertahanan Yahudi dan bagaimanakah pula pula ciri-ciri pemimpinnya?

Pihak Yahudi tidak pernah lupa dan dendam mereka tidak pernah kunjung padam akibat runtuhnya Tembok Khaibar ditangan Saidina Ali Abi Talib R.A. Sehinggakan Rasullullah SAW juga hampir diracun semasa tinggal disitu.

Mereka (puak Yahudi) juga tidak sekali2 akan membenarkan umat Islam melahirkan pemimpin2 yang berciri dan berkualiti sedemikian rupa di dunia hari ini. Jika ada mereka akan cantas seawal mungkin. Tetapi bolehkan Yahudi selama-lamanya merancang dan mencatas tunas baru umat Islam?


Tidak dinafikan juga bahawa Amirika, British dan Perancis adalah dalang disebalik P6H. Disamping medan untuk menguji teknologi dan kekuatan senjata mereka menentang teknologi blok komunis yang diketuai USSR.



Harapan Tinggal Harapan
Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Ottoman, umat Islam amat berharap Pak Arab dapat menebus maruah umat Islam, malangnya malapetaka terus menimpa. Sebabnya adalah kerana tiada penyatuan dikalangan pemimpin Arab kerana mereka berperang diatas dasar asabiah dan politik.

Koordinasi sesama mereka juga amat lemah, dan ada juga pemimpin negara Arab (Jordan) yang berperang dibawah pengaruh Amirika - berperang tidak sepenuh hati; semata2 menjadi pencukup korum dan main tangkap muat. Pemimpin Jordan dikatakan menelepon Amirika meminta izin untuk berperang sebagai menjaga hati lain2 pemimpin Arab! Arab Saudi semestinya tidak campur tangan dalam perang ini.

Mesir pula sewaktu itu adalah pendokong ideologi Socialist bawaan Soviet Union. Ramai alim ulama Mesir yang dibunuh secara zalim pada zaman itu.


Maka apabila tewasnya Mesir maka terkuburlah juga cita2 Gamal Nasser untuk menjadi wira Arab seperti Salahudin Al-Ayubi. Sehinggalah kepada zaman Anwar Sadat; yang mana dendam Mesir terbalas dalam perang Yom Kippur tetapi beliau dibunuh sewaktu perarakan tentera kerana perjanjian Camp David-yang ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai mengiktiraf kewujudan negara haram Yahudi.

Setelah itu berakhirlah era Mesir sebagai champion liga Arab. Hari ini harapan tinggal harapan. Masih tiada tanda2 penyatuan negara Arab dalam dunia hari ini. Walaupun satu bangsa, satu bahasa dan satu liga, mereka tidak bersatu hati, lebih2 dalam menyelesaikan masalah Palestine.

Dalam keadaan ekonomi mereka yang teruk dikontrol sistem kapitalis dan percaturan politik order baru dunia, kebangkitan bangsa Arab dari semenanjung sebagai suatu kuasa besar seakan2 mustahil- mustahil mereka kembali menggapai kecermerlangan silam.


Walaupun banyak duit dan dilengkapi dengan segala kelengkapan canggih dan teknologi barat, Perang Enam Hari telah membuktikan bahawa persediaan taktik dan strategi amat penting untuk memenangi sesuatu perperangan. Tentera Arab amat lemah dan kurang dari segi persediaan seumpama itu. Mereka sebenarmya telah dipermain2kan oleh pihak Barat dan Soviet.

Bagaimana mungkin Palestin dilepaskan Yahudi sedangkan perancangan itu sudah lama dipersetujui oleh England, Perancis, Amirika dan negara2 Eropah yang lain semenjak Perang Sabil yang pertama lagi?


Perang Enam Hari mengubah peta arab dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan umat Islam mempertahankan diri mereka. Kekalahan itu amat memalukan dan amat pedih untuk diterima oleh seluruh umat Islam. Secara tidak langsung fasa kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari membolehkan pihak Yahudi menginjak maruah umat Islam sehingga tidak berupaya bangun sehinggalah ke hari ini.


Oleh itu masihkah kita mahu bergantung kepada kekuatan dan pimpinan Arab dalam membawa kecemerlangan Islam seperti masa lampau?


Penulis rasa mungkin tidak buat masa yang terdekat ini.

-----------------------------------------------
Nota Penulis:

"Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang,"...betul lah tu.


Susunan: The Malay Press
Rujukan: Michael B. Oren, 2002, Six Days Of War: June 1967 and the Making of Modern Middle East, Penguin Books, US



Was Published on Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab | 7/11/2008 12:11 AM Malaysian Time.


Read full post »

Selasa, April 08, 2014

Malaysia ucap penghargaan?

0 comments

Can you smell it?

(harap wartawan-wartawan di negara apatah lagi Utusan Melayu, lebih peka dan selektif dalam menyiarkan gambar para pemimpin negara di masa hadapan)

Jambatan Bengkok or Friendship Bridge?

petikan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140408/dn_11/Malaysia-ucap-penghargaan-kepada-Singapura
Read full post »

Khamis, April 03, 2014

WHAT IF? Black Boxes

0 comments

Contents of Flight Data and Cockpit Voice Recorders Are Missing

All jetliners are equipped with flight data recorders (FDRs) and cockpit voice recorders (CVRs) contained in "black boxes" designed to survive the most severe crashes. To date, none of the contents of any of the black boxes have been released to the public, With the exception of a partial transcript of Flight 93's CVR, the contents of any of the black boxes remained unknown to the public until August of 2006, when the National Security Archive published long-hidden NTSB Reports including flight path and other studies of the commandeered flights. The studies include FDR data from Flight 77 and Flight 93. Authorities had previously claimed that all but the voice recorder on Flight 93 were either not recovered or too damaged to yield data. The black boxes of Flight 77 were allegedly found on September 14th. 1   2   3  
Ground Zero book
This book, written by Gail Swanson, and published in 2003, includes accounts of firefighters Mike Bellone, Robert Barrat, and Nicholas DeMasi.
According to the federal authorities controlling Ground Zero, the black boxes from the two crashed 767s,Flight 11 and Flight 175, failed to turn up in the rubble taken from the site. 4   The 9/11 Commission Reportbacks the FBI's story, flatly stating: "The CVRs and FDRs from American 11 and United 175 were not found."
There are accounts contradicting the official account of the black boxes. Two men who worked in the cleanup operation at Ground Zero claim that they helped authorities find three of the four black boxes in October of 2001. One of the workers, New York City firefighter Nicholas DeMasi, has self-published a book with other Ground Zero workers in which he describes the recovery of the devices. 5   The book, Behind the Scenes: GROUND ZERO, A Collection of Personal Accounts, can be ordered through SummerOfTruth.org.
In December 2005, CounterPunch reported that an NTSB source contradicted the official account:
"Off the record, we had the boxes," the source says. "You'd have to get the official word from the FBI as to where they are, but we worked on them here." 6  

Survivability Requirements


The FAA has placed durability requirements on the recorders and their casings to survive severe impact and fire

The storage medium of each recorder is located in a protective capsule, which must be able to withstand an impact of 3,400 Gs (3,400 times the force of gravity). Additionally, each must also survive flames at 2,000 F for up to 30 minutes, and submersion in 20,000 feet of saltwater for 30 days. Typically, to increase their chances of survival, the recorders are located in the tail section of the aircraft, which usually sustains the least impact in a crash. 8  

References

1. Flight Data and Voice Recorders Found at Pentagon, PBS, 9/14/01 [cached]
2. Feds Would Have Shot Down Pa. Jet, CBSNEWS.com, 9/16/01
3. Flight Recorders Found in Pentagon Rubble, cnn.com, 9/14/01 [cached]
4. Speed Likely Factor In WTC Collapse, CBSNEWS.com, 2/23/02 [cached]
5. 9/11 'black box' cover-up at Ground Zero?, Philadelphia Daily News, 10/26/04
6. Did the Bush Administration Lie to Congress and the 9/11 Commission?, 12/20/05
7. Speed Likely Factor In WTC Collapse, CBSnews.com, 2/23/02
8. And I alone survived, MeMagazine.org, [cached] 


petikan: http://911research.wtc7.net/planes/evidence/blackboxes.html


Read full post »

Ahad, Mac 23, 2014

SEMANGKUK MADU SEHELAI RAMBUT

0 comments

Diceritakan suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w, bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman bertamu ke rumah Ali. Setibanya di rumah, Fatimah isteri Ali yang juga puteri Rasulullah s.a.w menghidangkan madu dalam sebuah mangkuk yang cantik. Namun dalam semangkuk madu yang dihidangkan itu terikut sehelai rambut di dalamnya. 

Kemudian, Rasulullah s.a.w meminta sahabat-sahabatnya untuk mengibaratkan terhadap ketiga benda tersebut -- Semangkuk madu dan sehelai rambut. 

Maka Nabi s.aw berkata “Ayuh Abu Bakar cuba terangkan menurut kamu apa perbandingan antara ketiganya”. 

Kemudian Abu Bakar r.a. menjawab, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". 

Tiba giliran Umar r.a yang berpendapat, menurutnya "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".  

Tiba giliran Uthman r.a. yang berpendapat "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Ali r.a selaku tuan rumah pula mengibaratkan "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Sayidatina Fatimah pula mengibaratkan "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berburqo itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".



Setelah para sahabat mengemukakan pendapat mereka Nabi Muhammad s.a.w kemudian berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut". 

Malaikat Jibril a.s juga turut sama mengibaratkan  bahawa "menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan usaha mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".  

Dan Allah swt berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Seolah merangkum dari berbagai pendapat para sahabat itu Rasulullah s.a.w menegaskan bahwa inti kehidupan dan amal ibadah seseorang ada dalam keikhlasan. Dan kemampuan seseorang beramal (beribadah) tidak lain merupakan taufiq dari-Nya. 

Menaklukkan nafsu dunia bukan berarti memilikinya, bukan pula menghindarinya, tetapi mampu menggunakannya agar bermanfaat di jalan agama. Dan tidak dapat jalan itu tanpa Petunjuk dari Nya dan Syafaat Rasulullah s.a.w

Halusnya meniti perkara ini seperti sehelai rambut apatah lagi jika dibelah tujuh.

KIAS TERSIRAT 
TMP 

(Kredit buat sekalian bloggers yang bercerita peri hal yang sama)

Menurut Tok Alim, ada tiga kategori lebah.



Read full post »

Selasa, Mac 18, 2014

MELAYU PUNYA CARA TERSENDIRI

0 comments
Satu perkara yang paling tidak disenangi oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini apabila Melayu menggunakan fikiran dan cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah.

Orang Melayu, berfikir cara Melayu, selalu nampak macam lambat, macam slow untuk membuat kerja, tapi sebenarnya itu adalah sifat orang Melayu. Tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan dan melakukan tugasan. Tetapi itu bukan bermakna lambat, tetapi go with the flow.   

Saya ambil contoh, orang Melayu jika membakar lemang, mengambil masa tiga jam baru dapat makan. Mana ada orang boleh tunggu jam untuk makan lemang, jika buat bisnes tentulah lari pelanggan. Tapi itu adalah kaedah orang Melayu. Mekdonal, Kentaki, Piza Hat semua fast food ini datang kemudian. Sebenar orang Melayu tak pandang pun makanan serba ringkas macam ini. Tak de seni.

Jika membuat rumah kayu, mereka akan mengambil masa berbulan-bulan, semata-mata untuk menunggu kayu itu kering baru boleh dibuat rumah, mana boleh buat bisness jika menunggu lama sebegitu. Tapi orang Melayu tak kisah...itu adalah cara mereka. Itu bukan bermakna malas.

Jika hendak membuat keris pula, makan masa bertahun-tahun, melihat kepada empu, tuan punya badan, lihat tahun lihat bulan. Itu adalah kaedah mereka. Bersatulah mereka bersesuai dengan kejadian alam dan manusia - sesuatu yang simbolik "ini simolik-simolik" coined Tok Bomoh. Siapa yang "kaya hatinya" akan tercuit dek telatah si veteran Sungai Manik itu tanpa sedikit pun rasa pelik. Orang tua itu telah berpesan dengan simolik.

Maka adalah menjadi satu kesilapan jika bangsa lain untuk mengarahkan orang Melayu membuat kerja mengikut cara bangsa lain membuat kerja. Sebab itu orang Melayu tidak boleh bekerja dibawah orang, kerana bukan sifat mereka terkejar-kejar. 

Time is money...kata puak Kapitalis. Sifat Melayu dahulu bukan sifat ahli kapitalis. Kerana itu jugalah kuli-kuli di zaman British terpaksa di import, sebab pe-el orang Melayu zaman itu tak sibuk nak cepat nak kejar duit.

Walaubagaimanapun, orang Melayu perlulah mengambil nasihat yang berguna yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam memenuhi tuntutan duniawi moden hari ini yang serba pantas yang telah di caturkan semenjak zaman Industrial Revolution, yang mana sebelum itu seluruh dunia ini hidup dalam keadaan relax sahaja.

Attention to detail, Melayu buat cara Melayu.

#doakanMH370

KIAS TERSIRAT
MOHAB

*Tak tahulah berapa banyak peninggalan kapal karam, harta karun, bandar-bandar lama yang telah ditemui di perairan kita dengan kedatangan pelbagai sonar dan kecanggihan teknologi dalam kisah yang berlaku baru-baru ini. 

Kattigara di Delta Sembilan Naga Viet Nam itu pusat pelabuhan Melayu di Benua Melayu di zaman Rom sewaktu kerajaan Funan. Nama Laut China Selatan pun tak de lagi masa tu.

Read full post »

Isnin, Mac 10, 2014

EMP Interference Damaging Electronic Equipment

0 comments
E‪lectromagnetic pulse
An electromagnetic pulse (EMP), also sometimes called a transient electromagnetic disturbance, is a short burst of electromagnetic energy. Such a pulse may occur in the form of a radiated, electric or magnetic field or conducted electrical current depending on the source, and may be natural or man-made. The term "electromagnetic pulse" is commonly abbreviated to EMP, pronounced by saying the letters separately (E-M-P).

EMP interference is generally damaging to electronic equipment, and at higher energy levels a powerful EMP event such as a lightning strike can damage physical objects such as buildings and aircraft structures. The management of EMP effects is an important branch of electromagnetic compatibility (EMC) engineering. The damaging effects of high-energy EMP have been used to create EMP weapons. These are typically divided into nuclear and non-nuclear devices.

Such weapons, both real and fictional, have gained traction in popular culture.

General characteristics
An electromagnetic pulse is a relatively short burst of electromagnetic energy. Its shortness means that it will always be spread over a range of frequencies. Pulses are typically characterised by: The type of energy (radiated, electric, magnetic or conducted). The range or spectrum of frequencies present. Pulse waveform: shape, duration and amplitude. The last two of these, the frequency spectrum and the pulse waveform, are interrelated via the Fourier transform and may be seen as two different ways of describing the same pulse.

Frequency ranges
An EMP typically contains energy at many frequencies from DC (zero Hz) to some upper limit depending on the source. The whole range of concern is sometimes referred to as "DC to daylight", with optical (infrared, visible, ultraviolet) and ionizing (X and gamma rays) ranges usually being excluded. The highest frequencies are present in Nuclear EMP (NEMP) bursts. These continue up into the optical and ionizing ranges. Some types of EMP event can leave a visible trail, such as lightning and sparks, but these are side effects of the current flow through the air and are not part of the EMP itself.

A National Airborne Operations CenterBoeing E-4 on
EMP simulator HAGII-C for testing.

Effects
Minor EMP events, and especially pulse trains, cause low levels of electrical noise or interference which can affect the operation of susceptible devices. For example a common problem in the mid-twentieth century was the interference emitted by the ignition systems of gasoline engines, which caused radio sets to crackle and TV sets to show stripes on the screen. Laws had to be introduced to make vehicle manufacturers fit interference suppressors.

At a higher level an EMP can induce a spark, for example when fuelling a gasoline-engined vehicle. Such sparks have been known to cause fuel-air explosions and precautions must be taken to prevent them. A large EMP can induce high currents and voltages in the victim, damaging electrical equipment or disrupting its function.

A very large EMP event such as a lightning strike is also capable of damaging objects such as trees, buildings and aircraft directly, either through heating effects or the disruptive effects of the very large magnetic field generated by the current. An indirect effect can be electrical fires caused by heating.

These damaging effects have led to the introduction of EMP weapons. Most engineered structures and systems require some form of protection against lightning to be designed in.

From Wikipedia, the free encyclopedia.
Read full post »

Sabtu, Februari 15, 2014

MANA ADA TENTERA SALIB SEBUT ALLAHU AKBAR?

0 comments
MANA ADA TENTERA SALIB SEBUT ALLAHU AKBAR?

WW1-Penutup perang sabil?

Menurut Hamka (1994:649) setelah habis dihalau saki baki tentera muslimin Turki dari bumi Palestin, maka terlompat keluarlah kata-kata Edmund Henry Hynman Allenby pemimpin tentera British ketika itu " Sekarang baru selesai perang salib." 

Arakian terlunaslah sudah dendam yang bersarang di dada bangsa Eropah sejak beratus tahun lamanya. Jadi bagi pihak Eropah, WWI adalah pemutus kepada perang salib. 

Maka jika dikaji, semenjak zaman Khalifah Umar Al Khattab menakluk Baitul Maqdis dan Tanah Palestin sehingga ke zaman General Salehudin Al Ayubi, tidak terpacul sedikit pun perkataan Allahu Akbar daripada mulut-mulut Tentera Salibi.

Kerana apa? Kerana mereka tidak pernah sesekali berjuang menegakkan Kalimah Tauhid seperti yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Maka jika ada pun mereka menyebut ALLAH pada ketika itu, adakah panglima-panglima perang Muslim akan berundur dan bersetuju yang mereka telah pun beriman?

Apakah pula mesej panglima-panglima perang Muslim kepada tentera-tentera Salibi dan Pope mereka di Vatican?

Selagi mereka tidak mengaku Muhammad Rasulullah s.a.w maka jangan percaya dan mudah tertipu dengan percaturan puak-puak Salibi ini.

Mau kasi fikir jauh sikit ke belakang, sebelum nak cerita hak depan ni.

TQ.
Read full post »

Khamis, Januari 23, 2014

Hadis 41 dalam kitab Hadis 40

0 comments
Hadis 41 dalam kitab Hadis 40 Imam Nawawi:
Dari Abi Muhammad Abdillah bin Amru bin al-As radiallahu anhuma katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuan dan kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.

Hadis hasan lagi sahih, kami riwayatkannya dalam kitab “al Hujjah” dengan isnad yang sahih. (kitab al Hujjah adalah karangan ahli fiqh yang zahid bernama Abi al-Qasim Isma’il bin Muhammad bin al-Fadl as-Asfahani.

Kitab ini membahas iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KIAS TERSIRAT
TMP
Read full post »

Sabtu, Disember 21, 2013

Dialog Dengan Devil - Siri Serem.

0 comments
Dialog dengan Devil.

Rock Devil: HA HA HA halo brader, kan main lagi tangkap leleh.

Rock Cintan: Biasa ler, layan kepala. Lu ni sapa?

Rock Devil: Wa ni spesis rock gak…evil punya.

Rock Cintan: Woo… evil siutt….so apa kes?

Rock Devil: Wa nak tanya lu ni…

Rock Cintan: Tanya apa?

Rock Devil: Lu percaya tuhan ada?

Rock Cintan: Percaya!

Rock Devil: Ok skang wa tanya lu, siapa yang menjadikan alam?

Rock Cintan: Tuhan.

Rock Devil: Siapa yang menjadikan lu?

Rock Cintan: Tuhan!
Jap wa tak da masa ni, jadi sebelum lu panjang tanya soklan bodo wa nak mencelah sket, siapa yang menjadikan lu?

Rock Devil: Aku jadi sendiri.

Rock Cintan: Waa..ganas lu, sebelum lu jadi sendiri, lu kat mana?

Rock Devil: Err..wa tak ada lagi.

Rock Cintan: Jadi dulu lu takda, masa lu tengah tak da tu, lu jadikan diri lu sendiri?  Itu macam ka?

Rock Devil: ….Macam tu la.

Rock Cintan: Hek eleh… akai ada? Macamana pulak yang tak ada boleh menjadikan yang ada? Bangang la lu ni setan, agak-agak la kalau nak membohong pun.

Rock Devil: ….

Rock Cintan: HA HA HA mana mau pigi?

Rock Devil: Main api…

Rock Cintan: Tuhan bagi jadi itu api panas, jangan sampai terbakar diri.

Kadang-kadang  setan ni bermain-main dengan hati kita sentiasa meniupkan rasa was-was supaya manusia berada dalam keadaan sedih dan kecewa memikirkan hal ketuhanan. Bila kita kecewa dan sedih tanpa jawapan yang pasti, menandakan syaitan sudah menang, dan bila kita gelak dengan jawapan yang pasti maka setan kecundang. Begitulah kata Tok Alim.

Sungguhpun begitu peperangan hati ini tidak berakhir dengan mudah. Sentiasa puak-puak setan ini berusaha menyesatkan anak adam dengan apa cara sekalipun sampailah badan bercerai nyawa.

Kisah ini di dialogkan sebegitu rupa untuk disesuaikan dengan keadaan rock semasa. Kisah sebenar boleh didapati dalam kitab-kitab Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah karangan ulama-ulama Melayu terdahulu.

Apa yang menarik, sukar untuk kita dapati pengajian SIfat 20 dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana itu orang Melayu mempunyai satu kelebihan yang tinggi dalam keilmuan Tauhid kerana dapat menembusi satu ilmu yang paling tinggi berbanding ilmu-ilmu lain didunia dengan menggunakan keistimewaan bahasa Melayu.

Sebab itu lah orang Melayu sebenarnya cerdik kerana dapat pengungkapan Tauhid yang tepat dengan akal dalam lingkungan perbendaharaan bahasa yang kaya. Beruntung besar orang Melayu.

Bahasa Inggeris selalunya menggunakan His atau He atau It apabila merujuk kepada tuhan atau barang yang tidak nampak,  tapi bahasa Melayu ada perkataan DIA yang melepaskan penggunannya daripada meletakkan gender atau barang atau bentuk (form) segala istilah physic atau being (kena jadi atau makhluk yang kena jadi) kepada Tuhan yang Muhalafatulil Hawadis (tiada sama dengan yang baharu).

Maka terselamat orang Melayu daripada syirik halus yang berterusan dengan kehalusan bahasa Melayu itu sendiri.

Bahasa Melayu itu sendiri sememangnya satu wasilah (jalan yang menyampaikan maksud) me-layu dengan Tuhan untuk Umat Melayu.

Orang Arab kata orang Inggeris ceduk perkataan '0' (sifar) daripada mereka, orang India kata orang Arab ceduk istilah '0' daripada mereka (kata Allahyarham Ahmad Deedat), tetapi orang ini semua tidak tahu istilah '0' itu telahpun digunakan oleh orang Melayu lama sebelum mereka.

Maka Bahasa Melayu mesti dimartabatkan dan dipertahankan dalam apa keadaan sekalipun.

Andaikata dialog diatas dibuat dalam bahasa Inggeris secara literal?





Rock Devil : HA HA HA halo Brader , catch you playin' that melting song...

Rock Cintan : It's normal , indulgin' my self . who are you?

Rock Devil : I am a rocker too …the evil .

Rock Cintan : Woo ... evil things .... so what?

Rock Devil : I wonder ...

Rock Cintan : What ?

Rock Devil : Do you believe in God ?

Rock Cintan : God exist and I Believe !

Rock Devil : Ok I'm gonna ask you , who made ​​the universe ?

Rock Cintan : God .

Rock Devil : Who made ​​you ?

Rock Cintan : God !
I had no time , so before you prolong me with some of your stupid questions , let me ask you, who made ​​you ?

Rock Devil : I make my own self .

Rock Cintan : Waa .. evil you , before you make yourself , where are you?

Rock Devil : Err .. I'm no where .

Rock Cintan : So you do not exist , when you're not a being, you make yourself? like that?

Rock Devil : .... Kind of .

Rock Cintan : Hek eleh ... must not make any sense? how a don't exist being, make ​​a being? Stupid devil , don't push your luck.

Rock Devil : ....

Rock Cintan : HA HA HA where are you goin' ?

Rock Devil : Playin' with fire ...

Rock Cintan : God made hot  the fire , do not burn yourself ....






Read full post »

Rabu, Disember 11, 2013

Benteng Terakhir Umat Melayu Menghadapi Bangsa Yang Menipu Dengan Mata.

9 comments
Seboleh-bolehnya, janganlah kita jadikan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sebagai label atau brand. Puak-puak yang keterlaluan liar akalnya akan sentiasa mencari lubang untuk meruntuhkan pegangan dan iktikad yang sebenar dalam Islam. 

Hal pegangan ini telah disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang berbunyi:
Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Orang-orang Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan terpecah kedalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, yaitu Al-Jamaa’ah.”HR. Sunan Ibnu Majah.

“Bahwasannya bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 firqah dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.” Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” HR Imam Tirmizi.


Oleh kerana itu, sebagai umat Melayu, sekarang adalah masanya untuk pergi mencari pegangan yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. 

Para ulama Melayu zaman dahulu telah mempersiapkan benteng yang kukuh untuk menghadapi dugaan yang telah pun mereka nampak akan berlaku pada hari ini. 

Dan usaha menyelewengkan umat Melayu itu telah pun ada sejak dahulunya dan tidak pernah kunjung padam usaha itu sehinggalah ke hari ini. Penjajah British dan Komunis pun telah lama tahu tentang hal ini.

Benteng tauhid yang telah dipasak dizaman Zulkarnain telah pun diruntuhkan, hancur luluh itulah janjiNya. Benar sekali bangsa Arablah yang paling dahsyat menghadapinya, buktinya kekacauan yang tidak kunjung padam sehingga ke hari ini. 

"Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar." (Al Kahfi)

Sahih Bukhari,  ketika Zainab binti Jahsy akhirnya bertanya kepada Nabi Muhammad. “Ya Rasulullah, apakah kita (bangsa Arab) akan dihancurkan walaupun masih ada orang beriman di antara kita?” Nabi menjawab, “Ya, ketika kemaksiatan merajalela." (ini hadis 1435 tahun yang lalu, bukan semalam)

Maka tinggal lagi secubit benteng umat Melayu yang ada ini yang cuba diruntuhkan.

Bangsa penipu Ya' dan Ma' itu hidup bercampur gaul dengan manusia, tidak akan berputus asa kerana sentiasa ia melakukan kekacauan dimuka bumi ini - itulah perangainya sejak zaman Zulkarnain lagi.

Maka jangan lalai dan berlengah lagi.

Perkukuhkan kembali benteng yang sebenar dalam iktikadmu.

Sekian.

end.

koleksi tulisan ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH (Al Fatihah buatnya)

PERBICARAAN mengenai isu ini pernah dibentangkan penulis dalam satu seminar, yang mana penulis petik sedikit kalimat-kalimat dalam undangan tersebut yang ternyata sungguh mencabar dan prihatin, di antaranya, "Seminar ini dianjurkan antara lain untuk menangani gejala kekeliruan umat Islam yang terjadi akibat penyusupan masuk pelbagai fahaman yang menyeleweng daripada pegangan yang berasas kepada al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulama yang muktabar dan Al-Qiyas as-shahih.

Kekeliruan ini ditambah lagi dengan kecetekan ilmu setengah umat Islam sendiri yang akhirnya menjadi kehairanan tidak tahu untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan dan akhirnya terpengaruh dengan slogan-slogan indah yang dibawa oleh pelbagai puak yang berkepentingan."

Mengenai istilah al-Quran, as-sunnah, Ijmak ulama yang muktabar dan al-Qiyas as-Shahih yang tersebut dalam kalimat secara umum di dunia Melayu, termasuk di Malaysia, pernah penulis bicarakan dalam ruangan ini dan juga diungkapkan dalam satu kertas kerja yang panjang yang dibentang dalam "SEMINAR BAHAN RUJUKAN ISLAM NUSANTARA" yang dibentang di Brunei Darussalam.

Petikan ringkas dapat penulis rakamkan di sini, "Ulama silam Nusantara, termasuk ulama silam Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah al-Quran dan hadis. Namun mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan berbagai-bagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam.

Oleh itu, mereka mengukuhkan istilah pegangan iaitu al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas as-Shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata."

Sebenarnya ulama-ulama besar kita di dunia Melayu sejak lama sudah mempersiapkan benteng yang kukuh, membendung umat Islam kawasan ini daripada pelbagai penyelewengan.

Ia dapat dibuktikan dengan karya-karya mereka dalam pelbagai keilmuan. Ulama-ulama dunia Melayu yang dianggap menguasai banyak bidang ilmu di antaranya orang Banjar meriwayatkan bahawa Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari (1122 H/1710 M - 1227 H/1812 M) menguasai sekurang-kurangnya 35 bidang ilmu.

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (1272 H/1856 M - 1325 H/1908 M) pula dirakamkan dalam majalah Pengasuh sanggup mengarang dan mengajar sekurang-kurangnya 47 bidang ilmu. Dalam majalah Pengasuh terbitan yang sama juga disebutkan bahawa Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali, 1287 H/1871 M -1352 H/1933 M) memperoleh 24 bidang ilmu daripada gurunya, Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Sungguhpun demikian yang sangat-sangat diberatkan atau ditekankan sebagai fardu ain adalah tiga bidang ilmu, ialah akidah, fiqh dan tasawuf. Ketiga-tiga jenis ilmu di atas inilah dianggap benteng pertahanan golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah di dunia Melayu.

Walau bagaimanapun, yang benar-benar bernama Ahlus Sunnah wal Jamaah itu menurut kebanyakan ulama ialah pegangan pada akidah, yang dalam hal ini terdapat dua tokoh imam besar. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari (260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333 H/944 M).

Imam dalam fiqh pula sekurang-kurangnya banyak dibicaranya empat orang ialah: Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H). Imam dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910 M).

Karya-karya ulama Melayu sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah
Ilmu akidah di kalangan ulama dunia Melayu, bahkan secara keseluruhan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di seluruh dunia Islam dinamakan juga dengan ilmu tauhid, ilmu kalam, ilmu ushuliddin, dan lain-lain. Sheikh Ahmad al-Fathani dalam Jumanatut Tauhid menyebut bahawa ilmu tauhid itu seumpama matahari, ilmu-ilmu selainnya ibarat seperti bintang-bintang saja.

Di dunia Melayu, termasuk Malaysia, disiplin ilmu tauhid adalah termasuk ilmu yang paling diutamakan. Ini dapat dibuktikan dengan sangat banyak kitab ataupun risalah mengenai ilmu itu ditulis oleh ulama-ulama kita.
Untuk menyenaraikan keseluruhan ulama-ulama yang mengarang ilmu ini adalah terlalu banyak.

Karya ilmu tauhid/ akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang lengkap nama pengarang serta dengan tahunnya yang paling awal dihasilkan adalah ulama yang berasal dari Kedah. Beliau ialah Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah) dengan karya Ilmu Tauhid yang ditulis tahun 1032 H/1622 M.

Kitab ilmu tauhid yang paling tebal pula ialah Warduz Zawahir (1245 H/1829 M) susunan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Diikuti kitab berjudul Aqidatun Najin fi Ushulid Din wa Tashauwufis Shaaffin(1308 H/1891 M) karya Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan Fat-hul 'Alim (1324 H/1906 M) karya Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.

Karya ilmu tauhid/akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang dikarang ulama dunia Melayu dalam bahasa Arab ialah Jumanatut Tauhid (1293 H/1876 M), Munjiyatul 'Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam (1293 H/1876 M) dan Sabilus Salam fi Syarhi Hidayatil 'Awam (1306 H/1888 M) yang ketiga-tiganya karangan Sheikh Ahmad al-Fathani.

Antara kitab lain dalam bahasa Arab juga iaitu Fat-hul Majid fi Syarhid Duraril Farid fi 'Ilmit Tauhid (1294 H/1877 M), Tijanud Darari fi Syarhi Risalatil Bajuri (1297 H/1880 M) dan Zari'atul Yaqin fi Syarhi Ummil Barahin atau Ad-Durratun Nadhra 'alal 'Aqidatish Shughra (1302 H/1885 M), ketiga-tiga karangan Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani.

Kitab ilmu tauhid/akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang besar pengaruhnya di dunia Melayu pula ialah: Ad-Durrus Tsamin (1232 H/1816 M) karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid (1313 H/1895 M) karya Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, Sirajul Huda (tanpa tarikh) karya Sheikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi dan 'Aqidatun Najin (1308 H/1891 M) karya Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani.

Perhatian raja-raja Melayu
Jauh sebelum kemerdekaan Indonesia (17 Ogos 1945), hampir semua kerajaan dalam jajahan Belanda di dunia Melayu, termasuk di Semenanjung yang dijajah oleh Inggeris berpegang teguh dengan Mazhab Syafie dalam fiqh dan Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam akidah.

Perhatian raja-raja Melayu mengenai perkara yang tersebut sangat jelas, sebagai contoh tokoh Johor, bernama Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar dalam karya akidahnya berjudul Matnur Risalatit Tauhidiyah pada pendahuluan dicatatkan, "Dan lagi inilah satu daripada beberapa risalah dan kitab-kitab pelajaran yang dibawa balik ke Johor oleh Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Johor, iaitu pada masa Al-Marhum itu melawat negeri Mesir di dalam bulan Mac tahun 1893 [Masihi]."

Dimaksudkan ialah sebuah risalah tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berjudul Al-'Uqudud Durriyah karya ulama Mesir bernama Sheikh Hamzah Fathullah, pemeriksa sekolah-sekolah Arab di Mesir. Karya tersebut diterjemahkan oleh Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar ke dalam bahasa Melayu. Setelah menterjemahkan matan, Dato' Abdullah bin Abdur Rahman Muar menulis pula syarah risalah itu yang diberi judul Syarhur Risalatit Tauhidiyah.

Haji Abdul Mubin bin Muhammad Thaiyib Jabbar Syah al-Jarimi al-Fathani adalah seorang ulama Patani yang menjadi guru Sultan Pahang, dalam karya akidahnya berjudul Najatul Ikhwan fima Yahshulu bihil Islam wal Iman (1337 H/1919 M).

Pada halaman muka dinyatakan, "Diterjemahkan ini kitab dengan titah Yang Maha Mulia al-Mu'tashim Billah as-Sulthan Abdullah al-Muzhaffar Syah ibni al-Marhum as-Sulthan Ahmad al-Mu'azhzham Syah Pahang ...".

Daripada kedua-dua maklumat di atas dapatlah diambil kesimpulan bahawa raja-raja Melayu silam mengambil perhatian berat tentang membentengi negeri-negeri di bawah naungan baginda dengan pegangan yang betul, itulah akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

PETIKAN KANDUNGAN BEBERAPA KITAB ULAMA MELAYU
Terlalu banyak pegangan keislaman yang tepat dan betul telah diamalkan oleh para ulama dunia Melayu dan para ulama seluruh dunia yang pada zaman kita menjadi sebaliknya. Bagi yang betul dikatakan salah dan yang salah dikukuhkan sebagai betul.

Pada zaman ini, kita banyak kali terlihat tulisan atau orang bercakap yang menghina ulama. Di antara tulisan itu seperti dikatakan, "Ulama pembohong" dan lain-lain. Siapakah yang bertanggungjawab menulis demikian, dan ulama yang bagaimanakah yang dimaksudkan sebagai pembohong itu, adalah tidak jelas.

Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani di dalam karyanya Ad-Durruts Tsamin (1232 H/1816 M) pernah mengungkapkan bahawa manusia ada jenis yang dinamakan hubbul ulama, iaitu "kasih kepada ulama", dan sejenis lagi dinamakan bughdhul ulama, iaitu "benci kepada ulama".

Penulis tidak hairan jika mencaci, menyalahkan dan memperkecil-kecilkan ulama itu dilakukan oleh orang-orang yang jahil, tetapi adalah sangat menghairankan jika perbuatan seperti itu dilakukan golongan terpelajar Islam sendiri.

Dalam beberapa seminar yang pernah penulis ikuti yang bermotifkan untuk mengangkat martabat seseorang ulama silam yang terkenal misalnya, sekian ramai yang memuji ulama, namun segelintir ada pula yang memperkecil-kecilkan dan memandang sinis kepada ulama silam yang sedang difokuskan.

Bahkan ada yang memandang sesat terhadap ulama silam itu. Ada yang berani menyalahkan Imam Abu Hasan al-Asy'ari, Imam Al-Ghazali dan lain-lain, yang telah demikian terkenal dan menjadi ikutan dan rujukan ulama Islam sedunia berzaman-zaman.

Ulama silam dunia Melayu sama juga nasibnya, segelintir golongan terpelajar Islam dengan tulisan tajam dan suara lantang berani menyalahkan ulama-ulama seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan ramai lagi.

Sedangkan mereka itu telah dianggap sebagai ulama yang tsiqah dan turas dunia Melayu oleh ulama rantau ini, sejak antara seratus hingga dua ratus tahun yang lalu.

Bahkan di antara mereka diakui keulamaan dan benar ilmunya oleh ulama-ulama antarabangsa pada zamannya. Umat Islam yang jahil kehilangan pedoman kerana ulama silam yang terkenal dengan kitab-kitab karangannya yang telah diajarkan sekian lama, lalu dipersalahkan oleh tokoh-tokoh Islam masa kini. Tokoh-tokoh Islam masa kini pula sering menyalahkan antara seorang terhadap orang lain yang hidup sezamannya.

Dari hal-hal yang tersebut, kewibawaan ulama dan tokoh Islam zaman kita telah sirna/hilang, akibatnya orang berani menggelar mereka sebagai "Ulama pembohong" seperti yang telah disebutkan di atas.

Isu Jihad
Isu semasa yang terjadi pada zaman kita ini terlalu banyak untuk disentuh. Namun kerana kekurangan ruangan, penulis masuk saja peristiwa terhangat dibicarakan setelah kejadian 11 September 2001, iaitu istilah "JIHAD" yang terjadi pelbagai pentafsiran dan kebersimpangsiuran pendapat antara satu dengan yang lainnya.

Penulis berpendapat bahawa "JIHAD" jika ditinjau dari kitab-kitab fiqh Mazhab Syafie adalah satu istilah yang kadang-kadang digunakan perkataan Kitab al-Jihad, kadang-kadang digunakan perkataan Bab al-Jihad.

Ulama-ulama dunia Melayu menterjemahkan istilah jihad itu dengan "perang sabil", "perang fi sabilillah" dan "perang orang Islam melawan kafir".

Sama ada kita menyetujui atau pun tidak, kerana mempertimbangkan keadaan di pemerintahan mana kita berada atau zaman bila kita hidup, kita mesti mengakui dan berkata benar bahawa dalam fiqh Mazhab Syafie perkataan jihad adalah satu istilah yang ditakrifkan seperti di atas telah ijmak dan muktamad.

Jika kita sebagai seorang ulama, mentakrif pengertian jihad lain dari demikian itu, maka pasti akan dicap dengan perkataan "Ulama pembohong" seperti tersebut di atas oleh orang-orang yang mempelajari fiqh Mazhab Syafie secara teliti, mendalam dan saksama.

Oleh itu kenal pastilah supaya kita tetap amanah dengan ilmu pengetahuan. Katakanlah yang sebenar walau pahit sekali pun.

Mengenai jihad, seperti tersebut di atas, penulis sentuh sehabis-habis ringkas, teliti dan berhati-hati, adalah sebagai catatan penulis mengenai peristiwa besar zaman tersebut (1422 H/ 2001 M).

Namun penulis tiada bermaksud menuding pendapat orang-orang yang tidak menyetujuinya. Selain itu, penulis juga tiada bermaksud mempengaruhi siapapun jua, kerana penulis sedar bahawa kepentingan jasmani dan nafsu peribadi yang cenderung ke arah kebendaan dan seluruh aspek duniawi seseorang adalah berbeza dengan kepentingan rohani yang lebih menekankan seluruh aspek ukhrawi.

Selagi kadar kepentingan jasmani dan nafsu lebih dari kadar kepentingan rohani selagi itulah konsep jihad akan ditolak walaupun telah disepakati oleh para ulama berdasarkan hujah-hujah yang teguh dan kukuh dari al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Jika kita benar-benar sebagai seorang Muslim dan Mukmin, kita mesti berpihak dan menerima kebenaran. Pada yang benar itu ialah secara pasti mengikut al-Quran, as-sunah, dan para ulama yang benar, yang beramal soleh. Itulah para ulama yang secara pasti meletakkan kepentingan Islam lebih tinggi dari segala kepentingan lainnya, termasuk kepentingan peribadi sendiri.

Ciri-ciri Muslim dan Mukmin yang benar, seperti tersebut, terdapat pada ulama-ulama silam dunia Melayu. Oleh itu mereka adalah layak kita ikuti jejak perjuangan mereka.

petikan: Kehebatan ulama Melayu Ahli Sunnah Wal Jamaah 
http://alsubki2.blogspot.com/

Read full post »

Jumaat, November 22, 2013

Puak Laknat Maranatha?

0 comments

Soal Kubur

SOAL KUBUR
Setelah diuraikan di atas tengang kematian dan sakaratul maut  yang harus dialami oleh setiap manusia, maka kita sebagai muslim dan mukmin harus mengimani dengan iman yang kuat bahwa setelah seseorang dikubur, Allah mengembalikan ruhnya kepada jasadnya. Juga Allah akan mengembalikan kepadanya akal, pengetahuan dan perasaanya agar memahami betul apa yang akan terjadi di dalam kubur. Kemudian datang dua malaikat yang disebut Munkar dan Nakir. Mereka akan datang kepada orang tersebut menanyakan beberapa hal kepadanya. Kedua malaikat itu bertanya kepadanya di dalam kubur tentang Allah, Nabi, dan agamanya.
Sesuai dengan hadits yang diriwatkan Imam Bukhari dari Anas bin malik, berkata: Jika seorang hamba telah masuk kedalam kubur, dan sahabatnya telah berpaling, maka ia akan didatangi oleh dua malaikat, lalu mendudukkannya dan menanyainya: ”Apa yang kamu bisa katakan tentang nabi Muhammad saw”. Jika ia seorang beriman maka akan segra mengatakan ”Aku bersaksi bahwa dia adalah hamba Allah dan rasul-Nya”. Kemudian dikatakan kepadanya ”Lihatlah tempatmu dari neraka, sesungguhnya Allah telah menggantikannya dengan tempat di surga”, ia pun melihat kedua duannya. Sedangkan jika ia seorang kafir atau munafiq maka akan berkata ”Aku tidak tahu, aku katakan apa yang telah dikatakan manusia.” Lalu dikatakan kepadanya ”kamu tidak tahu dan tidak membaca!”. Maka langsung dipukul dengan martil dari besi dan menjeritlah dia sehingga jeritan suaranya terdengar semua yang berada di alam kecuali manusia dan jin. Menurut riwayat lain seandainya jeritanya didengar oleh manusia pasti akan pingsan.
Maka orang-orang yang dapat menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir adalah mereka yang selama hidupnya selalu berbuat kebaikan, banyak beribadah kepada Allah serta menolong sesama manusia. Sedangkan orang-orang yang selama hidupnya selalu berdurhaka, bermaksiat, jahat, dan berbuat dholim, maka ia akan mendapat siksa dalam kuburnya.
petikan: http://hasanassaggaf.wordpress.com/2010/06/05/soal-kubur/

end.

____
Baik, hari ini kecoh sedunia sampai ke Pakistan sampai ke dunia Arab tentang hal kalimah Allah yang tidak dibenarkan diguna pakai oleh orang Kristian di Malaysia. Masing-masing datang dengan bermacam-macam hujjah berdasarkan akal liar tanpa panduan, semacam orang yang tidak pernah beragama.
Jenuh bertahan para ulama ahlus sunnah wal jamaah di Malaysia, dibantu pula dengan NGO-NGO yang paling tidak pun telah berjasa dalam mempertahankan agama Islam ditanah air ini daripada usaha penyelewengan yang semakin hari semakin mendesak, menghimpit umat Islam di Tanah Melayu ini.
Sungguhpun begitu, tidak sekalipun kita (boleh jadi penulis yang tidak pernah) mendengar orang yang berhujjah dengan menyentuh dengan apa yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengenai Tuhannya. 
Persoalan yang patut ditanya diri sendiri:
  1. Bagaimanakah baginda Nabi Muhammad s.a.w menerangkan kepada kaumnya yang jahilliah itu tentang Allah subhanawataala? 
  2. Adakah boleh kita mempertahankan kalimah Allah itu tanpa hujjah yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w?
  3. Bolehkah kita sendiri, dengan kononnya dengan pandai akal kita, dengan PHD dan masters berhujjah mengenai kalimah Allah tanpa panduan yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w?
  4. Jika kita berhujjah tanpa panduan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w maka kita sebenarnya berhujjah mengikut panduan siapa?
  5. Puak-puak Yahudi dan Nasrani memang menurut kata mereka kononnya percaya kepada Allah tetapi adakah mereka beriman dan mengaku Muhammad itu Rasulullah?
  6. Apakah yang membezakan Islam, Yahudi dan Nasrani serta kafir Majusi?
  7. Siapakah golongan yang menjawab soalan malaikat yang disebut oleh hadis diatas iaitu ”Aku tidak tahu, aku katakan apa yang telah dikatakan manusia.” Lalu dikatakan kepadanya ”kamu tidak tahu dan tidak membaca!”?
  8. Bagaimanakah caranya untuk memastikan kita tidak tergolong dalam golongan tidak tahu dan golongan ikut-ikutan cakap manusia diatas? 
Oleh kerana itu, sebagai umat Islam, kita sekali-kali tidak boleh meninggalkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam menangani isu yang melanda tanah air kita ini. Kerana meninggalkan Muhammad itulah KECAIRAN yang sangat dimahukan oleh puak-puak akal liar ini.

Tidak dikatakan beriman kita tanpa Muhammad S.A.W
Tidak dikatakan 'melayu' jika tidak mengikut Muhammad S.A.W

Sekian.
MOHAB.

*Frank Swettenham seorang sepai British yang boleh dikatakan cekap (kerana tahu tugas dan peranannya, well-versed dalam misinya), dalam bukunya The Real Malay telah pun mengenal pasti salah satu ciri-ciri dan sifat orang Melayu ini sebagai pengikut Muhammad (Muhammadan) dan menurutnya lagi siapa yang mengikut Christian adalah puak laknat maranatha. 

Perangai orang Melayu pada ketika zaman purbakala dahulu menurut Frankie ditulis sebegini:

 In all states the ruling class, the men of influence, and natives of the soil were Muhammadans, not bigoted, as Muhammadans go, but still follower of the Prophet, to whom the professing Christian was anathema maranatha. Lastly, these Malay were then, and are still (but in some particulars to a less extent), a courageous, haughty and exclusive people, infinitely conservative, hating change, full of strange prejudices, clinging to their ancient customs, to the teaching of the men of old time, and ready to die to uphold them, or simply in obedience to the orders of hereditary chief. P.18, 1899

Ini bila ni? 113 tahun yang lampau, sebelum adanya negeri Pakistan, sebelum kejatuhan Empayar Ottoman.  Oleh kerana itu, janganlah kita tersilap perkiraan dengan menyamakan sejarah Malaysia itu sama dengan sejarah Melayu.

Sejarah realiti Umat Islam Melayu Nusantara ini telah lama dikaji oleh puak akal liar ini dan mereka telah lama "menghantar orang", mencari jalan untuk "memisahkan" Melayu dengan Muhammad s.a.w.

Mereka sudah masak dan kenal lama dengan siapa yang dikatakan Melayu itu.

Maka berhati-hatilah wahai Umat Melayu yang dikasihi sekalian.

Masih belum terlambat untuk menuntut ilmu.

Read full post »

Khamis, November 14, 2013

AKAL LIAR

0 comments
1 + 1 = 2
2 - 1 = 1

Makanan masuk ke perut melalui apa? Mulut.
Berfikir menggunakan apa? Akal.

Baik, segala yang tertulis diatas ini telah pun diregister oleh akal yang waras sebagai perkara yang logik, boleh diterima fitrah ini oleh hukum akal dipandu oleh ilmu dan pengetahuan. Melainkan akal yang liar, yang boleh mendatangkan apa sahaja tanpa mengikut hukum dan batasan.

Apakah contoh jawapan yang datang dari akal yang liar? 

1 + 1 = 3
2 - 1 = 3

Makanan masuk ke perut melalui apa? Kepala lutut.
Berfikir menggunakan apa? Kepala anu.

Akal yang liar ini sangat sukar diubati, sungguh pun mahu dicuba melalui sains dan teknologi tetap tidak ada ubat. Kerana cubaan menggunakan sains dan teknologi untuk menjadikan akal berfikir melalui kepala anu dan menyuapkan nasi ke kepala lutut adalah juga datang dari akal yang liar tanpa ilmu pengetahuan. 

Bahasa sopannya adalah jahiliah atau bodoh ataupun tidak tahu. Sains dan teknologi pun tidak boleh menerima jawapan 1 + 1 =  3. 

Atau boleh juga dicuba dengan mengadakan kajian sains dan teknologi oleh seluruh pakar sains sedunia mengenai cara yang terbaik untuk mengubah jawapan itu kepada 3. 

Ataupun diubah nama bilangan 1 itu kepada nama kosong. Contohnya bilangan 1 disebut kosong. Tetapi daripada segi bilangan tetap ada satu.  Jika perkara ini terjadi maka tunggang terbaliklah dunia ini, yang mempunyai wang berbillion dalam bank sudah tentu akan menerima balanya. Yang menjual untung, yang membelinya rugi - beli 1 dapat kosong. Sebagai contoh, berapa billion telah dihabiskan oleh seluruh dunia semata-mata untuk menghadapi millenium bug ataupun isu Y2K  satu masa dahulu?

Seperti menjual note kertas daun pisang yang tiada bersandarkan pada nilai yang ada makna. Ataupun membeli hartanah dengan note permainan Saidena.  

Dengan akal yang liar, perkara ini boleh dilakukan jika pakar sains sedunia bersatu dan sepakat untuk mengubah jawapan kepada itu kepada 3. Buat certificate dan bagi anugerah nobel. Jawapan akal liar yang seperti ini sudah tentu menipu fitrah diri sendiri. 

Satu barang 1 +  satu barang 1 =  2 barang, itu bukan teori. Suap makanan ke mulut itu bukan teori tapi semulajadi fitrah manusia.

Ada manusia diberi akal dan digunakan sebaik-baiknya dengan pedoman agama. Ada manusia diberi juga akal tapi dengan akal itu jugalah mereka disesatkan.

Adakah akal itu boleh diusaha oleh manusia untuk mendapatkannya? Tidak boleh. Sebab jika boleh, maka tiadalah istilah orang gila, hilang akal dan tidak waras.

Tanpa ilmu pengetahuan dan pedoman agama, kita sebenarnya terikut berada dalam sistem pemikiran akal liar tanpa kita sedari.

Oleh kerana itu akal yang liar itu perlu dijinakkan.

1 + 0 = ?

Jangan tertipu dek akal liar.

~MOHAB



Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger