"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Mac 18, 2014

MELAYU PUNYA CARA TERSENDIRI

Satu perkara yang paling tidak disenangi oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini apabila Melayu menggunakan fikiran dan cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah.

Orang Melayu, berfikir cara Melayu, selalu nampak macam lambat, macam slow untuk membuat kerja, tapi sebenarnya itu adalah sifat orang Melayu. Tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan dan melakukan tugasan. Tetapi itu bukan bermakna lambat, tetapi go with the flow.   

Saya ambil contoh, orang Melayu jika membakar lemang, mengambil masa tiga jam baru dapat makan. Mana ada orang boleh tunggu jam untuk makan lemang, jika buat bisnes tentulah lari pelanggan. Tapi itu adalah kaedah orang Melayu. Mekdonal, Kentaki, Piza Hat semua fast food ini datang kemudian. Sebenar orang Melayu tak pandang pun makanan serba ringkas macam ini. Tak de seni.

Jika membuat rumah kayu, mereka akan mengambil masa berbulan-bulan, semata-mata untuk menunggu kayu itu kering baru boleh dibuat rumah, mana boleh buat bisness jika menunggu lama sebegitu. Tapi orang Melayu tak kisah...itu adalah cara mereka. Itu bukan bermakna malas.

Jika hendak membuat keris pula, makan masa bertahun-tahun, melihat kepada empu, tuan punya badan, lihat tahun lihat bulan. Itu adalah kaedah mereka. Bersatulah mereka bersesuai dengan kejadian alam dan manusia - sesuatu yang simbolik "ini simolik-simolik" coined Tok Bomoh. Siapa yang "kaya hatinya" akan tercuit dek telatah si veteran Sungai Manik itu tanpa sedikit pun rasa pelik. Orang tua itu telah berpesan dengan simolik.

Maka adalah menjadi satu kesilapan jika bangsa lain untuk mengarahkan orang Melayu membuat kerja mengikut cara bangsa lain membuat kerja. Sebab itu orang Melayu tidak boleh bekerja dibawah orang, kerana bukan sifat mereka terkejar-kejar. 

Time is money...kata puak Kapitalis. Sifat Melayu dahulu bukan sifat ahli kapitalis. Kerana itu jugalah kuli-kuli di zaman British terpaksa di import, sebab pe-el orang Melayu zaman itu tak sibuk nak cepat nak kejar duit.

Walaubagaimanapun, orang Melayu perlulah mengambil nasihat yang berguna yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam memenuhi tuntutan duniawi moden hari ini yang serba pantas yang telah di caturkan semenjak zaman Industrial Revolution, yang mana sebelum itu seluruh dunia ini hidup dalam keadaan relax sahaja.

Attention to detail, Melayu buat cara Melayu.

#doakanMH370

KIAS TERSIRAT
MOHAB

*Tak tahulah berapa banyak peninggalan kapal karam, harta karun, bandar-bandar lama yang telah ditemui di perairan kita dengan kedatangan pelbagai sonar dan kecanggihan teknologi dalam kisah yang berlaku baru-baru ini. 

Kattigara di Delta Sembilan Naga Viet Nam itu pusat pelabuhan Melayu di Benua Melayu di zaman Rom sewaktu kerajaan Funan. Nama Laut China Selatan pun tak de lagi masa tu.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger