"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.
~ MOHAB (1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, November 03, 2011

Maklumat tentang Campa dalam Sejarah Melayu.

Maka anak Raja Campa dan segala menterinya pun larilah membawa dirinya, cerai berai tiada ketahuan. Maka ada dua orang anak Raja Campa, Indera Berma Syah seorang namanya, Syah Palembang seorang namanya, maka Syah Palembang lalu ke Aceh. Maka Syah Indera Berma berperahu lalu ke Melaka, maka terlalu sukacita Sultan Mansur Syah melihat sekalian mereka itu, maka sekaliannya disuruh baginda masuk Islam. Maka Syah Indera Berma dengan isterinya, Kini Mertam dengan segala orang temannya masuk Islam. Maka Syah Indera Berma dijadikan Sultan Mansur Syah menteri. Itulah asal Campa Melaka yang asal itu segala daripada anak cucunya. (Abdul Rahman Haji Ismail (dirumikan), Sejarah Melayu- The Malay Annals, MS Raffles No. 18, Kuala Lumpur, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1998)

Inilah bait-bait Sejarah Melayu yang telah dirawikan oleh Stamford Raffles dan Munsyi Abdullah. Boleh pakai ke perawi ini? Seorang pendatang haram Inggeris yang telah membuat kacau di Semenanjung dan Batavi, merampas segala hak milik khazanah bangsa Melayu untuk dibawak balik ke England dan seorang lagi Bapa Persuratan Melayu Moden, pencacai yang menterjemah bible ke bahasa Melayu - atas apa tujuan?

Memetik kata-kata tok alim yang lebih kurang begini, "Samalah macam pergi ke England belajar (buat doktor falsafah) agama Islam dengan Tok Guru hak bangsa bapak dia Kristian yang pandai bersyarah hadis quran lebih daripada orang Islam...tapi dia Kristian...Yahudi.."

Manakala yang cendekiawan Melayu pula sibuk beria-ria benar mahu membedah siasat Sejarah Melayu hasil karangan perawi diatas, nak buat apa? 

Wahai cerdik pandai, pendeta-pendeta dan professor-professor Melayu. Dengarkanlah ini:

Kita sudah merdeka lebih 50 tahun. Generasi muda sudah celik sejarah, sudah pandai menilai dan berfikir. Mereka mahu belajar Sejarah Realiti bukan Sejarah Fantasi. Janganlah lagi disuapkan mereka dengan kepalsuan. Cukup-cukuplah...kina kincing.

Wassalam.

Sejarah hadis palsu - sedangkan kitab depa sendiri depa ubah.

0 comments:

Catat Ulasan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger