"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Khamis, September 09, 2010

Melayu Pulang Pulih Sediakala - Salam Aidilfitri



"Sesungguhnya Allah dan Muhammad itu sentiasa disebut disepanjang zaman semenjak dari zaman Tok Adam lagi sehinggalah ke hari ini. Bermaksud Islam itu tidak pernah terputus begitu jugalah para penganutnya. Jika ada yang mengatakan pernah satu zaman diantara zaman itu tiada Islam maka berhati-hatilah dengan aqidah mereka. Secara tidak sedar mereka menafikan kebesaran Allah taala dan mereka telah lupa akan janji mereka. Ketahuilah tidak pernah lekang walau seditik mahupun seketika ingatan golongan ini daripada mengingati Allah dan rasulNya. (Ini kiranya kita mengambil sejarah para nabi yang terdahulu walaupun kita ini sebenarnya harus, takde pun takpe tak luak)"

Maka kali ini, bersempena dengan Aidilfitri yang mulia ini, TMP ingin mengajak para pembaca budiman sekalian kembali berfikir dan mengenang apa yang sebenarnya masalah utama yang melanda umat Melayu hari ini - yang terlupa akan asal kejadian diri.

Dan bukanlah TMP ini ahli dalam bidang agama (mempunyai tauliah dan sebagainya dan bukan juga ingin mengambil alih tugas-tugas para ustaz, tok alim dan ulama yang telah diberi makan gaji oleh kerajaan),  cuma apa yang dibawakan ini adalah dalil dari sumber lain untuk memperjelaskan perihal fitrah (semulajadi) ini dari sumber (blog) dan maklumat yang boleh diyakini integritinya.

Diharap dengan sedikit perkongsian maklumat ini, umat Islam dan Melayu khasnya dapat menghayati hari kebesaran agama Islam dengan lebih bermakna dan dapat menjiwai aidilfitri dengan lebih berkesan.

MAKNA AIDILFITRI YANG PERLU DIFAHAMI

Secara bahasanya, Aidilfitri membawa maksud kembali kepada fitrah. Ini bertepatan dengan madrasah Ramadhan yang merupakan bulan penyucian diri dan jiwa dengan melaksanakan segala amalan kefardhuan dan sunat serta qiamulail. Kewajipan menunaikan zakat fitrah juga dilaksanakan dalam tempoh sebulan Ramadhan. Lalu, Ramadhan diakhiri dengan kembalinya diri kepada fitrah. Ramadhan menjadikan diri dibasuh bersih agar kembali menjadi ibarat kain putih.

Rasulullah saw bersabda;

“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”

Apakah fitrah yang sebenarnya?

Sebenar-benar fitrah adalah diri yang mentauhidkan ALLAH SWT. Dalam ertikata lain, fitrah bermaksud agama Islam, satu-satunya agama yang benar dan diredhai ALLAH Azza WaJalla.

Firman ALLAH di dalam al-Quran bermaksud;

(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama ALLAH, iaitu agama yang ALLAH menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (ar-Ruum :30)

Fitrah manusia sejak azalinya adalah Islam dan mentauhidkan ALLAH. Ini dijelaskan oleh ALLAH SWT dalam surah al-A’raaf ayat 172 yang bermaksud:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNYA): “Bukankah AKU Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (ENGKAU-lah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

Oleh itu, setelah dibawa dalil dan nas Al-Quran, serta penjelasan seperti diatas, maka tiada-lah menjadi bersalahan dengan kenyataan jika Melayu itu dilabel menjadi Islam sepanjang zaman - juga diantara lain membawa maksud nikmat (selamat) yang berpanjangan.

Tetapi malangnya, ramai juga Melayu Dungu (mereka yang tidak tahu) yang terlupa asal usul kejadian diri dan penghujungnya menyalahkan orang lain kerana TERPAKSA MENJADI ISLAM. Mereka bangga dan cuba mempertahankan fahaman jahiliah kebebasan beragama kerana lupa kepada fitrah!

Maka, alangkah baiknya jika di aidilfitiri yang mulia ini, khutbah-khutbah Aidilfitri di masjid-masjid memberi tahu perkara ini dengan sejelas-jelasnya - dengan 'feel', (bukan secara sambil lewa melepas batok ditangga) supaya dengan itu dapat semua umat Islam dan khasnya Melayu menjadi sedar bersemangat dan kembali pulang pulih sediakala kepada fitrahnya. 

Kemudian (bagi yang sedar) dapat pula mereka menjalankan tugas hakiki sebagai Insan yang mempunyai yang tanggungjawab besar atas muka bumi ini dengan penuh kesedaran.

Kasihlah kepada umat dan bangsa ini.

Sekian.

3 comments:

  1. Salam tuan TMP,

    Benarkah dakwaan yang hangat berlegar di web skrg ni yg mendakwa terdapat bukti yg menunjukkan Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam-Kedah sebenarnya adalah Yamtuan Abu Bakar, Raja Daerah/Gabenor Ligor yang dilantik oleh Maharaja Ayutthaya untuk mengawasi segenting Kra dan Negeri2 Melayu utara seperti Perlis, Kedah, Perak, Patani dan Kelantan?

    Boleh tak tuan buat satu artikel khas untuk menangkis tohmahan dan fitnah terbaru ni?

    Terima kasih.

    Azli Syah

    BalasPadam
  2. Pada pandangan saya ini satu perkembangan sihat lagi amat positif yang tidak perlu ditangkis tapi perlu di 'ambil'.

    TMP

    BalasPadam
  3. Saudara Azli,
    Bukti terbaru itu ada dalam SNK, cuma anda perlu membaca sekali lagi supaya lebih jelas dan faham.

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger