"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Selasa, Mac 10, 2009

Tuan Haji Anuar Wahab kembali kerahmatullah



Allahyarham Cikgu Anuar sekitar Jun, 2006, Terengganu (Arkib TMP)

Guru Utama Seni Gayung Fatani Malaysia Haji Anuar bin Haji Abd. Wahab @ Cikgu Anuar Wahab,  64, telah kembali kerahmatullah pada pukul 6:10pm, di Hospital Kajang hari ini. Menurut kenalan rapat, sebab-sebab kematian beliau adalah kerana serangan jantung.  


Sedikit mengenai Allahyarham.
Dilahirkan pada 23 Disember 1945, di Bagan Tunjang Sabak Bernam, Selangor. Telah mempelajari pelbagai jenis seni silat Melayu yang diantaranya termasuklah Silat Harimau, Silat Cekak, dan Silat Sendeng. Cikgu Anuar Wahab mula mempelajari Silat Gayung Fatani pada tahun 1965, di Sabak Bernam. Pada tahun 1976, allahyarham menubuhkan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia sebagai pengerusi dan Guru Utama. Seterusnya pada tahun 1976, allahyarham bersama almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad (PSSCM), allahyarham Dato Meor Abdul Rahman (PSSGM) dan Dato Omardin (PSLM) menubuhkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Disamping bertugas sebagai tutor di ASWARA, allahyarham juga aktif dalam bidang penulisan terutamanya yang berkaitan dengan silat.



Penghormatan terakhir dirumah allahyarham, Taman Mesra, Kajang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh mukminin. Al fatihah.

5 comments:

  1. Pemergian beliau amat dirasai oleh pesilat2 dari Gayung Fatani.. walaubagaimanapun, semasa saya melawat jenazah di Hospital Kajang sblum dimandikan, arwah meninggal dalam senyum.. alfatihah

    BalasPadam
  2. ALfatihah..beliau merupakan pemimpin persilatan terkemuka yg sebaris dgn Dato Meor, Ustaz Hanafi, Omar Din dll. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas beliau. Amin

    BalasPadam
  3. Al Fatihah, Semoga roh nya di tempatkan dikalangan para pejuang agama...
    Saya pernah mengikuti satu pembentangan kertas kerja oleh Allahyarham semasa Konvensyen Silat melayu di USM, 2006.

    BalasPadam
  4. Salam.

    Semoga pengganti Allahyarham meneruskan perjuangan Seni Gayung Fatani yg asli.

    Wassalam.

    BalasPadam
  5. yang patah kan tumbuh,
    yang hilang kan berganti,
    tapi yang pasti...
    tumbuh tak mungkin sama yang patah,
    ganti tak mungkin sama yang hilang..

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger