"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Rabu, Ogos 20, 2008

Bangsa Malaya


Petikan Sinar Harian - Khamis/5hb June 2008.

...Sesungguhnya konsep Bangsa Malaysia bukan isu baru meskipun ia tidak disedari sesetengah orang. Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri Kedua, mengungkapkannya lebih awal yakni semasa beliau merasmikan kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 16 Ogos 1971. Beliau menegaskan bahawa Perlembagaan negara, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan strategi jangka panjang untuk mewujudkan 'Bangsa Malaysia' yang bersatu padu.

Tun Razak pernah menjelaskan dengan kata-katanya pada tahun 1971 itu bahawa:

"Wujud kita sebagai satu bangsa masih sangat baru dan belum pun sampai satu generasi semenjak kita merdeka dan berdaulat, mula-mulanya sebagai Bangsa Malaya dan kemudian jadi Bangsa Malaysia"

-Aziz Deraman

---------------------------------------------------------------------
Nota penulis:

Cerita Moro.
Bangsa Moor atau Moro adalah gelaran yang diberikan oleh penjajah Sepanyol kepada semua suku kaum atau masyarakat yang beragama Islam yang terdapat di Filipina (termasuklah Tausug, Bajau) semasa mereka mendarat disana. 

Orang Sepanyol Kristian memang sebelum ini menggelarkan Moor kepada umat Islam di Andalus terutamanya yang berbangsa Arab, Berber dan Afrika. Jadi 'gelaran' itu mereka bawa bersama dalam eksplorasi mereka untuk menjarah negara-negara timur jauh, sehinggalah ke kepulauan Filipina termasuklah Borneo (Sabah dan Sarawak). 

Gelaran Moro ini menunjukkan bahawa sebelum kedatangan Sepanyol membawa Kristian, umat Islam memang telah lama wujud di Filipina. Kerana 'familiarity' itu, maka mudah bangsa Sepanyol mengelarkan mereka Moor sempena sempena nama musuh mereka di Andalusia. Dan sememangnya Bangsa Moor Filipina cukup anti dengan puak2 penjajah Sepanyol ini.

Bangsa 'Moor/Moro' (umat Islam) inilah yang terkenal tegas mempertahankan kedaulatan Islam dalam siri penentangan terhadap penjajahan Kristian Sepanyol/Inggeris. Salah seorang dari mereka ialah Almarhum Mat Salleh pejuang Sabah. 

Mat Salleh adalah contoh klasik pejuang Bangsa Moro dari suku kaum Bajau. Persoalannya, kenapa beliau tidak digelar Melayu? (Ada juga menteri kita yang asalnya Bajau tapi masuk Melayu - demi politik. Bagaimana dengan penghayatan budaya 'Melayu' nya nanti?)

Perlu juga diingat, bahawa Filipina dan Borneo adalah pada suatu ketika dahulu tertakluk dibawah pentadbiran Kesultanan Islam Sulu. Adakah Kesultanan Sulu ini mengambil adat istiadat seperti Kesultanan Melayu di Semenanjung? Ini perlu juga kepada kajian.

Apa kena mengena cerita Bangsa Moro dan kisah Bangsa Melayu?
Kedua-dua gelaran itu samada Moro dan Melayu hanyalah 'identification' yang diberikan oleh penjajah untuk memudahkan kerja2 pentadbiran di wilayah jajahan mereka. Padahal mereka ini terdiri daripada suku kaum yang pelbagai.

Bangsa Moro diKepulauan Sulu, gelarannya di beri oleh Sepanyol, diambil sempena agama mereka iaitu Islam dan bangsa Moor di Andalusia. Manakala Bangsa Melayu di Semenanjung Melaka @ Malaya @ Malaysia, adalah gelaran yang diberi oleh Inggeris - Stamford Raffle. 

Seperti yang telah ditulis sebelum ini, Konsep Bangsa Melayu pula berevolusi dari bangsa yang berasaskan 'bahasa' (sila lihat Malay Race - Istilah Orientalis?) kepada bangsa berasaskan 'negara' seperti dalam petikan akhbar ucapan Tun Razak di atas. 

Yang pasti dan peliknya, istilah bangsa Melayu itu hanya wujud dan diperakui di Semenanjung Melayu ini sahaja. Tidak seperti di Indo Nesos (Indonesia) atau di Kepulauan Borneo. Tetapi BAHASA MELAYU pula difahami dan diguna pakai oleh hampir kesemua penduduk di gugusan Kepulauan Melayu rantau ini-lingua franca.

Tidak Percaya Lagi?
Bangsa Moro dan Melayu itu tidak sama walaupun rumpun bahasanya adalah Melayu. Contohnya, memang tidak tercapai dek akal jika kita menggelar orang Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu sebagai Bangsa Moro. Dan bangsa Moro di Borneo telah dilabel sebagai Bumiputera jika mereka rakyat Malaysia. Kenapa tidak dilabel Melayu?

Juga, jika nama Bangsa Melayu itu sudah terkenal di seantero Alam Melayu, kenapa penjajah Sepanyol menggelar mereka (pejuang Tausug dan Bajau) sebagai Moro dan tidak Melayu? Kenapa pula Kesultanan Sulu tidak menamakan kerajaan mereka Kesultanan Melayu Sulu seperti Kesultanan Melayu Melaka?

Mungkin ada mencongak secara sinis, kenapa mata tidak dinama hidung, telinga tidak dinama gigi...begitulah nama Melayu dan Moro. Jawab penulis, tidak salah mengkaji dan mencari walaupun tidak bergaji.

Kemana Melayu akhirnya nanti?
Jika dilihat dari senario politik dan dasar dalam perlembagaan yang menjurus kepada satu bangsa yang berasaskan negara, maka tidak mustahil nama Melayu akan hilang dari muka bumi. 

Biarpun ungkapan 'Tidak Melayu hilang di dunia' dicipta untuk dilaungkan, realitinya ia sudahpun mulai serak ditelan zaman. Bahasanya pula hidup segan...

Harus diingat, nama Melayu hanya wujud dan kuat kerana menumpang kuasa politik yang tertubuh di Semenanjung ini selama 62 tahun yang lampau. Maka apabila hilang kuasa politik maka hilanglah segala istilah dan propaganda Melayu yang diagung-agungkan dan yang dipertahankan selama ini. Perlembagaan kita sendiri yang mengizinkan. 

Kita pula belajar sejarah yang telah ditapis dan diedit oleh pihak penjajah, maka paradigma pemikiran kita telah pun diacu dan ditentukan sejak dibangku sekolah lagi. Agak sukar mengubahnya. Tertanam dan terpasak diminda, bermula kerajaan Melayu 1404 dan tumbang pada 1511 (walhal yang ditawan hanya pelabuhan Melaka sahaja). Dan hari ini kita bersusah payah menegakkan Ketuanan Melayu dan bukan Ketuanan Sebenar yang telah dipadam oleh Inggeris.

Realiti Konsep Bangsa Malaysia
Makin hari makin jelas, nama Melayu hanya bertahan kerana sistem pemerintahan yang ada sekarang. Jika sistem ini dibubarkan maka terkuburlah Melayu seperti di Pulau Pinang dan Singapura.

Itulah realitinya Konsep Bangsa di Malaysia ini, yang menurut arwah Tun Razak masih baru, yang mulanya bernama bangsa Malaya akhirnya bangsa Malaysia. Tiada terselit pun kisah bangsa Melayu melainkan bahasanya, yang nampaknya bakal terpinggir dipenghujungnya cerita.

Justeru, ke mana  Bangsa Melayu bila konsep Bangsa Malaysia di implementasikan sepenuhnya? Menang Sorak Kampung Tergadai.

ps: Di Afrika Selatan, menurut seorang pensyarah jemputan, Melayu digelar Malayan.

5 comments:

  1. Salam,

    Ulasan yang sangat menarik.
    Teruskan Usaha!!

    BalasPadam
  2. "(All Malaysian prime ministers have had foreign blood. Tunku Abdul Rahman’s mother was Siamese. Tun Razak had some Bugis lineage. Hussien Onn some Turkish blood from his legendary grandmother. Mahathir had Indian blood. And, Pak Lah claims Arabic ancestry)

    Correction: TAR mother was a Thai, not Siamese.

    Ha ha ha. Saya membaca komen anda di laman sesawang Malaysiana (Liew Chin Tong) dan anda menegur penulis tersebut dengan 'pembetulan' di atas. Saya berasa gelihati dengan usaha anda cuba membetulkan beliau. Sila rujuk laman sesawang http://en.wikipedia.org/wiki/Siamese

    untuk mengetahui apa maksud 'Siamese'. jikalau anda seorang cikgu pasti malang sekali murid-murid anda.

    BalasPadam
  3. Malang juga bagi mereka yang tidak mengetahui beza antara puak Sukho Thai dan Bangsa Siam...sila browse The Malay Press untuk jawapan. (Rahsia Perutusan Merdeka)

    BalasPadam
  4. hahaha menarik sesetengah orang bukan saja tak tahu beza antara siamese n suko thai.. tp ada yang tahu bahkan dengan sengaja hendak memesongkan sejarah islam sebenar.. teruskan usaha anda !

    BalasPadam
  5. 'untuk mengetahui apa maksud 'Siamese'. jikalau anda seorang cikgu pasti malang sekali murid-murid anda'


    kepada orang yang buat komen diatas.. malang sekali hang dengan cikgu hang sekali sebab tak tahu hakikat sebenar haha takpun ni geng2 bebal dari website klon anai2

    BalasPadam

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat membaca.

 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger