"Education aims at independence of judgement. Propaganda offers ready-made opinion for the unthinking herd."
THEMALAYPRESS - FIKIR DENGAN KRITIS | TERUS MELANGKAH LEBIH JAUH.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti blog ini!
~ MOHAB (Blog layout versi 1 September 2014 - 17.07.2014 - 19 Ramadhan 1435)

Jumaat, Julai 25, 2008

Tentera Darat tubuh Batalion Risik

2 comments
SUNGAI PETANI 25 Julai – Tentera Darat (TD) memahat satu lagi sejarah pertahanan negara apabila Batalion 165 Risik dilancarkan secara rasmi di Kem Lapangan Terbang di sini hari ini.

Pelancaran kor tersebut yang disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dibuat bagi memenuhi keperluan semasa dan nasional dalam memantapkan operasi perisikan demi kedaulatan negara.

Menurut beliau, penubuhan kor yang kini berstatus operasi berkenaan dianggap penting bagi membolehkan TD bergerak sebagai pasukan berkebolehan danberupaya untuk menangani pelbagai misi.


-----------------------------------------
Nota Penulis:
Musuh masih bisik lagi...
Read full post »

Rabu, Julai 16, 2008

Sedutan: Memoir Ahmad Boestamam

0 comments
Mengisi Pengeras dengan Berlari Anak (ms 85)

"Kalau belajar ilmu dunia-pengasih atau pemanis-setelah tamat ia perlu 'memutus kaji' dengan 'mengisi pengeras' yang ditentukan oleh pak gurunya sendiri. Yang penting dalam pengisian pengeras ini adalah kerelaan dan keizinan guru bagi si murid mengamalkan apa yang dipelajari...

Belajar ilmu kependekaran atau silat pun begitu juga, pemutus kajinya berupa penghayatan empat perkara: gerak, garit, pandang dan tilik. Gerak adalah langkah yang jelas dan nyata; seperti tangan diayun untuk menumbuk...Gerak boleh dipastikan dengan mata kasar. Garit hanya terbayang dalam niat. Belum ada gerak, tapi sudah ada tandanya. Tarik hembus nafas sudah boleh membayangkan garit. Demikian juga kelipan mata. Garit dilihat dengan mata batin yang disebut tilik atau 'pandangan dengan makrifat'.

'Pemati langkah' dalam silat perlu untuk menyambut serangan lawan. Tumbuk lawan harus ditepiskan, tetapi , tepisan perlu bersifat 'sentuhan' yang mematikan. Soalnya, bagaimana mematikan serangan lawan?

Kalau lawan datang dari depan, kita dapat pastikan geraknya dengan pandangan mata kasar. Tetapi bagaimana kalau musuh 'mencida' atau memukul curi dari belakang? Serangan lawan begini perlu 'dijawab' dengan sambutan makrifat dan seterusnya dimatikan dengan sentuhan makrifatnya."

------------------------------------------
Nota Penulis:

Sebenar pejuang politik tanahair, tiada kompromi dengan British. Falsafahnya ringkas. Hanya sambut dan mematikan. Yang nampak, nampaklah...

Petikan: Memoir Ahmad Boestamam, 2004, Penerbit UKM, Bangi
Read full post »

Ahad, Julai 13, 2008

1967 Air Combat Footage - P6H

0 comments

1967 Air Combat Footage - P6H

4 sebab kenapa serangan udara mengejut ini berjaya menghancurkan seluruh kekuatan udara tentera Arab:

1. The Intelligent (Risikan)
2. The Planning (Perancangan)
3. The Central Control (kawalan pusat) vs Arab yang decentralized
4. The Execution (Perlaksanaan) oleh pilot2 terlatih mereka (melalui latihan demi latihan simulasi)

Seperti kata Eizer Weizman:

"For five years I had been talking of this operation, explaining it,hat-ching it,dreaming of it, manufacturing it link by link,training men to carry it out..."

Footage diatas ini adalah 'suplementary' kepada artikel dibawah.Ter-gambar jelas betapa liciknya perancangan, operasi serta sumber risik-an mereka untuk menghancurkan kekuatan udara tentera bangsa
Arab. Sekali henjut semua berterabur. 

Serangan awal secara mengejut memang menjadi favorit puak2 ni.

------------------------------------------
Nota Penulis:

!@#$%^&*?..nak tahu lemah tanya musuh.

Read full post »

Jumaat, Julai 11, 2008

Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab

0 comments

Perang Enam Hari 1967- Fasa Kejatuhan Tentera Bangsa Arab

Permulaan-Satu Kemusnahan
Ianya bermula pukul 7:10am 5hb Jun 1967- waktu Israel. Enam belas jet Magister Fouga buatan Perancis, pelatih2 era 1950an dilengkapi roket berlepas dari lapangan Hatzor. Jet2 Fouga tersebut bertransmisi seperti mana jet Mystere dan Mirage. Mereka berlepas mengikut rutin patrol harian.


4 minit kemudian, skuadron sebenar - Ouragan Bombers berlepas dari Hatzor, selang 5 minit diikuti pula oleh skuadron Mirages dari Ramat David dan 15 Vatours dari Hatzerim. Dalam pukul 7:30am sebanyak 200 buah pesawat pelbagai jenis sudah memenuhi ruang udara Israel. Terkandar diatas bahu skuadron Israel ini arahan daripada Komander Udara Motti Hod :


"The spirit of Israel's heroes accompany us to battle...From Joshua Bin-Nun, King David, the Maccabees and the fighters of 1948 and 1958, we shall draw the strength and courage to strike the Egyptians who threaten our safety, our independence, and our future. Fly, soar at the enemy, destroy and scatter him throughout the desert so that Israel may live, secure in its land for generations."


Mereka terbang rendah, tidak lebih dari 15 meter untuk mengelak dari dikesan radar tentera Mesir - ada 82 buah semuanya di serata tempat. Kebanyakkan pesawat mengarah ke Barat - ke Laut Mediterannean sebelum membelok kembali ke arah Mesir. Selainnya pula mengarah ke Laut Merah menuju sasaran di kawasan pedalaman Mesir.


Komunikasi radio sama sekali tidak dibenarkan- arahan yang sangat penting untuk di patuhi. Komunikasi hanya dengan isyarat tangan! Tujuan mereka adalah "is to reaching the Egyptian coast without being spotted". Kol. Rafi Harlev, Cif Israel Air Force telah mengarahkan tiada komunikasi radio diantara juruterbangnya, biarpun terdapat kerosakan mekanikal, jika terpaksa terhempas ke laut maka ke lautlah!


Sungguhpun begitu pilot2 Israel lebih terlatih dari saingan mereka pilot Mesir. Mereka lebih pengalaman dan mempunyai lebih masa penerbangan. Hampir kesemua pesawat mereka 65 Mirages, 35 Super Mysteres, 35 Mysteres Mark IV, 50 Ouragans, 20 Vatour light bombers dan 45 Fougas boleh beroperasi dengan baik.


Mereka sebenarnya sudah berulang2 kali membuat latihan peperangan dengan bersimulasikan lapangan terbang Mesir - secara rahsia! Hanya segelintir menteri yang tahu mengenai hal itu. Walaupun begitu, maklumat dan sasaran lokasi tentera Mesir memang dalam tangan Israel - lokasi setiap jet pejuang Mesir serta nama dan pangkat sehinggakan kepada suara juruterbang Mesir juga mereka tahu!


Kesemua maklumat ini telah dibocorkan oleh Wolfgang Lotz seorang yahudi kelahiran German yang mendapat maklumat dari hubungan baiknya dengan pegawai dan ketua staff tentera Mesir sebelum dia berjaya dicekup pada 1964. Selain itu, sumber risikan Israel juga disalurkan oleh pegawai Inteligen Yahudi di Mesir bernama Anwar Ifrim dan 'Ali al-'Alfi, masseur(tukang urutlah) peribadi Gamal Nasser.

Inilah yang dikatakan oleh Hod sebagai:

"Israel's real time intelligence on Egypt's aircraft".


Mesir Lena DiUlik Mimpi
Mesir pulak satu hal, tidak langsung menghiraukan keselamatan jet pejuang mereka - rata2 buatan Russia - MIG, Ilyushin, Topolov dilonggok dalam satu pengkalan. Memudahkan Israel mensasarkan serangan mereka. Walaupun sebelum ini sudah dicadang pembinaan hangar konkrit , tapi cadangan itu dipandang sepi oleh pemerintah atasan tentera Mesir. Pesawat juang Mesir dibiar berpanas di tengah lapang tanpa sebarang perlindungan, waima sandbags pun kurang!


"A fighter jet is the deadliest weapon in existence - in the sky, but on the ground it is utterly defenseless," kata Hod Ketua Staff IAF.


Dalam masa musuh semakin mara, hampir kesemua pesawat Mesir dalam keadaan sejuk enjin dibasahi embun pagi, dan semua juruterbang sedang menikmati sarapan pagi. Walaupun begitu, pihak Mesir memang menjangkakan jika ada serangan Israel maka ia akan berlaku di awal subuh, oleh itu sebagai rutin mereka telah pun menghantar skuad tinjau untuk mengawasi ruang udara mereka pada waktu2 berikut. Pesawat tinjau pulang dan mendarat seawal 8:15am, rondaan cepat sejam dari pesawat Israel yang mendatang, dan gagal mengesan kehadiran mencurigakan dari skuadron Israel. Rutin harian tentera Mesir ni juga sudah diambil kira oleh perisik Israel sebelum memulakan serangan mengejut pada pagi 5 June tersebut!
Ada juga sumber2 mengatakan bahawa pada malam sebelumnya, pimpinan tentera Mesir telah dihiburkan dengan wanita2 cantik agen spy Yahudi sehingga mereka mabuk dan lupa diri untuk tegak menghadapi serangan Yahudi.
Andaian ini boleh dianggap benar kerana pagi itu tentera Mesir seumpama masih lalok, tidak berdaya menahan asakan skuadron Yahudi - taktik perempuan cantik ini pun memang selalu diguna pakai, dan menjadi favorit untuk cerita perisikan seperti James Bond. Wanita cantik juga selalu dijadikan umpan merosakkan pimpinan peringkat tertinggi angkatan tentera sesebuah negara!


Radar Jordan
Radar yang paling canggih dalam dunia Arab dimiliki oleh Jordan - buatan British, telah mendapat isyarat mengenai kemasukan pesawat dalam kuantiti luar biasa ke ruang udara Mesir di Sinai. Sangkaan mereka ini hanyalah rutin biasa tentera Israel, tetapi dalam ketidaktentuan itu, amaran masih juga disampaikan kepada pihak Mesir.


Satu kelemahan tentera2 Arab ini adalah kurang koordinasi yang tepat. Maka maklumat penting seperti itu tidak dapat disampaikan dengan segera kepada tentera Mesir. Sementelah pula, malam itu tentera Mesir sudahpun mengubah frekuensi kod mereka tanpa memberitahu pihak Jordan. Sungguhpun begitu pihak Jordan terus juga menghantar kod amaran berkali2 ke Mesir.


Di pihak Mesir pula, walaupun maklumat itu berjaya disampaikan, Shams Badran-Menteri Pertahanan Mesir tidak dapat untuk dihubungi, kerana beliau pergi masuk tidur beberapa jam sebelum itu dan memerintahkan supaya tidak diganggu! Begitu juga Kol. Mas'ud al Junaydi yang incharge untuk decoding dan juga Ketua Operasi Udara General Gamal 'Afifi - mereka ini orang penting yang tidak dapat dihubungi pada waktu itu. Ruang udara dan tentera Mesir masih telanjang...tidak tahu bahana yang akan menimpa! Kemana mereka dalam saat2 genting seperti ini?


Taktik Hail Mary
Di pihak Israel, masa2 berikut adalah paling mendebarkan buat mereka. "The suspend was incredible," kata Ezer Weizman:

"For five years I had been talking of this operation, explaining it, hatching it, dreaming of it, manufacturing it link by link, training men to carry it out. Now, in another quarter of an hour, we would know if it was only a dream, or whether it would come true".



Rancangannya, menggunakan sedozen skuadron udara daripada beberapa pengkalan, bergabung secara senyap. Sasarannya musnahkan sebelas target yang telah dikenalpasti dalam masa 20-45 minit! Taktik Israel ini agak merbahaya kerana meninggalkan ruang udara mereka langsung tanpa pertahanan.

Dan inilah yang dinamakan Hail-Mary taktik - sempena taktik permainan American Football-apabila semua naik menyerang tiada pertahanan di bawah. Keyakinan bahawa seluruh kekuatan Mesir akan musnah dalam serangan mengejut ini menyebabkan rancangan Hail-Mary diluluskan oleh pihak atasan tentera Israel.
Walaupun begitu, komando2 mereka sudah pun ditempatkan di seluruh sasaran strategik tentera Mesir dan bersedia meletupkan sasaran itu melalui darat jika rancangan udara mereka gagal. Adakah ini disedari oleh pihak Mesir?


Gelombang Pertama
Tepat 7:30am. Sasaran pertama kelihatan - pengkalan Fa'id dan Kibrit. Pesawat Israel bertali arus menjunam melepaskan bom meletupkan landasan tarmac, sudah terlambat bagi pihak Mesir untuk menyerang balas. Sebuah pesawat pun tidak dapat diterbangkan!


Pilot2 Mesir terkejut, tidak menyangka Israel berjaya melepasi kawalan radar mereka. Pesawat juang mereka terperangkap menjadi sitting duck bahan ujikaji Israel. Gelombang pertama serangan ini berakhir jam 8:00am. 25 serangan telah dilancarkan ke sasaran utama, termasuklah pengkalan Fa'id dan Abu Suweir, empat lapangan terbang di Sinai dan dua di Mesir berjaya dilumpuhkan sama sekali.


Yang bodohnya Mesir, tiada satu serangan balas pun dilancarkan dari darat ke arah skuadron Israel. Kesemua 100 artileri anti kapal terbang, 27 SAM-2 (peluru berpandu) tidak diberi arahan untuk dilepaskan oleh Amer, kerana takut tersilap tembak kapal terbang mereka sendiri!

(Abdul Hakem Amer adalah Timbalan Ketua Perang kepada General Gammal Nasser, dia kemudian mati membunuh diri dalam tahanan kerana disyaki berkomplot menggulingkan Presiden Nasser selepas kekalahan dalam P6H. Dia jugalah yang mengarahkan pengunduran tentera Mesir dari Sinai kerana panik dengan kejatuhan Abu Ageila. Mesir sewaktu P6H, sebenarnya berada dalam konflik politik orang No 1 dan No 2 dan kerana itu jugalah cadangan2 bernas diantara kedua2 kem tidak sampai untuk dilaksanakan)


Gelombang Kedua
Kali ini walaupun pihak Israel mendapat tentangan hebat, mereka berjaya melakukan 164 sorties (serangan) dan memusnahkan 107 pesawat. Dalam serangan pagi itu keseluruhannya pihak Israel berjaya memusnahkan 286 pesawat - 30 Tupolev-16s, 27 Ilyushin-28 medium bombers, 12 Sukhoi-7 fighter-bombers, 90 MIG-21 interceptors, 20 MIG-19's, 75 MIG-17's, 32 pesawat angkut dan helikopter - suku dari pilot Mesir terkorban dalam serangan itu. 13 pengkalan lupus-musnah, 23 radar hancur termasuklah pusat anti kapal terbang.


Pada jam 10:35am Hod melaporkan kepada Rabin:

"the Egyption air force has ceased to exist".


Tentera Arab Terkangkang
Kemusnahan dahsyat di pihak Mesir, menyebabkan seluruh negara Arab terkedu! Tragedi paling dahsyat dalam sejarah peperangan Arab - Israel. Inilah tanda2 awal kejatuhan terus menerus tentera Arab di tangan Israel dalam hari2 yang berikutnya (selama 6 hari) dan badi itu membawak sehingga ke hari ini.
Ramai ulama2 seluruh dunia kemudiannya turut hadir dalam peperangan ini, termasuklah dari Tanah Jawi, tetapi itu tidak cukup untuk mengekang kemaraan Israel. Akibatnya Mesir terlepas Sinai dan Syria terlepas Bukit Golan dan Palestine terlepas Baitulmaqdis 'tetapi bukan untuk selama-lamanya'. Ulama2 seluruh dunia memfatwakan ini sebagai Perang Sabil, tetapi setakat memberi nama Perang Sabil tidak cukup untuk menggerak kekuatan dan semangat Jihad yang sebenar.
Puncanya adalah kerana tentera Islam tidak dipimpin oleh sebaik2 pemimpin dan askarnya juga bukanlah sebaik2 askar! Perlu diingat memang mudah menyebut perkataan jihad daripada melaksanakannya. Masih ingat peperangan Khaibar dizaman Rasulullah SAW? Siapakah yang ditugaskan untuk menumbangkan pertahanan Yahudi dan bagaimanakah pula pula ciri-ciri pemimpinnya?
Pihak Yahudi tidak pernah lupa dan dendam mereka tidak pernah kunjung padam akibat runtuhnya Tembok Khaibar ditangan Saidina Ali Abi Talib R.A. Sehinggakan Rasullullah SAW juga hampir diracun semasa tinggal disitu.

Mereka (puak Yahudi) juga tidak sekali2 akan membenarkan umat Islam melahirkan pemimpin2 yang berciri dan berkualiti sedemikian rupa di dunia hari ini. Jika ada mereka akan cantas seawal mungkin. Tetapi bolehkan Yahudi selama-lamanya merancang dan mencatas tunas baru umat Islam?
Tidak dinafikan juga bahawa Amirika, British dan Perancis adalah dalang disebalik P6H. Disamping medan untuk menguji teknologi dan kekuatan senjata mereka menentang teknologi blok komunis yang diketuai USSR.



Harapan Tinggal Harapan
Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Ottoman, umat Islam amat berharap Pak Arab dapat menebus maruah umat Islam, malangnya malapetaka terus menimpa. Sebabnya adalah kerana tiada penyatuan dikalangan pemimpin Arab kerana mereka berperang diatas dasar asabiah dan politik.

Koordinasi sesama mereka juga amat lemah, dan ada juga pemimpin negara Arab (Jordan) yang berperang dibawah pengaruh Amirika - berperang tidak sepenuh hati; semata2 menjadi pencukup korum dan main tangkap muat. Pemimpin Jordan dikatakan menelepon Amirika meminta izin untuk berperang sebagai menjaga hati lain2 pemimpin Arab! Arab Saudi semestinya tidak campur tangan dalam perang ini.

Mesir pula sewaktu itu adalah pendokong ideologi Socialist bawaan Soviet Union. Ramai alim ulama Mesir yang dibunuh secara zalim pada zaman itu.


Maka apabila tewasnya Mesir maka terkuburlah juga cita2 Gamal Nasser untuk menjadi wira Arab seperti Salahudin Al-Ayubi. Sehinggalah kepada zaman Anwar Sadat; yang mana dendam Mesir terbalas dalam perang Yom Kippur tetapi beliau dibunuh sewaktu perarakan tentera kerana perjanjian Camp David-yang ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai mengiktiraf kewujudan negara haram Yahudi.

Setelah itu berakhirlah era Mesir sebagai champion liga Arab. Hari ini harapan tinggal harapan. Masih tiada tanda2 penyatuan negara Arab dalam dunia hari ini. Walaupun satu bangsa, satu bahasa dan satu liga, mereka tidak bersatu hati, lebih2 dalam menyelesaikan masalah Palestine.

Dalam keadaan ekonomi mereka yang teruk dikontrol sistem kapitalis dan percaturan politik order baru dunia, kebangkitan bangsa Arab dari semenanjung sebagai suatu kuasa besar seakan2 mustahil- mustahil mereka kembali menggapai kecermerlangan silam.
Walaupun banyak duit dan dilengkapi dengan segala kelengkapan canggih dan teknologi barat, Perang Enam Hari telah membuktikan bahawa persediaan taktik dan strategi amat penting untuk memenangi sesuatu perperangan. Tentera Arab amat lemah dan kurang dari segi persediaan seumpama itu. Mereka sebenarmya telah dipermain2kan oleh pihak Barat dan Soviet.

Bagaimana mungkin Palestin dilepaskan Yahudi sedangkan perancangan itu sudah lama dipersetujui oleh England, Perancis, Amirika dan negara2 Eropah yang lain semenjak Perang Sabil yang pertama lagi?


Perang Enam Hari mengubah peta arab dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan umat Islam mempertahankan diri mereka. Kekalahan itu amat memalukan dan amat pedih untuk diterima oleh seluruh umat Islam. Secara tidak langsung fasa kekalahan Arab dalam Perang Enam Hari membolehkan pihak Yahudi menginjak maruah umat Islam sehingga tidak berupaya bangun sehinggalah ke hari ini.
Oleh itu masihkah kita mahu bergantung kepada kekuatan dan pimpinan Arab dalam membawa kecemerlangan Islam seperti masa lampau?


Penulis rasa mungkin tidak buat masa yang terdekat ini.

-----------------------------------------------
Nota Penulis:

"Tidak akan kiamat dunia ini selagi Yahudi tak kalah perang,"...betul lah tu.


Susunan: The Malay Press
Rujukan: Michael B. Oren, 2002, Six Days Of War: June 1967 and the Making of Modern Middle East, Penguin Books, US

Read full post »

Rabu, Julai 09, 2008

Kelab Sultan Suleiman Warisan Raja Melayu

0 comments


Majlis Perasmian Bangunan Warisan Kelab Sultan Suleiman telah dilaksanakan oleh DYMM Sultan Selangor pada 8 Disember 2007 di padang Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. 

Bangunan ini merupakan bangunan di mana berlangsungnya Kongres Melayu Se-Malaya yang pertama pada tahun 1946 yang mana telah menjadi perintis kepada penubuhan UMNO dan seterusnya membentuk ke arah kemerdekaan negara ini. Sejarah penubuhannya berkait rapat dengan sejarah pengwujudan Kampung Baru, khususnya penempatan awal orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana ia bertujuan untuk menaiktaraf ekonomi orang-orang melayu.

lagi arkib fotostory: The Malay Press Web Album

----------------------------------------
Petikan Penulis:

"Kesabaran orang-orang Melayu ada hadnya. Kaum-kaum lain jangan cuba membuat provokasi melampau sehingga boleh menimbulkan ketegangan kaum," kata Menteri Besar Selangor berkenaan kes Hindraf. 

(Petikan ini menurut penulis, tidak disiarkan dimana2 akhbar arus perdana walaupun diminta oleh YAB MB Dato Seri Mohamad Khir Toyo dalam sidang akhbarnya hari itu)

*syabas Jabatan Warisan Negara-KEKKWA, dibawah Dr. Rais Yatim kerana berusaha menyelamatkan warisan dan peninggalan sejarah bangsa dari diluputkan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Harap menteri barunya  Datuk Shafie Apdal mempunyai kesedaran yang sama! Kali ini biarlah lebih agresif menjejak dan mengiktiraf peninggalan sejarah lebih-lebih lagi diutara Semenanjung Tanah Jawi...


Read full post »

Selasa, Julai 08, 2008

Pesawat Kalis Air...?

2 comments
Singapura mahu beli 100 pesawat kalis radar F-35
08/07/2008 4:41pm

WASHINGTON 8 Julai – Singapura menunjukkan minat untuk membeli sehingga 100 pesawat F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp untuk beberapa dekad akan datang, sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel. “Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat. Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis.

Pembangunan F-35 yang merupakan pesawat kalis radar dibiayai bersama oleh Britain, Itali, Belanda, Turki, Kanada, Australia, Denmark dan Norway. Amerika Syarikat (AS) pula merancang untuk membeli sejumlah 2,443 model F-35 termasuk 1,763 untuk Tentera Udara AS dan 680 untuk Marin dan Tentera Laut dengan kos dianggarkan AS$299 bilion (RM986.7 bilion).

Antara pesaing utama model F-35 adalah Gripen keluaran Saab; Dassault Rafale; MiG-35; Sukhoi Su-35 dan Eurofighter Typhon keluaran konsortium syarikat Britain, Jerman, Itali dan Sepanyol.

– Reuters
---------------------------------------------------
Nota Penulis:
Nampaknya Malaya kena beli pesawat kalis peluru, barula ada fight...tapi kalau semua hak depa tu pakat 'jammed' amacam? Sama2 la berdoa...ini senjata depa xde.
Malaya cuma ada 18 Su - 30 MKM



Read full post »

Khamis, Julai 03, 2008

Scorpene Submarine- Satu Keperluan?

0 comments
Scorpene in action - sila browse lain2 model kapal selam.

In June 2002 the Royal Malaysian Navy ordered two Scorpene submarines and to enter service in 2009.

With a maximum depth of 350 m, the Scorpene is able to achieve an average of 240 days at sea. The structure of the submarine allows for as many dives to maximum depth as necessary. Also the Scorpene allows for a greater load of fuel and ammunition. The planning and design of the Scorpene was directed towards achieving an extremely quiet vessel with a great detection capability and offensive power. By using advanced hydrodynamics with an albacore bow shape the Scorpene has low radiated noise reducing risk of detection from enemy sensors.

Able to carry out anti-submarine or anti-surface ship warfare operations, as well as special forces deployment in coastal waters, the Scorpene is manned by a 31 man crew. The vessel is equipped with all the necessary systems to provide vital supplies, water, provisions, regeneration of the atmosphere, to ensure the survival of all the crew for seven days.

Crew 31

Performance

Maximum Operating Depth 350m
Submerged Speed Over 20 kt
Range (at 8kt) 6,400nm
Endurance 50 days

Weapon Systems

Torpedoes / Missiles Six 21in torpedo tubes for 18 torpedoes / missiles

Sumber : Military Heat

------------------------------------------------

Nota Penulis:

Bilala kita punya nak sampai Malaya ni? 2009 rasa macam lama sangat la pulak. Orang lain tak mau kapal selam tak pe le...Memangla tak boley lawan HUNTER KILLERS: Jimmy Carter 'Seawolf' SSN23 Class dan Russian 'Shark' Akula Class atau Kilo Class dan sebagainya, tapi sekurang-kurangnya kita dapat absorb teknologi tu. Patutnya kita mahu ada 4 ekor naga jenis Perdana Menteri Class ni. Nak jaga perairan la katakan...nanti bule duk diam2 dalam keladak lumpur Selat Melaka...macam belut da-sudden attack!


Read full post »
 

Copyright © T H E . M A L A Y . P R E S S Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger